Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


Nama Kursus : Pendidikan Moral
Kod Kursus :
Nama Pensyarah :
Tajuk : Teori Keperibadian Mulia
Nama Pelajar :Kunavathi A/P Raja Mohon

Teori
Keperibadian
mulia...

Apakah itu
keperibadian mulia?
kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat
peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral.
Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan
manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji
atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab
perasaannya atau kerana dia berupaya merasai.
keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti
manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya
dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle
(384-322 s.m).

Aristotle
virtues atau keperibadian mulia adalah
sekumpulan konsep seperti keadilan,
kemurahan hati, keberanian, kejujuran,
kesabaran dan kebijaksanaan yang
memainkan peranan penting dalam
kehidupan bermoral masa kini.
terdapat dua jenis keperibadian mulia
bersifat intelektual
bersifat moral.

Bersifat
intelektual

intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk


memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik.
Sifat yang boleh dipelajari melalui pengalaman dan
pertumbuhan.

Bersifat
moral
menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan
menjalankan proses pengulangan dan pelaziman.
Keperibadian seseorang seperti murah hati, adil dan jujur.
Tidak terjadi secara semula jadi.
Melalui latihan yang dilakukan dalam kehidupan seharian yng
akhirnya menjadi kebiasaan hidup.

Setiap keperibadian mulia merupakan


jalan tengah.

Jalan tengah
Sesuatu nilai yang diamalkan adalah tidaklah
keterlaluan dan juga tidaklah terlalu kurang.
Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang
adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan
tercela.
Cara yang betul ialah mengambil pendekatan
secara sederhana dan pertengahan.

ciri-ciri keperibadian mulia

1. Semua keperibadian mulia


diperolehi oleh seseorang
melalui pengajaran dan
pembelajaran atau latihan serta
dijadikan amalan kehidupan
seharian.
Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan
tentang adab memberi salam dan menghormati
orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan
budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan
seharian mereka sehingga dewasa

2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud


mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan.
Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud
dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu.

3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia


membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan
dan bertindak dalam cara tertentu.

4. Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk


dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah
sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang
terbaik.

Kritikan terhadap teori


keperibadian mulia...

KEBAIKAN :1) Ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji
seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain.
Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang
mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan
pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.
Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan
pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan
hidup manusia.
Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup
dengan baik tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan
kerana masyarakat tidak ada keadilan.

2) Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan


dan emosi serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak
sihat.
Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi
sesuatu tingkah laku apabila difikirkan akan mendatangkan kesan
baik kepada dirinya.
Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau
akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.
Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh
sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya,
namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan
cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang
mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.

KELEMAHAN :1)
Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud
secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman.
)
Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang
natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada
Tuhan.
)
Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia
secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka.
)
Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau
latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru.
)
Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat,
perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya.

2) Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat
mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya
mempunyai keperibadian mulia.
Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle
kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan
untuk membuat sesuatu.
Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana
sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak.
Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan
maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut,
sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral.
Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat
sesuatu keputusan.
Teori jalan tengah susah untuk diamalkan dan dipraktikkan. Hal ini
demiakian kerana sifat sederhana setiap individu berbeza.

Contoh : Seorang pelajar IPG dikenakan


tindakan kerana mengemukakan sijil sakit
palsu kepada HEP. Pihak HEP mengambil
tindakan keras terhadap pelajar tersebut.
Tindakan tersebut perlulah diambil tanpa ada
jalan pertengahan.

Maka, terdapat beberapa nilai yang tidak


boleh diambil secara pertengahan seperti
keadilan, mengumpat dan bercakap benar.

Kesimpulan
keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan
kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang
mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan
penghormatan sosial yang tinggi

Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula


seharusnya mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak
yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima
oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan.
Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah
berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya
menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala
tidak sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri
,keluarga,masyarakat dan negara.

SEKIAN
TERIMA
KASIH !

Anda mungkin juga menyukai