Anda di halaman 1dari 11

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

PENDAHULUAN

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Main juga merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi
intrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan.Dengan kata lain ,
kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan
tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi
bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain
juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak.

Main juga merupakan satu aktiviti di mana matlamatnya adalah penglibatan


dalam proses berbanding dengan pencapaian hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.Merujuk kepada main dalam kalangan kanak-kanak,Kamus Webster
mentakrifkannya sebagai pergerakan yang laju dan berubah-berubah(cth:berpura-
pura menjadi ikan jerung),main peranan satu watak(cth:sebagai guru),rekacipta
sesuatu(cth:membentuk plastisin),senaman atau aktiviti rekreasi(cth:main
gasing),keseronokan atau gurauan(cth:main sorok-sorok)

KEPENTINGAN BERMAIN DARI ASPEK:

 PERKEMBANGAN KOGNITIF
 FIZIKAL
 SOSIAL
 EMOSI
Soalan a.(Kepentingan Bermain dari aspek perkembangan
kognitif,fizikal,sosial dan emosi)

ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan


individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur amat membantu dalam
perkembangan kognitif.Melalui bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau
cerita yang didengar akan mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara
amnya.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui
aspek perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan
dan kecerdasan untuk belajar.Melalui bermain,murid dapat berusaha untuk
menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektualan murid-
murid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir sejauh manakah tahap murid
dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan
berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan
mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam
sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan.Menerusi perkembangan kognitif,murid
dapat mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid
akan berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di
sekitarnya.Di samping itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan kognitif
ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik.Menerusi
permainan,murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan
permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan
untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan.Hal ini bukan sahaja dapat
menajamkan minda kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran
baru kanak-kanak untuk membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui
bermain,murid juga mendapat maklumat tambahan serta mendedahkan murid-murid
tentang cara menyelesaikan masalah.Dalam aspek kognitif ini,penekanan kepada
minda murid-murid ditekankan.Murid-murid akan dapat berfikir bagaimana sesuatu
permainan dapat menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan.Aspek
kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan teliti
serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui bermain,murid dapat memahami
arahan yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.

ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL

Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah


dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor halus,
koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran
fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat,
mengimbang, menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya
melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak
dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-
bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak
meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih
yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi
tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat
diperlukan.Menerusi aspek ini,murid dapat menggunakan otot-otot halus untuk
menggerakkan sesuatu.Menerusi bermain juga,ianya dapat meningkatkan
kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan
sebagainya.Terdapat pelbagai jenis permainan yang mengaplikasikan pergerakan
asas ini antaranya ialah permainan galah panjang,kejar-mengejar,ketinting dan
sebagainya.Menerusi bermain juga,murid dapat mengenalpasti kebolehannya dan
menguatkan daya iltizam untuk terus bermain untuk mencapai tahap keseronokan
kanak-kanak itu.Selain itu,aspek fizikal melalui kepentingan bermain menjurus
kepada untuk meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti bau, sentuh
dan lain-lain.Selain itu,bermain dalam aspek fizikal juga dapat meningkatkan
kemahiran manipulatif sebagai contohnya mencantum, melukis, menampal dan
merenyuk.Kemahiran manipulatif yang dimaksudkan ialah kemahiran dalam
menggunakan pergerakan psikomotor halus untuk menjayakan sesuatu
aktiviti.Selain itu,kepentingan bermain menerusi aspek fizikal juga berupaya
meningkatkan kemahiran mengimbang menerusi aktiviti renang dan mengawal
pernafasan.
ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL

Menerusi perkembangan sosial,kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak-


kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat
menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan
orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak-
kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya.Melalui
perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak orang
lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam sekitar,memelihara
persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.Menurut teori
instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam
dewasa.Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.Pengalaman
bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak
mencapai kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok
dan doktor-doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa. Menerusi
bermain,murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan
yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan datang. Melalui bermain
dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling. Ketika
ini,tahap berfikir murid murid mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain murid
dapat mengetahui betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia.
Selain itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid
berupaya untuk menghormati nilai budaya serta menghargai nilai estetika dalam
sesuatu aktiviti bermain.

ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI

Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus


kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai
contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai
penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986;
Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka
dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat
memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran
bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi,
belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi
kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain
setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak
akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan peranan yang penting
dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan
pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Kepentingan bermain dalam aspek
emosi juga berupaya untuk membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan
kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang bijak, ia akan dapat
melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh, murid yang
boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara
mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi
arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Jika kita lihat
kepentingan bermain secara ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak-
kanak dapat belajar konsep meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran
yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan,
membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran sosial dan banyak
lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti permainan.
Soalan b.(Dengan memilih satu jenis permainan yang sesuai,huraikan
bagaimana permainan tersebut dapat diaplikasikan semasa pengajaran dan
pembelajaran.Kaitkan huraian anda dengan perbezaan individu,gaya
pembelajaran dan motivasi murid-murid)

Semua kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa
mengira waktu.  Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga
malas belajar. Namun kajian pakar kanak-kanak menunjukkan, selain boleh
membuatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran paling
berkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanak-
kanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak
akan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain. Jika kanak-
kanak tersebut boleh menumpukan perhatian dan leka terhadap permainan yang
mereka sertai, mengapa tidak ia tidak dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran(P&P). Sehubungan dengan itu, perbezaan individu mungkin
menjadi masalah kepada proses P&P tetapi jika ia diterapkan dengan gaya
pembelajaran yang terancang dan bijak masalah ini dapat dikekang oleh guru
dengan mudah di samping guru bertindak bijak bagaimana untuk mengetahui cara-
cara mengesan dan menambat motivasi murid-murid agar dapat memberi tumpuan
di dalam proses P&P.

Dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru


memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga
merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Sebagai langkah
awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan,
guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti
menyedari bahawa guru akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-
kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.Selain itu,guru juga perlu menyedari
bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan
pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan
berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan.
Guru juga perlu memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman
yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta
menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar
belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi
keperluan asas mereka. Saya perlu mengetahui bahawa sebagai guru kelak saya
akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam
bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka iaitu
kanak-kanak mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap
pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan secara serentak. Sebagai
contoh, murid di kawasan luar bandar dan kawasan bandar sudah tentu mempunyai
latar belakang pendidikan dan keluarga yang berbeza. Justeru, ingin saya
menegaskan di sini iaitu guru perlu sentiasa prihatin terhadap kehendak murid dan
cara untuk menambat hati mereka agar mereka sentiasa berminat untuk mengikuti
proses P&P.

Menerusi hal ini,saya telah memilih satu jenis permainan yang amat sesuai
dengan golongan kanak-kanak iaitu permainan batu seremban.Sebelum
itu,permainan batu seremban merupakan permainan tradisional yang seronok dan
mudah untuk dimainkan serta tidak berbahaya.Permainan ini juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat.Permainan ini dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya
digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah.Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi
rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan
memerlukan permukaan yang rata dan bersih.

Permainan ini dapat melatih murid-murid untuk menggerakkan motor-motor


halus serta dapat menimbulkan kegembiraan dalam kalangan rakan ketika
bermain.Permainan ini amat berkait rapat dengan perbezaan individu,gaya
pembelajaran dan motivasi murid-murid melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.Perbezaan individu yang dimaksudkan ialah setiap individu adalah
berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik
dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar
seiras. Oleh itu kami sebagai guru kelak harus memahami perkara ini dalam
kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam
kelas.Seterusnya permainan ini dapat melibatkan pembelajaran yang berterusan
dalam kalangan murid. Pembelajaran yang dimaksudkan ialah perkembangan yang
melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan
potensi yang diperolehi melalui pembelajaran permainan tersebut. Justeru
itu,permainan ini amat sesuai diterapkan dalam kalangan murid-murid.

Permainan ini juga dapat diterapkan dalam gaya pembelajaran ketika


mempelajari sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran
merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang
menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-
pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru perlu peka terhadap
kebolehan pelajar yang berbeza. Melalui permainan batu seremban ini,kebanyakan
individu mampu dan boleh belajar secara betul dan lebih berkesan. Melalui
permainan ini, kami dapat mengenalpasti bahawa setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran tertentu terhadap sesuatu permainan. Contohnya bagaimana mereka
berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit dalam
permainan. Jika kita mempunyai pengalaman dalam permainan batu seremban, kita
akan menyedari bahawa kemahiran dan ketangkasan akibat daripada latihan motor
halus dan kasar yang betul dapat menentukan siapa yang boleh menguasai
permainan ini. Jika kita hendak aplikasikan perkara ini di dalam proses P&P, murid
yang menguasai dan berminat dalam proses P&P kebiasaannya murid yang telah
mendapat latihan yang baik. Konsep menang atau kalah juga boleh diterapkan di
dalam proses P&P di mana ia boleh menyeronokkan lagi perjalanan proses P&P di
mana murid akan bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan dan menyiapkan
latihan jika mendapat penuguhan positif dari guru dan ia dapat meningkatkan
motivasi diri murid tersebut di dalam segala latihan yang diberikan oleh guru.

Melalui permainan ini juga gaya pembelajaran seseorang individu bertindak


balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.Dengan
iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan gaya pembelajaran, seorang murid dapat mengoptimumkan proses
pembelajarannya dengan lebih lancar. Permainan batu seremban ini membolehkan
berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain
seperti ini adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin
oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan
pelajar untuk belajar. Pembelajaran melalui bermain berlaku dalam diri pelajar dan ia
adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan
pembelajaran menerusi permainan boleh berlaku melalui proses yang semula jadi.
Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahan permainan
itu secara langsung.

Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Kanak-
kanak biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai
penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan
sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik
darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan
memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan, mereka
akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk
mendapatkan jawapan yang betul.Dalam hal ini,permainan batu seremban amat
bertepatan untuk diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Motivasi murid-murid juga akan meningkat menerusi permainan ini.Hal ini


demikian kerana,menerusi permainan,murid-murid dapat membina keyakinan diri
dengan lebih kuat dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan
yang bakal ditempuhi.Dalam hal ini, bermain dikatakan sebagai suatu pekerjaan
kepada kanak-kanak .Kanak-kanak akan bekerja keras dan kelihatan bersungguh-
sungguh semasa membuat “pekerjaan” bermain dan kanak-kanak sebenarnya
sedang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itu
pengetahuan tentang bagaimana mendidik kanak-kanak melalui pendekatan belajar
melalui bermain atau play pedagogy approach perlu diberi perhatian oleh ibubapa
dan juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Pendekatan belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanak-kanak
iaitu mereka amat suka meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
dan amat suka berimaginasi .
Melalui konteks ini,motivasi murid akan lebih meningkat dan berupaya untuk
melakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu.Oleh itu,amat sesuailah
permainan batu seremban diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, melalui pengalaman diri kita sendiri dalam apa jua
permainan yang kita sertai. Jika kita menang dalam permainan yang kita sertai,
sudah pasti kita berasa gembira dan ingin meningkatkan lagi kemahiran kita di
dalam permainan yang kita ceburi. Ringkas di sini saya ingin menegaskan bahawa
pengaplikasian permainan dalam proses P&P dapat meningkatkan penglibatan
murid yang mempunyai perbezaan individu, mempengaruhi gaya pembelajaran dan
dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam memberi sepenuhnya
penglibatan yang tinggi kepada proses P&P.
RUJUKAN

1. Buku
Choong Lean Keow. 2009. Siri Pendidikan Perguruan Murid Dan Alam
Belajar. Selangor. Penerbitan Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 

2. Buku
Noriati A.Rashid.2009. Siri Pendidikan Perguruan Murid Dan Alam Belajar.
Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 

3. Internet kepentingan bermain dalam prasekolah


Diakses dari http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-
Dalam-Pendidikan-Prasekolah pada 17 ogos 2010

4. Internet Kepentingan Bermain


Diakses dari http://ratuhati.com/index.php?option =com_content&task
=view&id=438&Itemid=40 pada 18 ogos 2010

5. Internet kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah


Diakses dari http://prasekolahperak.blogspot.com/2009/10/kepentingan-
bermain-dalam-pendidikan.html 19 ogos 2010

Anda mungkin juga menyukai