Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Nama Pelajar TE SHI WEI

Angka Giliran 2020162340076

No Kad Pengenalan 010112-04-0146

Kumpulan/Unit 3 PISMP BAHASA MELAYU 3

Kod & Nama Kursus ELMK 3063


METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
Nama Pensyarah DR. SHASITHARAN A/L RAMAN KUTTY

Tarikh Hantar 21 JULAI 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
Kandungan

1.0 Pengenalan 1
2.0 Perbandingan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam 1
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
3.0 Teknik flipped classroom dalam pengajaran Pendidikan Moral 2
4.0 Rumusan 3
Rujukan 4
Lampiran 5
1.0 Pengenalan
Menurut Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid (2016), guru yang mewujudkan gaya
pedagogi yang menggabungkan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Moral adalah sangat penting supaya
aspek art of teaching dapat diwujudkan dan penglibatan murid secara aktif dapat
ditingkatkan. Namun begitu, ramai guru yang masih keliru dengan keempat-empat
konsep tersebut sehingga PdP yang dilaksanakan adalah tidak berkesan. Maka, tugasan
ini akan memperincikan perbandingan antara keempat-empat konsep tersebut. Bukan itu
sahaja, flipped classroom dalam PdP Pendidikan Moral juga akan diperincikan.

2.0 Perbandingan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral
Pertama sekali, pendekatan bermaksud cara mendekati murid bagi menyampaikan
isi pelajaran. Sehubungan itu, pendekatan Pendidikan Moral terdiri daripada pendekatan
umum dan pendekatan khusus. Misalnya, pendekatan umum adalah seperti pendekatan
induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik, manakala pendekatan khusus
pula terdiri daripada sembilan jenis seperti pendekatan pemupukan nilai, pendekatan
tindakan sosial dan lain-lain. Kebiasaannya, terdapat beberapa teknik dan kaedah dalam
satu pendekatan. Tamsilnya, keberkesanan pendekatan pemupukan nilai dapat
ditingkatkan dengan menggunakan kaedah berkumpulan serta teknik teater forum
(Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid, 2016). Intihanya, pendekatan Pendidikan Moral
adalah penting supaya guru dapat memilih kaedah dan teknik yang sesuai dalam PdP.
Selain itu, strategi pula merupakan langkah yang diambil oleh guru untuk
memudahkan proses PdP. Misalnya, strategi PdP Pendidikan Moral terdiri daripada
strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan
strategi berpusatkan tugasan (Noriati A. Rashid et al., 2016). Kebiasaannya, terdapat
beberapa teknik, kaedah dan pendekatan dalam satu strategi. Tamsilnya, untuk
mengajar nilai bertanggungjawab, guru boleh menggunakan strategi berpusatkan murid
yang mana dalam strategi ini, guru boleh menggunakan pendekatan tindakan sosial dan
kaedah projek yang melibatkan teknik temu ramah. Oleh yang demikian, strategi PdP
yang digunakan oleh guru merangkumi pertimbangan pendekatan, kaedah dan teknik
(Lampiran A) bagi mencapai objektif pembelajaran.
Seterusnya, kaedah didefinisikan sebagai siri tindakan guru yang sistematik bagi
mencapai objektif pembelajaran dalam PdP Pendidikan Moral. Misalnya, kaedah PdP
Pendidikan Moral yang umum terdiri daripada kaedah individu, kaedah berpasangan,
kaedah berkumpulan dan kaedah secara kelas, manakala kaedah yang khusus adalah
seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah bercerita dan sebagainya (Abdullah Zhidi

1
Omar & Mahdi Shuid, 2016). Berdasarkan kaedah ini, guru Pendidikan Moral haruslah
memilih kaedah yang bersesuaian dengan PdP Pendidikan Moral, contohnya, jika guru
mengajar murid kelas aliran perdana, kaedah penyelesaian masalah yang melibatkan
kerja berkumpulan boleh diaplikasikan. Tegasnya, guru Pendidikan Moral haruslah
memilih kaedah pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid dan juga jenis
aktiviti pembelajaran yang hendak dilaksanakan.
Sehubungan itu, hubungan antara kaedah dan teknik adalah rapat kerana kaedah
yang dipilih perlu disertai dengan penggunaan teknik yang betul. Menurut Faridah Nazir
et al. (2016), teknik merupakan cara atau media ringkas dan paling mudah untuk
mencapai hasil yang maksimum semasa mengajar. Sebagai contohnya, teknik PdP
Pendidikan Moral adalah seperti nyanyian, soal jawab, bercerita dan sebagainya.
Namun, teknik adalah berbeza dengan kaedah kerana teknik tidak memerlukan prosedur
yang sistematik seperti kaedah. Buktinya, jika guru bercerita tentang sesuatu perkara,
aktiviti ini adalah bersifat teknik. Namun, jika bercerita dilaksanakan bersama-sama
dengan teknik atau aktiviti lain seperti soal jawab, maka ia adalah bersifat kaedah yang
dilaksanakan secara kelas (Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid, 2016).

3.0 Teknik flipped classroom dalam pengajaran Pendidikan Moral


Flipped classroom merupakan contoh pedagogi masa kini yang penting seiring
dengan Education 4.0. Menurut Anealka Aziz Hussin (2018), flipped classroom memberi
peluang kepada murid untuk mempelajari isi pelajaran di luar waktu kelas,
melaksanakan aktiviti pembelajaran semasa waktu kelas dan mengimbas semula apa-
apa yang dipelajari selepas waktu kelas. Maka, pengaplikasian teknik flipped classroom
akan melibatkan tiga tahap, iaitu sebelum PdP, semasa PdP dan selepas PdP
(Lampiran B). Sehubungan itu, pada pendapat saya, flipped classroom sesuai
dilaksanakan dalam PdP Pendidikan Moral kerana teknik ini menepati aspek seni
pengajaran yang dapat mewujudkan gaya pedagogi yang menarik dengan
menggabungkan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Hal ini secara tidak langsung
dapat memberi manfaat kepada guru dan juga murid dalam PdP Pendidikan Moral.
Pertama sekali, jika meneliti manfaat flipped classroom kepada guru Pendidikan
Moral, teknik ini mampu melahirkan guru yang bersifat lebih kreatif kerana guru
dikehendaki mempelbagaikan bahan PdP dan aktiviti PdP semasa mengajar Pendidikan
Moral. Tamsilnya, untuk mengajar nilai kerajinan dengan mengaplikasikan flipped
classroom, pendekatan pemupukan nilai boleh digunakan yang mana murid diminta
menonton video mengenai nilai kerajinan lalu menjawab soalan yang diberi sebelum
kelas bermula. Kemudian, semasa kelas berlangsung, kaedah berkumpulan yang
melibatkan teknik teater forum boleh diaplikasikan dengan mengaitkan topik PdP, iaitu

2
nilai kerajinan bagi mengukuhkan pemahaman murid. Maka, dapatlah dikatakan bahawa
strategi pemusatan murid telah diaplikasikan dalam flipped classroom. Sehubungan itu,
berdasarkan contoh pelaksanaan flipped classroom tersebut, cara pengajaran guru yang
tradisional telah ditransformasikan kepada cara pengajaran yang terkini dan menarik
seperti yang dinyatakan oleh Yi (2018).
Selain itu, flipped classroom yang dilaksanakan dalam PdP Pendidikan Moral juga
dapat membawa kebaikan kepada para murid. Hal ini kerana pelaksanaan flipped
classroom telah mewujudkan aspek seni pengajaran yang menggabungkan teknik,
kaedah, strategi dan pendekatan yang mampu meningkatkan penglibatan murid secara
aktif. Misalnya, teknik teater forum yang diaplikasikan semasa PdP dapat memberi
peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam mencipta skrip tentang
sesuatu isu moral dan melakonkan skrip yang dicipta. Bukan itu sahaja, teknik teater
forum juga mampu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral murid, iaitu penaakulan
moral, perasaan moral dan perlakuan moral melalui penyelesaian isu moral dalam
kumpulan (Nadarajan Thambu & Vishalache Balakrishnan, 2014).
Tambahan pula, flipped classroom yang diaplikasikan dalam PdP Pendidikan Moral
dapat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Hal ini telah disokong
oleh Thomas Wanner & Edward Palmer (2018) yang mana mereka mendapati bahawa
flipped classroom dapat mewujudkan persekitaran yang fleksibel kerana murid bebas
memilih bila, di mana dan bagaimana belajar. Tamsilnya, sebelum PdP bermula, murid
boleh mencari maklumat pembelajaran pada bila-bila masa sahaja supaya dapat
menjawab soalan yang diberi oleh guru. Lama-kelamaannya, pembelajaran kendiri murid
dapat ditingkatkan dan sifat berdikari juga dapat disemai (Noriati A. Rashid et al., 2016).
Oleh itu, flipped classroom sesuai dilaksanakan dalam PdP Pendidikan Moral supaya
elemen life and career skills dapat dipupuk dalam kalangan murid sejak kecil lagi.

4.0 Rumusan
Kesimpulannya, konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik haruslah difahami
dengan lebih mendalam oleh para guru Pendidikan Moral. Dengan ini, gaya pedagogi
yang mempelbagaikan keempat-empat konsep tersebut dalam PdP dapat mewujudkan
aspek seni pengajaran yang mampu meningkatkan penglibatan murid secara aktif.
Sehubungan dengan itu, teknik pengajaran masa kini seperti flipped classroom boleh
diaplikasikan dalam PdP Pendidikan Moral kerana teknik ini akan mengintegrasikan
keempat-empat konsep tersebut. Impaknya, keberkesanan PdP Pendidikan Moral dapat
ditingkatkan dan objektif pembelajaran akan tercapai.

3
Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, & Mahdi Shuid. (2016). Pedagogi dan pentaksiran moral. Sasbadi
Sdn. Bhd.
Anealka Aziz Hussin. (2018). Education 4.0 made simple: Ideas for teaching. International
Journal of Education and Literacy Studies, 6(3), 92-98.
Faridah Nazir, Faiziah Hj. Shamsudin, & Amran Bakar. (2016). Kaedah pengajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah. Sasbadi Sdn. Bhd.
Li, Y. (2018). Current problems with the prerequisites for flipped classroom teaching---A
case study in a university in Northwest China. Smart Learning Environments, 5(1), 1-23.
Nadarajan Thambu, & Vishalache Balakrishna. (2014). Pengurusan teater forum: Satu
inovasi teknik dalam pedagogi Pendidikan Moral di sekolah menengah. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 38-51.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2016). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Thomas Wanner, & Edward Palmer. (2016). Personalising learning: Exploring student and
teacher perceptions about flexible learning and assessment in a flipped university
course. Computers & Education 88, 354-369.

4
Lampiran

Lampiran A

Rajah 1: Perkaitan antara strategi dengan pendekatan, kaedah dan teknik

Lampiran B

Rajah 2: Tiga tahap flipped classroom

Anda mungkin juga menyukai