Anda di halaman 1dari 10

1.

5 Pemikiran Moral
Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis,
Intuitionis, dan Rasionalis
Pemikiran Naturalis
Definisi dan ciri-ciri :
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam
keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and
Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara
bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa
manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan
haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia
mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional
dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta
meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan
mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan
pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli
yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain.
Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini
bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan
sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau
kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang
sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita
seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi
nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah
berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan
berdasarkan sesuatu situasi sahaja.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip
keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya
teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu
dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun
begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-
alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.
Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa
rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus
menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang
lalu.
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan
penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri
iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan
kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga
menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau
tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Pemikiran Emotivis
Definisi dan ciri-ciri :
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata,
tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan
perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah
mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi
adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan
perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan
perasaaan yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar
pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis
berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan
maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan
pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan
perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi
perasaan itu.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan
tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh
mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan
dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja
berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan
emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau
perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui
mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-
pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah
bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep
emosi yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas
emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan
dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat
yang berfikiran sedemikian ialah:
Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia
30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana
wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak
tersebut.
Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa
berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau
membunuhnya.
Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir
keturunan murid tersebut
Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng


arang di muka keluarga.
Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu
membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki
tersebut.
Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi
markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang
rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah itu aneh betul!
Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi?
Mungkin tidak. Pemalas!

Pemikiran Intuitionis
Definisi dan ciri-ciri :
Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita
baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang
merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini
diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan
Latinintueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia
merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek.
Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui
fahaman atau pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara
spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa
yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001
pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah
atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang
tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan
betina.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang
lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran
pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan
tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran
ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa
indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh
lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang
masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-
janji manis lelaki hidung belang.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali
pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan
fikiran lantaran faktor usia.
Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau
kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana
mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki
hidung belang.
Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin
akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh
bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada
saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan
bekerjasama dengannya.

Pemikiran Rasionalis
Definisi dan ciri-ciri :
Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau
sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan
dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh
dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan
keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada
pemikiran rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai
faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis
mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada
pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan
cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis
berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak
dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,
pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan
mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu
disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang
bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis,
pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan
hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk
mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi
yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada
Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.
Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua
sudut tepat.
Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat
pandang dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya
adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis
mungkin berkata, Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang
elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang
jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak
mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.

Aliran pemikiran moral


1. Naturalis guna akal untuk berfikir secara rasional daripada
pengalaman.
2. Emotivis t/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih
subjektif kerana t/balas drpd emosi dalam situasi sama
adalah berlainan.
3. Intuisionis (ilham) t/laku baik / x baik mengikut naluri.
4. Rasionalis t/laku berdasarkan sebab munasabah (rasional )
dlm membuat keputusan.v

KERJA KURSUS PENDEK


PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MORAL
1. Pengenalan
Moral berasal daripada perkataan Bahasa Latin moralis yang beerti tingkah
laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.
Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Pemikiran
moral juga boleh dibahagikan kepada 4 bahagian. Aliran pemikiran ini adalah seperti
berikut:
Naturalisme
Emotivisme
Intuitionisme
Rasionalisme

2. Bincangkan Perbezaan Aliran Moral


Dari segi definisi, Naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran
yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S.
dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum
memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Emotivis pula merupakan aliran
pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih. Bagi pemikiran intuisionisme pula, ia merupakan
sejenis pemikiran yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza
daripada yang diperoleh secara individu Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan
ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Rasionalisme
pula menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Segala tingkah laku
moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat
patriotik memerlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Kalau dilihat dari aspek ciri-ciri, seorang itu dikatakan berfikiran naturalis jika
mempunyai kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar.
Dengan erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke
atasnya. Sifat-sifat seseorang yang naturalisme ialah mereka ini suka merendah diri
iaitu lebih suka memencil diri dan tidak mudah untuk berinteraksi. Oleh itu, mereka
jarang untuk mengeluarkan pendapatnya kerana hidup yang berada dalam keadaan
yang tertekan. Mereka lemah jiwa, tiada motivasi dan kurang untuk berusaha. Mereka
membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang ingin dicapai. Mereka ini juga
merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan serta mudah juga
berpuas hati. Berbeza dengan golongan emotivisme pula, mereka hanya menyatakan
perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaan yang
sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu.
Dengan erti kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran
moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya
merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral. Pertimbangan moral adalah subjektif,
dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi
emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui
mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti
ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang
emotivisme yang paling jelas ialah mereka ini bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Ekspresi mereka ini ditunjukkan melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka
atau kata-katanya. Contohnya seperti, jika mereka berasa gembira mereka akan berasa
sangat berpuas hati. Sebaliknya, jika mereka berasa sedih mereka akan menangis
tanpa menghiraukan orang di sekeliling mereka. Golongan ini sangat pendiam, cepat
tersinggung serta sentiasa tertekan dengan emosi. Walau bagaimanapun, mereka ini
kadang-kadang agresif dan kuat cemburu. Ciri positif mereka ialah, mereka ini rajin
untuk memperbaiki diri
Sementara itu, bagi pemikiran intuisionisme pula, ia adalah merupakan sebuah
fahaman atau pengertian langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami secara
intelektual. Tindakan yang dibuat oleh individu intuisionisme adalah berlandaskan
kepada apa yang dirasai dalam hatinya kecilnya tanpa memikirkan akibat, kualiti dan
kesannya. Pemikir intuisionisme mempunyai sejenis pengetahuan yang lebih tinggi
dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Ia dikaitkan dengan pemikiran
spontan yang celik akal dan kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, mereka ini cepat dalam
membuat keputusan. Orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki
kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih lagi hijau. Mereka ini
mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Bagi individu rasionalisme pula, mereka mempunyai ciri-ciri penaakulan atau
pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan. Mereka sentiasa mencari bukti
dan juga kebenaran dalam sesuatu perkara. Mereka selalu berfikir untuk memperbaiki
mutu kerja serta rajin dan tekun berusaha untuk kejayaan diri sendiri. Golongan
rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada
pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya
sendiri. Pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea
lain. Mereka juga berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak
dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang
diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau
dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk
satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Pengetahuan itu
diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada
deria fizikal sahaja. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan pasti,
pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh
pacaindera semata-mata. Rasionalisme juga tidak mengingkari kegunaan deria
dalam memperolehi pengetahuan. Pengalaman pancaindera adalah diperlukan untuk
merangsang dan memberikan informasi yang membolehkan akal bekerja.Akal
menetapkan dan menjadikannya pengetahuan yang benar. Namun, akal juga boleh
menghasilkan pengetahuan tanpa berdasarkan deria sama sekali, iaitu pengetahuan
tentang objek yang betul-betul abstrak.
Seterusnya kita lihat contoh-contoh bagi setiap pemikiran moral supaya jelas
dengan maksud dan konsepnya. Antaranya, contoh bagi seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran naturalisme ialah; seorang pelajar Tingkatan Lima yang
mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang
keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan
mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat
markah yang rendah. Tidak mencari kesilapan dan pembetulan serta menerima bulat-
bulat akan keputusan peperiksaan yang dia dapat. Pelajar ini dikatakan berfikiran
naturalisme kerana dia redha dengan keputusan peperiksaannya kerana dia tahu
dengan tahap kemampuannya. Bagi contoh pemikiran emotivis pula ialah; apabila si
suami melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan si suami tanpa berfikir
panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Tindakan dan keputusan
si suami tersebut boleh dikatakan agak beremosi tanpa melalui proses pemikiran yang
waras. Ia cuma berdasarkan kepada keputusan dari hati dan perasaannya ketika itu.
Contoh situasi bagi pemikiran intuitionisme pula ialah; gerak hati orang tua ketika
menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia. Contoh situasi bagi pemikiran rasionalisme
pula ialah seorang remaja perempuan yang dikehendaki untuk menolong ibu menjual
kuih pada setiap pagi hari sabtu dan ahad. Walaupun dia tahu banyak kerja sekolah
yang perlu disiapkan namun remaja perempuan ini bertindak rasional dan waras
dengan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan serta membuat keputusan
dengan bijak dengan mengambil kira beban kerja ibu di rumah dan juga beban kerja
ibu dalam mata pencarian mereka sekeluarga. Remaja yang rasionalisme akan berfikir
sebab musabab dan menyelesaikan hal itu dengan bijak dengan menolong ibu menjual
kuih dan seterusnya akan menyelesaikan kerja sekolah setelah balik dari menjual
kuih.

3. Jelaskan bagaimana guru membawa perubahan aliran pemikiran moral dari segi
pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka.
Seorang guru harus bijak menyelami sikap dan jiwa pelajar serta menganalisa
pelajarnya dari segi sahsiah dan pemikiran moralnya. Samada kita sebagai guru
mentafsirkan mereka sebagai kalangan pelajar yang naturalisme, emotivisme,
intuitionisme atau rasionalisme. Sudah semestinya setiap pelajar yang membawa
pemikiran-pemikiran moral tersebut akan memberi impak dan kesan ke atas
pengajaran dan pembelajaran guru itu. Akibatnya, ia juga mendorong perubahan yang
baik atau pun buruk ke atas penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Di sini, kita akan
lihat bagaimana seorang guru itu harus tahu bagaimana untuk menangani pelajar-
pelajar tersebut agar dapat membawa perubahan ke atas merekadari segi pemikiran,
emosi dan tingkah laku mereka agar mereka dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan selesa dan kondusif.
Seperti yang telah dibincangkan di dalam soalan (A) di atas, seseorang yang
berfikiran naturalisme ialah seseorang yang menerima sesuatu keadaan itu di dalam
keadaannya yang sebenar. Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan 3D di SMK
Kabong yang menerima keputusan peperiksaan yang memang tidak
memberangsangkan dalam peperiksaan akhir tahun. Walaupun dia sedih dan tidak
berpuas hati tetapi dia menerima menerimanya dengan pasrah dan redha kerana dia
tahu di situ sajalah kemampuannya. Pelajar yang bersikap naturalisme ini harus
dibantu agar tidak tercicir di dalam pelajaran. Guru yang bijak harus tahu bagaimana
ingin mengatasi masalah ini. Yang paling utama sekali ialah guru harus menanam
kesedaran kepada pelajar ini bahawa pelajaran itu adalah suatu kewajiban dan
tanggung jawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan diraih dimasa akan
datang. Berikan motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang baik, dengan
membuat pendekatan sambil menyelami hati pelajar dengan menjadikan anak sebagai
sahabat. Berikan insentif kepada pelajar baik berupa hadiah kesukaan mereka atau
sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin bagus. Hal ini akan membantu
memotivasi dan menaikkan semangat anak untuk belajar.
Bagi pelajar yang emotivisme pula, kita juga tahu mereka ini cenderung untuk
mezahirkan tindakan mereka mengikut perasaan dan emosi. Sifat-sifat pelajar
emotisme ini jelas menunjukkan ia bukan berdasarkan kepada tindakan yang waras.
Sebagai contoh, pelajar lelaki yang nakal di sekolah yang telah dihukum atas
kesalahan merokok. Akibat rasa tidak puas hati dan rasa marah, pelajar ini mengambil
tindakan drastik dan terburu-buru dengan mengancam guru itu dengan cara
memecahkan cermin kereta guru tersebut. Pelajar ini dikatakan bersifat emotivisme
kerana terburu-buru dalam membuat sesuatu tindakan iaitu hanya memikirkan hati
dan perasaannya ketika itu. Semua guru dan pihak sekolahperlu lebih peka dengan
masalah ini yang semakin berleluasa kerana ia melibatkan hubungan pelajar dengan
guru terbabit. Pihak sekolah perlu memberi bimbingan dan kaunseling dalam
membentuk jati diri dan sahsiah pelajar terbabit. Pelajar emotisme ini juga sebenarnya
memerlukan perhatian yang lebih. Maka, guru harus memperbanyakkan aktiviti
kokurikulum yang melibatkan para pelajar contohnya unit beruniform, kelab-kelab,
persatuan, dan program-program kerjasama yang dapat memupuk semangat interaksi
di antara rakan-rakan yang lain serta dapat membina sahsiah diri murid. Dengan
adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) secara tidak langsung pihak sekolah
dapat berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai anak mereka. Ini sekaligus dapat
mengubah pemikiran pelajar terbabit betapa pentingnya mematuhi peraturan sekolah
dan perubahan tingkah laku pun akan berlaku.
Bagi pelajar yang intuitionisme pula ialah, mereka ini cenderung untuk
mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar lelaki yang terjebak
dalam gejala salah laku moral seperti terlibat dalam aktiviti lumba haram, ketagihan
arak dan pil khayal, merokok, vandalisme dan sebagainya. Mereka ini dari asal jati
diri tidak terarah kepada gejala-gejala yang negatif. Akibat daripada pengaruh dari
rakan sebaya dan didorong oleh perasaan ingin tahu serta gerak hati mereka yang
ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin merasai pengalaman-pengalaman tersebut
menyebabkan pelajar-pelajar tersebut cuba untuk mendekati perkara-perkara yang
negatif. Oleh itu, guru-guru memainkan peranan di dalam membentuk semula
pemikiran intuitionisme mereka yang lebih terarah negatif dengan cara memberikan
khidmat kaunseling secara peribadi. Pelajar-pelajar itu akan didedahkan mengenai
kesan bahan-bahan terlarang itu dalam jangka masa panjang agar mereka sedar akan
keburukan pengambilannya dalam kehidupan. Selain itu juga, pihak sekolah boleh
membuat suatu program khas untuk golongan ini seperti Program Bina Insan atau
Program Jati Diri. Program ini penting untuk membina kembali keyakinan pelajar
terhadap persekitara mereka yang penuh dengan noda dan dosa. Inisiatif yang telah
diambil oleh guru ini diharap sedikit sebanyak dapat membuka mata pelajar agar tidak
terburu-buru di dalam mengambil sesuatu tindakan akibat daripada rasa gerak hati
mereka terlebih dahulu. Sebaliknya, berfikirlah terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu keputusan.
Bagi pelajar yang rasionalisme pula, mereka ini sering mencari sebab terjadi
atau berlakunya sesuatu perkara. Sebagai contoh, seorang pelajar perempuan yang
bernama Nornina Farziana daripada kelas 5 Amanah di SMK Kabong telah mendapat
markah peperiksaan yang agak rendah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Dia yakin telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan tetapi tidak percaya dengan
apa yang dia capai. Walau bagaimanapun, dia tidak cepat melatah atau beremosi
lantas berfikir secara waras kenapa markahnya rendah sedangkan dia yakin dia dapat
lebih daripada itu. Akibatnya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan guru
mata pelajaran itu untuk berbincang soalan-soalan dan mencari jalan penyelesaiannya.
Nornina Farziana merupakan seorang pelajar yang rasionalisme. Jadi, apa yang patut
kita sebagai guru bantu dia ialah dengan cara menerangkan dengan lebih lanjut
apakah kesalahan yang dia lakukan bagi setiap soalan tersebut. Selain itu, untuk
mengukuhkan lagi kefahamannya, latih tubi serta latihan yang berterusan digalakkan
agar seimbang dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka.

4. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, keempat-empat pemikiran ini mempunyai baik
buruknya yang tersendiri. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk
mengamalkan mana-mana pemikiran yang difikirkan sesuai. Namun begitu,
pemikiran-pemikiran ini boleh diadaptasikan mengikut situasi dan keadaan
pengamalnya pada masa itu. Jadi, ianya akan mendatangkan lebih banyak kebaikan
dari keburukan jika diamalkan mengikut keadaan dan situasi yang betul dan sesuai.
Manusia bebas untuk memilih pemikiran yang digunapakai dalam kehidupan agar
dapat diteruskan dengan aman dan damai tanapa adanya diskriminasi serta
ketidakselesaan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai