Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian,


kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberi kepada pemupukan,
penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum di Malaysia. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang ke
arah pembentukan insan yang mulia dan bertanggungjawab selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.

Isitilah moral sebenarnya dari perkataan Latin moralis yang bermaksud tingkah laku yang
sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat. Menurut Kamus Dewan, moral dimaksudkan
bahawa ajaran atau pegangan berkenaan buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi ketentuan – ketentuan tentang baik buruk
sesuatu akhlak. Aliran pemikiran yang biasa digunakan oleh seseorang individu adalah
bergantung kepada situasi yang dialami dan alternatif penyelesaian masalah. Cara pemikiran
dan persepsi seseorang terhadap sesuatu isu juga berbeza. Aliran pemikiran individu banyak
bergantung kepada pengalaman, tahap akademik serta bahan rujukan persekitaran. Terdapat
empat aliran pemikiran moral iaitu, Naturalis, Emotivis, Intuisionis dan Rasionalis.

2.0 ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS DAN INTUISIONIS

2.1 Aliran Naturalis

Naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu


dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Henry Burger (1969), tabii (nature) manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Seorang yang beraliran
pemikiran naturalis akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab
wujudnya keadaan itu. Mereka akan mempunyai sifat-sifat hidup dalam keadaan tertekan
kerana tidak mahu atau dapat mengeluarkan pendapatnya. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri
rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak
wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

1
Sifat menerima apa sahaja yang diterima dan kurang berinteraksi dengan ahli masyarakat
akan membentuk jiwa yang lemah dan tidak bermaya. Hal ini akan menghalang usaha dan
matlamat hidup yang sempurna. Orang yang mengikut pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan
hidup, kurang membantah dan menjadi pengikut yang setia (Stefanus, 2013). Antaranya contoh
yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena sumpahan Mahsuri. Dengan kata lain masyarakat di situ mempunyai
pemikiran naturalis kerana mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang
daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Aliran Intuisionis

Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna “saya
memandang tepat kepada sesuatu‟. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami
sesuatu perkara secara intelektual. Pengikut aliran ini biasanya bertindak mengikut bisikan hati
kecilnya. Pemikiran dan perasaan hanya menggunakan maklumat atau apa yang ada di depan
matanya. Aliran intuisionis boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan
mengikut pengetahuan dan kefahaman individu. Jadi, pemikiran ini secara tidak langsung
mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Hasil intuision
merupakan refleksi atau maklum balas separuh sedar terhadap objek atau dapat
menyelesaikan masalah yang rumit. Menurut Linstead (2014) berpendapat intuisionis adalah
naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian.

Orang yang beraliran ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya
tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesannya. Sebagai analoginya, gerak hati orang tua ketika
menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fkiran lantaran faktor usia. Individu ini cepat membuat keputusan, mudah
menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya. Mereka susah diberi tanggungjawab
kerana suka mengambil jalan yang senang. Antara contoh lain yang menggambarkan
seseorang individu yang berfikiran sedemikian ialah gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki
dengan janji-janji manis kerana mereka mengambil keputusan mengikut gerak hati mereka.

2
Perbezaan antara aliran naturalis dan intuisionis

Naturalisme Intuisionisme

Sifat Pemikiran
- Menerima sesuatu keadaan di Sifat Pemikiran
sekeliling tanpa berfikir panjang. - Bertindak mengikut perasaan
- Hidup dalam keadaan tertekan dan hati berdasarkan
kerana tiada soal jawab pengalaman dan pengetahuan
terhadap perkara yang berlaku yang diperolehi.
di sekeliling mereka.

Kesan Aliran Pemikiran


- Selalu berubah fikiran
Kesan Aliran Pemikiran - Selalu merasakan diri mereka
- Rendah diri betul
- Sukar diterima oleh - Membuat keputusan tanpa
masyarakat - Terlalu memikirkan kesan dan akibat
bergantung kepada orang lain dalam jangka masa panjang
- Bertindak mengikut bisikan
naluri di mana adakalanya tidak
tepat

Contoh Aliran Pemikiran


Contoh Aliran Pemikiran
Seorang pelajar tingkatan lima
sedih apabila melihat slip gerak hati orang tua ketika
peperiksaan percubaan dengan menilai bakal menantu
markah yang rendah dan pelajar pada kali pertama
tersebut mengeluh dan menerima berdasarkan timbunan
keputusan itu dengan mengatakan pengalaman lalu serta
memang dia bodoh, belajar kematangan fikiran
macam mana pun begitu juga lantaran faktor usia.
prestasinya. Dia tidak berusaha
untuk mencari cara penyelesaian.

3
3.0 BANDING BEZA JENIS-JENIS NILAI DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN.

Nilai merupakan standard dan prinsip individu dalam mempertimbangkan harga sesuatu
benda dan juga kriteria pemilihan sesuatu benda, situasi dan manusia. Menurut Clyde Kluckhon
(1951) menyatakan bahawa nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan
seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Nilai juga berfungsi
sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut
kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita
akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan
orang lain. Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu
dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai
ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).

3.1 Nilai Instrumental (Ektrinsik)

Nilai membawa maksud suatu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai
sesuatu matlamat. Nilai ini akan bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat
dan juga boleh dikategorikan sebagai nilai peringkat kedua (second order value), misalnya
sikap jujur, berani, rajin, hormat-menghormati dan sebagainya. Oleh itu, nilai instrumental
merupakan pembentukan suatu nilai bagi mewujudkan satu nilai yang lain. Dalam hal ini,
matlamat sesuatu perkara boleh dicapai dengan pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang
lain. Nilai instrumental juga dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan,
membantu dalam menunjukkan arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan. Nilai ini
amat menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.

Nilai Instrumental membantu seseorang mencapai matlamat akhir dalam kehidupannya.


Hal ini demikian kerana nilai tersebut dijadikan satu pengukuran dalam menunjukkan arah dan
menjadi penentu dalam membuat keputusan. Contoh yang kita boleh lihat ialah Tara suka
membantu rakan-rakannya dalam pelajaran bukannya mengharapkan sebarang balasan
daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam pelajaran tersebut.
Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa
memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri untuk mencapai
sesuatu matlamat.

4
3.2 Nilai Instrinsik

Nilai instrinsik pula didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai
lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi
nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.
Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih sayang,
keadilan dan sebagainya. Sesungguhnya, nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah
menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan.

Nilai instrinsik membolehkan individu menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah


serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan
nilai ini adalah seperti situasi Low sebagai pengadil dalam pertandingan poster antara kelas.
Rakan sekelasnya telah menyuruhnya memberi markah yang lebih tinggi kepada kelas mereka.
Namun, Low tidak berbuat demikan kerana dia menilai semua poster dengan teliti dan adil tanpa
dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada
remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal. Isu lain adalah hakim
menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penagih dadah atas kewajipan dan undang-
undang, tetapi bukan keinginannya yang ingin membasmi kegiatan pengedaran dadah.
Jelaslah bahawa nilai-nilai di atas bukan bergantung kepada nilai lain untuk mencapai
matlamat.

3.3 Nilai Subjektif

Nilai subjektif merupakan nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca
daripada dalaman individu. Nilai subjektif juga berperanan dalam membayangkan perasaan
gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Kesan nilai
subjektif dalam kehidupan ialah membolehkan seseorang membayangkan keinginan, minat
dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara.

Sebagai analoginya, terdapat pihak yang mencadangkan supaya hukuman rotan di


khalayak ramai dikuatkuasakan kembali bagi memberi pengajaran kepada murid yang
membuat salah dan menjadi pengajaran kepada murid lain. Namun begitu, terdapat juga pihak
yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa hukuman rotan akan memberikan kesan negatif
seperti memalukan pelajar dan melanggar hak asasi kanak-kanak. Contoh ini menunjukkan dua
isu nilai iaitu satu pandangan hukuman rotan untuk mendidik tetapi satu pihak lain melihat

5
hukuman ini merupakan tindakan yang memberi kesan negatif kepada murid. Tegasnya,
melalui isu tersebut kita boleh simpulkan bahawa nilai subjektif membolehkan seseorang
mengeluarkan pandangan mengikut dimensi masing-masing supaya dapat menyuarakan hak
kita demi kebaikan bersama.

3.4 Nilai Objektif

Nilai objektif merupakan nilai yang bebas daripada pilihan peribadi dan ia diterima atau
ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Nilai objektif
menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan
tersendirinya. Dengan pengaplikasian nilai ini dalam kehidupan, seseorang dapat
mengenalpasti bentuk atau kegunaan sesuatu isu dalam membuat pertimbangan selanjutnya.
Sebagai contoh, pandangan tentang penderaan kanak-kanak adalah tidak mencerminkan nilai
perikemanusiaan. Agama Buddha juga ada menasihatkan penganutnya mengamalkan kasih
sayang suci terhadap manusia tanpa mengira kasta, kepercayaan atau warna kulit. Tiada
seorang pun yang berhak menyakitkan nyawa makhluk hidup lain kerana nyawa adalah sesuatu
yang sangat berharga kepada semua. Sebenarnya, penderaan kanak-kanak merupakan salah
satu masalah serius dan pantang dilakukan dalam semua agama. Dengan itu, semua orang
perlulah menunjukkan sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak kerana mereka diibaratkan
Tuhan.

3.5 Nilai Relatif

Nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan
berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat. Nilai relatif ini adalah bersifat
tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif
ini boleh berubah mengikut masa dan kriteria nilai sama ada benar atau salah bagi sesebuah
masyarakat untuk dibincangankan atau dibahaskan. Nilai ini membantu seseorang mampu
mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran
manusia. Dengan itu, perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat mungkin terjadi apabila
terdapat perubahan pandangan mengikut perubahan zaman. Penggunaan Bahasa Inggeris di
papan tanda juga merupakan salah satu contoh nilai relatif. Pandangan berkenaan pada satu
ketika dahulu dianggap sebagai tidak patriotik. Tanggapan sedemikian berubah apabila
kerajaaan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan hari ini.

6
3.6 Nilai Mutlak

Nilai mutlak merupakan nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan
bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau
terbukti sama ada nilai itu baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekalan sepanjang masa dan
di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Nilai ini membantu
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya seseorang dapat bertindak secara
rasional dan tidak keterlaluan.dalam membuat keputusan. Contoh nilai mutlak termasuklah
budaya menghormati ibu bapa dan orang tua-tua. Dalam hal ini, anak-anak diseru untuk
menghormati ibu bapa kerana tanpa mereka siapakah mereka. Anak yang tidak menghormati
ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka dan dipandang keji oleh orang lain.

Perbandingan antara jenis-jenis nilai

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

- Bergantung pada nilai lain untuk - Tidak bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. mencapai sesuatu matlamat.

- Nilai peringkat kedua, misalnya berani, - Nilai peringkat pertama, misalnya baik
rajin dan hormat menghormati. hati, kasih sayang, keadilan.

Nilai Subjektif Nilai Objektif

- Diterima atau ditolak mengikut - Diterima atau ditolak berdasarkan satu set
pandangan seseorang individu. kriteria yang dipersetujui oleh semua atau
kebanyakan orang.
- Kualiti yang diterima atau ditolak oleh
seseorang yang memberikan pandangan - Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang
bebas daripada pilihan peribadi.

Nilai Relatif Nilai Mutlak

- Nilai yang diterima atau ditolak oleh - Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada
peraturan sesuatu masyarakat untuk sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat.
mencapai sesuatu matlamat masyarakat.
- Kekal sepanjang masa dan di semua
- Boleh berubah mengikut masa. tempat serta hampir semua situasi norma
masyarakat.

7
4.0 SIFAT-SIFAT INDIVIDU BERMORAL DAN KEPERLUAN HIDUP BERDASARKAN
PRINSIP ASAS INSAN BERMORAL.

4.1 Prinsip Keadilan

Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan
sifat pemikiran kejiwaaannya. Hal ini demikian kerana kemoralan bukan sahaja melibatkan
perlakuan tetapi juga merangkumi aspek emosi dan pemikiran. Terdapat tiga prinsip dijadikan
sebagai panduan menentukan insan bermoral. Menurut Kamus Dewan ‘keadilan’ bererti sifat
tindakan yang wajar atau berpatutan serta tidak memihak kepada mana-mana dalam membuat
sebarang pertimbangan. Aristotle berpendapat bahawa keadilan adalah pemikiran adil (fair-
minded) iaitu satu pemikiran yang yang tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan. Keadilan
sosial dalam masyarakat mesti dipraktikkan supaya semua ahli masyarakat tersebut memberi
sumbangan kepada kebajikan umum, di dalam agihan kebaikan, kesukaran, bebanan dan
menunaikan persetujuan antara manusia.

Prinsip ini membolehkan seseorang individu akan sentiasa berfikiran secara rasional
dalam apa jua keadaan pun. Hal ini demikian kerana keadilan penting dalam penilaian moral
serta amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Ini secara langsung membawa
individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan
tamak, mementingkan diri sendiri, kemarahan dan sebagainya. Sebagai analoginya, Cikgu
Harun melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Beliau tidak memilih kasih dengan hanya memanggil anak murid yang pandai sahaja untuk
menjawab dan memberi pendapat di dalam kelas. Kesemua sikap Cikgu Harun menunjukkan
bahawa beliau telah mengamailkan prinsip keadilan.

4.2 Prinsip Altruisme

Thomas (I994) menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan
yang menyenangkan, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Konsep moral altruisme
adalah mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
Banyak perkara yang dilakukan oleh seseorang individu dalam kehidupan seharian akan
melibatkan orang lain dalam membuat pertimbangan yang lebih berperikemanusiaan. Prinsip
ini amat menekankan nilai-nilai semangat bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-menghormati,
belas kasihan, bertimbang rasa, ikhlas, saling memahami dan sedia memberi kemaafan.

8
Prinsip ini membolehkan seseorang menunjukkan perasaan simpati terhadap kesusahan
dan kesedihan orang lain. Mereka akan ikhlas menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa
menharapkan sebarang balasan. Sebagai contohnya, Sahimi menyumbangkan bahan
keperluan seperti pakaian dan makanan kepada rakannya yang telah kehilangan rumahnya
dalam kebakaran. Tegasnya, prinsip ini dapat menjauhkan seseorang individu daripada
kejahatan dan sikap mementingkan diri sendiri.

4.3 Prinsip Autonomi

Prinsip autonomi secara umumnya menerangkan konsep pertimbangan kebebasan tanpa


penguasaan atau pengendalian pihak lain. Dari sudut moral pula menerangkan konsep
pertimbangan bebas agar individu itu tidak melakukan sesuatu atas paksaan daripada pihak
luar (Hena, 1992). Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai
bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran
atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan
tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu tidak melaksanakan
tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daripada kuasa luar. (Tam, 2006).

Dengan mengamalkan prinsip ini dalm kehidupan, individu boleh membuat pertimbangan
yang rasional tanpa paksaan. Contoh yang boleh dikaitkan ialah Yazir memilih tidak menagih
dadah kerana dia sedar bahawa perbuatan itu membahayakan kesihatan. Dia mengambil
keputusan sedemikian bukan kerana takut dimarah oleh ibubapa tetapi kerana kesedaran
dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun. Tegasnya, prinsip
autonomi yang universal ini boleh dijadikan undang-undang yang rasional di mana-mana
tempat dan masa sama ada di peringkat keluarga, institusi, komuniti, masyarakat mahupun
negara.

9
Perbandingan antara prinsip-prinsip asas kemoralan

Keadilan
- prinsip moral yang
mempertimbangkan
pertimbangan rasional
dan tidak pilih kasih

Altruisme
Autonomi - perlakuan yang
- pertimbangan mempunyai ciri-ciri
kebebasan tanpa bertujuan untuk
penguasaan atau kepentingan orang
pengendalian pihak lain megatasi
lain kepentingan diri
sendiri

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kita perlu memupuk prinsip-prinsip moral supaya menjadi seorang yang
berguna dalam kalangan masyarakat. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi
juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan penaakulan. Moral membincangkan perilaku
secara praktikal dan penilaian sesuatu baik buruk adalah berdasarkan penerimaan mengikut
corak masyarakat setempat. Selagi ada perbincangan intelektual, para pemikir pendidikan
sentiasa memberi perhatian dan membincangkan tentang perkembangan dan pembangunan
peribadi insan terutamanya dalam aspek berkaitan pendidikan moral dan akhlak. Oleh itu,
seseorang individu haruslah cemerlang dalam ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan,
perasaan dan perlakuan supaya menjadi insan bermoral pada masa kelak.

10
RUJUKAN

Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row
Publisher.

Henry Burger. (1969). Ethnics on Education. Southwestern Cooperative Educational Laboratory,


Incorporated.

Hena, H. (1992). Why Women appear vulnerable. From crisis to development: coping with
disasters in Bangladesh. Dhaka, pp. 67-73.

Clyde Kluckhohn. (1951). Values and value-orientations in the theory of action: An exploration in
definition and classification.

Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Linstead, S. (2014). Henri Bergson (1859–1941). In In The Oxford handbook of process philosophy
and organization studies.

Stefano Nindito. (2013). Fenomenologi Alfred Schutz: Studi tentang Konstruksi Makna dan
Realitas dalam Ilmu Sosial. Jurnal Ilmu Komunikasi, 2(1).

Thomas. (1994). The value basis of environmental concern. Journal of social issues, 50(3), 65-84.

INTERNET

https://www.scribd.com/doc/74744854/Topik-1-Insan-Bermoral

https://en.wiktionary.org/wiki/altruisme

11

Anda mungkin juga menyukai