Anda di halaman 1dari 32

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.......................................................................................................3

DEFINISI BAHASA................................................................................................4

BEBERAPA DEFINISI 'BAHASA'.........................................................................5

ASAL USUL BAHASA MELAYU..........................................................................8

PENDAPAT LAIN TENTANG ASAL USUL BANGSA MELAYU.........................8

BATU BERSURAT DAN CANDI.........................................................................11

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU..............................................................12

BAHASA MELAYU KUNO.......................................................................................12


Awalan ni- menjadi di-...................................................................................15
Awalan mar- menjadi ber-.............................................................................15
Akhiran -na menjadi -nya..............................................................................15
BAHASA MELAYU KUNO DAN KERAJAAN MELAYU.................................................16
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik.........................16
BAHASA MELAYU KLASIK.....................................................................................17
Hasil karya yang terkenal pula ialah:............................................................17
BAHASA MELAYU MODEN....................................................................................18

BUNYI-BUNYI DALAM BAHASA MELAYU.......................................................18

DEFINISI FONOLOGI.............................................................................................18
Alat-alat sebutan...........................................................................................19
Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu...........................................................19
Vokal..............................................................................................................20
Konsonan asli bahasa Melayu......................................................................20
Fonem...........................................................................................................21
Alofon............................................................................................................21
Suku Kata......................................................................................................22

1
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU...................................................................23

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA........................................................24


FUNGSI ALAT PERTUTURAN........................................................................25
Lidah..............................................................................................................25
Gigi................................................................................................................25
Bibir...............................................................................................................25
Gusi...............................................................................................................26
Lelangit..........................................................................................................26
Rongga Hidung.............................................................................................26
Pita Suara......................................................................................................26
JENIS-JENIS BUNYI....................................................................................... 27
Bunyi Vokal...................................................................................................27
PENGHASILAN BUNYI VOKAL......................................................................27
Vokal Depan Sempit (i)...............................................................................27
Vokal Depan Separuh Sempit (e)................................................................28
Vokal Depan Separuh Luas..........................................................................28
Vokal Depan Luas ( a)..................................................................................28
Vokal Belakang Sempit (u)............................................................................28
Vokal Separuh Sempit ( o )...........................................................................28
Vokal Belakang Separuh Luas......................................................................28
Vokal Tengah................................................................................................29
DIFTONG.........................................................................................................29

RUJUKAN:............................................................................................................30

2
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

PENGENALAN

BAHASA merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam


kehidupan manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat
berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak,
perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan
maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap
kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya
untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan
mahupun penulisan.
Maka dengan itu sudah menjadi hakikat yang nyata bahawa bahasa tidak
dapat wujud tanpa adanya masyarakat. Hubungan antara kedua-duanya
begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan
maka semakin banyak pula penggunanya. Dengan yang demikian bahasa
itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatan
bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. (Kamaruddin Haji
Hussin 1995: 1).

Bahasa juga sebagai bahagian kebudayaan yang dihasilkan oleh manusia


demi untuk keperluan manusia itu sendiri dengan menggunakan
perbendaharaan kata mengikut struktur dan ayat-ayatnya dan
sebagainya. Begitu juga bahasa terkategori sebagai perlakuan yang
dipelajari atau diperolehi (learned/acquired behaviour). Cara begini
haruslah melalui pendedahan kepada penggunaan sesuatu bahasa yang
digunakan.

Bahasa juga bersifat simbolik, bersifat dinamik dan tidak statik iaitu
berkesinambungan dan mengalami perubahan. Selain itu bahasa juga
boleh berkembang dari dalam dan juga boleh berkembang dari luar
disebabkan oleh pengaruh luar. Semua penyataan ini menunjukkan

3
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

bahawa bahasa itu merupakan sebagai suatu entiti budaya untuk tujuan
manusia berkomunikasi.

DEFINISI BAHASA
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh manusia
dalam keadaan semula jadi. Beberapa bahasa Eropah mempunyai dua
perkataan untuk menterjemah perkataan language : cf. language dalam
bahasa Perancis, linguaggio : lingua dalam bahasa Itali, language: lengua
dalam bahasa Sepanyol. Hingga ke takat tertentu, perbezaan antara dua
perkataan tersebut berkaitan dengan perbezaan antara dua pengertian
langage dalam bahasa Inggeris bagi setiap masalah tersebut. Contohnya,
perkataan langage dalam bahasa Perancis merujuk bahasa secara am
dan perkataan langue pula merujuk sesuatu bahasa yang khusus. Ini
berlaku kerana bahasa Inggeris membenarkan penuturnya menyatakan
bahawa bukan sahaja seseorang itu boleh menguasai sesuatu bahasa
seperti Inggeris, Cina, Melayu, Swahili dan lain-lain tetapi ia juga boleh
menguasai bahasa. Ahli falsafah, psikologi dan bahasa biasa menyatakan
bahawa penguasaan bahasalah yang paling nyata membezakan antara
manusia dengan binatang. Seseorang itu tidak boleh menguasai (atau
menggunakan) bahasa asli tanpa penguasaan (atau penggunaan)
sesuatu bahasa asli yang khusus.

Apabila perkataan 'bahasa' digunakan kepada bahasa Inggeris, Cina,


Melayu, Swahili dan sebagainya maka perkataan itu digunakan dengan
tepat. Tetapi jika sekiranya perkataan 'bahasa' digunakan kepada
berbagai-bagai sistem komunikasi, sistem simbol atau pengiraan,
ketetapan dapat dipersoalkan. Contohnya, ahli matematik, logik dan
komputer biasa mencipta sesuatu simbol untuk pelbagai tujuan tertentu.
Persoalan yang timbul ialah sama ada sistem simbol ini patut disebut

4
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

sebagai bahasa atau tidak. Yang jelas ialah sistem simbol ini lebih
berbentuk rekaan daripada asli.

Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan


sesuatu yang dikuasai dan konvensional yang seharusnya terkebawah
daripada naluri semula jadi. Whitney berpendapat bahasa adalah salah
satu institusi sosial dan menganggap bahawa kita menggunakan alat
ujaran sebagai wadah bahasa hanyalah secara kebetulan sahaj, untuk
kesenangan sahaja: manusia boleh sahaja memilih bahasa isyarat dan
lambang tampak dan bukan lambang akustik.

BEBERAPA DEFINISI 'BAHASA'

(i) Menurut Sapir (1921:8): 'Bahasa adalah semata-mata suatu kaedah


yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan
keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar'. Definisi
ini mempunyai beberapa kekurangan. Walau bagaimana luas sekalipun
kita menganalisis istilah ídea', émosi', dan 'keinginan', jelas sekali istilah
ini tidak dapat mencakupi banyak daripada perkara yang dikomunikasi
oleh bahasa. Istilah ídea' terutamanya adalah tidak jelas sekali. Di
samping itu, didapati bahawa banyak simbol yang lahir secara sedar itu
hanya dianggap sebagai bahasa secara metafora atau perluasan sahaja.
Contohnya, apa yang biasa dirujuk sebagai 'bahasa tubuh' iaitu yang
menggunakan gerakan tangan dan kepala, gaya tubuh, renungan mata
dan sebagainya.

(ii) Menurut Bloch & Trager pula dalam Outline of Linguistic Analysis
(1942:2) 'Bahasa' ialah suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu
kumpulan sosial bekerjasama'. Definisi ini berbeza dengan definisi Sapir
kerana definisi ini menanamkan cirri-ciri arbitrari dan dengan jelas ia
menghadkan bahasa kepada bahasa percakapan sahaja. Yang
menariknya tentang definisi ini ialah definisi ini tidak merujuk fungsi

5
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

komunikasi bahasa, cuma ia menyentuh secara tidak langsung dan


melalui implikasi sahaja. Sebaliknya definisi ini menekankan fungsi sosial.
Dengan demikian, definisi ini mengambil suatu pandangan yang agak
sempit tentang peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat.
Setakat ini, apa yang perlu dinyatakan berkenaan dengan bahasa asli
hanyalah bahawa terdapat suatu hubungan yang rapat antara bahasa dan
pertuturan. Secara logiknya, pertuturan mencerminkan bahasa.
Seseorang tidak boleh bercakap dengan tidak menggunakan bahasa (iaitu
dengan tidak menggunakan sebarang bahasa tertentu untuk bercakap)
tetapi seseorang boleh menggunakan bahasa dengan tidak bercakap.
Akan tetapi, sekiranya bahasa tidak bergantung kepada pertuturan secara
logik, maka terdapat alasan yang baik untuk mengatakan bahawa bagi
semua bahasa asli yang diketahui, pertuturan lahir lebih awal daripada
tulisan sama ada dari segi sejarah mahupun secara biologi.

(iii) Dalam Essay on Language (1978:158), Hall menegaskan bahawa


bahasa ialah ‘ínstitusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi
melalui simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat'.
Dua perkara dapat diperhatikan di sini. Pertama, kedua-dua istilah iaitu
komunikasi dan interaksi digunakan dalam definisi ini (Istilah ínteraksi'
adalah lebih luas dan dalam hal ini lebih sesuai daripada istilah
'bekerjasama'). Kedua , istilah 'lisan pendengaran' dapat disamakan
dengan istilah 'bersuara'. Perbezaannya hanyalah istilah 'lisan
pendengaran' merujuk pendengar dan juga penuturnya (iaitu kepada
penerima dan penghantar isyarat bersuara yang disamakan dengan
ujaran bahasa). Serupa juga seperti Sapir, Hall, menghuraikan bahasa
sebagai suatu institusi manusia. Istilah ‘ínstitusi' memberikan pandangan
yang jelas bahawa bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat
akan juga dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan
masyarakat tersebut.

6
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Hall menganggap bahasa sebagai 'simbol' isyarat bersuara yang


sebenarnya dihantar oleh penghantar kepada penerima dalam proses
komunikasi dan interaksi. Secara am, suatu hakikat yang paling penting
tentang bahasa ialah bahawa tidak terdapat sebarang hubungan antara
sesuatu perkataan dengan sesuatu situasi penggunaan. Dengan
perkataan lain, kehadiran perkataan tertentu tidak dapat diramalkan
daripada situasi itu sendiri. Ini berbeza daripada perilaku yang menjadi
tabiat. Kita tidak akan mengeluarkan sesuatu ujaran mengikut tabiat.
Katakan ujaran yang mengandungi perkataan 'burung’ setelah kita melihat
seekor burung. Mungkin kita tidak akan menggunakan perkataan 'burung'
pada situasi tersebut ataupun situasi-situasi lain. Bahasa tidak bergantung
kepada rangsangan.

(iv) Robins (1979a:9-14) tidak memberikan sebarang definisi bahasa


formal. Beliau menyatakan definisi sedemikian 'bersifat remeh-temeh dan
tidak memberikan maklumat tambahan, cuma untuk mengandaikan …
beberapa teori am tentang bahasa dan analisis linguistik'. Beliau
menghuraikan bahasa sebagai 'sistem simbol … yang hampir
keseluruhannya berdasarkan peraturan semata-mata atau secara
arbitrari'. Tetapi beliau lebih menitikberatkan keupayaan bahasa itu
disesuaikan. Secara logik, pandangan yang diutarakan oleh Robins dan
pandangan yang memandang bahasa sebagai sistem tabiat ('tabiat’
seperti yang ditafsirkan dalam pengertian tertentu itu bukan tidak cocok).

(v) Petikan definisi yang terakhir itu telah memberikan huraian yang jauh
bezanya: 'Bermula dari sekarang, saya akan menganggap bahasa
sebagai set ayat (finit atau infinit). Setiap satu set ini mempunyai had
panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad'.
Definisi ini diambil daripada buku Syntactic Structures (1957:13)
Chomsky. Berlainan daripada definisi-definisi lain, definisi ini bertujuan
meluaskan bidang liputannya selain bahasa-bahasa asli. Menurut
Chomsky, semua bahasa asli, sama ada dalam bentuk pertuturan atau

7
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

tulisan, adalah bahasa dari segi pengertian definisinya. Ini adalah kerana
(a) setiap bahasa asli mempunyai jumlah bunyi yang terhad (dan jumlah
huruf yang terhad dalam abjad - atas andaian bahawa bahasa-bahasa itu
mempunyai sistem tulisan abjad) dan (b), walaupun terdapat berbagai-
bagai jenis ayat yang tidak terhad jumlahnya dalam sesuatu bahasa,
setiap ayat tersebut boleh diwakili oleh suatu urutan bunyi (atau huruf)
yang terhad jumlahnya.4

Asal Usul Bahasa Melayu


Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan
asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-
lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-
645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi,
Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai
Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-
Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang
dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

 Pendapat Lain Tentang Asal Usul Bangsa Melayu


Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

8
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum


Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak
dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum
Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada
bahasa Austronesia ini.

9
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

 Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu


rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan
rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera


bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau,
Nias, Lampung dan Orang Laut.

10
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Batu bersurat dan candi


Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat.
Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang
memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7.
Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis
tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu
bersurat yang ditemui.
 Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605,Tahun
Saka bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu
Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
 Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun
Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu
 Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka,
bersamaan dengan 686 M.
 Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka,
bersamaan dengan 692 M.
 Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam
huruf Nagiri.
 Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)
Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan
budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang
dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha
dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan
Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di
Pulau Jawa.

11
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Perkembangan Bahasa Melayu


Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga
tahap utama iaitu:
 Bahasa Melayu Kuno,
 Bahasa Melayu Klasik dan
 Bahasa Melayu Moden.
 
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa
Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit
kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan
ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
 Pengaruh agama Hindu
 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan
mempunyai hierarki yang tinggi.
 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis
dengan huruf Pallawa:

12
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

 Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)


 Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
 Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
 Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686
M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah
(832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
 Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
 Susunan ayat bersifat Melayu
 Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
 bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
 Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-
marlapas)
 Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat
- niparwuat)
 Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)
 Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha,
saya: sahaya)

13
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat
dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dulu sehingga
sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang
mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


vulan bulan
nasyik asyik
mangalap mengambil
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
sukhacitta sukacita
ko ke

Awalan ni- menjadi di-

14
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni-
dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


nimakan dimakan
niminumna diminumnya
niparvuat diperbuat

Awalan mar- menjadi ber-


Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar-
dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


marvanum berbangun
marvuat berbuat
Akhiran -na menjadi -nya
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada
masa kini.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


vinina bininya
vuahna buahnya

Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu


Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam
kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui
antaranya (tidak menurut sebarang susunan) ialah
 Srivijaya
 Kerajaan Angkor
 Majapahit
 Kedah Tua
 Melaka

15
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik


Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin
mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa
kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
 ditulis dalam huruf India
 mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm
Sanskrit.
 bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-
7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
 masih memakai abjad India
 buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
 ditulis dalam tulisan Jawi
 membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik


Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
 Zaman kerajaan Melaka
 Zaman kerajaab Acheh
 Zaman kerajaan Johor-Riau

16
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri,


Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
 ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
 banyak ayat pasif
 menggunakan bahasa istana
 kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
 banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):
sebermula, alkisah, hatta, adapun.
 ayat songsang
 banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Hasil karya yang terkenal pula ialah:
 Hikayat raja-raja pasai
 Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
 Hikayat Amir Hamzah
 Bustanus Salatin
 Sulalatus Salatin
 Sejarah Melayu
 Hikayat Iskandar Zulkarnain
 Hikayat Hang Tuah
 Misa Melayu
 Tajus Salatin

Bahasa Melayu Moden


Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap
sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

17
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang


tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan
bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu


Definisi Fonologi
 Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai
bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
 

Bibir Rongga
Gigi tekak
Gusi Rongga

18
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Lelangit mulut
keras Rongga
Lelangit hidung
lembut Paru-paru
Anak Peti suara
tekak dan pita
Lidah suara
   
 
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan
bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu


 Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu
vokal, konsonan dan diftong.
Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam
rongga mulut.
Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat
atau terhimpit.
Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.
Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-
alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan
cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau
rongga hidung.
Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

19
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi
yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag
lain.
Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan
mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota


[a] anak, tanah, lada  
[è] ela, semak, sate  
[i] iring, kita, seri  
Tidak terdapat di
[] emak, betul
hujung perkataan
[o] obor, botak, moto  
[u] ular, sultan, saku  
 
Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan
konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir
perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman
seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak
pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau
terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, 
dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga
hidung.

20
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [],
[x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.
Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada
beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.
Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.
Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu
membezakan maksud ujaran.
 
Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang
sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang
tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai
dua alofon.

Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal.
Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau
bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang
berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.
Beberapa jenis suku kata:

21
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

 
1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh


KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek
 
2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh


V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK +  KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat
 

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata Contoh


KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang
 
4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata Contoh


KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakat

22
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

KVK+KV+V+KV sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan
berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentangnya. 
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan
pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  

1. Bibir 11. Tengah

23
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

atas lidah
2. Bibir 12. Belakang
bawah lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi 14. Epiglotis
bawah
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit 16. Rongga
keras tekak
7. Lelangit 17. Rongga
lembut Hidung
8. Anak 18. Rongga
tekak mulut
9. Hujung 19. Rahang
lidah
10. Hadapan 20. Tenggorok
lidah
 
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 
Lidah
   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang
lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling
aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat
penyekatan.  
Gigi 
   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa

24
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.


Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 
Bibir 
   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. 

Gusi
   Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke
bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah
sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan. 
Lelangit 
   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras
dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit
keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari
sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat
diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus
ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga
mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
Rongga Hidung 
   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga
hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

25
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal 
   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh
pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.  
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

26
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 


Vokal Depan Sempit (i) 
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga
hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan
pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-
paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan,
halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.
Bibir berada dalam keadaan terhampat. 
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit (e) 


Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah
setinggi membunyikan vokal (i). 
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari
kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan
adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). 
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a) 
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-
rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak
dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama
seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

27
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Vokal Belakang Sempit (u) 


Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke
atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 
Vokal Separuh Sempit ( o ) 
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat
yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula
dibundarkan. 
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  
Vokal Belakang Separuh Luas  
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan
separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat
dalam bahasa Melayu.

28
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

Vokal Tengah  
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.
Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya. 
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

DIFTONG   

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila


berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari
satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot

29
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

RUJUKAN:
 http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_ba
hasa_melayu.htm
  http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/fonologi/Fonologi.htm↑
 http://www.thejakartapost.com/yesterdaydetail.asp?
fileid=20070301.G01
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Klasik
 http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK4/SISTEM
%20EJAAN%20BAHASA%20MELAYU/BUNYI%20DAN%20HURUF.doc
 http://www.brunet.bn/news/pelita/09mei/sasbuday.htm
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno
 Dzul, 2002, Pelita Brunei, htm.2;
 John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Satu pengenalan,
Cambridge University Press hlm.2-3. Buku ini asalnya berjudul Language
and Linguistics dan diterjemahkan oleh Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi;
 Ferdinant de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, 8
Grafton Street, London WIX 3LA, England, hlm.13. Buku ini diterjemah
dari buku Course in General Linguistics oleh Ajid Che Bob.
 John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan,
Cambridge Universiti Press hlm. 4-9.
 Ferdinand de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, 8
grafton Street, London WIX 3LA, England, hlm. 17-18;
 Arbak Othman, 1983, Permulaan Ilmu Linguistik, Penerbitan
Sarjana (M) Sdn. Bhd, hlm. 8-12;
 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Perpustakaan Neagra
Malaysia hlm. 29-30;
 Harimut Kridalaksana, 1974, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa,
Penerbit Nusa INdah, hlm. 12-14;

30
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
mahmod, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Perpustakaan Negara
Malaysia, hlm. 31;
 Abdullah Hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, hlm.14-17
 Abdullah hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
 Arbak Othman 1983, Permulaan Ilmu Linguistik, Penerbitan
Sarjana (M) Sdn. Bhd Malaysia;
 Dzul, 27 November 2002, Petikan dari tajuk Berbahasa'dalam
kehidupan Sehari-hari, Pelita Brunei, bilangan 48.'
 Ferdinand de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
 Harmurti Kridalaksana, 1974, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa,
Penerbit Nusa Indah Indonesia.
 John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Satu Pengenalan, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
 Nik Safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood, 1993,
 Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur.
 Ambler, John S. (1988). "Historical Perspectives on Sawah
Cultivation and the Political and Economic Context for Irrigation in West
Sumatra". Indonesia 46: 39-77.
 Colombijn, Freek (2005). "Islamic influences on urban form in
Sumatra in the seventeenth to nineteenth centuries CE". Modern Asian
Studies 39 (1). DOI:10.1017/S0026749X04001374.

31
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (BAHASA MELAYU)

32

Anda mungkin juga menyukai