Anda di halaman 1dari 22

MPU 1053

PENDIDIKAN MORAL

DEFINISI DAN FUNGSI NILAI


JENIS-JENIS NILAI

KONSEP ASAS NILAI

LATAR BELAKANG
SIFAT MANUSIA
Memerlukan peraturan dan peradaban dalam

menyusun dan mengatur kehidupan

KEDUDUKAN ETHICS AND MORALITY


Bukan suatu pilihan tetapi kewajipan dalam

setiap aspek kehidupan manusia

DEFINISI
Matlamat
dan tindakan yg dilaksanakan oleh seseorang
NILAI
ditentukan oleh nilai
Nilai merupakan satu prinsip/garis panduan yg menyediakan

anggota masyarakat utk menjalani kehidupan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), nilai termasuk taksiran

harga, harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain,


darjat, kualiti, mutu, taraf, dan sifat ketinggian.

Clyde Kluckhohn

suatu standard yg agak berkekalan dari segi masa, atau dalam

pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu


sistem perlakuan.
nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai,
baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamatmatalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.

DEFINISI
NILAI
Pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi proses
pembangunan.

Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak

lain mengecap kita sebagai masyarakat


membangun yang tidak bermoral.
Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat

menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana


tingkahlaku/nilai individu mencerminkan nilai
keseluruhan rakyat Malaysia.

TUJUAN NILAI
Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai

suci dalam Islam


Menghormati kebaikan dan membenci
keburukan
Menghapuskan sikap yang negatif dalam
menjalankan tugas-tugas
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu
Melatih diri dengan disiplin
Menjalankan amanah dengan dedikasi

FUNGSI NILAI
Nilai sebagai piawai yg konsisten dlm

tindakan manusia
Nilai sebagai panduan menyelesaikan

konflik moral manusia


Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan

dan kelakuan individu atau masyarakat

KEPENTINGAN NILAI
Pembangunan seimbang
Mengekal tamadun manusia
Mengekalkan keamanan
Menyempurnakan peribadi manusia
Menterjemahkan sikap positif individu
Menghalang kejahatan
Menepati fitrah kehidupan manusia
Menggalakkan fitrah

SUMBER-SUMBER NILAI
Agama
Budaya
Pendidikan
Keluarga
Masyarakat
Persekitaran

Nilai dan Etika dari Pandangan


Barat
Menidakkan spiritual atau ketuhanan untuk

mencapai kebahagiaan
Gerakan hedonisme apa-apa saja yang

memberi keseronokkan atau kebahagiaan


fizikal adalah nilai-nilai baik

Nilai dari Pandangan Islam


Tidak memisahkan nilai-nilai spiritual dan

fizikal
Etika dalam Islam merupakan

peraturan/ketetapan yg ditentukan oleh


Allah melalui al-Quran & al-Sunnah utk
diamalkan

JENIS NILAI
Nilai Instrumental (ekstrinsik)

kualiti yang diterima atau ditolak sebagai


alat mencapai sesuatu matlamat.
Contoh : hukuman gantung sampai mati
kepada pengedar dadah adalah untuk
menghapuskan perbuatan mengedar
dadah kepada rakyat di negara kita.

Nilai Intrinsik
Kualiti yang diterima atau ditolak yang tidak
bergantung pada nilai lain.
Nilai dalaman diri seseorang
contoh:
1. Marina sedang duduk di taman permainan. Tibatiba, seorang kanak-kanak berlari ke arahnya dan
bersembunyi di belakang pokok. Kemudian datang
2 orang kanak-kanak. Marina mengelengkan kepala
tanda tidak nampak budak itu.
Tindakan Marina telah menyelamatkan tersebut
daripada menjadi mangsa buli, walaupun dia tiada
niat membanteras kegiatan buli di kawasan
tersebut.

Nilai Subjektif
Kualiti yang diterima atau ditolak mengikut pandangan

seseorang individu.
Contoh:
1. Kes Isreal menceroboh Palestin dan Lubnan dilihat baik
oleh Amerika dan sekutunya tetapi dinilai jahat oleh
golongan lain.
Satu pihak melihat dari sudut tujuan serangan dan satu
pihak melihat dari aspek kesan peperangan dan kebenaran
isu.
2. Cadangan supaya hukuman rotan di khalayak ramai
dikuatkuasakan kembali kepada murid yang membuat
salah.
Menunjukkan dua isu nilai, iaitu satu pandangan
menyatakan bahawa hukuman rotan adalah untuk
mendidik tetapi pihak yang satu lagi melihat hukuman ini
merupakan tindakan yang memberikan kesan negatif
kepada murid.

Nilai Objektif
Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas

daripada pilihan peribadi.


Contohnya,
1. Menjadikan orang awam sebagai perisai manusia
dalam peperangan adalah satu kezaliman.
2. Perhambaan buruh kanak-kanak melanggar hak
asasi manusia.
Semua orang bersetuju bahawa kriteria nilai

menjadikan kanak-kanak sebagai buruh paksa


adalah melanggar nilai kemanusiaan

Nilai Relatif
Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan

sesuatu masyarakat untuk mencapai matlamat


masyarakat.
Bersifat arbitrari, iaitu tidak tentu, tidak sempurna
dan berbeza antara masyarakat yang berlainan.
Contohnya:

1.Isu berdua-duaan di tempat sunyi merupakan


kesalahan besar dan akan dikenakan hukuman
mahkamah jika melibatkan individu Islam di Malaysia.
Namun. nilai duduk berdua-duaan ini telah diterima
sebagai sesuatu yang biasa oleh masyarakat bukan
Islam dan tidak menjadi suatu kesalahan.

Nilai Mutlak
Nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau

agama seseorang.
Contoh :
1. Membunuh diri adalah haram di sisi Islam.
2. Mencuri merupakan nilai moral yang salah

NILAI MASYARAKAT
SEKARANG

Kurangnya sikap hormat-menghormati


Kurangnya amalam bergotong-royong
Kurangnya amalan ziarah-menziarahi
Kurangnya amalan bertegur sapa
Kurangnya amalan bertolak ansur di jln

raya
Kurangnya amalan menjaga kebersihan
Mahalnya nilai sebuah senyuman

PERNYATAAN NORMATIF
Pernyataan Normatif Moral
Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang

menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau
salah, dan diterima atau ditolak.
Contoh-contohnya:
(a)
Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.
(b)
Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara

kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,


tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai
perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil
pertimbangan nilai obligasi (deontic).
Kesan perbuatan itu tidak diambil kira.
Contoh-contohnya:
(a)
Kita patut menepati janji
(b)
Perbuatan mencuri adalah salah.

PERNYATAAN NORMATIF
Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di
dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan,
politik, dan sosial.
Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna
pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak
seseorang.
Contoh-contohnya:
(a) Ini sebuah buku yang baik.
(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.
Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan
soal estetika dan agama ialah:
(a) Saya suka membeli beg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah satu dosa.

PERNYATAAN DESKRIPTIF
Pernyataan Deskriptif
Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas
daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan
nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada
laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan
fakta empirikal atau logikal. Contoh-contohnya:
(a) Dia sentiasa tidur awal.
(b) Kereta itu berwarna biru.

Apa pendapat anda tentang


gambar ini?

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai