Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

EDUP 3033
MURID DAN PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR LEONG LAI CHEN


ANGKA GILIRAN 2020122340107
NO.KAD PENGENALAN 010511-13-0974
KUMPULAN / UNIT 2 PISMP MATEMATIK 1
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP 3033
MURID DAN PEMBELAJARAN

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK


NAMA PENSYARAH CIK. MARINA BINTI ABDUL MAJID
TARIKH HANTAR 11 APRIL 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

MODERATOR
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tandatangan Pelajar
………………………………………
( )

Tarikh : 25/10/2020
* Sila potong yang tidak berkenaan

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
.
1.0 PENGENALAN 1
2.0 TEORI PEMBELAJARAN
3.0 MODEL PENGAJARAN
4.0 PENDEKATAN PENGAJARAN
5.0 STRATEGI
6.0 TEKNIK
7.0 RUMUSAN
RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
2.0 TEORI PEMBELAJARAN
Secara umumnya, konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan
kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran boleh
diklasifikasikan kepada empat jenis utama iaitu behavioris, kognitif, sosial dan
humanis. Teori pembelajaran yang berkaitan dengan tugasan 2 saya ialah teori
pembelajaran kognitif. Teori ini banyak digunakan dalam dunia pendidikan
kerana akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila prosedur
pengajaran disusun dari sederhana ke kompleks. Contohnya, murid akan belajar
mengenali nombor hingga tiga digit dan sudah boleh menambah sebarang tiga
nombor hingga dua digit dahulu maka dapat belajar menambah tiga nombor hasil
tambah dalam linkungan 1000. Menurut Lev Vygotsky, proses pembelajaran bagi
kanak-kanak lebih baik dilakukan dengan berinteraksi dalam linkungan sosialnya.
Dengan kata yang lain, pengetahuan dalam pembelajaran akan lebih mudah
diperoleh dalam konteks sosial budaya seseorang.

3.0 MODEL PENGAJARAN


Model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pembelajaran yang
dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta
menyediakan bahan-bahan pengajaran. Model pengajaran yang digunakan
dalam rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tugasan 2 saya ialah
model sosial. Model ini bertujuan untuk membantu murid menajamkan pemikiran
melalui pergaulan dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain
secara produktif dan berfungsi sebagai seorang ahli dalam kumpulan. Salah satu
model yang digunakan dalam model sosial ialah pembelajaran koperatif.
Contohnya, murid belajar bersama-sama memikirkan cara-cara penyelesaikan
bagi soalan Matematik yang diberi. Seterusnya, murid berpencapaian rendah dan
tinggi akan diberi peluang yang sama bersaing antara satu sama lain dalam
suasana yang kondusif untuk menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

4.0 PENDEKATAN PENGAJARAN


Dalam konteks pendidikan, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran yang diajar untuk mencapai objektifnya. Antara
pendekatan-pendekatan yang telah digunakan dalam tugasan 2 saya ialah
pendekatan elektik dan pendekatan tematik. Pendekatan elektik menggunakan
dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada
pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu pengajaran dan
pembelajaran seperti dihasilkan dengan menggunakan kaedah induktif dan
deduktif. Sebagai contoh, guru memulakan pengajaran dengan memberikan
contoh diikuti dengan generalisasi. Pendekatan tematik ialah pengajaran
menggunakan tema yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.
Contohnya, guru mengimbas kembali nombor tiga digit dan nilai tempat nombor
sebelum memasuki tajuknya iaitu tambah dalam linkungan 1000.

5.0 STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pngajaran ialah suatu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan
teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Antara strategi-strategi
pengajaran yang digunakan dalam tugasan 2 ialah strategi berpusatkan murid
dan strategi berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan murid dapat menggalakan
murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar
bagaimana untuk belajar. Kelebihan penggunaan strategi ini ialah ia dapat
memperkembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan
mewujudkan motivasi serta menggalakan kemahiran sosial kumpulan. Antara
contoh aktiviti yang menggunakan strategi ini dalam tugasan 2 ialah
perbincangan. Murid diminta untuk berbincang dengan ahli kumpulan mengenai
cara penyelesaian masalah Matematik yang dipaparkan dalam video dan
mengongsikannya dengan rakan sekelas.
Strategi pengajaran berpusatkan bahan merujuk kepada guru menggunakan
pelbagai bahan seperti buku, video, kad-kad dan sebagainya untuk menjalankan
pengajaran. Penggunaan bahan-bahan tersebut dapat membantu guru
memenuhi keperluan atau kehendak murid yang pelbagai mengikut keadaan,
masa dan lokasinya. Dengan strategi ini, guru dapat membantu murid mencari
soalan yang sesuai dengan kemampuan murid untuk dikemukakan seperti video
yang ditayangkan dalam tugasan 2 dan membolehkan mereka berinteraksi
secara berkesan dalam kerja kumpulan.

6.0 TEKNIK PENGAJARAN


Teknik pengajaran merupakan cara melaksanakan penyampaian bahan
pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran
supaya mempercepatkan penanggapan pelajar. Antara teknik-teknik yang
digunakan dalam tugasan 2 saya ialah sesi buzz dan demonstrasi. Dalam sesi
buzz, murid yang mendapat kad nombor warna sama akan dijadikan sebagai
satu kumpulan kecil dan diminta untuk berbincang menambahkan nombor-
nombor yang terdapat dalam kumpulan. Selepas itu, ketua kumpulan akan
membuat rumusan apabila menyelesaikan perbincangan dengan menulis ayat
Matematik pada papan putih. Demonstrasi pula merupakan satu cara untuk
melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
Contohnya, guru memaparkan video tentang langkah menyelesaikan soalan
matematik sebelum meminta murid membuat soalan yang hampir sama secara
individu dalam aktiviti P&P yang dirancang. Walaubagaimanaun, guru hendaklah
memastikan setiap murid menumpukan perhatian agar teknik ini berkesan.

7.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya,

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai