Anda di halaman 1dari 4

Secara amnya kepentingan belajar sambil bermain ialah;

Mengurangkan tekanan
Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan menampal.
Berinteraksi secara positif
Memenuhi keperluan naluri ingin tahu
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi
Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita
yang didengar.
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif

http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2014/05/bermain-sambil-belajar-di-kidzania.html

Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak


Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa
mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanakkanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc),
memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.
Meneroka keadaan sekelilingnya
Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan
orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan
membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat
bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.
Membina Skil fizikal
Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran
motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik
turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula

adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik,
bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.

Kedua-dua kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan
baik.
Membina Kemahiran Kognitif
Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang
kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada
aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah
(contoh aktiviti: permainan blok, membina istana daripada pasir dsb), kreativiti (lukisan,
tarian), fokus, ingatan dan inovasi.
Membina kemahiran emosi
Untuk menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil.
Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan org lain, meluahkan perasaan
sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.
Membina kemahiran sosial
Kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa.
Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka
mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai2 murni
daripada situ.

https://mamahakim.wordpress.com/2010/06/29/kebaikan-belajar-sambil-bermain-kepadakanak-kanak/

Kepentingan dan Faedah Bermain


Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,
perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa.
1. Perkembangan Fizikal
Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran
motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat,
memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini memberi
kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah
tujuan.

Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan


kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran manipulatif dapat dibina
melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben,
kraft tangan dan membentuk menggunakan doh.
2. Perkembangan Sosioemosi
Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara
positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan
rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk
menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka
panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri
yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olokolok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran
serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini
memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama
untuk mencapai matlamat kumpulan.
3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa

Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal


pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat
rumusan, dan membuat perbandingan.
Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian
dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta
berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kepentingan-main-dalam-proses.html

Anda mungkin juga menyukai