Anda di halaman 1dari 5

Pendekatan Moral

Pendekatan Saintifik/Deskriptif

Biasanya digunakan dalam sains sosial dan berkait dengan perangai serta kelakuan
manusia. Tidak melibatkan penilaian moral.

Contohnya: Ahli-ahli psikologi memerhati bagaimana manusia bertindak dalam keadaan


tertentu dan menggambarkan apa yang diperhatikan serta membuat kesimpulan tanpa
penilaian moral.

Contoh Pernyataan Deskriptif - "Manusia selalu bertindak demi kepentingan sendiri".

Pendekatan Normatif/Preskriptif

Ahli falsafah etika normatif akan mengenal pasti sama ada manusia patut bertindak demi
kepentingan diri atau demi kepentingan pihak lain.

Mereka akan membuat kesimpulan tertentu berdasarkan hujah dan bukti. Pendekatan
normatif melibatkan penilaian moral baik dan buruk.

Contoh Pernyataan Normatif - "Manusia patut bertindak demi kepentingan semua orang
termasuk diri sendiri".

Definisi Nilai

Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap
tingkah laku.

William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai
sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai
suatu kebaikan atau keburukan.

 Nilai juga merupakan satu ukuran yang standard dan prinsip kita dalam
mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai ialah kriteria bagi kita menimbangkan
sesuatu benda (objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah atau
sebaliknya dan terdapat tiga jenis nilai iaitu nilai-nilai estetika, nilai neutral dan nilai
moral.

 Nilai moral ialah standard-standard, prinsip-prinsip yang mana kita gunakan untuk
menghakim sama ada tujuan atau perlakuan wajar atau tidak.
 Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.

Nilai Instrumental

Nilai yang diterima/ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat, tujuan, kesan dan
objektif

Contoh:

 Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

 Mengenakan hukuman gantung kepada pengedar dadah bagi menghapuskan


kegiatan pengedaran dadah.

 Mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib
para pelajar.

Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima/ditolak semata-mata ia baik/buruk tanpa mengambil kira kesannya

Contoh:

 Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang


pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya dari segi undang-undang dan
bukan atas tujuan membasmi pengedaran dadah.

Nilai Subjektif

Kualiti yang diterima/ditolak berdasarkan pendapat/pandangan seseorang individu,


pihak atau institusi

Contoh:

 Serangan Amerika ke atas Iraq adalah wajar mengikut pandangan sekutunya


tetapi kejam dari pandangan negara-negara yang menyokong Iraq.

 Pembinaan bangunan-bangunan untuk kemajuan negara adalah wajar untuk pihak


tertentu tetapi bukan bagi pihak yang menganggapnya sebagai pembaziran sumber
kewangan.
Nilai Objektif

Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak tertentu.

Contoh :

 Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.

 Perhambaan tidak mencerminkan kemanusiaan.

 Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.

Nilai Relatif

Nilai yang diterima/ditolak oleh sesuatu masyarakat untuk berdasarkan kebudayaan, adat,
agama, kepercayaan dan larangan masyarakat itu. Nilai yang sama mungkin ditolak oleh
masyarakat lain.

Contoh:

 Malaysia - Pembentukan keluarga - Perkahwinan rasmi

 Amerika - Pembentukan keluarga - Tanpa perkahwinan rasmi

Nilai Absolute/Mutlak

Nilai yang berharga itu tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat.
Nilai yang bersifat sejagat atau universal.

Contoh :

 Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik

 Membunuh tanpa sebab adalah perbuatan keji

Dari mana datangnya kemoralan?

Kemoralam berkaitan dengan nilai-nilai dan sikap-sikap untuk membuat "baik" dan
mengelakkan "buruk".

Persoalan:

Adakah nilai-nilai dan sikap-sikap ini sesuatu yang objektif?


Atau adakah ia sesuatu yang subjektif, iaitu khusus yang ada di dalam diri manusia itu sendiri?
Atau gabungan antara kedua-dua sekali?

Pandangan Objektif

Teori supernatural

Nilai-nilai itu ditentukan oleh Tuhan / Kuasa Luar Biasa.

Ia diturunkan dan menjadi prinsip asas kepada nilai-nilai kemoralan yang dikehendaki.

Contoh:

Tuhan-tuhan (Gods/ Goddesses) bagi orang Greek dan Roman;


Jahweh bagi orang Yahudi;
Tutaan, Anak Tuhan dan Jesus bagi orang Kristian;
Brahma bagi Hindu; dan
Allah bagi Muslim.

Teori Hukum Semula jadi

Teori ini percaya bahawa nilai-nilai kemoralan itu sedia terdapat dalam alam semesta
ini dan menjadi undang-undang alam untuk manusia mematuhinya untuk menjadi
bermoral.

Contoh:

Hubungan seks sejenis dianggap tidak bermoral kerana ia bertentangan dengan nilai
semula jadi manusia sendiri.

Pandangan Subjektif

Nilai ini terdapat dalam diri manusia itu sendiri.

Sesuatu boleh mempunyai nilai dan dikelaskan kepada baik, buruk, betul atau salah jika
ada suatu kesedaran insan yang memberi nilai kepadanya, iaitu jika tidak ada manusia tidak
akan terdapat nilai-nilai tersebut.

Mengapa manusia perlu bermoral?

Sikap bermoral adalah asas untuk manusia hidup.


Manusia inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk mencapai tujuan ini manusia mesti
patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama di antara
satu sama lain.

Secara am, adalah lebih berfaedah menjadi baik daripada buruk dan membentuk masyarakat
yang baik daripada yang buruk. Kepentingan diri sendiri adalah asas moral yang kuat.

Anda mungkin juga menyukai