Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Moral

Daya Kreatif

Kepentingan Permainan Tradisional Kanak-kanak

Perkembangan Sosioemosi

Perkembangan Fizikal

Perkembangan Komunikasi dan Bahasa

Kepentingan Permainan Tradisional Kanakkanak


Perkembangan Kognitif Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek seperti memahami konsep pramatematik, tip permainan, peraturan permainan, belajar memerhati dan menjalankan eksperimen. Kanak-kanak dapat mempelajari konsep matematik seperti bentuk warna dan saiz. Main domino dapat mengembangkan daya kognitif kanak-kanak.

Daya Kreatif Bermain dapat membantu mengembangkan daya kreatif kanakkanak kerana ia memberi peluang dan dan daya cipta tanpa had. Melalui permainan, kanak-kanak dapat berfikir secara kreatif iaitu dengan penggunaan alat bermain yang lain daripada yang lain.

Perkembangan Fizikal Melalui permainan fizikal yang aktif, kanak-kanak dapat bersenam dan membina daya ketahanan fizikal dan otot. Ia dapat menyalurkan tenaga yang berlebihan yang mana disimpan akan menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar,meragam ataupun terlalu aktif. Permainan yang melibatkan fizikal akan dapat menggalakkan serta meningkatkan kemahiran koordinasi badan, pergerakan asas otot, menggalakkan pergerakkan motor halus dan kasar serta dapat mempelajari konsep ruang.

Perkembangan Komunikasi dan Bahasa Dalam setiap permainan, untuk bermain dengan berjaya, kanakkanak mesti memerlukan daya komunikasi. Mereka perlu berkomunikasi dengan orang lain yang terdapat dalam permainan. Dalam proses ini, disamping mereka dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain, mereka turut harus berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang mudah difahami. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan soal jawab. Komunikasi membantu kanak-kanak membina ayat asas, ayat kompleks, menambah kosa kata, belajar memberikan arahan dan memahami peraturan permainan.

Perkembangan Sosioemosi Melalui permainan, kanak-kanak dapat melepaskan ketegangan yang disebabkan halangan persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-kanak lain, mereka dapat belajar cara mengadakan hubungan sosial dan bagaimana menyelesaikan masalah sosial. Mereka juga dapat belajar menjadi seorang pemimpin dan pengikut serta dapat belajar bekerjasama dan bertolak ansur.

Perkembangan Moral Dalam proses permainan, kanak-kanak turut dapat mempelajari nilai-nilai moral melalui peneguhan rakan. Walaupun terdapat penerapan nilai-nilai di rumah dan sekolah, peneguhan rakan adalah lebih berkesan dalam kalangan kanakkanak semasa permainan.

Anda mungkin juga menyukai