Anda di halaman 1dari 12

ESEI KAJIAN KURIKULUM KHSR

Soalan 1 a) Huraikan maksud kurikulum dan perancangan kurikulum Kurikulum bermaksud segala perancangan pendidikan yang dikendalikan sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu kurikulum akademik pengajaran dan pembelajaran) dan ko-kurikulum. Manakala perancangan kurikulum bermaksud perbuatan, tindakan dan usaha yang dijalankan dalam merancang sesuatu.

b) Senaraikan dan jelaskan fasa perancangan dalam pembentukan kurikulum i. Perancangan Menerangkan maksud perancangan. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Kerja. Menerangkan tugas jawatankuasa.

ii.

Pengeluaran Menjelaskan maksud pengeluaran. Pengeluaran ada melibatkan penilaian. Menyemak semula kurikulum yang telah dilaksanakan atau yang telah disampaikan. Proses ini tidak sama dengan penyebaran.

iii.

Kajian rintis Perlu dilakukan sebelum menyebarkan kurikulum. Memilih beberapa sampel untuk menjalankan kajian. Bertujuan untuk mengumpul maklumat dan data secara ringkas atau secara kasar.

Supaya pada perancangan dapat dijalankan dengan lancer. Jika perlu, kurikulum akan dibaik pulih.

iv.

Perlaksanaan Terangkan maksud perlaksanaan. Berlakunya proses pemilihan bahan kurikulum yang bersesuaian dan pengembangan bahan kurikulum. Disampaikan pada pihak yang berkaitan dengan dunia pendidikan.

v.

Penilaian Perlaksanaan kurikulum dinilai keberkesanannya. Pada tahap ini, akan berlaku proses penambahbaikan, pemulihan semula atau penukaran sepenuhnya kurikulum tersebut.

c) Nyatakan dan huraikan langkah-langkah penting yang perlu dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan. i. Menjelaskan alternatif Masalah terlebih dahulu akan diterangkan dan dijelaskan secara terperinci. Pada peringkat ini, beberapa jalan penyelesaian bagi masalah tersebut akan diklasifikasikan dan digariskan untuk dijadikan sebagai panduan asas.

ii.

Menyediakan piawaian terhadap alternatif Setelah diklasifikasikan jalan penyelesaian, satu standad ditetapkan terhadap setiap jalan penyelesaian yang telah dihasilakan. Penetapan stadad tersebut menjadi panduan kepada pembuat keputusan untuk menentukan jalan yang bersesuaian dengan masalah yang ada.

iii.

Mengumpul data sekolah dan komuniti Dengan berpandukan kepada standad yang telah ditetapkan, akan memudahkan lagi pencarian dan pengumpulan data-data yang diingini. Ini

bertujuan untuk menilai jalan penyelesaian yang terbaik bagi setiap data tersebut. Kebiasaannya data sekolah yang diperolehi ialah melalui struktur organisasi sekolah, infrastruktur sekolah dan komuniti sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru dan pihak pentadbiran. Manakala bagi data berkenaan komuniti ialah berkenaan dengan masyarakat persekitaran, iaitu bidang pekerjaan dan taraf kehidupan.

iv.

Menganalisis data Peringkat ini, data akan dianalisis mengikut standad yang telah ditetapkan. Terdapat kegiatan merancang, membuat kepsimpulan,

menganalisis dan mendokumentasikan data untuk digunakan ketika membuat keputusan.

v.

Memilih alternatif yang sesuai dengan data Dalam peringkat ini, pemilihan alternatif yang bersesuaian akan dilakukan. Terdapat beberapa alternatif yang akan diabaikan atau tidak digunakan. Dalam suatu situasi, hanya terdapat satu sahaja alternatifyang dipilih berdasarkan beberapa kemungkinan. Akan tetapi, dalam situasi yang berbeza, kesemua alternatif tersebut tidak akan dipilih dan perlu dibuat kajian semula.

d) Nyatakan dan huraikan langkah-langkah proses perancangan KHSR i. Menentukan rasional Sebab perlunya program dijalankan. Contohnya mewujudkan modal insane yang berketrampilan dan berkebolehan. Untuk KHSR, program ini diadakan untuk member penedahan awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid sekolah rendah.

ii.

Visi Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka masa panjang program mengijut perspektif yang lebih luas. Untuk KHSR, terdapat visinya yang tersendiri.

iii.

Misi Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapaikan dalam tempoh tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan. KHSR mempunyai misi yang telah ditetapkan.

iv.

Matlamat Matlamat KHSR bertujuan membolehkan para pelajar memperolehi kemahiran praktis berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri atau berdikari serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta.

v.

Objektif Merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan, dimana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai asas program tersebut.

vi.

Isi pelajaran Kandungan mata pelajaran yang relevan dengan keperluan masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan. Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa yang ingin dicapai dalam dasar dan FPK.

vii.

Kaedah penyampaian Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna. Ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap proses P&P.

viii.

Keperluan fizikal/infrastruktur Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang telah disediakan

ix.

Tenaga kerja Mempunyai guru yang terlatih, pembantu bengkel atau makmal, Pembina kurikulum dan penilai.

x.

Rancangan perlaksanaan Selaras dengan penekanan mata pelajaran KHSR kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya hendaklah dibuat melalaui aktiviti.

xi.

Penilaian Merupakan dapatan dari segi kemahiran dan nilai. Hasil kerja.

e) Struktur dan fungsi kurikulum Terdapat beberapa fungsi utama kurikulum iaitu : i. Perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. ii. iii. iv. v. Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni. Penyebaran ilmu pengetahuan. Pembentukan masyarakat Malaysian yang bersatu padu. Melahirkan tenaga kerja mahir.

Soalan 2 a) Huraikan tugas dan langkah awal yang dilaksanakan oleh seorang pengurus kurikulum i. Melantik dan membentuk jawatankuasa Terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil/Kerja. AJK Induk terdiri daripada bahagian pengurusan yang mana mempunyai kuasa tertinggi dan terbesar dalam proses pembentukan kurikulum. AJK Kecil/Kerja terdiri daripada perkerja-pekerja bawahan.

ii.

Pembahagian tugas Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Induk ditugaskan untuk memutuskan dan mengeluarkan dasar, mempunyai kuasa pemutus dalam pembentukan kurikulum, memberi panduan dan garis kasar mengenai proses pembentukan sesuatu kurikulum tersebut. Jawatankuasa Kecil/Kerja ditugaskan untuk melaksanakan segala aktiviti bagi mewujudkan kurikulum. Segala aktiviti yang dilakukan adalah berpandukan arahan Jawatankuasa Induk.

iii.

Mesyuarat penyelarasan kerja Pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarta penyelarasan kerja dengan setiap jawatankuasa. Mesyuarat dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap jawatankuasa. Setiap jawatankuasa menjelaskan tugasan yang telah dilaksanakan.

iv.

Mengkoordinasi kerja Hasil kerja yang telah diperolehi akan dikoordinasikan di antara Jawatankuasa Kecil/Kerja. Ini bertujuan agar faktor penyelarasan dapat dicapai.

v.

Mengumpul maklumat melalui perbincangan Segala maklumat yang telah diperolehi berkenaan kurikulum yang dibentuk akan dikumpul dan didokumentasikan. Ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan semula pada masa akan datang.

b) Nyatakan maksud dan tujuan penyebaran kurikulum Penyebaran kurikulum merupakan satu kegiatan mengembangkan kurikulum yang mana melibatkan mereka yang mempunyai kaitan secara langsung dalam dunia pendidikan. Tujuan penyebaran kurikulum ialah : i. Memudahkan penggunanya. ii. Supaya kurikulum yang disebarkan dapat diterima pakai oleh para pengajar. iii. Supaya guru atau pihak sekolah mendpaat maklumat yang sah berkenaan dengan kandungan kurikulum. iv. Agar dapat dielakkan penggunaan kandungan kurikulum yang berbeza bagi setiap institusi pendidikan. v. Dapat mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan dalam pemilihan isi kandungan kurikulum. objektif dan matlamat pendidikan sampai kepada

c) Nyatakan maksud dan fungsi penilalian kurikulum Penilaian kurikulum ialah suatu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Fungsi penilaian kurikulum ialah : i. Mengesan penguasaan Bertujuan untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemaihran yang sedang diajarkan. Tidak memerlukan instrument yang khusus.

ii.

Mengesan kemajuan Bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahirankemahiran yang telah dipelajari. Untuk mementukan murid yang mana layak mengikuti program pengayaan atau pemulihan. Menggunakan instrument seperti senarai semak, lembaran kerja atau ujian bertulis.

iii.

Mengesan pencapaian Bertujuan untuk mengesan tahap pencapaian pelajara dalam suatu topik pembelajaran. Untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masingmasing. Dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan.

Soalan 3 a) Definisi inovasi kurikulum Inovasi kurikulum bermakna kurikulum yang sedia ada diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut ataupun perubahan yang melibatkan keseluruhan kurikulum tersebut berubah.

b) 2 teori inovasi kurikulum yang sesuai i. Teori disiplin mental Menggunakan logik psikologi pancaindera sebagai asas huraian. Akal mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan, khayalan, penaakulan, kehendak, pemerjatian dan sebagainya. Mengutamakan latihan mental untuk membinan otot akal serta meningkatkan keupayaan menjalankan operasi pemikiran.

Fungsi sekolah adalah untuk membina perkembangan otot akal manakala fungsi kurikulum adalah untuk memperhaluskan

keupayaan otot akal.

ii.

Teori kurikulum saintifik Menurut Bobbit, sekolah merupakan kilang memproses murid sebagai bahan mentah input supaya menjadi output yang bersedia untuk memikul peranan masing-masing. Menurut beliau, pembahagian perlu dibuat dengan berpandukan peranan individu yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing. Ukuran kecerdasan diterima sebagai cara saintifik yang sah untuk membezakan kanak-kanak bagi tujuan melaksanakan

pembahagian tajuk. Logik teori kurikulum saintifik tidak dapat menjelaskan

perkembangan kurikulum ini kerana teori ini menegaskan betapa pentingnya kanak-kanak dibezakan menurut darjah kecerdasannya untuk member mereka latihan spesifik yang selaras dengan takdir mereka dalam masyarakat. Dari aspek reka bentuk kurikulum, Bobbit mengusulkan bahawa setiap aktiviti yang hendak diajar perlulah dirancang supaya melibatkan beberapa siri subaktiviti dengan langkah kecil yang dapat menyokong ke arah pembelajaran aktiviti tersebut dengan cara yang cekap.

iii.

Teori fungsi Menyatakan bahawa masyarakat wujud berasaskan sistem

peranan anggotanya. Terbahagi kepada dua iaitu Teori Fungsi Sosial dan Teori Fungsi Teknikal. Teori fungsi sosial menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk memasyarakatkan kanak-kanak, iaitu menyediakan kanak-

kanak secara teratur bagi mengupayakan mereka memainkan peranan masing-masing sebagai anggota masyarakat dewasa pada masa akan datang. Teori fungsi teknikal mengusulkan keperluan kemahiran bagi menjalankan kerja, dan jenis pekerjaan dalam masyarakat moden pula semakin meningkat jumlahnya merentasi masa oleh sebab berlakunya perubahan teknologi.

iv.

Teori kurikulum sekolah Di Malaysia, kurikulum sekolah dirancang oleh pentadbiran Kementerian Pelajaran yang sentiasa berada di bawah cengkaman kumpulan politik dan birokrat tertentu yang mengawal penentuan pentadbiran dan professional pendidikan untuk mengalirkan kurikulum tersebut. Dalam teori kurikulum sekolah, terdapat teori konflik yang menyatakan : Merupakan konflik yang terdpaat dalam masyarakat. Kumpulan sosial yang terdiri daripada sekelompok individu yang merupakan makhluk psikologi disamping makhluk sosial. Makhluk psikologi dimana manusia tertarik kepada

keselesaan yang diperolehi daripada kuasa, pangkat dan kekayaan. Makhluk sosial dimaana manusia menghadapi pelbagai variasi usaha, perlumbaan dan pertimbangan moral

dikalangan individu. Tarikan psikologi kepada kuasa, pangkat dan kekayaan dari aspek sosial kadang-kadang mengeluarkan gerak balas moral tetapi manusia lazimnya kurang menghiraukan gerak balas sosial.

c) Nyatakan dan huraikan langkah-langkah perlaksanaan inovasi kurikulum i. Membuat analisis serta mengenal pasti masalah mengapa suatu kurikulum itu perlu diubah. Jawapan kepada analisis dan permasalahan ini penting untuk diperolehi supaya para penggubal kurikulum jelas mengenai sebab mengapa kurikulum tersebut harus diubah. ii. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah-masalah yang telah dikenal pasti. Langkah ini adalah untuk mewujudkan bukti yang kuat dan nyata mengenai kelemahan dalam kurikulum yang sedia ada.dalam peringkat ini juga, aspek-aspek kurikulum yang perlu diperbaharuhi dan juga jenis perubahan yang akan dibuat akan dikenal pasti. iii. Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum, ia penting kerana objektif yang diwujudkan adalah panduan untuk membentuk kurikulum yang selari dengan apa yang ingin dicapai. iv. Mengenal pasti atau mewujudkan rangka bentuk atau model bagi pembaharuan. Model ini penting supaya ia dapat member gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan bentuk pendekatan proses

pembaharuan itu. v. Pengwujudan jadual kerka iaitu bilakah langkah-langkah berikutnya akan bermula dan tamat, serta siapakah yang akan terlibat, jenis langkah yang diambil dan sebagainya. Ini diikuti dengan mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan perubahan yang seterusnya. vi. Membuat andaian atau jangkaan mengenai hasil yang akan didapati daripada kurikulum yang telah diperbaharui itu. Namun, ia merupakan pilihan dan ia boleh dilakukan sekiranya diperlukan aatu sebaliknya. vii. Proses inovasi yang terakhir ialah melaksanakan kurikulum yang telah melalui proses inovasi tersebut. Kurikulum terbeut akan diuji terlebih dahulu dan segala laporan dan penemuan akan dikumpul dan dianalisa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Setelah selesai, barulah ia dilaksanakan sepenuhnya disemua sekolah.

d) Huraikan 2 faktor yang mempengaruhi perlaksanaan inovasi kurikulum Terdapat 5 faktor kesemuanya iaitu Faktor Politik, Faktor Perubahan Masa dan Pembangunan Negara, Faktor Perubahan Sosial, Faktor Perancang Kurikulum serta Faktor Ilmu (Rujuk nota kuliah Tuan Hj. Suhaimy bin Ahmad).

Anda mungkin juga menyukai