Anda di halaman 1dari 15

JENIS-JENIS MAIN DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

MAIN SOSIAL
Mengikut kajian Mildred Parten (1932), main sosial kanak-kanak di antara umur 2 tahun dan 5 tahun, boleh diklasifikasikan kepada 4 kategori:
Main diri-sendiri (solitary play) Main selari (parallel play) Main asosiatif (associative play) Main koperatif (cooperative play)

MAIN DIRI-SENDIRI (SOLITARY PLAY)


Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanakkanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

MAIN SELARI (PARALLEL PLAY)


Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meninggalkan meja permainan, kanak-kanak yang lain akan terus menyambung permainan.

MAIN ASOSIATIF (ASSOCIATIVE PLAY)


Main asosiatif ialah sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kanak-kanak yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti main dengan secara berasingan, tetapi, berlainan dengan main selari, ada kerjasama dan komunikasi di antara satu sama lain. Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

MAIN KOPERATIF (COOPERATIVE PLAY)


Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah. Main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial. Ini adalah kerana di bawah main koperatif, banyak ciri sosial dalam hidup nyata seperti kerjasama, komunikasi dan interaksi sosial dapat dipupuk dan diperhatikan.

Mengikut Piaget, keupayaan adaptasi fizikal adalah penting untuk perkembangan fizikal, manakala keupayaan adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur kognitif yang dipanggil oleh beliau sebagai skema. Di samping itu, Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari.

Mengikut kajian Piaget, terdapat 3 jenis bentuk main yang sering dapat diperhatikan di kalangan kanak-kanak prasekolah,iaitu: -main sensorimotor -main dengan objek -main simbolik

Meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah diasimilasi dalam struktur kognitif kanak-kanak. Main sensorimotor berlaku di kalangan kanak-kanak dalam tiga peringkat : -bermain dengan tidak balas berputaran asas semasa berumur 1-4 bulan (primary circular reaction) -tindak balas berputaran sekunder (secondary circular reaction), di kalangan kanak-kanak berumur 4 bulan. -tindak balas berputaran tetiari (tetiary circular reaction), di kalangan kanak-kanak berumur antara 8-12 bulan.

Hanya dapat berlaku apabila kanak-kanak yang berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan. Biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 bulan. Semasa kemahiran sensorimotor kanak-kanak bertambah maju mengikut kadar pertumbuhannya, bahan-bahan main menjadi lebih canggih, termasuk buku gambar berwarna, dan sebagainya.

Permainan yang melibatkan kanakkanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanakkanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

Garvey mengenal pasti 3 jenis peranan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak prasekolah dalam main sosiodramatik : - Peranan ahli keluarga, iaaitu memainkan perana sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, dan kadangkala kucing atau haiwan yang lain yang dibela. - Peranan model, seperti superman, spiderman, pahlawan, dan orang yang disanjungi - Peranan fungsional, seperti pemasak, guru, pemandu, dan sebagainya.

Ruth E. Hartley, seorang ahli psikologi , mengenal pasti beberapa fungsi main sosiodramatik : - Melalui main peranan sebagai orang dewasa, kanakkanak dapat memahami peranan mereka dalam realiti hidup - Memberi peluang kepada kanakkanak melepaskan perasaan kepada hubungan dan kehidupan keluarga mereka - Menjadikan saluran untuk melepaskan perasaan yang tidak dibenarkan dalam hidup nyata - Memberi peluang unutk menunjukkan hasrat kendiri

TUJUAN DAN KEPENTINGAN BERMAIN


Membawa perkembangan potensi kanakkanak dari aspek fizikal, intelek dan sosioemosi secara seimbang dan keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai