Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN ANTARA PERMAINAN TRADISIONAL DAN PERMAINAN SEBENAR

Permainan tradisional merupakan aktiviti kehidupan yang dilalui secara turun


temurun kepada kita sebagai hobi. Ia juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Kebanyakkan permainan tradisional telah pupus pada zaman kerana generasi mudah
tidak ketahui dan sekarang tidak dimainkan lagi. Tetapi ada juga permainan tradisional
yang masih dimainkan lagi oleh generasi mudah sehingga hari ini. Di antara permainan
itu termasuklah congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Ciri-ciri permainan tradisional adalah seperti berikut:
1) dimainkan lebih dari satu orang atau secara berkelompok sehingga membuat
anak-anak mampu berinteraksi dan berkomunikasi secara baik dengan orang
lain serta dapat hidup berharmonis
2) permainan tradisional dapat melahirkan kegembiraan bagi orang yang
memainkannya,
3) permainan tradisional dapat dicari, dibuat, dan dimainkan sendiri sehingga akan
menciptakan inovasi terbaru dalam permainan tradisional,
4) permainan tradisional merupakan permainan yang disesuaikan dengan
kebudayaan masyarakat sekitar sehingga ketika dimainkan akan membuat anak-
anak mengenal budaya di daerahnya masing-masing, dan
5) 5) permainan tradisional dapat memanfatkan segala sumber daya yang ada di
daerah sehingga semua sumber daya yang ada di daerah akan dapat terserap.

Permainan sebenar adalah merupakan salah sebuah aktiviti sama ada untuk
mendapat keseronokan, mengisi masa lapang atau mengamalkan gaya hidup yang
sihat
dengan bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Contoh
permainan sebenar adalah badminton, bola sepak, tennis, bola tampar, bola baling dan
ping pong.
Ciri-ciri permainan kecil adalah seperti berikut:
1) Tidak ada undang-undang tertentu. Guru boleh tetapkan, reka atau ubahsuaikan
undang-undang mengikut keadaan, tempat, umur dan kebolehan murid-murid
serta alat-alat yang sedia ada.
2) Tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas atau khas.
3) Tidak memerlukan ukuran-ukuran yang tetap. Penentuan jarak, keluasan dan
tahap kesukaran boleh diubahsuai mengikut kemampuan murid-murid.
4) Permainan baru boleh direka serta-merta bergantung pada kreativiti dan usaha
guru dan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan.
5) Tidak memerlukan alat-alat yang banyak, mahal atau kompleks. Alat-alat biasa
yang sedia ada pun sudah mencukupi.
6) Permainan tidak dikongkong oleh banyak syarat yang kompleks. Peraturan
diadakan secara minimum dan mudah difahami serta diikuti.
7) Memerlukan keterangan yang ringkas serta masa yang singkat untuk menyusun
dan mengendalikan pertandingan.
8) Semua murid, termasuk yang kurang upaya, dapat menyertai permainan.
9) Tidak memerlukan pengadilan yang ramai atau rapi murid-murid sendiri boleh
diberi tanggungjawab sebagai pengadil.

Permainan tradisional tidak mempunyai penciptanya yang khusus malah setiap
permainan sebenar mempunyai penciptanya yang tersendiri. Selain itu, permainan
tradisional dimain berdasarkan adat resam setiap kaum dan permainan sebenar pula
dimain mengikut undang-undang dan peraturan. Permainan-permainan dahulu
mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat
di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana
mereka mempunyai minat yang sama. Setiap orang masing-masing akan berkongsi
tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat
dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan yang
tidak melambangkan apa-apa adat resam dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok
manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan
dahulu.
Tambahan pula, permainan tradisional dimain semasa masa lapang atau
semasa perayaan manakala permainan moden dimain dalam pertandingan. Permainan
tradisional juga dapat menanam nilai murni dan semangat bersukan dalam diri rakyat
berbanding dengan permainan moden. Cara pelaksanaan permainan tradisional
adalah lebih berbeza daripada permainan sebenar. Permainan sebenar mempunyai
tempat yang khas untuk melaksanakan permainan tersebut manakala permainan
tradisional tidak mempunyai tempat yang khas untuk dimain bersama. Selain itu,
perbelanjaan untuk permainan sebenar lebih tinggi berbanding dengan permainan
tradisional kerana aksesori bagi permainan tersebut harganya mahal. Selain itu,
permainan biasa ini memerlukan kemahiran jika berbanding dengan permainan
tradisional.

Anda mungkin juga menyukai