Anda di halaman 1dari 36

Definisi moral:

• Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa


Yunani yang membawa erti:
Tingkah-laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan
masyarakat.

• Moral merupakan nilai-nilai murni  seperti baik hati, belas kasihan


dan lain-lain yang berkait dengan beberapa peraturan seperti,
tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan,norma dan adat
sesebuah masyarakat

• Moral merupakan satu aspek yang lebih merujuk kepada perbuatan


atau tingkah laku seseorang individu
Definisi moral:
• Moral juga bermakna tingkah laku individu yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana penentu sesuatu perkara,
sama ada salah atau betul adalah masyarakat itu sendiri.

• Moral terdiri daripada peraturan sesuatu komuniti dan sifat peribadi mulia
seseorang individu

• Peraturan sesuatu komuniti perlu dipertimbangkan semasa seseorang


individu bertindak supaya kesejahteraan masyarakat sekeliling dapat
dipelihara. Sifat peribadi mulia seseorang individu pula amat memanfaatkan
orang yang individu tersebut berinteraksi. Hal ini kerana individu yang
berperibadi mulia selalunya akan mengamalkan peraturan masyarakat yang
menjamin kebaikan sejagat.
Definisi moral:
• Sebagai contohnya, seorang pelajar yang menghormati semua
rakan dan guru sekolahnya menggambarkan peribadinya yang
mulia serta mematuhi peraturan umum sesuatu masyarakat iaitu
menghormati semua orang tanpa mengira kaum, kedudukan sosial
dan sebagainya.
Konsep Etika
• Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang  bermaksud adat
atau cara hidup.

• Konsep ini  merupakan  sains atau kajian tentang falsafah moral,


perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral
dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

• Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu
kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka
seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Konsep Etika
Konsep Etika
Amalan Etika Negatif

1. Kecuaian- dlm makmal sains boleh menyebabkan kebakaran yang


mengancam nyawa murid

2. Tidak professional – guru yg bocorkan soalan peperiksaan


Konsep akhlak
• Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang.

• Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan


secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.

• Cth: dalam konteks islam, berjudi akan menyebabkan berlakunya


pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan boleh
menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia
mencuri, menipu dan membunuh.
Aliran Pemikiran Moral
Naturalis
• Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan keadaan sebenar
sesuatu perkara, isu atau kejadian.

• Naturalisme berasal daripada 2 kata, iaitu ‘Natural’ yang bermaksud sifat


semula jadi dan ‘Isme’ yang bermakna ajaran atau kepercayaan.

• Oleh itu, aliran pemikiran ini boleh dikatakan menunjukkan kecenderungan


individu untuk menerima sahaja sesuatu keadaan seperti yang ditetapkan.

• Ciri-ciri individu yang berfikiran naturalis sentiasa merendahkan dirinya dan


menghadapi kesukaran semasa berinteraksi. Mereka juga mudah berpuas hati
dengan sesuatu situasi.
Aliran Pemikiran Moral
Naturalis
• Misalnya, apabila Aiman dimarahi oleh gurunya kerana gagal dalam
peperiksaan Matematik, Aiman menerima sahaja kata-kata gurunya
dan beranggapan bahawa dia memang tidak pandai dalam subjek
Matematik.
Aliran Pemikiran Moral
Emotivis
• Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi.

• Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.

• Ahli pemikiran Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral dibuat


berdasarkan emosi, sikap atau perasaan seseorang individu. Maka ternyata
bahawa aliran pemikiran emotivis berbeza dengan naturalis yang
menekankan pernyataan fakta untuk penilaian moral.
Aliran Pemikiran Moral
Emotivis
• aliran pemikiran emotivis membuat pentafsiran moral berdasarkan emosi
atau perasaan seseorang individu dan tidak bermatlamat untuk
menyampaikan maklumat mengenai dunia

• Ciri-ciri individu yang berfikiran emotivis ialah menunjukkan ekspresi


mukanya dengan jelas melalui perlakuannya atau kata-katanya

• Sebagai contohnya, Ahmad menggunakan kata-kata kesat semasa bergaduh


dengan kawannya yang mengganggu dia dalam kelas.
Aliran Pemikiran Moral
Intuisionis
• Aliran pemikiran Intuitionis merujuk kepada satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ sesuatu
situasi secara spontan

• perkataan ‘intuitionis’ berasal daripada perkataan Latin, ‘intueor’ yang bermaksud


memandang tepat pada sesuatu. Oleh yang demikian, individu yang berfikiran intuitionis
dapat membaca idea atau informasi yang tersirat dalam sesuatu mesej.

• Aliran ini juga berkait rapat dengan bisikan hati dan pemikiran spontan seseorang individu.

• Misalnya, seorang pelajar lelaki yang berfikiran intuisionis akan menolak ajakan rakannya
untuk menghisap rokok mungkin kerana bisikan hatinya atau pemikirannya yang spontan
membantu dia memahami idea tersirat dalam ajakan rakannya iaitu merokok adalah bahaya
untuk kesihatan.
Aliran Pemikiran Moral
Rasionalis
• Aliran pemikiran Rasionalis menekankan bahawa tingkah laku moral seperti menghormati orang
tua, memelihara alam sekitar dan bersemangat patriotik memerlukan asas pemikiran rasional
yang waras dan logik .

• Oleh itu, individu yang berfikiran rasional akan mementingkan penaakulan atau pemikiran sebaga
faktor utama untuk memperoleh pengetahuan.

• ‘Rasionalis’ berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna alasan atau sebab. Individu yang
berfikiran rasionalis dapat memperbaiki kelemahannya untuk mencapai kejayan serta berusaha
dengan tekun untuk mencari bukti dan kebenaran bagi menyelesaikan sesuatu isu moral.

• Sebagai contohnya, Sarah tidak berburuk sangka dan terus berjumpa dengan guru sejarahnya
kerana dia tidak puas hati dengan markah yang telah diberi oleh gurunya
DEFINISI NILAI
• Erti nilai termasuklah taksiran harga, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.

Pengertian nilai daripada beberapa sudut iaitu :

1.Nilai Kuantitatif

• iaitu merupakan nilai penentu harga kedudukan sesuatu objek.

• Nilai ini dinyatakan dengan menggunakan angka atau nombor. Semakin besar
angka yang ditunjukkan untuk nilai itu, semakin tinggilah sifatnya.

• seorang pelajar yang mendapat markah 90, maka ianya dinilai sebagai lebih baik
daripada pelajar lain yang hanya mendapat markah 50
DEFINISI NILAI
2. Nilai Kualitatif
• iaitu merupakan nilai yang menentukan sesuatu berdasarkan sifatnya yang
diterima oleh semua masyarakat.

• Kadang-kadang nilai menjadi sifat seperti yang ditunjukkan melalui peribahasa iaitu
“Masa itu emas”. Masa diberi sifat emas untuk menyatakan ketinggian nilainya.

3. Nilai sebagai mutu dan kepentingan sesuatu tingkah laku, pegangan, amalan,
aktiviti dan objek.

4. Nilai adalah sesuatu yang dihormati oleh individu atau masyarakat yang
berkaitan dengan sistem kepercayaan berteraskan apa yang dianggap oleh
individu atau masyarakat sebagai baik atau tidak baik.
DEFINISI NILAI
5. Nilai sebagai penyataan kadar harga atau markah sesuatu objek.

6. Nilai sebagai ukuran umum yang diberikan kepada sesuatu yang diingini dan
dihargai. Nilai ini bersifat aksiologi yang berkait dengan falsafah nilai.

8. Nilai berperanan sebagai kayu pengukur dan standard kepada sesuatu.

9. Nilai merupakan petunjuk dan penentu untuk membuat pemilihan dan


tindakan.
NILAI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
1. Nilai dalam kehidupan dari aspek kebendaan.
- membeli barangan mengikut nilai wang yang ada, misalnya kalua
saya ada rm 10, saya boleh beli barangan/perkhidmatan yang sama
nilai dengan duit itu.

2. Nilai dalam kehidupan dari aspek moral.


- Nilai dalam kehidupan individu yang bermoral secara umumnya
tidak dibezakan secara kuantiti
- Mencuri 2 atau 3 barang tidak dikira kerana perbuatan mencuri itu
tetap salah
NILAI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
3. Nilai dalam kehidupan secara intrinsik.
• Nilai sesuatu perkara atau benda adalah bergantung kepada diri individu itu
sendiri.

• Contohnya nilai kaya. Kebiasaan dalam masyarakat hari ini, orang yang
memiliki banyak wang dianggap kaya dan jika sebaliknya dianggap miskin.

• Orang yang sopan, berpendidikan tinggi, berhati mulia, walau tidak mempunyai
wang yang banyak, merupakan orang yang kaya dalam kualiti hidupnya.

nilai dari aspek etika dan moral adalah asas pembentukan sikap,
tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan
suatu bangsa dan organisasi.
Jenis-jenis Nilai
1. Nilai Instrumental (ekstrinsik)

• iaitu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk mencapai sesuatu
matlamat.

• Nilai instrumental seperti berani, rajin dan hormat-menghormati adalah nilai


peringkat kedua (second order value)

• Hal ini kerana nilai-nilai ini bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat.

• Sebagai contohnya, Ahmad rajin menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh
guru kesayangannya untuk memikat hati beliau. Berdasarkan contoh tersebut, nilai
memikat hati bergantung pada nilai rajin untuk mencapai matlamatnya.
Jenis-jenis Nilai
2. Nilai Intrinsik
• iaitu kualiti yang diterima atau ditolak yang tidak bergantung kepada nilai lain. Ia
merupakan nilai dalaman diri seseorang.

• seperti baik hati, kasih sayang, keadilan adalah nilai peringkat pertama (first order
value) yang menjadi penentu semasa membuat pilihan atau tindakan

• Misalnya, Harun sebagai pengadil pertandingan pidato menilai semua ucapan


dengan adil dan saksama tanpa menyebelahi adiknya yang merupakan salah
seorang peserta pertandingan tersebut. Contoh ini menggambarkan dengan jelas
bahawa keadilan adalah nilai yang menjadi matlamat akhir dan tidak bergantung
kepada nilai lain.
Jenis-jenis Nilai
3. Nilai Subjektif
• iaitu kualiti yang diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

• Ini bermaksud sesuatu nilai mungkin baik pada seseorang tetapi tidak baik pada
orang lain.

• Misalnya, membuat kerja kumpulan di kelas secara amnya, dapat membantu para
pelajar untuk berkerjasama dan berkongsi ilmu tetapi sesetengah pelajar mungkin
tidak dapat menumpukkan perhatian terhadap pelajarannya apabila mereka
membuat kerja kumpulan.

• Maka, sesetengah pelajar tersebut tidak memperoleh sebarang manfaat daripada


aktiviti kerja kumpulan.
Jenis-jenis Nilai
4. Nilai objektif
• iaitu kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.

• nilai objektif adalah kualiti yang bebas daripada pilihan peribadi.

• Sebagai contohnya, meniru dalam peperiksaan merupakan satu perbuatan tidak


berdisiplin yang diterima oleh semua sekolah dan golongan tanpa pilihan
alternatifnya.
Jenis-jenis Nilai
5.Nilai Relatif
• iaitu nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat.

• Ini bermaksud nilai relatif ialah arbitrari dan berbeza antara masyarakat yang berlainan.

• Misalnya, masyarakat Malaysia berpendapat bahawa pergaulan bebas dalam kalangan


remaja di sekolah adalah satu masalah sosial yang perlu ditangani manakala isu ini adalah
perkara yang biasa dan tidak bersalah dari segi undang-undang untuk masyarakat negara-
negara barat.

• nilai relatif merujuk kepada norma masyarakat yang berbeza yang dibentuk mengikut
kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing
Jenis-jenis Nilai
6. Nilai Mutlak
• adalah nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau agama seseorang.

• Ini bermakna nilai mutlak adalah nilai yang tidak terikat kepada norma sesebuah
masyarakat dan segala idea yang berkaitan dengan nilai ini dapat diterima secara umum.

• Nilai ini juga kekal sepanjang masa tanpa perubahan untuk semua situasi yang dihadapi
oleh masyarakat.

• Sebagai contohnya, seorang individu tidak patut mencuri dalam apa jua situasinya kerana
tingkah laku tersebut diterima secara umum sebagai perbuatan yang tidak bermoral.

Fungsi Nilai
1.Nilai sebagai piawai yang konsisten dalam tindakan manusia.

• Fungsi ini menjadikan manusia sebagai ejen atau pengkritik moral.

• Cthnya: tidak melakukan perbuatan negatif seperti menerima rasuah kerana patuh
kepada nilai yg diterima oleh masyarakat

2. Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik moral.

• Dalam pennyelesaian konflik, kita akan menganalisis dan menilai punca-punca


serta cadangan penyelesaian.

• Pada masa itu, nilai moral membantu individu utk mengenal pasti sama ada
sesuatu perkara itu betul atau salah
Fungsi Nilai
3. Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau
masyarakat.

• Tingkah laku kita dinilai dan diperhatikan oleh rakan-rakan, ibu bapa, dan
masyrakat yang mempengaruhi dan menghadkan tingkah laku seseorang individu
supaya diterima dan disukai oleh orang lain.
DIMENSI MORAL
• Dimensi moral dirujuk kepada penaakulan, perlakuan dan perasaan seseorang
individu.

• Membenarkan individu untuk bertindak mengikut kehendak normatif di mana dia


berada.

• Sebagai contoh, apabila seseorang melakukan sesuatu kesalahan mereka akan


berasa takut atau menyesal

• Pemikiran ini mengelakkan seseorang daripada melakukan tindakan yang anti-


norma
Penaakulan Moral
• ialah pertimbangan atau fikiran secara rasional

• Individu yang mempraktikkan penaakulan moral akan memahami sesuatu konflik dan
mengenal pasti cara penyelesaian serta alternatifnya yang berkesan.

• Misalnya, guru akan menyoal pelajar yang melakukan kesalahan terlebih dahulu
sebelum membuat sesuatu keputusan supaya keputusan tersebut tidak dipengaruhi oleh
emosi atau persekitarannya serta alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut
dapat dikemukan.
Penaakulan Moral
proses penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara berperingkat.

Bermula dari peringkat seseorang itu mematuhi peraturan moral supaya tidak
dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat dia, sebagai orang
yang berautonomi (bebas), akan menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-
prinsip moral yang sejagat.

Individu yang tidak berupaya membuat untuk membuat penaakulan moral akan
menjadi seseorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara membuta tuli.
PERASAAN MORAL
 Berkaitan dengan perasaan atau emosi seseorang individu yang melibatkan
perasaan empati dan simpati, prihatin, belas kasihan dan murah hati

 Penting untuk mengawal perlakuan seseorang individu supaya tidak terjebak


dalam gejala anti-social

 perasaan moral seperti suara batin membentuk perlakuan moral seorang


individu

 Sebagai contohnya, guru yang memiliki emosi moral akan memahami


keperluan anak didiknya serta berusaha untuk memenuhi keperluan
tersebut tanpa mengira kepentingan diri
PERLAKUAN MORAL
• Merujuk kepada individu yang dapat bertindak dengan penuh tanggungjawab
mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang berlandaskan
penaakulan dan emosi moral

• merujuk kepada tingkah laku individu yang berlandaskan nilai-nilai dan


norma-norma masyarakat

• Misalnya, seorang guru yang mempraktikkan tingkah laku bermoral seperti


menyempurnakan sesuatu tugasan dengan penuh tanggungjawab,
berdedikasi serta berprihatin semasa menguruskan perkara-perkara yang
berkaitan dengan para pelajar supaya menjadi suri teladan yang baik utk
para pelajar bertindak dengan moral
Rumusan
a) Seseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu
penaakulan moral (pertimbangan moral), perasaan moral (emosi moral) dan
perlakuan moral (amalan moral).

b) Pendidikan Moral kini sedang menghala kepada aspek pemupukan dimensi-


dimensi moral ini.

c) Ketiga-tiga dimensi moral adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan


apabila seseorang individu membuat pertimbangan dan keputusan.
a) PRINSIP AUTONOMI

• Konsep autonomi melibatkan kebebasan dalam memilih untuk melakukan


sesuatu perbuatan atau sebaliknya.

• Konsep ini bermaksud membenarkan seseorang individu untuk bebas membuat


tindakan yang diingini

• Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika
dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan daripada luaran atau
kepatuhan kepada autoriti

• Ini disebabkan individu berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara
rasional dan hanya mematuhi perintah daripada kuasa luar.

• prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara yang boleh meruntuhkan atau
memusnahkan kebajikan orang lain.
a) PRINSIP AUTONOMI

• seorang guru yang mengamalkan prinsip autonomi akan memberi peluang


kepada para pelajarnya untuk membuat keputusan yang dapat
meningkatkan kesedaran para pelajar tentang perkara-perkara positif dan
negatif. Kesedaran ini mampu mengelakkan para pelajar daripada
melakukan perkara-perkara negatif seperti terjebak dalam masalah sosial
atau jenayah
b) PRINSIP ALTRUISME

• Iaitu melebihkan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.

• Pertimbangan tersebut lebih berperikemanusiaan didasari dengan perasaan


moral dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

• Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada kejahatan , sikap


mementingkan diri sendiri dan sifat tamak.

• Sebagai contohnya, seorang guru yang mengamalkan prinsip Altruisme akan


membenarkan anak didiknya yang tidak sihat untuk berehat semasa waktu
pembelajaran dan pengajarannya kerana beliau mengambil berat tentang
anak didiknya yang sakit
c) PRINSIP KEADILAN

• Merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara


sama ada dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.

• Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu
tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun.

• Ini secara langsung akan membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya
daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak, kemarahan dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai