Anda di halaman 1dari 7

KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 2 Konsep Asas Nilai

SINOPSIS

Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai


jenis nilai dalam etika dan moral. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan
memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan yang
termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenis-jenis Nilai
yang mempengaruhi kehidupan manusia. Berdasarkan kefahaman dan
pengalaman, pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam
tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh:
1. Menjelaskan konsep konsep asas nilai.
2. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion
perguruan.
3. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam
membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam
situasi tertentu.

1
KONSEP ASAS MORAL

KERANGKA TAJUK

NILAI DAN TEORI


ETIKA

KONSEP NILAI
TEORI ETIKA

Instrumental Instrinksik

Subjektif Objektif

Relatif Mutlak

2.1 KONSEP NILAI

Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu


benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah,
diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di
antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah
suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16)
• Nilai Sifat (Attribute) – untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu
seperti nilai yang diberikan kepada masa – seperti emas.
• Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu
objek atau perkara – seperti berapa harga barang atau berapa tinggi
penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan.

2
KONSEP ASAS MORAL

• Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang
tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: – hutang budi
dibawa mati dalam pantun pisang emas.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru,
wujudlah pelbagai kegunaan nilai:
• Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal
pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
• Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar,
dihujah, diubah atau dipertahankan.
• Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan.
• Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan
seseorang.

2.1.1 Jenis-jenis Nilai

i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

• Kualiti yang diterima atau ditolak • Kualiti yang diterima atau ditolak semata-
sebagai alat mencapai sesuatu mata kerana ia baik atau buruk tanpa
matlamat. mengambil kira kesannya.
• Bergantung pada nilai lain untuk • Tidak bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. mencapai sesuatu matlamat.
• Nilai peringkat kedua, misalnya • Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat
berani, rajin dan hormat akhir.
menghormati. • Nilai peringkat pertama,misalnya baik
hati, kasih saying, keadilan.
Contoh: Keikhlasan

3
KONSEP ASAS MORAL

Kita perlu ikhlas dalam menjalankan Contoh: Nilai Kasih sayang


tanggungjawab di dunia ini. Berkat Azhar amat menyayangi ibu bapanya.
daripada sifat ikhlas, kita akan Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi
memperoleh ketenangan dan kepuasan kesenangan ibu bapanya. Azmi tidak
kendiri. pernah mengharapkan harta warisan atau
sebagainya kerana beliau berpendapat
Nilai-nilai di atas bergantung kepada nilai bahawa seseorang anak berkewajipan
lain untuk mencapai matlamatnya. menjalankan tanggungjawab terhadap
ibubapa.

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung


dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif

• Kualiti yang diterima atau ditolak • Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang
oleh seseorang yang memberikan bebas daripada pilihan peribadi.
pandangan • Diterima atau ditolak berdasarkan satu
• Diterima atau ditolak mengikut set kriteria yang dipersetujui oleh semua
pandangan seseorang individu. atau kebanyakan orang.

Contoh : Melepak Contoh : Peperangan


Rama seorang remaja yang baik. Walau Peperangan adalah ibarat ‘menang jadi
bagaimanapun apabila dia penat belajar, arang kalah jadi abu’. Kesan peperangan
dia selalu melepak di pusat beli belah ialah tragedi.
berhampiran dengan rumahnya. Dia
berpendapat bahawa melepak tidak salah
kerana dia dapat melepaskan tekanan

4
KONSEP ASAS MORAL

Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute)

• Nilai yang diterima atau ditolak • Nilai yang kebaikan tidak terikat
oleh peraturan sesuatu kepada sesuatu kebiasaan
masyarakat untuk mencapai sesebuah masyarakat.
sesuatu matlamat masyarakat. • Diterima umum dan telah diuji
• Nilai relatif ialah arbitrari (tidak atau terbukti sebagai baik atau
tertentu), tidak sempurna dan buruk.
berbeza-beza antara masyarakat • Kekal sepanjang masa dan di
yang berlainan. semua tempat serta hampir
• Boleh berubah mengikut masa. semua situasi norma
masyarakat.
Contoh : Main Mercun
Bermain mercun merupakan Contoh : Menghormati ibubapa
sebahagian daripada amalan penting Anak dituntut untuk menghormati ibu
dalam sambutan Tahun Baru Cina. bapa kerana tanpa mereka siapalah
Walau bagaimanapun masyarakat Cina kita. Anak yang tidak menghormati ibu
mula menerima pengharaman bermain bapa dianggap sebagai anak derhaka.
mercun yang dikuatkuasakan oleh
kerajaan sebagai tindakan rasional pada
masa kini.

5
KONSEP ASAS MORAL

Perbincangan

Berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan


guru , bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan :


“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.”

Falsafah Pendidikan Guru :


“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan
kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.”

Fikir-fikirkan

Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu
wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya.
Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan
bersatupadu.

6
KONSEP ASAS MORAL

Latihan
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

1. Cari keratan akhbar yang mengandungi nilai-nilai instrumental,


intrinksik,subjektif, objektif, relatif dan mutlak. Buatkan analisa dan
kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut.

Rumusan

1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk
mengukur sesuatu.
2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.
3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri
dan fungsi tertentu.

Anda mungkin juga menyukai