Anda di halaman 1dari 8

Ciri-ciri Insan Bermoral.

Seseorang insan bermoral adalah seseorang yang memahami keperluan untuk memenuhi peraturan dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa berfikir. PERATURAN MASYARAKAT Peraturan menjimatkan tenaga dan masa manusia daripada terpaksa sentiasa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan. Selain peraturan masyarakat, satu lagi kandungan etika yang penting ialahkeperibadian mulia. Insan moral mempunyai keperibadian yang baik dan mengamalkankesederhanaan (mengikuti jalan tengah ) dan boleh dipuji. KEPERIBADIAN MULIA Insan moral merupakan seorang insan yang menganggap perasaan, keperluan dan kepentingan orang lain sama pentingnya dengan perasaan, keperluan dan kepentingan sendiri. Penerimaan perasaan, hak-hak dan keperluan-keperluan orang lain dari segi emosi merupakan satu sikap emosi terhadap tingkap laku moral. Seseorang bermoral perlu mempunyai fahaman mengenai dirinya sendiri dan telah memperolehi keinsafan sendiri, iaitu mengetahui kelemahan-kelemahan serta kekuatan-kekuatan tentang dirinya. Dia juga adalah seorang yang sihat dari segi fisiologi dan emosi. Seseorang yang bermoral berupaya membuat keputusan secara rasional (berdasarkan konsep, prinsip serta hukum), sejagat (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu) dan preskriptif (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu). Orang yang bermoral dapat bertindak secara terkawal dan tidaklah keterlaluan serta mempunyai fikiran waras serta berupaya untuk meletakkan had-had tertentu bagi satu-satu tindakan yang melampau. Tindakan bermoral berdasarkan autonomi atau kebebasan. Insan moral harus

bertindak asalkan tidak melanggar batas-batas peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Orang bermoral seharusnya menonjolkan keadilan dari segi perlakuan, peraturan serta membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah. CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMORAL Orang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:

Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri

Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati dan ini termasuk menghormati:

Raja dan negara. Orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran. Ibu-bapa. Hak asasi manusia. Kepercayaan dan adat resam pelbagain kaum. Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu. Undang-undang. Maruah diri.

Kejujuran juga merupakan salah satu sifat insan moral. Kejujuran adalah sikap dan perlakuan yang membayangkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Insan moral juga mengandungi sifat-sifat lain selain apa yang dinyatakan yang akan memanfaatkan diri sendiri dan orangorang di sekelilingnya.

Peranan Guru Dalam Pembentukan Insan Bermoral.

Guru merupakan agen utama dalam melahirkan insan bermoral dan berakhlak mulia. Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang

bermoral pada masa sekarang dan masa akan datang adalah sangat penting. Di mana guru bukan saja menyampaikan ilmu tetapi membentuk insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan spiritual. Guru berperanan memberi bantuan dan semangat, memerhati dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturanperaturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Antara peranan yang dapat dimainkan oleh guru dalam membentuk peribadi dan melahirkan pelajar yang bermoral, ianya boleh dilihat dari lima peranan penting seperti yang berikut :
1. Menyampaikan ilmu (Muallim). Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini

akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum (Saharudin, 2008:10).

2. Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi). Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada bolah membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Guru Murabbi adalah guru segalagalanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan. Perubahan yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru Murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan sekolah sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya (Saharudin, 2008:10).

3. Memperkembangkan kemahiran (Mudarris). Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam bukunya, Success depends on Teachers memberi ulasan kepada PIPP yang merangkumi empat aspek utama iaitu; kemahiran sikap peribadi (personal attributes), kemahiran penampilan diri (interpersonal), kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan. Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan katakata kesat dan menghina mereka (Saharudin, 2008:10). Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran

seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekiranya guru menggunakan peralatan bantu mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional (Saharudin, 2008:10).

4. Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap

yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti firmannya amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3). Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seseorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak mudah menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya akan buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan menjadi, sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin, 2008:11).

5. Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang, beliau menyatakan, jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah Negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan membentuk kepimpinan insaniah (Saharudin, 2008:11).

Antara contoh yang boleh ditunjukkan di sini di mana seorang guru boleh memainkan peranan penting sebagai Muallim, Murabbi, Mudarris, Muaddib dan Mursyid. Contohnya, salah satu perkembangan diri iaitu nilai keyakinan wujudnya

Tuhan. Guru sebagai Muallim iaitu orang yang berpengetahuan akan memainkan peranan menerapkan nilai tersebut ke dalam diri murid supaya meyakini kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Sebagai Muallim, adalah penting menekankan kepentingan berpegangan kepada agama sebagai pedoman hidup yang juga merupakan tuntutan semua agama dan tanggungjawab bersama mengamalkannya. Penerapan amalan baik dituntut oleh setiap agama seperti bermaaf-maafan dan bersyukur. Di sinilah guru akan memainkan peranan, bukan sahaja sebagai Muallim tetapi juga Murabbi iaitu memainkan peranan sebagai menjayakan proses pendidikan. Sebagai Murabbi, guru perlu menggalakkan murid-murid mengamal dan menghayati cara hidup mengikut tuntutan agama masing-masingi seperti bagi agama Kristian pergi ke gereja, Buddha ke tokong manakala Hindu ke kuil untuk beribadah dan berdoa. Manakala guru sebagai Mudarris iaitu memperkembangkan kemahiran dengan cara mengadakan perbincangan tentang amalan baik mengikut ajaran agama masing-masing. Melalui perbincangan ini, murid-murid akan mengutarakan cara mereka mengamalkan agama masing-masing dan menceritakan keseronokan mereka ketika menyambut perayaan agama mereka. Guru sebagai Mudarris akan menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif, di mana secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta menunjukkan kemahiran interpersonal mereka. Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai Muaddib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

Dengan terlaksananya perbincangan dalam kumpulan dan aktivit main peranan ini, maka guru telah berjaya memainkan peranan sebagai Mursyid iaitu melahirkan murid yang akan memimpin ahli keluarga supaya wujud keharmonian dan kesejahteraan dalam diri, keluarga dan Negara. Maka akan terlahirlah muridmurid yang bermoral seterusnya membentuk generasi yang berkualiti dan berwawasan. Dalam membentuk pelajar yang bermoral, cemerlang dan gemilang di masa kini, dan masa hadapan, tindakan tersebut hendaklah dilakukan bermula daripada awal. Ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya. Adalah sangat penting, peranan yang dimainkan oleh seorang guru sebagai (Muallim), Murabbi, Muaddib, Mursyid dan Mudarris dalam pembentukan generasi pelajar yang bermoral pada masa akan datang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

RUJUKAN : Peranan-guru-dalam-membentuk-generasi Atas talian http://nroslan1.blogspot.com/2009/07/html Peranan guru Pendidikan Moral di sekolah. Atas talian http://www.scribd.com/doc/

Anda mungkin juga menyukai