Anda di halaman 1dari 10

Perlaksanaan ujian formatif adalah

tidak selaras dalam sesebuah kelas,


sekolah, daerah dan negara.
Menyukarkan guru untuk membuat
penilaian dan refleksi penilaian
terhadap individidu murid sekiranya
jumlah murid adalah terlalu ramai bagi
sesebuah kelas.

Tidak berjaya mewujudkan semangat
persaingan antara murid untuk berusaha
mendapatkan keputusan yang terbaik
kerana pencapaian murid hanya bertujuan
menguji kefahaman mereka dan tidak
berlaku perbandingan dengan kelompok
atau individu murid lain.
Menyukarkan tindakan guru untuk
membetulkan kelemahan murid serta
merta semasa proses P&P kerana
dikhuatiri mengambil masa yang lama jika
gagal diurus dengan baik
Kelemahan murid adalah pelbagai dan
tidak sama antara satu sama lain. Sukar
untuk guru memberi perhatian kepada
sesuatu kelemahan dengan tidak
mengabaikan mereka yang lain
Perlaksanaan ujian adalah tidak selaras
antara suatu kelas dengan kelas yang lain
atau sesebuah sekolah dengan sekolah
yang lain lantas kemampuan murid tidak
diuji secara sama rata terhadap sesebuah
unit pelajaran atau kemahiran.
Murid-murid tidak dapat dibahagikan
kepada kelas, kumpulan atau kelompok
yang khusus berdasarkan keputusan ujian
formatif kerana keputusannya didapati
melalui ujian yang tidak formal dan tidak
direkodkan. Seterusnya, ujian yang formal
pula hanya dilaksanakan pada masa yang
singkat dan menguji sebahagian kecil unit
atau sesuatu kemahiran yang diajar pada
ketika itu.
Memberi tekanan kepada murid, ibu bapa
dan guru untuk memastikan murid-murid
mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan untuk meningkatkan
gred pencapaian sekolah
Melahirkan murid-murid yang
berorientasikan peperiksaan dengan
menghafaz isi pelajaran tertentu dan
bukan memahaminya secara mutlak.
Menimbulkan rasa rendah diri dalam
kalangan murid yang mendapat gred
pencapaian yang rendah kerana
keputusannya kelak akan dibandingkan
dengan pencapaian murid-murid lain.
Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala
berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha
murid tersebut. Murid yang cemerlang tetapi
kebetulan menghadapi masalah lain seperti
kesihatan pada ketika menduduki peperiksaan
tidak dapat menunjukkan prestasi yang terbaik
dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti
asal.
Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik
pembelajaran yang telah diajar sukar untuk
diseimbangkan dengan baik kerana topik yang
banyak dan jumlah soalan yang terhad
Masa perlaksanaan ujian adalah singkat tidak bertepatan
untuk menguji pemahaman dan pengetahuan murid
terhadap pembelajaran yang berlaku untuk pada suatu
penggal atau beberapa tahun.
Hanya boleh dilaksanakan secara formal

Anda mungkin juga menyukai