Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 2 Konsep Asas Nilai

SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai jenis nilai dalam etika dan moral. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan yang termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenis-jenis Nilai yang mempengaruhi kehidupan manusia. Berdasarkan kefahaman dan pengalaman, pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh: 1. 2. 3. Menjelaskan konsep konsep asas nilai. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam situasi tertentu.

KERANGKA TAJUK

2.1 KONSEP NILAI Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70) Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka. Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16) Nilai Sifat (Attribute) untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang diberikan kepada masa seperti emas. Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan. Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang emas.

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai: Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan seseorang.

2.1.1 Jenis-jenis Nilai i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Nilai peringkat pertama,misalnya baik hati, kasih saying, keadilan. Contoh: Keikhlasan Kita perlu ikhlas dalam menjalankan Contoh: Nilai Kasih sayang tanggungjawab di dunia ini. daripada sifat ikhlas, kita Berkat Azhar amat menyayangi ibu bapanya. akan Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.

Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai berani, peringkat rajin kedua, dan misalnya hormat

menghormati.

memperoleh ketenangan dan kepuasan kesenangan kendiri.

ibu

bapanya.

Azmi

tidak

pernah mengharapkan harta warisan atau sebagainya kerana beliau berpendapat seseorang anak berkewajipan terhadap

Nilai-nilai di atas bergantung kepada bahawa nilai lain untuk mencapai matlamatnya. ibubapa.

menjalankan

tanggungjawab

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif

Nilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan

Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Contoh : Peperangan

Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Contoh : Melepak

Rama seorang remaja yang baik. Walau Peperangan adalah ibarat menang jadi bagaimanapun apabila dia penat belajar, arang kalah jadi abu. Kesan peperangan dia selalu melepak di pusat beli belah ialah tragedi. berhampiran dengan rumahnya. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat melepaskan tekanan

Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan untuk sesuatu mencapai masyarakat

Nilai Mutlak (Absolute) Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Kekal sepanjang masa dan di semua semua masyarakat. tempat serta hampir norma situasi

sesuatu matlamat masyarakat. Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Boleh berubah mengikut masa.

Contoh : Main Mercun Bermain mercun merupakan Contoh : Menghormati ibubapa sebahagian daripada amalan penting Anak dituntut untuk menghormati ibu dalam sambutan Tahun Baru Cina. bapa kerana tanpa mereka siapalah Walau bagaimanapun masyarakat Cina kita. Anak yang tidak menghormati ibu mula menerima pengharaman bermain bapa dianggap sebagai anak derhaka. mercun kerajaan yang dikuatkuasakan tindakan oleh sebagai rasional

pada masa kini.

Perbincangan

Berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru , bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah Pendidikan Guru : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia suatu menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan dan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif berdisiplin.

Fikir-fikirkan

Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya. Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu.
Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

1.

Cari

keratan

akhbar

yang

mengandungi

nilai-nilai

instrumental,

intrinksik,subjektif, objektif, relatif dan mutlak. Buatkan analisa dan kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut. Rumusan 1. 2. 3. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu.

Anda mungkin juga menyukai