Anda di halaman 1dari 5

Elemen-elemen yang mendasari Teori

Keperibadian Mulia dan Teori Kemoralan


Sosial.
DANUSREE A/P BASKARAN
DEFINISI / KONSEP TEORI KEPERIBADIAN MULIA / PANDANGAN
★ Latar belakang teori keperibadian mulia bermula dalam masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah
seorang pelopornya ialah Aristotle (384 - 322 SM).
★ Definisi keperibadian mula boleh dikatakan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence).
★ Antara keperibadian mulia ialah sifat murah hati, berani, jujur, sabar, amanah
★ Tokoh Aristotle berkata: “Kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang
itu manusia yang sempurna.”
★ Teori ini menekankan sifat peribadi ataupun perwatakan untuk mencapai kehidupan yang sejahtera
★ Seseorang perlu tetapkan kualiti dan taraf hidup yang diingini.
★ Ketetapan itu menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya.
★ Moral seseorang ditentukan oleh keperibadian mulia yang ada padanya.
★ Teori ini berfokus kepada individu, bukan kepada perbuatan atau prinsip.
★ Seseorang memperoleh keperibadian mulia menerusi usaha sendiri iaitu melalui pengasuhan, latihan
dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan (virtue) yang menyenangkan dan menyeronokkan.
Elemen-elemen teori keperibadian mulia
Ciri-ciri Keperibadian mulia dari segi intelektual

➔ Pertama sekali, teori ini adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat penaakulan yang baik.
➔ Ciri ataupun sifat ini Boleh dipelajari daripada seorang guru.
Ciri-ciri Keperibadian dari segi mulia moral
➔ Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.
➔ Keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.
➔ Dipelajari menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi
satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
TEORI KEMORALAN SOSIAL

❏ Antara definisi kemoralan sosial ialah dari segi hukum, adat,


trandisi dan piawaian sesebuah kelompok.
❏ Ia juga dikatakan sebagai peraturan yang ditentukan oleh
masyarakat yang dijadikan sebagai undang-undang dalam
sesebuah masyarakat.
❏ Teori ini mengajarkan masyarakat untuk menyekat segala
perbuatan seperti berzina, berjudi dan sebagainya.
Ciri-ciri / kelemahan kemoralan sosial
❖ Diwajibkan dan harus dipatuhi oleh masyarakat dan dikuatkuasakan oleh pemerintah
❖ Mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika
❖ Tidak membenarkan seseorang untuk menilai, dan menilai peraturan moral yang telah ditetapkan
walaupun dalam apa-apa keadaan.
❖ Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh
masyarakat
❖ Kelemahan pula ialah berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat
mempunyai pandangan yang berbeza
❖ Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada kerana masa dan
keadaan telah berubah.

Anda mungkin juga menyukai