Anda di halaman 1dari 12

Ahli matematik, psikologi dan pendidik.

Berpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit

Dienes berpendapat bahawa pada dasarnya matematik dapat dianggap sebagai studi tentang struktur, memisahmisahkan hubungan-hubungan di antara struktur--struktur dan mengkategorikan hubungan-hubungan di antara strukturstruktur.

Dienes mengemukakan bahawa tiap-tiap konsep atau prinsip dalam matematik yang disajikan dalam bentuk yang konkrit akan dapat difahami dengan baik. Ini mengandungi benda-benda atau objekobjek dalam bentuk permainan akan sangat berperanan apabila dimanipulasikan dengan baik dalam pengajaran matematik.

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, para pelajar membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu. Misalnya dengan diberi permainan block logic, anak didik mulai mempelajari konsep-konsep abstrak tentang warna, tebal tipisnya benda yang merupakan ciri/sifat dari benda yang dimanipulasi

Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.

Dengan bantuan bahan bantu mengajar, pelajar boleh memahami tentang peringkatperingkat pembelajaran Matematik dari satu bentuk sistematik dan ringkas ke bentuk formal.

Anda mungkin juga menyukai