Anda di halaman 1dari 12

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

PENGENALAN Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan, manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual. Menurut kamus dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa definisi kepada 'tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia'. Maksudnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain. Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11Januari 2005, di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan, Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

SOALAN 1 Teori Keperibadian mulia mempunyai inti pati dan tujuan yang tertentu dalam melahirkan insan yang bermoral dan beretika. Jelaskan pernyataan ini dan kritikan terhadap teori ini. Sejajar dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, ia merupakan satu amalan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan keperibadian mulia. Teori Keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, virtues atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini. Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri. Beberapa ciri-ciri dalam keperibadian mulia telah dikenalpasti. Antara ciri-ciri keperibadian mulia ialah:1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan

pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian.

Contohnya,

seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa.

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan

biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu.
3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita

menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah matematik,atau secara luaran seperti kemalangan.
4.

kita memberikan bantuan kepada mangsa

Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita.

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia i.Kebaikan Terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini. Antara kebaikan teori ini ialah ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia. Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi serta

mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu hanya akan 1

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu. Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.

ii. Kelemahan Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. pekerti yang baik. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi

Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. Kesimpulan

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara. (perlu ada pandangan calon samada setuju atau tidak)

SOALAN 2 1

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

Matlamat utama Gagasan 1 Malaysia ialah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu,hidup harmoni dan berbudi bahasa. Merujuk kepada pernyataan tersebut, bincangkan dengan terperinci tentang peranan dan langkah-langkah yang harus dimainkan oleh seorang guru Pendidikan Moral dalam melahirkan masyarakat Malaysia selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; 1 Malaysia

membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Pendidikan dan pembinaan negara berkonsepkan 1 Malaysia adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Justeru, betapa pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik para pelajar supaya faham makna diri, makna pencipta dan makna 1

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Bagi mencapai hasrat FPN dan matlamat utama Gagasan 1 Malaysia,adalah menjadi tugas dan tanggungjawab sesebuah sistem pendidikan untuk membimbing dan membentuk insan terutamanya pelajar. Seseorang pendidik berperanan untuk mendidik murid-murid supaya mereka menjadi generasi yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia,bersemangat patriotism dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat,agama dan negara. Antara peranan guru adalah:i. Peranan guru sebagai agen sosialisasi. Tugas dan peranan guru bukan sahaja sebagai pendidik, malah guru juga perlulah berperanan sebagai jurutera sosial bagi mencapai matlamat yang diingini oleh negara. Sebagaimana yang kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang ditugaskan tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru hari ini. maju. Pelbagai inisiatif yang perlu diambil oleh para guru untuk memajukan atau menjayakan hasrat kerajaan ini. Guru itu sendiri perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan bidang keguruan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Adalah menjadi harapan masyarakat, para guru memainkan peranan membentuk jati diri murid yang kukuh, berdaya saing saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, seterusnya menjadikan anak didik sebagai warganegara global yang mampu bersaing seiring dengan kepesatan dunia. Malah, guru juga dikatakan sentiasa berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Guru adakalanya menjadi pakar rujuk dan pemberi khidmat nasihat kepada masyarakat sekeliling sebelum mereka mengambil sesuatu tindakan atau perbuatan. Jadi secara tindakan langsung, hubungan rapat dengan ahli masyarakat ini dapat digunakan oleh guru untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat. 1 Di bahu gurulah terletaknya tanggungjawab dan harapan untuk membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

ii. Peranan guru sebagai agen perubahan. Menjelang abad ke 21, Malaysia kini menghadapi arus pemodenan dan

kemajuan yang pesat. Keadaan ini mengundang pelbagai perubahan akibat daripada arus transformasi dan kemasukan anasir-anasir luar sama ada yang positif ataupun sebaliknya. Tidak mustahil, akibat daripada proses globalisasi ini bakal mempengaruhi pelajar ke arah yang kurang bermoral dan tidak beretika sekiranya tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan para guru. Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai hasrat negara bangsa, guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk para pelajar. Peranan-peranan yang perlu diambil oleh guru-guru untuk mencapai hasrat murni kerajaan Malaysia ialah guru perlu memupuk dan menyuburkan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Penerapan semangat patriotisme ini dapat melahirkan bangsa yang kuat, berani, mempunyai kekuatan mental, emosi, fizikal dalam membentuk ketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaan saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah dipupuk dan disemai dari bangku sekolah dan guru berperanan menjadikannya budaya hidup generasi muda. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang jadi perpaduan dalam kalangan para pelajar akan dapat diperkukuhkan. Selain itu, guru juga adalah diharapkan berperanan dalam mengubah stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat demokratik bukan autokratik. Ia bertujuan supaya, para pelajar dapat mendampingi guru dan meluahkan permasalahan yang mereka alami. Guru perlulah menanam sifat-sifat penyayang terhadap anak-anak didiknya, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan warga sekolah lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mempunyai sifat keterbukaan dan mudah berinteraksi sesama sendiri. Di samping itu juga, guru juga adalah disarankan mempunyai sifat terbuka dan sentiasa proaktif dan bersedia untuk memajukan diri khususnya dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah dengan menghadiri kursus, seminar serta bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memberi pendedahan dan info terkini kepada para pelajarnya. iii. Peranan guru sebagai pembentuk nilai Peranan besar lain yang harus digalas oleh seorang guru ialah sebagai agen pembentuk nilai. Dewasa ini, kedapatan rata-rata para pelajar sudah semakin susut nilai kemoralan dan integriti dalam diri masing-masing akibat daripada ledakan maklumat dan informasi daripada 1

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

kemajuan dalam bidang ICT. Justeru dibahu guru lah diletakkan harapan menggunung pihak kerajaan untuk membentuk semula nilai-nilai sahsiah para pelajar yang semakin merudum kini. Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik para pelajar supaya faham makna diri dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai. Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormatmenghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. ketrampilan. Matlamat pendidikan yang seterusnya ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru itu seharusnya mempunyai sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar ataupun dalam erti kata lain guru adalah role model kepada semua pelajarnya. Subjek-subjek yang diajar oleh guru juga perlu diterap elemen nilai. Pengajaran tidak hanya bermaksud menjadikan pelajar tahu tentang sesuatu atau memiliki ketrampilan yang tertentu tetapi bagaimana pengetahuan menjadikannya bijaksana. Oleh itu, ilmu yang diajar oleh guru harus dikaitkan dengan pembentukan watak agar ianya relevan dengan kepentingan hidup para pelajar. Mengajar subjek bahasa umpamanya tidak sahaja mendidik mereka tentang aspek kata dan istilah, frasa dan ayat tetapi pada frasa dan ayat terkandung makna. Makna inilah yang harus dikembangkan secara kreatif supaya mempelajari bahasa tidak saja memberikan pelajar kemahiran bercakap, menulis, mengarang dan mengembangkan pemikiran tetapi sekaligus meninggikan akal budi mereka. iv. Peranan guru sebagai teladan Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

Guru perlu menjadi contoh dan teladan serta sebagai role model kepada murid. Contohnya guru berdiri tegak dan menyanyi lagu Negaraku semasa perhimpunan pagi. Murid melihat perlakuan guru dan menjadi teladan bagi mereka. Ini menunjukkan bahawa guru itu sangat mentaati prinsip-prinsip rukun Negara. Menyayangi dan mencintai Negara menjadi satu kemestian dan wajib ditunjukkan dalam berbagai cara dan perlakuan. Hubungan dengan rakan setugas dan murid-murid perlu dijaga dengan baik. Perlakuan yang sedemikian menjadi contoh kepada murid untuk bergaul mesra dengan rakan sebaya yang lain tanpa prasangka buruk meskipun berlainan agama. Contohnya seorang guru berbangsa Cina menyuruh murid membaca doa penerang hati sebelum memulakan kelas. Ini menunjukkan kefahaman dan penghayati guru tersebut tentang budaya dan kepercayaan agama bangsa lain. Rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sekolah dengan mengadakan berbagai-bagai aktiviti serta projek untuk mengindahkan sekolah. Contohnya mengadakan aktiviti gotong royong mengutip sampah dan mengecat pintu pagar dan sebagainya. Aktiviti sedemikian akan mengeratkan hubungan serta menjadi contoh serta ikutan murid dalam kehidupan harian mereka di rumah dan dalam masyarakat. v. Peranan guru sebagai pemimpin. Berbagai golongan menganggap guru merupakan pemimpin yang unggul dapat menjadikan atau mencipta murid sebagai pemimpin. Pimpinan yang menjadikan pemimpin sebagai orang yang berguna dan berkepentingan dalam masyarakat. Dengan ilmu yang dicurahkan, murid-murid yang belajar dan mempunyai cita-cita pasti akan menjadi seperti apa yang diimpikan. Sifat kepimpinan yang sabar,tabah ,yakin,rendah diri ,rajin,adil,setia , bersikap tolakansur serta tolenrasi menjadi teras kepada pimpinan kepada pemimpin hari ini. Guru juga menerapkan nilai-nilai moral yang baik menjadikan pimpinan mereka terhadap golongan muda seperti kuih yang mengikut acuannya. Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang berguna kepada rakyat dan negara. Pemimpin sebegini dapat memacu pembangunan dengan baik sekali. Kesetiaan dan integriti diri yang baik dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berhemah, berbudi bahasa dan hidup harmoni. Kalau kita bandingkan dengan Negara lain yang

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

tidak mempunyai berbagai kaum dan agama seperti di Malaysia , perpaduan yang diamalkan adalah lebih mundur dari rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang punyai berbagai kaum dan budaya dapat hidup dengan jalinan kemesraan tanpa rasa was-was. Inilah punca dan cara kepimpinan yang bermula dari sekolah dan guru memainkan peranan mereka dengan baik. Pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan warna kulit telah menyatu padukan rakyatnya. Walaupun Kurikulum Kebangsaan digubal beberapa kali tetapi tujuan dan aspirasinya tetap sama iaitu untuk kesaksamaan semua kaum. Menjurus kepada keharmonian perpaduan dan tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali akibat rasa tidak puas hati.

KESIMPULAN Selain daripada bertanggungjawab mengajar dan mendidik, para guru juga turut berada di barisan hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memupuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan teras Strategik yang pertama dalam Pelan induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010 selaras dengan pembinaan negara bangsa. Bagi menjayakan Teras Strategik ini, pelbagai program dan projek yang berkaitan dengan kebahasaan, kesusasteraan, patriotik, serta seni warisan dan budaya telah dirancang dan memerlukan sokongan oleh para pendidik dalam melaksanakannya. Kesimpulannya profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.

BIBLIOGRAFI
1. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1

HBME2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Marshitah binti Ahmad OUM_smp_kohot5

2. Najeemah Md. Yusof.2006. Konsep Pendidikan.Kuala Lumpur. PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.

3. Rahmad Shukor. 2007. HBME2203: Pendidikan Moral 3. Open University Malaysia.

Meteor Doc Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan.

4. Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?

option=com_content&task=view&id=117&Itemid=34

6. http://www.scribd.com/doc/19534004/Esei-Satu-Malaysia

7. http://www.scribd.com/doc/25845545/penjelasan-najib

Anda mungkin juga menyukai