Anda di halaman 1dari 34

2.

0 Konsep Pengujian, Penilaian Dan Pengukuran

2.1 Pengujian

Pengujian merujuk proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa


itu diuji. Misalnya, kita melarang murid bercakap atau membuat bising
apabila pengujian kemahiran mendengar sedang dijalankan. Dengan kata
lain, pengujian merujuk pada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang
sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar. Penilaian juga merupakan
satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang
sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan
selepas sesuatu pengajaran.

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan


tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra
atau ’pretest”. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian
diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui
kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka
terhadap P&P guru.

Ujian pula ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan
yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru
untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian
bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin
menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya secara tidak jujur.

Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang


hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid
Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk
Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
dengan pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan
skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat
mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah
kemahiran yang dipelajari.

2.2 Penilaian

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et.


al. (1971: xxv)menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives.Penilaian adalah satu aktiviti atau proses yang bersistematik
bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian
sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.

Penilaian juga adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang


akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses
untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru
untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian


objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian adalah berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum,
semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan
kurikulum. Dua proses penilaian akan diperkenalkan, iaitu penilaian
formatif atau penilaian sumatif.

Matlamat penilaian formatif ialah untuk mendapatkan maklum balas


berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan
pembelajaran oleh murid.Maklum balik ini akan memberi petanda-petanda
dan petunjuk-petunjuk kejayaan pengajaran dan pembelajaran serta
kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan. Oleh kerana penilaian
formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses
pengajaran dan pembelajaran, keputusan penilaian biasanya tidak
digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang
murid dengan murid lain.

Penilaian sumatif pula bertujuan untuk mengesan secara


menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred
kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan
markah murid lain dalam kumpulannya.

2.2.1 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah


untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. Ujian
seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ’pretest’. Daripada hasil
ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan
pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan
gambaran kepada guru-guru berkenaan akan keupayaan murid-murid
mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
Selain itu, penilaian juga menolong guru-guru mengetahui sejauh
manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari
perkara yang telah disampaikan. Dengan perkataan lain guru-guru itu
dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya
ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-
aspek pengetahuan dan kemahiran. Tambahan pula, ianya juga untuk
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Perbandingan seperti ini penting untuk penilaian perspektif pencapaian
atau prestasi seseorang individu.

Pada masa-masa tertentu, ianya juga untuk menentukan pelajar


yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian
mereka. Penilaian juga membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan
teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian
mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka. Seterusnya
ianya juga membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan
mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya.

Penilaian juga berkepentingan dalam membuat jangkaan akan


potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk
penyelarasan dan penentuan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru
dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-
jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka seperti jurusan sains,
sastera dan teknikal.

2.3 Pengukuran

Pengukuran merujuk kepada proses pemarkahan dan tindak balas


atau jawapan murid yang bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran
bahasa secara kuantitatif. Proses ini memerlukan guru memeriksa
dengan membaca atau mendengar tindak balas murid dan mengagihkan
markah dalam bentuk angka. Markah diagihkan menurut skim
pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah
tersebut biasanya dijumlahkan sebagai jumlah markah mentah atau
diperatuskan.

Pengukuran juga adalah merupakan asas penting dalam penilaian.


Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan
pengujian. Pengukuran bermaksud sebagai suatu proses mendapatkan
penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah
menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-
sifat tertentu. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka
kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih
tepat dan dapat mevvakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah
60 peratus dalam ujian Bahasa Melayu Pemahaman. Kita tidak
menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Akan tetapi, kita
hanya mengukur tanpa menentukan nilai.

Justeru, pengukuran hanyalah merupakan penentuan status atau


tahap. Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh,
proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses
pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza daripada
pengujian yang hendak mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi
yang diperoleh, pengukuran pula menjurus pada banyak mana skor atau
markah yang diperoleh dengan menggunakan proses tertentu. Seperti
pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian
mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat
dilakukan dengan tepat berbanding dengan pengukuran ketinggian fizikal
seseorang individu yang menggunakan alat ukur yang tepat
seperti penggunaan pembaris.

Sebagai contoh, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak


boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor
45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Sementara seseorang
yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak
mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara
tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Hal ini jelas menunjukkan
pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Oleh itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat


bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan
cacat, maka sudah pastilah hasil yang diperoleh daripada ukuran yang
dijalankan itu juga tidak tepat.

3.0 Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom adalah satu model yang biasa digunakan untuk


menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-
objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor. Taksonomi ini menyatakan bahawa kita boleh
mengajar bukan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan
menghafaz dan mengingat sahaja tetapi juga boleh mengajar objektif-
objektif yang lebih kompleks dari itu.

Bidang kognitif ini merupakan satu rangka tugas untuk menentukan


peringkat atau taraf pelakuan akhir yang hendak dicapai. Bidang ini
adalah bidang mengenai pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta,
perangkaan, teori-teori dan kefahaman, Bidang ini sangat dititkberatkan di
sekolah dan hampir semua pengajaran guru berpusat di bidang ini.

Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung kepada


mata-mata pelajaran, tajuk-tajuknya dan peringkat pelajar-pelajar. Pada
amnya, boleh dikatakan bahawa aras kemahiran pengetahuan dan
kefahaman adalah lebih ditekankan pada peringkat sekolah rendah,
manakala di sekolah-sekolah menengah penggunaan dan penganalisaan
memainkan peranan yang lebih besar. Di peringkat Institut Pendidikan
Guru, selain daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian
adalah ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai
kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau
kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap.


Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:

(1) Pengetahuan
(2) Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

3.1 Pengetahuan (Knowledge)

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat


kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat
dalam aras pengetahuan ini:

(1) Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk


perkataan a tau simbol.
(2) Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 
(3) Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak
dalam sesuatu bidang. Contohnya siapa,apa, di mana, bila, beri
definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Aras ini berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat


peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi,
prinsip dasar, dan sebagainya. Peringkat pengetahuan adalah peringkat
yang rendah sekali.Ia meliputi pengingatan semula perkara-perkara
khusus dan umum, mengingati semula kaedah-kaedah dan proses atau
mengingati semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari
dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik
perkara-perkara yang telah dipelajari. Berikut diperihalkan jenis-jenis
pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut:

Rajah 1: Jenis-jenis pengetahuan

Berikut akan menerangkan bagi setiap jenis-jenis pengetahuan seperti


rajah di atas.

(1) Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbol-


simbolkhusus(perkataan dan bukan perkataan).
(2) Pengetahuan tentang fakta khusus: Pengetahuan ini melibatkan
pengetahuan tentang tarikh,kejadian,watak,tempat,peristiwa,akibat
dan sebagainya.
(3) Pengetahuan tentang konvokesyen: Pengetahuan ini berkaitan
dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukakan idea
dan fenomena.
(4) Pengetahuan tentang arah perkembangan dan urutan
perkembangan: pengetahuan ini bersangkut-paut dengan
proses,arah dan perkembangan fenomena dari segi masa.
(5) Pengetahuan tentang pengkelasan dan
pembahagian:Pengetahuan berkenaan ada kaitannya dengan
kelas, set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di
dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah.
(6) Pengetahuan tentang kriteria: Pengetahuan ini berkaitan dengan
cara bagaimana fakta,prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai.
(7) Pengetahuan tentang kaedah:Pengetahuan berkenaan berkait
dengan kaedah penyelidikan,teknik dan aturcara yang digunakan
dalam sesuatu bidang kajian dan juga yang digunakan dalam
merisik sesuatu masalah dan fenomena.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

 Pelajar perlu menggunakan proses mental.


 Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran
guru.
 Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam
bentuk baru.
 Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau
betul.
3.2 Kefahaman (Comprehension)

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau


makna sesuatu perkara. Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan
memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan dan
sebagainya. Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan
memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini
mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan
pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka,
memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang
mengenai sesuatu perkara. Ia juga meliputi pengetahuan tentang apa
yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang
dihubungkan itu tanpa mengaitkanya kepada bahan-bahan lain atau
melihat implikasi sepenuhnya. Peringkat kefahaman adalah satu tahap
yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui(pengetahuan) tentang
sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang paling rendah bagi kefahaman
jika dibandingkan dengan jenis pemahaman pada peringkat yang lebih
tinggi.Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga:

Rajah 2 : Peringkat-peringkat Kefahaman

Berikut akan menerangkan tentang peringkat-peringkat Kefahaman


berdasarkan rajah di atas:

(1) Peringkat Penterjemahan


Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian
dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah
perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain.
(2) Peringkat pentafsiran
Ia berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu
perhubungan.
(3) Peringkat ekstrapolasi
Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau
kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan
implikasinya akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian
dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman:

 Proses mental
 Maklumat asas telah diajar
 Perlu bahan atau alat komunikasi
 Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

3.3 Aplikasi (Application)

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori,


prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar
memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi
antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Pada tahap ini,
seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan,
prosedur, metodologi, rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran
sebenar. Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara
yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan.
Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi
sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-
petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan
teori-teori dalam situasi baru dan yang berlainan daripada yang telah
dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan
mendalam.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi:

 Menggunakan proses mental aplikasi


 Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
 Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang
dibincangkan dalam bilik darjah.

3.4 Analisis (Analysis)

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu


perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti
unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur. Pada tahap
analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh
dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan
mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari
sebuah senario yang rumit. Analisis adalah kebolehan memecah-
mecahkan perkara-perkara yang telah dipelajari itu kepada bahagian-
bahagiannya tadi senang difahami. Dalam lain perkataan,analisa
mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau
bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi
jelas dan nyata.Kebolehan yang diperlukan di sini termasuklah kebolehan
memecah-mecahkan,menganalisa kaitan di antara pecahan-pecahan dan
mengesan susunan prinsip-prinsip pecahan yang terlibat.

Peringkat analisa ini adalah lebih tinggi daripada peringkat aplikasi


dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman
isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur
supaya mudah difahami. Ada tiga jenis analisa yang biasa digunakan di
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa:

Rajah 3 : Jenis-jenis Analisa

Berikut menerangkan tentang rajah di atas.

(1) Analisa elemen.


Analisa ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di
dalam sesuatu perhubungan
(2) Analisa berkaitan.
Ini melibatkan perkaitan dan interaksi di antara elemen-elemen
dengan bahagian-bahagian perhubungan itu.
(3) Analisa organisasi dan prinsip.
Analisa cara ini menekankan organisasi,susunan bersistem dan
struktur yang menyatukan perhubungan itu.Ini meliputi
asas,susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan
perhubungan itu sebagai satu unit.

Jenis-jenis aras analisis


Rajah 4 : Jenis-jenis Analisis

Berikut akan menerangkan jenis-jenis analisis seperti di yang


dipaparkan pada rajah di atas.

(1) Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur.


Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang
sedia ada.
(2) Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
(3) Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi
yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis
tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis

(1) Soalan menggunakan proses mental analisis


(2) Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
(3) Situasi, dokumen perlu dianalisis
(4) Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan
yang dipelajari.

3.5 Sintesis (Synthesis)

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan


sesuatu struktur kepada yang lebih jelas. Seseorang pelajar pada tahap
sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario
yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian
yang diharapkan.

Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil


kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baru. Ini bermakna ia
menyatukan elemen-elemen atau bahagian yang lebih besar dan yang
baru.Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagian-
bahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan ini
diperlihatkan dalam karya-karya baru, rancangan-rancangan penyelidikan
dan skim mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini
memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau
struktur yang terbaharu daripada unsur-unsur yang lama. Tiga jenis
sintesis yang harus diketahui adalah seperti berikut:
(1) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul (Ini dimaksudkan
menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba
menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada
seseorang lain.
(2) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan
(Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau
mencadangkan satu pelan tindakan)
(3) Penghasilan satu set hubungan mujarad (Ini bermaksud
menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk
mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau
menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau
daripada simbol-simbol)

Jenis-jenis soalan aras sintesis.

Rajah 5 : Jenis-jenis Aras Soalan Sintesis

Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sintesis, berikut adalah penerangan


untuk setiap jenis soalan aras sintesis.

(1) Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.


(2) Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
(3) Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan
hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

3.6 Penilaian (Evaluation)

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara


berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap
penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan
menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk
memastikan nilai efektif atau manfaat melaluinya.

Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau


laporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang
dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti
organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat
pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran
menilai hanya boleh berlaku sekiranya kebolehan-kebolehan di peringkat
bawah yang lain telas sedia diperoleh.

Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan


berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-
murid dapat membuat penilaian. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah,guru-guru harus menekankan pengajaran dan
pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada
peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan
tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja kebolehan
kefahaman, tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi
adalah lebih kekal,lebih bermakna dan lebih memberi manfaat.
Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehan-
kebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif-objektif tingkah laku
dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal-hal
seperti perkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan
kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan
mengajar itu hendaklah mengutamakan peringkat aplikasi yang
membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya
itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalaman-
pengalaman baru.

4.0 Jadual Spesifikasi Ujian.

Mengajar dan menguji merupakan suatu lumrah di dalam kerjaya seorang guru.
Setiap yang diajari, akan diuji bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik
pengajaran, dan sejauh mana murid-murid mampu memahami pengajaran
beliau. Sebagai seorang guru bahasa, penguasaan kita bukanlah sekadar
kepada kemahiran bahasa semata-mata, namun merangkumi juga kehebatan
kita dalam teknik menguji dan menilai kemahiran tersebut.

Bagi menguji ataupun mengadakan sesebuah ujian, seorang guru


perlulah mempunyai satu taburan bentuk soalan yang dikenali sebagai Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU), ataupun dahulunya dikenali sebagai Jadual Penentuan
Ujian (JPU). Perihal mengenai JSU ini telahpun dibincang secara jelasnya pada
halaman yang sebelumnya.

Membina soalan bukanlah suatu pekerjaan yang sewenang-wenangnya.


Guru-guru haruslah mematuhi prinsip-prinsip utama dalam membina JSU. Hal ini
bagi memastikan keberkesanan dan kesahan sesuatu soalan tersebut. Justeru
itu, sebelum mereka sesuatu soalan, prinsip-prinsip dalam membina JSU
haruslah diketahui dan dikuasai dengan sebaik mungkin.
4.1 Prinsip-prinsip Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Sebelum memulakan ataupun merancang sesuatu ujian, guru haruslah


menyediakan satu JSU yang tepat sebagai panduan bagi menggubal soalan.
Pembinaan JSU merupakan suatu kondisi yang kritikal sebelum membina
sesebuah ujian. Ketepatan JSU menjamin keputusan yang cemerlang dan
ketepatan dalam mengukur keberkesanan p&p, dan sebaliknya. Oleh yang
demikian, JSU dilengkapi dengan enam prinsip yang menjadi panduan tetap
dalam membina JSU yang tepat.

Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau


huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan,
meliputi

Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya


menggunakan Takksonomi Bloom)

Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk


berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

Bentuk ujian – berbentuk esei, objektif, amali, lisan, kerja


kursus, dan sebagainya

Bilangan item – mengikut bentuk, aras kemahiran, dan


kandungan mata pelajaran.

Aras - Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam


lingkungan 20% hingga 80%

Rajah 6: Prinsip-prinsip Pembinaan JSU


4.1.1 Kandungan Ujian

Guru hendaklah jelas dan spesifik mengenai kemahiran bahasa dan juga aspek
bahasa yang ingin diuji. Hal ini diperolehi melalui kajian, pemahaman, dan
penghayatan yang mendalam terhadap Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Kajian
terhadap HSP memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kehendak dan
objektif penggubalan sesuatu kurikulum. Berikut merupakan antara fokus utama
dalam menganalisis sesuatu sukatan pelajaran.

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk


b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Setelah penelitian dijalankan, guru dapat pula menyusun dan


membahagikan prospek-prospek soalan dengan tepat. Maklumat di atas juga
penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itulah yang bakal
menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk
setiap tajuk/subtajuk.

4.1.2 Kemahiran

Setelah mengkaji dan memahami HSP, guru seterusnya harus menganalisis


HSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu
kurikulum. Analisis ini dijadikan petunjuk kepada pemilihan pengetahuan serta
kemahiran yang bakal diuji di samping menentukan tahap kesukaran sesuatu
soalan. Kebiasaannya, hal ini berkait rapat dengan Taksonomi Bloom.
Taksonomi ini menjadi rujukan dalam membina sesuatu soalan. Aras yang
hendak diuji haruslah mengikuti dan mematuhi taksonomi bagi memastikan
soalan yang digubal adalah tepat dan memenuhi kehendak sesuatu ujian. Para
guru haruslah mengelak daripada mereka suatu soalan secara semberono
kerana mungkin merugikan kedua belah pihak; guru dan pelajar. Menurut Abdul
Aziz Abdul Talib (1993) ujian yang baik tidak boleh dibina dengan sewenang-
wenangnya, malah memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan yang baik
dan teliti adalah langkah pertama dalam membentuk ujian yang berkesan.
Berikut merupakan enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan Nyatakan, terangkan,


namakan, labelkan.
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi
teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada
pembelajaran yang lepas.

Kefahaman Pilih, terangkan,


tulis semula.
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-
idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep, menterjemah
draf.

Penggunaan selesaikan, ramalkan, cari,


kesilapan, bina alat.
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis Bezakan, pasti, pilih.

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang


kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan
kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.
Sintesis Bina, hasilkan, susun,
kembangkan.
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian Pilih, berikan alasan,


kritikan, buktikan.
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Jadual 1: enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.

4.1.3 Wajaran

Grondlund (1977:18) telah mengatakan bahawa:

The key to effective achievement testing is careful planning. It provides greater


assurance that our test will measure relevant learning outcomes… measure a
representative sample of the desired behaviours… and provide dependable
information on which to base instructional decisions… Test planning insolves
the identification and specification of precisely what is to be measured.

Petikan di atas jelas menyatakan kepentingan merancang dan


menggunakan perancangan sesuatu ujian. Wajaran merupakan peratusan item
mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk
(Rukiah Ahmad Tabon; 2008). Ketepatan wajaran penting bagi menimbulkan
kepentingan topik dan aras kemahiran yang hendak diuji. Jika dikaitkan dengan
Taksonomi Bloom, wajaran sesuatu ujian adalah seperti berikut:
Tahun Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Aplikasi dan Sintesis dan
Pengetahuan dan
2 Analisis Penilaian
Pemahaman (0-30%)
(60-65%) (10-15%)
Aplikasi dan Sintesis dan
Pengetahuan dan
3 Analisis Penilaian
Pemahaman (0-20%)
(30-40%) (40-60%)
Aplikasi (10- Analisis, Sintesis
Pengetahuan dan
4 dan
Pemahaman (0-10%) 15%) Penilaian (>75%)

Jadual 2: wajaran sesuatu ujian

Justeru itu, sesi p&p haruslah dijalankan dan dinilai sebagaimana yang
dikehendaki oleh taksonomi. Hal ini mengelak daripada terjadinya penggubalan
soalam yang melibatkan topik-topik yang belum dipelajari.

4.1.4 Bentuk Ujian

Pembinaan soalan melibatkan pelbagai jenis soalan mengikut kemampuan dan


tahap calon yang bakal mendudukinya. Antara jenis soalan yang popular adalah
seperti kerja kursus, amali, esei, subjektif, dan juga objektif. Namun, bagi pelajar-
pelajar tahap satu mahupun tahap dua, aras soalan yang paling sesuai bagi
mereka adalah pada soalan yang berbentuk objektif dan juga subjektif.
Sungguhpun ada juga soalan yang memerlukan mereka membuat karangan,
soalan tersebut adalah sesuai pada tahap mereka mengikut kemampuan yang
telah dianalisis.

4.1.5 Bilangan Item

Bilangan item merujuk kepada jumlah soalan yang bakal digubal mengikut
taksonomi Bloom. Seperti yang dibincangkan sebelumnya pada bahagian
wajaran. Bilangan soalan yang bakal dikemukakan mempengaruhi cara guru
mengajar dan memberi penekanan terhadap sesuatu tajuk. Tajuk-tajuk yang
diberi penekanan lebih secara logik faktanya merupakan soalan utama sesebuah
ujian. Bilangan item ataupun soalan yang bakal digubal mengikut tajuk dan
sukatan ini dikira sebagai mana formula berikut.

Jumlah Masa
Jumlah Masa Keseluruhan x Jumlah Soalan

20
x 30 = 15
40

Pengiraan yang sebegini amat penting bagi memastikan fokus ujian ataupun
objektif ujian itu tercapai.

4.1.6 Aras

Pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras kesukarannya haruslah dirujuk


kepada isi kandungan serta HSP. Kedua perkara inilah yang menentukan tahap
kemampuan dan keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Guru
haruslah memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina
sesuatu soalan berdasarkan sifat “syok sendiri”. Guru bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas bagi memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa
yang diharapkan.

Penentuan aras soalan ini sebenarnya berkait langsung dengan kelima-


lima item yang telah dibincangkan di atas. Taksonomi Bloom juga induk utama
dalam memastikan aras adalah sesuai dengan keadaan pelajar. Tugas guru
dalam mengenal pasti potensi amat penting agar soalan yang digubal adalah sia-
sia dan mengelak keraguan di dalam sesuatu keputusan ujian.

Sebagai contoh, sebagaimana diperbincangkan dalam item Bentuk Ujian.


Pelajar-pelajar tahun 1 tidak sesuai menjawab soalan yang melibatkan
kemahiran ataupun taksonomi yang tinggi seperti analisis, mahupun sintesis.
Pada tahap permulaan, biarkan mereka menguasai aspek pengetahun dan
kefahaman dengan menjawab soalan-soalan berbentuk padanan mahupun
soalan objektif berjawapan pendek mahupun jawapan terhad. Begitulah
sebaliknya dengan pelajar-pelajar tahun enam. Soalan-soalan aras rendah
seperti suai padan, ataupun yang hanya menguji kemahiran pengetahuan
mereka adalah tidak sesuai dan dibimbangkan mewujudkan perasaan bosan
dalam diri pelajar. Pada usia begini, soalan-soalan yang melibatkan aplikasi,
sintesis, analisis, dan penilaian lebih sesuai dan mencambahkan pemikiran
muda mereka.

5.0 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual spesifikasi ujian merupakan satu item penting dalam menjadikan


sesuatu ujian mahupun penilaian mencapai kualiti yang terbaik. JSU menjamin
ujian yang dibentuk, adalah dalam keadaan berstruktur dan mempunyai objektif
yang jelas. Bukan sahaja menguji pengetahuan, namun pada masa yang sama
menajamkan lagi kefahaman murid. Objektif ujian haruslah dicapai melalui ujian
yang diadakan. Ujian yang tidak mempunyai objektif adakalanya membebankan
murid dan juga pihak lain yang terlibat. Namun, secara purata besar, ujian-ujian
yang diadakan sememangnya mempunyai objektifnya yang tersendiri.

JSU juga memastikan wujudnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk


dengan aras kemahiran. Hal ini penting bagi mengelak daripada timbulnya
masalah seperti penyoalan soalan yang topiknya belum dipelajari. Juga wujud
jumlah soalan yang banyak mengenai sesuatu topik sedangkan topik tersebut
merupakan topik picisan. Hal yang sebegini menimbulkan keraguan serta curiga
pelajar mengenai sesuatu topik.

JSU juga merupakan satu panduan induk bagi menggubal sesuatu


soalan. Sekiranya guru yang terbabit dengan penggubalan soalan tidak dapat
hadir, soalan masih boleh digubal berpandukan JSU yang telah sedia ada. Ini
memudahkan kerja serta menjimatkan tenaga.

Aras kesukaran kebiasaannya menjadi topik utama semasa membina


soalan. Bagaimana cara menentukan aras yang tepat bagi sesuatu soalan
bukannya mudah. Namun, apa yang dibimbangi ialah, kestabilan dalam
menentukan aras tergugat dengan perubahan semasa. JSU yang tepat mampu
mengembalikan kestabilan aras kesukaran. Soalan yang dibina tidaklah sukar
sepanjang masa, dan tidaklah mudah sepanjang masa, namun dibuat dengan
tertib bagi mencapai objektif ujian.

6.0 Jenis-jenis Ujian

Ujian Objektif

Ujian objektif merupakan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak


balas dengan cara menanda, membulat, menggaris gerak balas (respon yang
tepat) di samping mempunyai hanya satu jawapan yang betul. (Rukiah Ahmad
Tabon; 2008)

Ujian objektif pula dibahagikan kepada dua item iaitu item pilihan jawapan
bebas, dan item pilihan jawapan tetap.

Item Pilihan Jawapan Bebas

Item pilihan jawapan bebas memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih
jawapan yang diberikan. Soalan ini boleh digubal samada berbentuk soalan,
pernyataan tergantung, jawapan pendek atau item melengkapkan seperti
mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat. Contohnya:
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 17
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan
menunaikan menunaikan zakat?
__________, _________, __________, ___________

Item jawapan melengkapkan


i. Haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Terengganu __________
b. Pahang __________

Item Pilihan Jawapan Tetap

Item pilihan jawapan tetap merupakan item yang memerlukan murid memilih
jawapan, bukannya memberi jawapan sebagaimana item pilihan jawapan bebas.
Item ini biasanya hadir dengan soalan-soalan yang berbentuk item betul/salah,
item memadankan, item pengelasan, item susun semula, dan item aneka pilihan.
Item aneka pilihan dapat pula dibahagikan kepada beberapa jenis pula iaitu
bentuk soalan, ayat tidak lengkap, jenis jawapan terbaik, jenis negatif, interpretif,
dan cantuman. Contoh soalan adalah seperti:

1. Aneka pilihan
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A. pemeluwapan
B. penyulingan
C. pendidihan
D. elektrolsis
Bagi soalan-soalan aneka pilihan, soalan yang digubal mempunya empat
unsur utama iaitu pokok soalan, opsyen, kata kunci, dan juga pengganggu.

Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem


A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D – jawapan

2. Ayat tidak lengkap


Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja
pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman
penjajahan British memberi kesan terhadap
A. kemasukan buruh asing beramai-ramai
B. industri membuat tin berkembang pesat
C. migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar
D. industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

3. Jenis jawapan terbaik


Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut
mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B. Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C. memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D. Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

4. Jenis Item Negatif


Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A. sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B. dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C. jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D. boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman
dengan berkesan

5. Jenis interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar
rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A. internet
B. perdagangan
C. telekomunikasi
D. pengangkutan

6. Jenis Cantuman atau Gabungan


Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid
dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:

Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Soalan-soalan objektif hendaklah digubal dengan mengikut spesifikasi
Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, sintesis, analisis,
dan penilaian.

Ujian Subjektif

Soalan subjektif atau esei merupakan suatu bentuk soalan yang memerlukan
pelajar untuk memberi tindak balas, jawapan, dan respon samada melalui lisan
mahupun tulisan. Ia mempunyai dua bentuk tindak balas iaitu tindak balas
berbentuk terhad dan juga tindak balas berbentuk lanjutan. Jawapan terhad
memerlukan pelajar untuk menjawab soalan secara dalam satu ayat ataupun
hanya menggunakan satu perenggan manakala jawapan lanjutan merupakan
esei penuh yang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Jawapan pendek

Jenis Soalan berstruktur


Soalan

Soalan esei

Rajah 7:
Jenis-jenis soalan

Jawapan Pendek
Terhad apa yang harus dijawab. Contoh soalan
- senaraikan lima komponen utama …
- nyatakan tiga kelebihan …
- apakah definisi … mengikut …?

Soalan Berstruktur dan Esei Lanjutan


Soalan-soalan yang berbentuk sebegini membolehkan calon memilih, menyusun
dan menyampaikan jawapan yang difikirkan sesuai di samping dapat menguji
kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara
bebas . Soalan sebegini juga digunakan bagi menguji peringkat kemahiran yang
lebih tinggi seperti aras sintesis, analisis, dan penilaian. Contoh;

- Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi


negara
- Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga
minyak boleh menyebabkan inflasi.

7.0 Jenis-jenis Pengujian dan Penilaian

7.1 Ujian merupakan satu instrumen yang dibuat bagi menguji serta
mengukur sejauh mana objektif pembelajaran telah tercapai. Ia terbahagi
kepada beberapa item iaitu ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian
prestasi, ujian diagnostik, ujian bakat, dan ujian personaliti.

7.1.1 Ujian Pencapaian

Ujian Pencapaian merupakan satu item yang dibina bagi mengukur sejauh
mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah
menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian jenis ini berteraskan
kepada ujian rujukan norma; mengukur aspek pencapaian akademik,
aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya.

7.1.2 Ujian Kecerdasan

Ujian Kecerdasan merupakan satu ujian yang berbentuk ujian mental. Ia


digunakan bagi mengukur perbezaan di antara individu menggunakan
Skala Binet- Simon France 1905, ujian IQ, Skala stanford-Binet, Weschler,
dan ujian Lorge-Thorndike.
7.1.3 Ujian Prestasi

Ujian prestasi merupakan ujian bagi mengukur keupayaan dan kecekapan


murid mengenai sesuatu topik. Ujian ini melibatkan kemahiran-kemahiran
seperti kemahiran manipulasi dan kemahiran membuat hipotesis

7.1.4 Ujian Diagnostik

Diadakan bagi mengenalpasti masalah yang timbul bagi sesuatu


matapelajaran. Setelah masalah ditemui, pihak yang terlibat akan
menyelidiki punca masalah. Penyelesaian kebiasaannya berbentuk
pemantauan/kajian Biasanya melibatkan penelitian dalam jangka masa
tertentu.

7.1.5 Ujian Bakat

Dibentuk sebagai ujian yang menguji kebolehan serta bakat seseorang


pelajar. Juga merupakan satu penelitian keistimewaan seseorang. Sesuai
digunakan untuk penempatan pelajar serta pemilihan pengkhususan.

7.1.6 Ujian Personaliti

Bagi mengukur sikap, minat, nilai, dan pendirian seseorang pelajar. Ujian
dibentuk menggunakan alat-alat psikologi seperti inventori, indikator, dan
indeks.

7.2 Jenis-jenis Penilaian

Penilaian terbahagi kepada empat item iaitu penilaian rujukan norma, penilaian
rujukan kriteria, penilaian formatif, dan penilaian sumatif.
7.2.1 Penilaian Rujukan Norma

Ujian ini dibentuk bertujuan membandingkan pencapaian pelajar. Ia


melibatkan perbezaan prestasi antara seorang pelajar dengan pelajar
yang lain dalam ujian yang sama. Juga merupakan rujukan bagi
menentukan kedudukan pelajar.

7.2.2 Penilaian Rujukan Kriteria

Penilaian ini akan dapat dicapai melalui membandingkan pencapaian


pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Ia tidak melibatkan
perbandingan antara calon.

7.2.3 Penilaian Formatif

Penilaian dibuat secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan


pembelajaran (p&p) berjalan. Ia melibatkan penilaian setiap tajuk /
pelajaran. Objektif utama adalah untuk mengesan dan menilai
keberkesanan proses p&p.

7.2.4 Penilaian Sumatif

Penilaian di akhir sesuatu tempoh p&p. Kebiasaannya adalah ujian akhir


penggal, ujian akhir tahun, dan peperiksaan-peperiksaan awam. Penilaian
ini diwujudkan demi menilai pencapaian pelajar sepanjang
berlangsungnya p&p sepanjang musim tersebut.

7.2.5 Penilaian Kertas – Pensil

Ujian ini melibatkan pemerhatian ke atas kemahiran bahasa, memerhati


sejauh mana murid telah memperolehi kemahiran membaca dan
memahami dan kemahiran menulis.
7.2.6 Penilaian Prestasi

Penilaian prestasi merupakan satu proses yang diadakan bagi menilai


prestasi pembelajaran seseorang pelajar. Penilaian ini sangat diperlukan
terutamanya dalam menyusun semula kaedah, teknik, serta strategi
pembelajaran dan pengajaran.

8.0 Kesimpulan

Perubahan masa menuntut segalanya berubah. Sifat tetap dan anjal


sistem pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik. Strategi, kaedah,
pendekatan, serta teknik harus berubah mengikut peredaran zaman. Tidak
semua teknik yang diwujudkan puluhan tahun yang lampau mampu diaplikasi
dengan baik pada hari ini. justeru, guru-guru haruslah kreatif dalam
membenihkan idea-idea baru dalam memastikan proses p&p berjalan dengan
baik dan mencapai objektifnya.

Antara perubahan yang dapat dilihat dengan jelas adalah mengenai aspek
penggubalan soalan. Jika sebelumnya soalan digubal mengikut logik, namun
kini telah diperkenalkan sistem yang sistematik iaitu Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU). JSU banyak membantu memudahkan urusan serta memastikan soalan
yang digubal adalah memfokuskan ke arah mencapai objektif pembelajaran.

Namun, sayugia diingatkan bahawa, sistem pendidikan bukanlah sekadar


melahirkan insan yang menguasai ilmu akademik, namun pada masa yang sama
membangunkan insan-insan kamil yang bakal menerajui kepimpinan agama, dan
negara. Kemudahan-kemudahan yang wujud selari dengan perkembangan dunia
yang pesat, memudahkan lagi harapan dan impian ini untuk tercapai.

Anda mungkin juga menyukai