Anda di halaman 1dari 14

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

Pemikiran Naturalis Definisi dan ciri-ciri : Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka. Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral. Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah. Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir. Pemikiran Emotivis Definisi dan ciri-ciri : Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap. Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas! Pemikiran Intuitionis

Definisi dan ciri-ciri : Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina. Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara. Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya. Pemikiran Rasionalis Definisi dan ciri-ciri : Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional. Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita

supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja. Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui. Dua tambah dua bersamaan dengan empat. Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat. Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.

Emotivis Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

KONSEP NILAI BAIK, BENAR DAN PATUT

2.3.1. Konsep Baik Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti : a)baik dalam konteks pemilihan b)baik dalam konteks nasihat c)baik sebab memuji dan bersetuju d)baik kerana menghargai e)baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran f)baik disifatkan kerana kecekapan 2.3.2. Konsep Benar Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik. 2.3.3. Konsep Patut Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-situasi berikut : 1.Tindakan patut kita dilakukan bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya. 2.Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut jangan lakukan. 3.Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat ber ikut : Tindakan yang patut saya lakukan. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

1. TEORI KEMORALAN SOSIAL 2. Hukum, adat resam, kebiasaan Etika dan budi pekerti(ethos) Kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi yg menentukan peraturan & piawaian Moral sesebuah komuniti (mores) Bergaul & bercampur dgn masyarakat. Berkait rapat dengan hubungan sesama manusia Sosial 3. Takrifan ini telah membentuk TEORI KEMORALAN SOSIAL Peraturan yang ditentukan olehmasyarakat dan dijadikan sebagaiundang-undang serta diberi autoriti dalam masyarakat 4. PENGENALANBerkait rapat dgn peraturan masyarakat spt tatahukum, tatasusila, tatatertib, norma,tradisi, kebiasaan, nilai dan pantang larang. Nilai yg pentingkan masyarakat, bukan individu untuk mencapai matlamat. Dikenali juga sebagai kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme Menghormati yg tua & menjamin kerukunan sosial. menyayangi yg muda 5. CIRIsebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib t secara umum, bukan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. 6. PANDANGANAHLI FALSAFAH BARAT MENGENAI TEORI KEMORALAN SOSIAL 7. PANDANGAN AHLI FALSAFAH BARAT Konsep dan nilai budi ialah yang paling utama dalam mempengaruhi kehidupan sosial dan moral orang Melayu Menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral 8. Selain autoriti yang sah, satu unsur penting organisasi birokrasi ialah mempunyai peraturan khusus yang menentukanWeber (1996) susunan autoriti sebagai struktur untuk mengawal (ganjaran bagi penyelewengan) ahli-ahli organisasi tersebut. 9. DURKHEIM (1974)Peraturan moral diberi autoriti khas ataukuasa memerintah supaya dipatuhi.Tingkah laku yang bersifat lazimditentukan dulu oleh peraturan moral, etikamenyekat bertindak mengikut cara-caratertentu.Lebih menitikberatkan disiplin danperasaan menyayangi masyarakat danautonomi. 10. HALL (1978) FREUD Mentafsir teoriDuckheim sebagai Ego dilemahkan dan pemahaman tingkah laku individu tentang seseorang dikuasai social order super-egonya dan kerelaan mematuhinya kepada peratur dan ketegangan yang ada

kerana

setiap

masyarakat

mempunyai

pandangan

upun oleh masyarakat itu tidak baik dan membawa keburukan kukan perbuatan yang menentang moral masyarakat tersebut

melaksanakan hidup bermasyarakat 15. Teori Kemoralan Keperibadian Deontologi Teologi sosial mula Tingkah laku yg Menekankan Percaya bahawa Nilai betul & perlu ada dalam sifat peribadi utk bertindak dr salah bergantung diri manusia utk utk mencapai segi moral, kita pada kesanMaksud terus hidup kehidupan yg mesti perbuatan yang aman & baik. mempunyai dilakukan. harmoni. kesedaran dr dlm -Utilitarianisme menerima -Egoisme kekangan tertentu @ peraturan. Peraturan ini Merupakan Harus Utiliarianisme lebih jalan tengah bertanggungjaw -Act utilitarianism mementingkan iaitu bermaksud ab secara moral -HedonisticCiri-ciri masyarakat tidak atas motif kita utilitarianism secara umum, keterlaluan dan untuk membuat Egoisme bukan individu tidak terlalu kebaikan atau -Egoisme sebagai kurang. keburukan. psikologi matlamat etika. Tidak -Egoisme Etika semulajadi 16. Teori Kemoralan Keberibadian Deontologi Teologi sosial mulia Menyekat Prinsip moral Utilitarianisme kebebasan yang ditetapkan -Kesakitan & individu yang oleh individu itu keseronokan terpaksa tunduk mestilah juga tidak sama. Kelemahan kepada - dipatuhi oleh Egoisme peraturan yang orang lain. -Tidak dibuat oleh mengutamakan masyarakat. kemurahan hati. Banyak berlaku Terdapat Jika kita semua salah faham, manusia yang mempunyai koflik dan mempunyai intuisi yang ketegangan sifat semulajadi berbeza maka Kritikan kerana setiap seperti Nabi. tidak ada cara masyarakat untuk mempunyai menyelesaikan pandangan yang konflik. berbeza.

TEORI KEMORALAN SOSIAL Ethos : Hukum, adat resam, kebiasaan dan tradisi Mores : adab, sopan, santun, tradisi yang menentukan piawaian sesebuah kelompok Hasil daripada takrifan ini lahirnya teori kemoralan sosial (kemoralan konvensional/ tradisionalisme) Peraturan yang ditentukan oleh masyarakat dijadikan sebagai undang-undang dan diberi autoriti dalam masyarakat 4. Ahli masyarakat mesti menerima/patuh kepada sistem kepiawaian moral (moral standards) bagi menyekat segala perbuatan buruk seperti mencuri, tamak, dengki dan sebagainya Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang larangnya yang tersendiri Buddha - tidak amalkan cara hidup ekstrim Kristian - patuhi rukun 10 Hindu patuhi peraturan moral dari epik Ramayana,Upanishad Islam disiplin melalui ajaran etika dan akhlak dari Al-Quran dan hadith 5. CIRI-CIRI TEORI KEMORALAN SOSIAL Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya 6. KELEMAHAN TEORI KEMORALAN SOSIAL Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. (Peraturan biasanya ditetapkan oleh ahli-ahli falsafah moral, pemerintah negara, tokoh-tokoh agama dll) Berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. (Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 titik hitam dalam sejarah Malaysia) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada kerana masa dan keadaan telah berubah. (Contoh : Perkembangan teknologi maklumat - perlu diterima supaya masyarakat tidak ketinggalan dan merugikan diri sendiri) 7. Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka. (Individu tidak berhak menyuarakan pendapat) Peraturan masyarakat dicabar oleh ahli masyarakat itu sendiri. (Sesetengah orang melanggar peraturan untuk keuntungan dan kepentingan sendiri tetapi akhirnya perbuatan itu merugikan masyarakat dan negaranya) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. (Contoh: Kekejaman polis di sesetengah negara terhadap rakyatnya polis terletak di bawah pemerintahan kerajaan yang zalim) 8. KEMORALAN SOSIAL YANG BENAR DAPAT DIWUJUDKAN MELALUI PEMERINTAHAN YANG DEMOKRATIK DAN MASYARAKAT PENYAYANG . 9. Mengapa saya patut bertindak sedemikian dan bukan sebaliknya? 10. Apakah yang patut saya lakukan? Saya patut menjadi insan yang bagaimana?

11. TEORI KEPERIBADIAN MULIA menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik 12. The unexamined life is not worth living ~ Socrates ~ 13. Matlamat: Mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini Menjadi satu piawai untuk menentukan kita hendak menjadi insan yang bagaimana 14. Sebelum berbincang mengenai peraturan, soal keperibadian mulia perlu dibentuk terlebih dahulu Peraturan dihuraikan dan dibuktikan berdasarkan konsep mengenai keperibadian mulia MENGAPA? Tabiat atau perangai yang dibentuk dalam proses perkembangan moral mengandungi kelakuan individu Mereka menentukan corak tingkah laku dan respon terhadap situasi kehidupan 15. disebabkan orang ini, maka wujud tindakan orang ini 16. Aristotle: Kebolehan moral kita yang dipanggil keperibadian mulia ( virtue ) atau tabiat baik secara moral ( morally good habits ), dibina melalui latihan dan latih tubi 17. jalan tengah setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang 18. Contoh: 19. Proses Perkembangan Moral Individu tidak dilahirkan dengan kebolehan memahami dan mengaplikasikan kepiawaian moral Sama seperti kebolehan fizikal, emosi dan kognitif seseorang yang berkembang apabila matang Kebolehan seseorang menangani isu-isu moral dibina mengikut perkembangan kehidupan mereka 20. 21. Ciri-ciri Keperibadian Mulia diperoleh melalui pengajaran-pembelajaran atau latihan tabiat ( habits ) apabila stabil dipanggil sifat boleh diguna pakai baik ( good ), sempurna, membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik 22. 23. KETINGGIAN PERIBADI AMALAN POSITIF AMALAN NEGATIF Menyempurnakan tugas dan amanah Selalu berpura-pura dalam tindakan Berilmu dan berpengetahuan luas Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan Mengutamakan keadilan Mungkir janji Sedia berkorban Pemarah dan tidak sabar Kemas dalam berpakaian, pemikiran dan tindakan Pengotor dan selekeh dalam pembawaan Jimat cermat dalam segala aspek Khianat dalam melaksanakan tugas Bekerjasama dan saling hormat menghormati Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya Tertib dan baik budi bicara Lembab dan malas berusaha 24. KRITIKAN TERHADAP TEORI KEPERIBADIAN MULIA Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatan

sederhana berbeza antara individu dengan individu yang lain. 25. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan seperti contoh keadilan, mengumpat, bercakap benar. Contoh : Seorang pelajar IPG diambil tindakan kerana mengemukakan sijil sakit palsu kepada HEP. Pihak HEP mengambil tindakan memberi amaran keras kepada pelajar tersebut. Tindakan harus diambil kepada pelajar tersebut tanpa ada jalan pertengahan. 26. PERBEZAAN TEORI KEMORALAN SOSIAL TEORI KEPERIBADIAN MULIA Dipraktikkan oleh sesebuah komuniti dan masyarakat. Dipraktikkan oleh setiap individu dan menjadi amalan dalam diri mereka. Jika tidak diamalkan, ianya mempengaruhi komuniti yaang lebih besar dan melibatkan kelompok yang besar. Jika tidak diamalkan, ianya akan mempengaruhi orang disekelilingnya.

ii. Kelemahan Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik. Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

Anda mungkin juga menyukai