Anda di halaman 1dari 20

TOPIK: Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan

OBJEKTIF:
i.

Mengenalpasti

jenis

makrofauna

dan

mikrofauna

ke

atas

dua

lokasi

ii.

yangberbeza.
Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di
dalam tanah.

PENGENALAN:
Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yangsaling
berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga.Sebagai
contohnya tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari prosesfotosintesis dan
menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula
memperolehi tenaganya dari memakantumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk
lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat
tenaga denganmemakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang
apabilamenaiki tangga rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010).
Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan
menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm(Baker dan Wolff,
1987).Makrofauna bertindak sebagaipengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau
haiwan yang telah mati danmempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada
cebisan-cebisan

kecilsupaya

mudah

untuk

diuraikan.Sebahagian

dari

tenaga

tersebutakan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan.
Selainitu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta
terlibatdalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993).Dalam sesebuah
ekosistemtanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan
yangterdapat

pada

satu

ekosistem

serta

struktur

tanah

mempengaruhi

kehadiranmakrofauna.
Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih
untukmengambil sampel tanah ialah dibawah pokok berdekatan nurseridan kawasan
penanaman kelapa sawit.Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah

yangmengandungi biota tanah di antara dua lokasi yang berbeza.Justeru, sebanyak 27


g tanah telah diambil dari seiap lokasi untuk dianalisis.
Alat dan bahan:
Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik,
air, etanol.
Prosedur:
1. Dua lokasi yang berbeza dipilih.
2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di
3.
4.
5.
6.

tempat yang terbuka.


Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi.
Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasidirekodkan.
Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah

ditinggalkan selama dua hari.


7. Kemudian fauna yang dijumpai

diasingkan

ke

dalam

petri

dish

untuk

pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Fauna


yang dijumpai dimasukkan ke dalam etanol untuk mematikannya.
8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza.
9. Bilangan organisma yang dijumpai disusun mengikut peringkat spesies.

Dapatan / Pemerhatian:
Ciri-ciri
Jenis tumbuh-tumbuhan

Lokasi 1
Rumput, pokok berkayu

Lokasi 2
Rumput, tanaman pokok

Tahap keredupan
Kelembapan tanah
Kepadatan tanah
Tekstur tanah
Habitat

kelapa sawit
Panas
Lembab
Sederhana
Tanah gembur
Tepi perparitan tanaman

Redup
Agak lembab
Sederhana
Tanah liat dan berbatu
Bawah pokok rending
berdekatan nursery
Jadual 1: Ciri-ciri sampel tanah.

Makrofauna besar
Cacing tanah

kelapa sawit

Lokasi 1

Lokasi 2

Isipadu tanah =

Isipadu tanah =

27g
2

27g
2

Semut

Lipan

Ulat gonggok

Makrofauna kecil

Lokasi 1

Lokasi 2

Isipadu tanah =

Isipadu tanah =

27g

27g

Tidak diketahui

Tidak diketahui

Jadual 2: Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-kedua lokasi.

Kumpulan

A (berkaki enam)
B (berkaki lapan)
C (berkaki banyak)
D (tidak berkaki)
E (badan bersegmen)
F (berkulit keras)

Lokasi 1

Lokasi 2

Isipadu tanah = 27g

Isipadu tanah = 27g

1
2
5
3

1
2
8
1

G(berkulit lembap)

Jadual 3: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal.

Makrofauna

Ulat gonggok

Cacing tanah

Semut

Lipan

Animalia

Animalia

Animalia

Animalia

Arthropoda

Annelida

Anthropoda

Anthropoda

Class

Diplopoda

Clitellata

Insecta

Chilopoda

Order

Spirobolida

Haplotaxida

Hymenoptera

Geophilomorpha

Family

Spirobolidae

Lumbricidae

Formicidae

Geophilidae

Genus

Narceus

Lumbricus

Monomorium

Geophilus

Spesies

Narceus

Terrestris

Minimum

Geophilus flavus

Kingdom
Phylum

americus

Jadual 4: Pengelasan makrofauna mengikut peringkat dalam taksonomi.

Perbincangan:
1. Dalam amali ini, organisma makrofauna boleh diasingkan daripada sampel tanah
menggunakan corong Tulgren. Sampel tanah yang digunakan akan diletakkan di
atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari.
Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke
dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik
corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap
cahaya yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang
digunakan adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah
dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin.

Sumber gambar: http://www.pitlochry.pkc.sch.uk/ScienceOutcomes/chapter19notes.htm.


2. Selepas itu, ia akan dimasukkan ke dalam air untuk mengaktifkan kembali
organisma tersebut suoaya kami dapat menganalisa ciri-ciri fizikal dengan lebih
baik. Kemudian orgaisma ini akan dimasukkan ke dalam etanol untuk dimatikan.
3. Antara langkah berjaga-jaga yang kami ambil ialah
i. Menggunakan alat untuk mengambil sampel tanah dengan berhati-hati.
ii. Mengendalikan organisma makrofauna yang dijumpai dengan berhati-hati
supaya ia berada dalam keadaan yang asal unuk dianalisa ciri-ciri fizikalnya.

Kesimpulan:

Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna
yanglebih

banyak.Tanah

yang

subur

mempunyai

faktor

yang

membolehkan

organismauntuk hidup dalam tanah tersebut.Justeru, didapati sampel tanah 2


mempunyaimakrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1.Tanah 2
mempunyaiwarna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang
lebih banyak.

Soalan:
1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu ) makrofauna
daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza?. Bolehkah anda cadangkan
mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur
untuk menerangkan perbezaan tersebut?
Sifat tanahyang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya
dipengaruhi oleh banyakfaktor yang membentuknya. Hans Jenny (1899-1992), tanah
terbentuk daripada bahan induk yang telah modifikasi akibat dari perubahan pada faktor
iklim, organisma (termasuk manusia), dan juga bentuk permukaan muka bumi atau
topografi. Maka lokasi yang berbeza akan mempunyai jenis makrofauna yang berbeza.
Dalam eksperimen ini, kami mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza
terdapat di lokasi berbeza dengan mengambil kira faktor tahap keredupan lokasi,
kelembapan,kepadatan serta tekstur tanah.
Lokasi 1 mempunyai jumlah makrofauna yang lebih sedikit berbanding lokasi
2.Lokasi 1 iaitu di bawah sebatang pokok besar mempunyai teduhan yang redup tetapi
tanahnya agak kering berbanding lokasi 2 yang terletak di tepi perparitan tanaman
kelapa sawit, tanahnya agak lembap walaupun terdedah kepada cahaya matahari
kerana pokok kelapa sawitnya masih lagi kecil. Maka tanah di loaksi 2 akan sentuasa
lembap kerana mendapat bekalan air yang cukup. Makrofauna akan lebih bertumpu di
kawsan yang lembap untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air dan mati.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

Makrofauna

dikenalpasti

sebagai

jurutera

ekosistem

kerana

mereka

mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih
spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti
membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources,
2011).
Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri
fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam
eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah.
Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidaklangsung ia
memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah.
Di samping itu, cacing tanah boleh menjadi pengurai yang baik kepada
sampahorganik

seperti

daun-daun

dan

ranting

kering

yang

terdapat

pada

tanah.Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebutdijadikan sebagai nutrien kepada


tanah.Manakala semut penting dalam tanahkerana mereka mengubah persekitaran
fizikal dan kimia serta menambahbaikkapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan
semut menambahkan keliangan tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk
bertumbuh (Clive A. Edwards,2011).

3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh:
fungi, nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa, pengurai
daun dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga disalurkan cth.
Dimanakan tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir (ie. Yang
utama dalam rantaian makanan). Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrien

apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati? Masukkan rajah ini
dalam laporan anda.
Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga
mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi
yang stabil dan seimbang.Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat dua subkomponen
faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripadasemua tumbuhan yang
menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagaipengeluar manakala
heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yangtidak boleh membina
makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lainataupun tumbuhan dan
dikenali sebagai pengguna (Schraer dan Stolltze,1993).

Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akanbertindak
memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melaluiproses

fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepadapengguna


seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof).Lazimnya, dalam
sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad keranapemindahan tenaga
akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semuatenaga habis digunakan.
Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpastiberdasarkan siratan
makanan di atas ialah:
Rumput Nematode Arthropod Arthropod Burung pemangsa kecil
Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod ialah pengguna
primer, arthropod ialah pengguna sekunder, arthropod ialahpengguna tertier manakala
burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan
mati (burung dan tikus),tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan
hilang, sebaliknya iaakan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah.
Ulat ini akanberfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga
ini, 90%tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga
yanghilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.
4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna?. Kumpulan mana yang
membentuk mikrofauna?. Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini?
Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yangbertindak
sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna ini menguraikan bahan
organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.Mereka ini juga akan
memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien
dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan inimenyediakan habitat baik bagi
aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan
nutrien yang penting bagi organisma lain (BiologicalResources, 2011).Contoh kumpulan
yang membentuk organisma mesofauna termasuklah nematodes, oligochaete worms,
sn larvae dan mikroarthropod.

29

taxa bagi mesofauna tanah yang telah dikumpul dan dikenal pasti oleh oleh
sekumpulan pengkaji.
Sumber gambar: http://web.engr.oregonstate.edu/~tgd/bugid/
Manakala mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100
mm.Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik
sertamemerlukan karbon organik bagi tumbesaran.Mereka berfungsi dalam penguraian
melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah
yangmendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar
untukmenguraikan bahan selulos. Contoh bagi mikrofauna ialah protozoa, nematodes
dan arthropod yang bersaiz mikro.

Gambar menunjukkan beberapa jenis hama dengan


pembesaran imej oleh komputer.

Sumber gambar:
http://www.fhigreen.com/soil_helper.html

5.

Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal


yang kompleks, dan juga kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak
pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah
Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan
tanah.Salah satunya adalah dengan menggunakan racun organik tanpa menggunakan
racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian.Contoh racun
organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih.Kebaikan menggunakan
bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut
keadaan yang diperlukan.Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai
oleh petani-petaniberskala kecil, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah
didapati di negara kita.Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani
haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka.
Sistem pintar penyemburan racun rumpai organik patut diperkembangkan dan
diguna pakai.Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji dan
dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan
cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan,membakar dan membanjir juga patut
digalakkan. Walau pun cara ini adalah agak lambat, mengambil masa dan tenaga
petani, tetapi ianya berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar
daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik.
Selain itu, kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan
tanaman tersebut. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir.Petani-

petani boleh menanam tanaman yang berlainan jenis untuk menjaga sertamengekalkan
kesuburan tanah (Allan Suman Pillai, 2009).

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah.


Apakah servis yang ekosistem jalankan?
Biota

tanah

memberi

manfaat

kepada

produktiviti

tanah

dan

menyumbangkepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah


pentingkerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam
bentukmineral tanah.
Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh
biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganismatanah yang lain.
Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak.Justeru, akan terdapat
banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsiumyang boleh digunakan oleh
pokok-pokok.
Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan pemineralan nitrogen melalui kesan
terus atau tidak terus ke atas komunitimikrobioal.Biota tanah juga menguraikan bangkai
haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria
dan Krishan Gopal Saxena, 2009).

REFLEKSI:

Sebelum memulakan amali praktikal ekosistem tanah mengenai biota tanah dan siratan
makanan, saya bersama rakan kumpulan telah berbincang bahawa sampel tanah yang
bakal diambil perlulah mempunyai persekitaran yang berbeza supaya hasil kajian kami
lebih jelas.Oleh itu, kami telah memilih kawasan tanah yang mempunyai tahap
kelembapan dan warna yang berbeza.

Semasa proses pengambilan sampel tanah, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai
macrofauna yang dijumpai. Kami juga telah bekerjasama untuk mengutip daun-daun
kering yang kian reput di atas permukaan tanah tersebut. saya menyedari apabila kami
tiba di kawasan tersebut, kami juga telah menjadi salah satu agen pengurai iaitu
dengan memijak daun-daun mati menjadi cebisan yang lebih kecil.
Penggunaan corong tulgren yang digunakan dalam kajian ini merupakan kali pertama
saya mengendalikan bahan tersebut.saya berharap agar semasa saya telah bergelar
guru sebenar di sekolah kelak, saya boleh menerangkan penggunaan alatan-alatan di
makmal supaya pelajar saya dapat mengenalpasti radas dan cara penggunaannya
dengan betul.
Setelah menyiapkan laporan dan juga hasil kajian, barulah saya sedar bahawa
makrofauna dan mikrofauna yang terdapat dalam tanah mempunyai tugas yang amat
besar terhadap kitaran alam semulajadi. Walupun saiznya yang amat kecil, namun
tanpa makrofauna dan mikrofauna, haiwan atau tumbuhan yang mati tidak mengalami
proses penguraian dan akan mendatangkan masalah kepada alam sekitar. Justeru
penjagaan alam sekitar secara semula jadi amatlah penting untuk diterapkan dalam diri
setiap individu supaya, keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.Saya juga sedar
bahawa pengetahuan seawal di bangku sekolah rendah adalah amat penting supaya
murid-murid dapat menanam pengetahuan asas yang kukuh.
Penambahbaikkan yang saya rasa perlu untuk kajian ini ialah, kawasan kajian yang
lebih bersifat semula jadi seperti di dalam hutan ataupun kawasan paya adalah menarik
sekiranya dijadikan sampel tanah untuk kajian ini.Hal demikian kerana kawasan sampel
tanah yang kami ambil adalah di kawasan tempat pembakaran sampah, kebun-kebun
dimana tanah tersebut telah dicemari dengan bahan kimia hasil daripada pembuangan
manusia ataupun racun serangga.
Kesimpulannya, aktiviti untuk kajian untuk ekosistem tanah ini, amat memberikan saya
pengetahuan baru dan kesedaran supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan
beringat bahawa walaupun ciptaan Allah itu nampak kecil dan tidak kuat, ia masih
membawa peranan yang besar yang tidak boleh dilakukan oleh hidupan yang lain.

NUR ADILAH BT HAMIDON


900820-03-5916

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillahirobbilalamin kami telah dapat melaksanakan


Amali

ini

serta

berjaya

meyiapkan

laporannya

pada

masa

yang

telah

ditetapkan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah


pembimbing kami iaitu Puan Hajah Fatimah @Timah binti Abd Kadir kerana telah
banyak membantu kami sepanjang pelaksanaan amali ini.Penghargaan juga kepada

rakan-rakan sekumpulan iaitu Syukri dan Adilah kerana telah memberikan kerjasam
yang mantap.
Sepanjang proses melaksanakan Amali 1 ini, banyak perkara dan pengetahuan
baru yang telah saya perolehi. Melalui pembacaan daripada sumber buku dan internet,
kini saya mengetahui betapa banyak dan pelbagainya spesies yang ada di muka Bumi
kita ini.MasyaAllah.Dalam sistem bumi kita ini juga terdapat pelbagai interaksi tanpa kita
sedari antara benda hidup dengan benda bukan hidup.Saya begitu kagum bagaimana
simbiosis ini berlaku dengan begitu tersusun.Kepada-Nya kita mengembalikan pujipujian.Maka di sini saya mengambil iktibar daripada pembacaan yang telah dibuat,
tugas manusialah untuk menjaga keharmonian alam yang terbentang ini.
Pada pandangan saya, sebagai guru, kita harus menanamkan semangat
cintakan bumi dan alam sekitar kepada kanak-kanak sedari mereka mula dapat
memahami sesuatu kerana pendidikan itu bermula daripada buaian dan dipraktikkan
sentiasa.Kita boleh mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti berunsurkan alam
sekitar.Misalnya baru-baru ini kelas kami telah mengikuti Program Pendidikan
Biodiversiti kelolaan Jabatan Perhilitan Negeri Johor di Jemaluang, Mersing, Johor.
Selain itu, dalam melaksanakan amali ini, saya juga mendapat pengetahuan
baru mengenai haiwan yang hidup dalam tanah yang mempunyai kepentingannya yang
tersendiri walaupun ia sekadar hama yang memakan batang-batang kayu reput.
Begitulah Allah menjadikan setiap sesuatu dan tugas dan peranan masing-masing.
Saya juga berpendapat tugasan amali yang dilakukan secara berkumpulan ini
dapat mengeratkann.hubungan kami dan memupuk budaya bekerjasama dan saling
bantu-membantu untuk memudahkan kerja. Akhir sekali saya berharap agar Puan
Hajah Fatimah akanberpuas hati dengan hasil kerja kami ini dan semoga ia membawa
kebaikan kepada semua pihak.
Yang baik itu daang dari Allah S.W.T.
Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.

NUR SYUHAIDA BT MUHAMMAD


910105-11-5318

REFLEKSI
Berdasarkan praktikal 1 berkaitan ekosistem tanah, biota tanah dan rantaian
makanan, saya dapat mendalami dengan lebih lanjut tentang topik ekosistem.
Ekosistem ialah satu unit biologi di mana konumiti biotik berhubungan dengan
persekitaran bukan hidup (abiotik)
Daripada tugasan ini, saya dapat memahami bahawa persekitaran yang berbeza
mempunyai ekosistem yang berbeza.Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis
makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak.Tanah yang subur mempunyai faktor
yang membolehkan organismauntuk hidup dalam tanah tersebut.
Daripada hasil analisis yang terperinci ini, saya mendapati bahawa ekosistem
dapat dibahagikan

kepada

empat, iaitu

abiotik , pengeluar, pengguna

dan

pengurai.Komponen-komponen ini dihubungkan melalui rantaian makanan.Hasil


pembelajaran ini menjadikan saya lebih menghargai alam sekitar kerana setiap unsur
ini saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya bumi tercemar, sudah pasti
rantaian makanan ini akan terganggu.Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya harus
menerapkan pendidikan lestari ke dalam jiwa anak-anak murid saya.

Tugasan ini juga mengajar saya tentang cara-cara melakukan kiraan populasi
makrofauna besar dan kecil di lokasi sekitar kampus.
Saya berharap agar pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan ini, dapat
saya aplikasikan apabila tiba masanya kelak.
MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN
Rujukan:
Buku
Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge
University Press: Cambridge..
Eugene P. Odum. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi
Asas Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Herbert dan Schraer. (1993). Biology: The Study Of Life. UK: Prentice Hall.
Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK:
Dover Publications.
Miller G.T., Spoolman S. (2008). Environmental Science 8 th Edition. Kanada: Brooks/
cole Thompson learning.
Soil Science Society of America.(2008). Glossary Of Soil Science Terms. US: Soil
Science Society of America Inc.
Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil Ecology and Management. Cambridge
University Press: Cambridge.
Edwards c. (2011).

Images

Edwards Spray. Interior Design: A Critical Introduction. (2010). Berg Editorial

Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/Fauna#Mesofauna
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/

Anda mungkin juga menyukai