Anda di halaman 1dari 15

MASYARAKAT KENYAH

Masyarakat Kenyah adalah suatu kaum


bumiputera yang kebanyakannya
bertapak di kawasan pedalaman daerah
Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia.
Masyarakat Kenyah mempunyai tarian
dan muzik tradisional mereka yang
tersendiri.
Sebelum kita bincangkan muzik
tradisional masyarakat Kenyah dengan
lebih mendalam, kita akan
membincangkan tarian masyarakat
Kenyah dahulu.

TARIAN TRADISIONAL
KENYAH (DATUN JULUD)
Antara pelbagai jenis tarian suku kaum
Kenyah di Sarawak, salah satu yang
popular ialah datun julud.
Tarian ini ditarikan untuk meraikan
kedatangan para pengunjung yang
bertandang ke rumah panjang.
Secara keseluruhannya, tarian ini
dipersembahkan oleh lapan orang penari
wanita diiringi oleh alunan alat muzik
sape.

DATUN JULUD
Tarian ini diasaskan oleh seorang putera Kenyah, Nyik
Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta
kesyukuran.
Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu dahulu
semasa perayaan kemasyarakatan bagi upacara
menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu,
atau semasa perayaan tahunan yang menandakan
tamatnya musim menuai.
Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita, diiringi
bunyi alat muzik sape
Penari wanita akan menggunakan kipas tangan anggun
yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang
sebagai lambing sayap burung suci tersebut.

Dalam tarian ini, seorang ketua biasanya lelaki


akan berada di hadapan sekumpulan penari
wanita dan penari-penari wanita tersebut akan
mengikuti pergerakannya.
Pergerakan yang dicipta agak spontan dan
pergerakan kaki dan tangan boleh diubah pada
bila-bila masa sahaja.
Bagi persembahan yang dibuat di rumah
panjang, kebiasaannya mereka menari
mengelilingi ruai Ketua kampung dan kadangkadang seluruh rumah panjang.
Penonton yang ada pada masa tersebut akan
mengambil bahagian dan mengikut tarian
tersebut dari belakang.
Suasana persembahan ini adalah meriah dan
tidak formal.

Tiadapakaian khas digunakan sebab tarian


Datun Julud inimerupakan tarian untuk berhibur
di rumah panjang.
Walaubagaimanapun, jika ada tetamu
kenamaanataupun sambutan hari-hari
perayaan, terdapat beberapa corak pakaian
tradisional yang digunakan. Antaranya ialah
penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu
kambing.
Baju dan sarung (taah) yang dipakai akan
dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat
daripada manik dan labuci.
Baju yang dipakai oleh penari wanita berlengan
pendek dan kainnya bermotif tradisi.

Penari lelaki pula kebiasaannya


membawa perisai Terabai dan parang
panjang Ilang semasa menari.
Topi yang dilekatkan dengan bulu burung
Kenyalang juga menghiasi kepala penari
lelaki.
Baju penari lelaki diperbuat daripada
kulit kayu Kemedu atau kulit kambing
sunong

ENSEMBEL INSTRUMENTAL
KAUM KENYAH
Ensembel Kenyah biasanya mengandungi
sape, satu atau dua buah jatung utang dan
beberapa alat lain seperti harmonika,
lutong, suling dan gitar.
Alat-alat lain yang kadang-kadang
digunakan merupakan botol berisi air,
maracas dan sape bio (sejenis sape besar
dengan satu tali sahaja).
Jenis alat yang digunakan dalam ensembel
tidak tetap dan berbeza bagi setiap
kampong.

TEKSTUR ENSEMBEL
Tekstur ensemble Kenyah adalah secara polifoni.
Sebuah sape dan sebuah jatung utang akan
memainkan melodi secara unison sementara sape
kedua atau jatung utang kedua memainkan ostinato
bermelodi ataupun counter melodi.
Skel pentatonik digunakan oleh ketiga-tiga alat.
Permainan ensemble ini dapat dipelajari dan
dimainkan dalam gabungan harmoni yang mudah
walaupun pemain tidak mempunyai pengetahuan
teori yang mendalam.
Alat-alat ensembel ini dapat dipelajari di peringkat
sekolah rendah dan juga sekolah menengah rendah.

SAPE
Sape adalah alat muzik tradisional yang diukir
daripada kayu aro (ataupun kayu lain seperti meranti).
Sape mempunyai badan yang memanjang dengan
bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta
berleher yang pendek dan kelihatan seperti gitar,
Setiap alat muzik sape mempunyai ukuran lebih
kurang 130 cm panjang X 20 cm lebar.
Sape tergolong dalam kategori keluarga kordofon dan
merupakan sejenis alat muzik lut yang dimainkan
dengan petikan.
Sebuah sape dihiasi dengan pelbagai corak ukiran
yang berwarna-warni.

Alat muzik sape ini selalunya dimainkan


oleh kaum lelaki sahaja.
Sape pada zaman dahulu hanya
menggunakan dua utas tali rotan.
Namun begitu, sape pada zaman kini
dipasangkan dengan tiga hingga empat
tali logam atau nilon. (fius, tali nilon, tali
brek basikal atau tali gitar)
Dalam tarian Ngajat atau Datun Julud,
sape dimainkan dalam tema yang
berbeza bagi mengiringinya.

JATUNG UTANG
Jatung utang adalah alat muzik gambang kayu yang
berasal daripada suku kaum Orang Ulu.
Alat muzik ini mengandungi antara tujuh hingga
sepuluh keping kayu yang berlainan dari segi ketebalan
serta saiz.
Kepingan-kepingan kayu tersebut digantung dengan
sepasang tali di atas kotak dengungan.
Jatung utang ini merupakan alat yang tergolong di
dalam kategori zailofon
Kayu digunakan untuk memainkan alat ini untuk
menghasilkan muzik instrumental.
Alat muzik ini juga boleh digabungkan dengan sape
untuk menghasilkan muzik iringan bagi tarian.

Anda mungkin juga menyukai