Anda di halaman 1dari 27

INDIVIDU YANG BERMORAL

Pengenalan
• Setelah kita memahami konsep asas Moral dan
konsep asas nilai dalam Pendidikan Moral.

• Tajuk ini bertujuan memberi kefahaman kepada


pelajar mengenai komponen dimensi moral yang
terdiri daripada penaakulan, emosi dan
tingkah laku.
4.1 Dimensi Moral
• Konsep moral boleh difahami dengan lebih
lanjut berdasarkan dimensi moral.

• Secara amnya, kita boleh membahagikan moral


kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral. Ketiga-
tiga dimensi ini boleh dijelaskan melalui rajah
berikut;
Dimensi Moral
Penaakulan Perlakuan
Moral Emosi Moral Moral

Pertimbangan Emosi & Tingkahlaku


& Pemikiran Perasaan & Perbuatan

Rasional Tanggungjwb
Inovatif Simpati
Kreatif Kasih Sayang Dedikasi
Kritis Sentimen Kerjasama
4.1.1 Penaakulan Moral
• Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu
pertimbangan atau fikiran secara rasional dan
berautonomi (bebas).

• Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan


membuat keputusan secara rasional berasaskan
fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan
persekitaran
Contoh 1:

Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai


mati terhadap sepasang suami isteri yang terlibat
dalam pengedaran dadah walaupun pasangan
tersebut mempunyai tiga orang anak kecil yang
masih memerlukan perhatian. Keputusan yang
dibuat oleh hakim adalah berdasarkan
penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran
Contoh 2
Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir
tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat
garang dan telah mengugutnya jika dia tidak
dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi
ke Australia menghadiri majlis konvokesyen
kakaknya. Sahsiah murid ini cukup
menyenangkan guru kelasnya. Walau
bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil,
guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut
peraturan sekolah
4.1.2 Emosi Moral
Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu
kehalusan perasaan individu yang mengandungi rasa
bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan
empati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi altruistik
yang berpatutan.

Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan


individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah
penting untuk mengawal perlakuan, menghalang
seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti
sosial.
4.1.2 Emosi Moral

Contohnya:

Perasaan empati dan simpati akan menyebabkan


seseorang individu sentiasa membantu orang
miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri
sendiri
4.1.3 Tingkah Laku Moral
Individu yang bertingkah laku moral dapat
bertindak dengan penuh tanggungjawab
mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu
keputusan yang berlandaskan penaakulan dan
emosi moral
Contoh
1. Memulangkan dompet yang dijumpai di kantin
kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas
2. Memimpin orang buta menyeberang jalan
3. Sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang
anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki sanggup
mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak
Tahun Satu hingga Tahun 6
4.1.4 Dilema Moral
Suatu keadaan serba salah kerana terpaksa membuat pilihan antara
dua nilai yang baik.

Contoh:

Teruna X mencintai gadis A yang tinggi budi pekertinya. Teruna X


berjanji untuk mengahwini gadis A sekembalinya daripada melanjutkan
pelajaran di luar negara. Setelah lima tahun berlalu, teruna X
memberitahu hajatnya kepada ibu bapanya untuk meminang gadis A
yang setia menanti kepulangannya.
Konflik nilai timbul apabila si ibu tidak mahu menerima gadis A kerana
beliau telah ada calon untuk anaknya. Calon pilihan ibu ialah seorang
gadis yang berpendidikan tinggi, berhemah tinggi dan kaya raya
4.1.4 Dilema Moral
Situasi di atas mewujudkan dilema moral kerana teruna
X terpaksa memilih antara pilihannya atau pilihan
ibunya. Melukakan hati ibu atau melukakan hati
kekasihnya?
Kedua-duanya melibatkan nilai moral iaitu menghormati
ibu atau berpegang janji kepada kekasihnya. Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan keadaan di atas berlaku?

Kaitkan jawapan anda dengan mana-mana


dimensi moral
Renungan:-
Dalam kejadian Tsunami di Phuket baru-baru ini,
seorang warganegara Australia terpaksa
melepaskan tangan pelancong wanita British
yang hamil yang memeluk badannya ketika
hanyut dilambung ombak Tsunami. Selepas
kejadian itu, warganegara Australia itu
mendapati wanita hamil itu antara ribuan yang
mati. Perlakuannya yang melepaskan wanita itu
ialah contoh dilema moral kerana dia terpaksa
memilih antara nyawanya atau wanita itu.
Aktiviti 1
Situasi Dimensi Moral Huraian
Kes langgar lari
Bersimpati dengan kes kanak-
kanak berusia 6 tahun
perlukan wang RM
80,000.00- rawatan leukimia
Membayar saman kesalahan
Trafik
4.2 Sifat-sifat Individu Bermoral
Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ?
Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat
melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran
dan kejiwaannya.

Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana


terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan
tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan
pemikiran.

Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang


yang bermoral? Mari kita renungkan bersama.
4.2.1 Prinsip-Prinsip Individu Bermoral

• Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan


bermoral kerana masing–masing mempunyai fahaman yang
tersendiri.

• Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan


keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang mempertahankan
egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan
dan menerima berbagai kritikan.

• Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan


nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga
berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain.
4.2.1 Prinsip-Prinsip Individu Bermoral

• Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan


dalam menentukan nilai-nilai moral.

• Pemikir-pemikir Pendidikan Moral


mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan
menentukan insan bermoral iaitu prinsip
keadilan, prinsip altruisme dan prinsip
autonomi.
(i) Prinsip Keadilan
Ramai orang memperkatakan tentang keadilan.
Ada pihak yang mengatakan bahawa adil itu
saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa.

Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan


keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa
tetapi masih mendapat bayaran yang sama.

Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka,


bukan hanya sama dengan orang lain.
(i) Prinsip Keadilan
Keadilan “distributive” ialah adil dalam agihan
kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian
antara manusia. Ianya juga merangkumi
kemahuan kepada peraturan, kejujuran,equity,
integrity dan lawfulness.
(i) Prinsip Keadilan
Keadilan merupakan satu piawai penting dalam
penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan
dengan Teori Keadilan Sosial.

Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang


mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat.

Tentunya juga keadilan membawa makna tidak


pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri
sendiri
(ii) Prinsip Altruisme
• Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan
melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat
sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih
berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu
berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting
dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

• Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan


menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri
sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.
(ii) Prinsip Altruisme
• Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang
mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan
orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri.

• Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang


dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.

• Perasaan kasih sayang, simpati dan empati


menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri,
kebencian dan tamak.
(iii) Prinsip Autonomi
• Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada
kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan
konsep pertimbangan bebas.

• Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh


seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral.

• Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya


bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak
mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah
dari kuasa luar.

• Adakah anda setuju dengan pendapat ini?


(iii) Prinsip Autonomi
• Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku
kataAutos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-
undang.

• Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang


peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan
sendiri.

• Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan


memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan
hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin
mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan
pihak atasan.
Sekian…..
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai