Anda di halaman 1dari 28

PIMK2183DR

PENGAJIAN
KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
SR
PDP PA
Kurikulum

Secara etimologis, kurikulum berasal dari


kata dalam Bahasa Latim ”curir” yang
artinya pelari, dan ”curere” yang artinya
”tempat berlari”
suatu jarak yang harus ditempuh oleh
pelari mulai dari garis start sampai
dengan finish.
digunakan dalam dunia pendidikan,
dengan pengertian sebagai rencana dan
pengaturan tentang sejumlah mata
pelajaran yang harus dipelajari peserta
didik dalam menempuh pendidikan di
lembaga pendidikan.
Definisi Kurikulum

• Hilda Taba (1962) Curriculum is a


plan for learning.
• Caswell and Campbell (1935)
Curriculum is all of the experiences
children have under the guidance of
teachers.
• Beauchamp (1972) A curriculum is a
written document which may contain
many ingredients, but basically it a
plan for the education of pupil during
their enrollment in given school.
Fungsi Kurikulum
• Guru, kurikulum berfungsi sebagai
pedoman dalam melaksanakan proses
pembelajaran.
• Guru Besar dan guru, kurikulum berfungsi
sebagai pedoman dalam melaksanakan
supervise atau pengawasan.
• Orang tua, kurikulum berfungsi sebagai
pedoman dalam membimbing anaknya
belajar di rumah.
• Masyarakat, kurikulum berfungsi sebagai
pedoman untuk memberi bantuan bagi
penyelenggaraan proses pendiddikan di
sekolah.
• Pelajar itu sendiri, kurikulum berfungsi
sebagai pedoman belajar.
Fungsi Kurikulum Bagi Pelajar
• Fungsi Penyesuaian ( the adjustive or adaptive
function )
Kurikulum harus mampu mengarahkan pelajar
agar mampu menyesuiaankan dirinya dengan
lingkunagn baik lingkungan fisik maupun
lingkungan sosial.
• Fungsi Integrasi ( the integrating function )
Kurikulum bermakna sebagai alat pendidikan
harus mampu menghasilkan peribadi-peribadi
yang utuh, untuk dapat hidup dan berintegrasi
dengan masyarakat.
• Fungsi Diferensiasi ( the differenting function )
Kurikulum bermakna sebagai alat pendididkan
harus mampu memberikan pelayanan terhadap
perbezaan individu pelajar.
Fungsi Kurikulum Bagi Siswa …
• Fungsi Persiapan ( the propedeutic function )
Kurikulum bermakana sebagai alat pendidikan
harus mampu mempersiapkan pelajar untuk
melanjutkan pengajian pendidikan selanjutnya.
• Fungsi Pemilihan ( the selective function )
Kurikulum bermakna sebagai alat pendidikan
harus mampu memberi kesempatan kepada
pelajar untuk memilih program belajar yang
sesuai dengan kemampuan dan minatnya.
• Fungsi Diagnostik ( the diagnostic function )
Kurikulum bermakna sebagai alat pendidikan
harus mampu membantu dan mengarahkan
pelajar untuk dapat memahami dan menerima
kekuatan (potensi) dan kelemahan yang
dimilikinya.
2. Pembangunan Kurikulum
Rasional Pembangunan Kurikulum
Pendidikan yang berkesan dan berjaya
diperolehi melalui perancangan yang
rapi. Tanpa perancangan,
kecelaruan, pertindihan dan
pergeseran akan berlaku ketika
melaksanakan aktiviti-aktiviti
kurikulum. Biasanya, para pendidik
di sekolah akan membangunkan satu
rancangan induk sebelum
menjalankan program-program yang
dilaksanakan dalam sesebuah
sekolah.
Pembangunan Kurikulum

Rasional Pembangunan Kurikulum


Membuat perubahan kepada kurikulum
sedia ada, contohnya untuk
memasukkan pengetahuan yang
baru ditemui atau yang dianggap
penting. Atau kerana perubahan dari
segi struktur sekolah, atau kerana
penerapan kaedah-kaedah
pengajaran yang baru.
Konsep Pembangunan Kurikulum

Istilah/konsep pembangunan kurikulum


merupakan istilah/konsep yang
komprehensif dan mencakupi di dalamnya
istilah-istilah/konsep-konsep
perancangan kurikulum, pembaikan
kurikulum (curriculum improvement),
dan penilaian kurikulum.
Pembangunan kurikulum selalu membawa
maksud perubahan dan pembaikan, oleh
kerana itu istilah “curriculum
improvement” dikatakan sebagai sinonim
kepada istilah pembangunan kurikulum,
walaupun pada sesetengah kes,
pembaikan dilihat sebagai hasil daripada
pembangunan kurikulum (Oliva 2005, pg.
22).
Konsep Pembangunan Kurikulum

Perancangan kurikulum merupakan fasa


awal pembangunan kurikulum di mana
penggubal kurikulum akan membuat
keputusan dan tindakan untuk
memantapkan satu pelan yang akan
dilaksanakan oleh guru dan pelajar.
Perancangan merupakan fasa berfikir
atau fasa reka bentuk kurikulum.
Pelaksanaan kurikulum merupakan
terjemahan pelan kepada tindakan.
Penilaian kurikulum merupakan fasa di
mana kejayaan atau pencapaian
Tahap-Tahap Pembangunan Kurikulum

❖ Peringkat Kebangsaan (Pusat


Pembangunan Kurikulum)
❖ Peringkat Negeri
❖ Peringkat Daerah
❖ Peringkat Sekolah (Pengetua)
❖ Peringkat Individu/Guru
Model Pendekatan Teknikal-Saintifik
❖ Pendekatan ini pada dasarnya melihat
perkembangan kurikulum sebagai satu
pelan/rancangan/blueprint yang
menyusun persekitaran pembelajaran
dan menyelaraskan unsur-unsur
personel/sumber tenaga manusia,
bahan-bahan dan peralatan.
❖ Pandangan teknikal-saintifik
membolehkan anda memahami istilah
kurikulum daripada pandangan yang luas
atau makro dan memahaminya sebagai
unit yang kompleks yang terdiri daripada
bahagian-bahagian kecil yang berfungsi
secara bersepadu untuk mencapai fungsi
yang sama iaitu mendidik manusia.
Model Pendekatan Teknikal-Saintifik

❖ Model-model dalam pendekatan ini


menggunakan paradigma jalan-hasil
(means-end paradigm).
❖ Model-model ini dibentuk berdasarkan
rasional dan sensing/ilmu deria
(technological rationality)
❖ Proses pembangunan kurikulum
mempunyai tahap keobjektifan,
keuniversalan dan logik yang tinggi
(contoh: objektif pengajaran
didefinisikan dengan jelas dan dicapai
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)

Tyler menekankan bahawa mereka yang


terlibat dalam pembangunan kurikulum
mesti berusaha untuk mengenalpasti
dan mendefinisikan:
1. Tujuan sekolah (purposes of the
school)
2. Pengalaman pembelajaran berkait
dengan tujuan sekolah (Educational
experiences related to the purposes)
3. Organisasi pengalaman pembelajaran
(Organization of these experiences)
4. Penilaian (Evaluation of the purposes)
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)
Tujuan/Objektif umum diperoleh
daripada tiga sumber; pelajar,
masyarakat dan subject
matter/mata pelajaran. Objektif
umum ini seterusnya dihalusi dan
ditapis melalui 2 tapisan iaitu
falsafah sekolah dan psikologi
pembelajaran.
Tyler menyarankan agar pemilihan
pengalaman pembelajaran dilakukan
dengan mengambil kira pengalaman
lampau dan pandangan pelajar
berhubung perkara yang dipelajari
atau situasi pembelajaran yang
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Tyler)
❖ Tyler menekankan agar organisasi
pengalaman pembelajaran dilakukan
dengan cara tertib atau aturan
pengalaman itu mestilah sistematik
sehingga menghasilkan kesan
terkumpul yang maksimum.
❖ Tyler menekankan penilaian penting
untuk proses pembangunan
kurikulum . Penilaian harus
dilaksanakan berdasarkan objektif
yang telah dirancangkan.
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)

❖ Taba menekankan kurikulum seharusnya


direkabentuk oleh pengguna program. Guru
seharusnya memulakan proses pembangunan
kurikulum dengan membina unit pengajaran
dan pembelajaran khusus untuk pelajarnya.

❖ Guru mengambil pendekatan induktif dalam


membangunkan kurikulum ie. bermula dari
yang spesifik menuju kepada reka bentuk
yang umum. Ini berlawanan dengan reka
bentuk biasa yang bermula dari yang umum
kepada yang spesifik atau pembangunan
kurikulum secara deduktif( Contoh Model
Tyler).
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
❖ Taba mengusulkan tujuh langkah
dalam mengembangkan sesuatu
kurikulum.
1. Analisis keperluan (Diagnosis of
needs/Needs analysis). Guru
memulakan proses dengan
mengenalpasti keperluan pelajar yang
menjadi sasaran kurikulum yang
dirancang
2. Memformulasi objektif (Formulation of
objectives). Selepas guru dapat
mengenalpasti keperluan pelajar,
beliau seharusnya menyatakan
objektif yang ingin dicapai
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)

3. Pemilihan isi kandungan (Selection of


content). Objektif yang
dipilih/diformulasikan akan memberi
garispanduan berhubung isi
kandungan/pengisian kurikulum.
Bukan sahaja objektif dan isi
kandungan perlu sesuai bahkan
kesahan dan kepentingan isi
kandungan yang dipilih juga perlu
ditentukan
4. Penyusunan/Organisasi isi kandungan.
Isi kandungan kurikulum perlu disusun
Contoh Model Pendekatan
Teknikal-Saintifik (Model Taba)
5. Pemilihan pengalaman pembelajaran
(Selection of learning experiences). Peringkat
ini melibatkan pemilihan kaedah pengajaran
yang dapat menyampaikan isi kandungan
secara berkesan.
6. Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran
(Organization of learning activities).
Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran
biasanya ditentukan oleh isi kandungan yang
ingin disampaikan.
7. Penilaian dan kaedah penilaian. (Evaluation
and means of evaluation). Perancang
kurikulum harus menentukan objektif yang
tercapai di peringkat ini. Kaedah penilaian
perlu difikirkan (consider) oleh pelajar dan
guru.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha


berterusan ke arah mengembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadununtuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”.
Pendidikan satu usaha berterusan

❖ Manusia dapat menyesuaikan diri


dengan pelbagai perubahan.
❖ Pendidikan sepanjang hayat diberi
penekanan.
❖ Pendidikan sepanjang hayat perlu
selari dengan FPK
Matlamat Pendidikan Negara

❖ Berdasarkan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, matlamat pendidikan
ini jelas melahirkan insan yang baik.
Insan yang baik ini sekali gus akan
menjadi rakyat dan juga
warganegara yang baik.Wajah insan
ini digambarkan dengan jelas dalam
penyataan falsafah (Wan Zahid,
1994).
Matlamat Pendidikan Negara

❖ Berasaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)
bertanggungjawab mendidik rakyat
agar mereka menjadi warganegara
yang, berpengetahuan,
bertanggungjawab, berdisiplin dan
bersatu padu, dan sesuai dengan
kehendak Dasar Ekonomi Baru dan
Prinsip Rukun Negara (Disiplin dalam
Pendidikan Guru, 1989).
Tujuan pendidikan negara
1 Membentuk peribadi warganegara yang
seimbang dari segi perkembangan fizikal,
intelek, moral dan estetik.
2 Memberikan fahaman individu tentang
alam sekeliling dan tingkah laku manusia
dalam kumpulan serta menyedarkan
mereka dengan tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
3 Membentuk pekerja yang positif, cekap dan
bertanggungjawab terhadap kemajuan
peribadi dan pembangunan negara.
Tujuan pendidikan negara

4 Membentuk individu yang boleh menerima dasar


demokrasi agar mereka dapat melibatkan diri
dalam proses demokrasi dari peringkat daerah
hingga peringkat negara.
5 Membentuk individu yang berdaya usaha dan
dapat menyesuaikan diri dengan sebarang
perubahan tanpa meninggalkan nilai agama dan
budaya.
6 Membentuk satu rupa bangsa Malaysia yang
menjadikan Rukun negara sebagai panduan hidup.
Falsafah Pendidikan Islam

“Pendidikan Islam adalah satu usaha


berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat”.
FPK dari perspektif matlamat Pend.
Islam
Unsur dalam FPK (Wan Bakar, 1991)

1 Pendidikan seumur hidup.


2 Pembangunan seluruh potensi insan dari
segi rohani, akal, emosi dan jasmani.
3 Pembentukan insan soleh yang tunduk dan
patuh kepada Tuhan (Allah).
4 Pembentukan insan dwifungsi, iaitu
sebagai abid dan khalifah.
5 Kesepaduan ilmu dan amal soleh untuk
mencapai al-falah (kemenangan).

Anda mungkin juga menyukai