Anda di halaman 1dari 2

Konsep Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test Specification.
JPU merupakan matrik yang terdiri dua paksi kandungan ( paksi menegak) dengan paksi aras
kemahiran ( paksi melintang ). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif
pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan. Secara am
objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam
sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan.

JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN

LANGKAH
KEPENTINGAN JSU DEFINISI
PEMBINAAN JSU

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian

Seseorang guru wajar membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebelum membina soalan.
JSU mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembinaan soalan yang dihasilkan.
Antara kepentingan pembinaan JSU adalah untuk untuk mengelakkan daripada seseorang
guru membina ujian secara betul. Hal ini demikian kerana, dengan adanya JSU, seseorang
guru itu akan menghasilkan soalan – soalan yang akan diuji oleh murid – muridnya setelah
melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira
dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu
sendiri.
JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu,
ianya juga telah dapat menimbulkan kepentingan topik – topik dan aras – aras kemahiran.
Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik – topik yang telah kita ajar dan
sepatutnya telah dikuasai oleh murid – murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU,
kita akan memilih topik – topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama kita dapat
merasakan kepentingan satu – satu topik itu untuk dijadikan soalan.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk – bentuk
soalan objektif dan subjektif. Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada kepentingan
satu topik itu atau merujuk kepada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan
itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada
menjimatkan masa guru untuk menyemak kertas - kertas jawapan murid.
Dengan ini, bagi menyempurnakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU ) saya telah memilih
matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 dan menyenaraikan tajuk – tajuk yang hendak diuji.
Dengan ini, bagi menentukan masa mengajar bagi setiap tajuk – tajuk tersebut saya telah
mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Sk Sentul 1. Dengan ini, saya dapat
memulakan proses pembinaan JSU.

Anda mungkin juga menyukai