Anda di halaman 1dari 27

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 1

1.1

PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

Sipnosis
Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara
struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah
berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang
mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi.
Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan
dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem.
Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari
untuk proses fotosintesis.

Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang

banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan
tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya
dalam bentuk haba metabolisma.

1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem


ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi.

1.3

Definisi dan Pengertian Ekosistem

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris
bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep
yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah
dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam
literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan
berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya
berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem
lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik
maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling
bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam
suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi
kehidupan dalam alam (Dephut, 1997).

(iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat,
tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh,
sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran
tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi
organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya
saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional
dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen
secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi
secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai
dengan keadaan ekosistemnya.

(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang
saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik)
dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling
berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik
antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi
ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi
berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan
jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material.
1.4

Fungsi Ekosistem

Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan


dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahanbahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan
dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem
berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof
fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah
organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang
kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada
jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai
makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari
pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai .
.

Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran


terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam
jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen,
fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak
melalui kitaran biogeokemikal.

Semak Kendiri 1
i.
Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem?
ii.

Terangkan bagaimanakah ekosistem berfungsi?

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell


1. Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity:
biomes.
2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar
Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other
creatures.
3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/
Chapter 1 The soil food web online

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 2
2.1

JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

Sinopsis
Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan
kedudukan

dari

segi

latitud dan

altitudnya masing-masing.

Setiap

ekosistem

mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada
lokasi yang berbeza.

Perbezaan ini

merupakan

faktor

penentu

kepada

tahap

biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti


yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

2.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem
2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .
3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

2.3

Jenis-Jenis Ekosistem
Terdapat

pelbagai

jenis ekosistem

yang utama

akuatik, ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem


hutan gambut, ekosistem kolam

diantaranya adalah ekosistem


hutan paya bakau, ekosistem

dan agro ekosistem

seperti ekosistem sawah

padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.


.

2.3.1

Ekosistem Akuatik

Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komunitikomuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka.
Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air
tawar

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin)


Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi
hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih
utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan
klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian
perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin.

Terumbu Karang di Pulau Perhentian

Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

i .Bahagian cetek (oceanic)


ii. Bahagian air dalam (Profundal)
iii. Dasar laut (benthic);
iv. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal)
v. Muara (estuaries)
vi. Paya Garam (salt marshes)
vii. Terumbu Karang (coral reefs)
ix. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan
asas (hydrothermal vents)
.

Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah alga perang,
dinoflagellates, karang, cephalopods, echinoderms, dan jerung. Ikan dalam ekosistem
marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak
mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar

Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009% dari
jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia.
Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

Ekosistem Air Tawar

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-

1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.


2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.
3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air

Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang
tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber
makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien
penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah
kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah
lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang
produktif.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.3.3.1 Ekosistem Kolam

Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang
asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada
ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik

Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien, air
bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk
kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan
sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai. Tekanan
terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah
perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula
mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin
kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi
tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak
di kawasan sekitar garisan
tanah pamah seperti

Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan

di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas,

dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 C

serta menerima lebih daripada 250

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

sm hujan setahun.

Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama

sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk
tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud

pertumbuhan

adalah kawalan iklim utama di hutan

hujan tropika.

Hutan Hujan Tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut

Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh
di atas lapisan daun-daun yang telah

mati dan lapisan

bahan daripada tumbuh-

tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam
air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air
yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi
75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat
seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70%
daripadanya terdapat di

Sarawak, kurang daripada

20% di Semenanjung Malaysia

dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Ekosistem Paya Gambut

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.4

Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan

Biodiversiti

adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies,

berapa

banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di

sesuatu

ekosistem .

Kompleksiti

biodiversiti sesuatu ekosistem .

sesuatu

ekosistem

ber gantung kepada

Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan

beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan

sebagai

sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu, lebih cepat
ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan
biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini
terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada
adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran
yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau
daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati
menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat
daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah
ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri
amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun.
katak beracun

Sebagai contoh

dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D.

leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang
berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.
Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome
ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan
kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem
tropika ini

hutan hujan

mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Tumbuh-

tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup di lantai hutan
kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti
di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di
kawasan ini. Anai-anai

adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini.

Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

10

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2.4.2

Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya

Gambut

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan

tempat tinggal

kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan bagi


daripada

lebih

60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan,

Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storms
Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula
jadi

tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui

dan diterokai.
Aktiviti 1
1. Senaraikan perbezaan dan persamaan

diantara ekosistem Hutan Hujan Tropika

dengan Hutan Paya Gambut.


2. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia

11

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 3

3.1

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Sinopsis
Perkhidmatan ekosistem

adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan

sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan


tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini
memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita. Di antara kesannya
adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan menggerakkan
nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji
benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk
mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini
nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting
dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar
perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi
penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh
kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan

jangka panjang

masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah


ekosistem

setiap hari seperti pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan

haiwan, pencemaran

tanah, air dan udara,memperkenalkan spesies

bukan asli,

penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah.


3.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia .
2. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.

3.3

Kitaran Biogeokimia

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia
atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi.
Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran

terdapat tempat

dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.

12

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.1 Kajian Kes: Kitaran air

Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di
permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar
bentuk daripada cecair, wap air

dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran

air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa
molekul air secara individu boleh datang dan pergi.

Air bergerak dari satu

takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke
atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengewapan, kondensasi,
pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan.

Semasa proses-proses ini air

melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.

Rajah 3.1 Kitar Air

Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan
suhu berubah. Satu contoh

semasa proses pengewapan, air menyerap tenaga

dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses


kondensasi

dimana

air

akan

memanaskan persekitarannya. Rajah


menetapkan

membebaskan
kitaran

tenaga

kepersekitaran dan

air menerangkan kesignifikan

dalam

kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu

kawasan tadahan ke kawasan

tadahan

yang

lain,

kitar

air

membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan

menulenkan

air,

garam mineral ke

bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi

13

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan


kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim
sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1

3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di
persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling
penting adalah kitar karbon

dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini merupakan

bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

3.3.2.1 Kitar Nitrogen.

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua
nitrogen oksida

di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan

oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu
dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi
kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida
NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan
air

hujan

untuk

membentuk

asid

nitrik,

HNO3.

Nitrate yang terbentuk boleh

digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.


Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan
bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang
seperti kacang soya dan

kacang tanah

membentuk bintil-bintil di akarnya

dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara

dan

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh


bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

14

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kitar Nitrogen

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan


pertumbuhan.

Nitrogen

digabungkan

dalam

seterusnya menghasilkan protein. Amonia

sebagai nutrien atau baja untuk


banyak

asid

amino

juga boleh dihasilkan

yang

akan

melalui proses

sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam
keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk
ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan.
Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas
ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai
baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. Untuk
melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi
dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah
nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa , juga gas rumah hijau yang
meyumbang kepada pemanasan sejagat.

15

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.3.2 Kitar Karbon

Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,
kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh
didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila
tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan
menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain.
Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat
dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang
memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk
membina,

memperbaiki

dan

menggandakan

bilangan

sel-selnya.

Ini

memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora


seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya,
menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila
akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan
mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan
dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah
dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

16

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.5 Kitar Fosforus

3.3.6 Kitar Kalium

17

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3.3.7 Kitar Sulfur

Senarai Rujukan
1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global
patterns of biodiversity and productivity: biomes.
2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The
macrofauna- ants, earthworms and other creatures.
3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food
web [online] Chapter 2 The food web and soil health

18

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Amali 1
Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik
yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien
dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga
disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan
selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan
tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien
balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam
ekosistem ini menghasilkan fungsi fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih
kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh
kajian ekosistem yang mudah.

Tugasan:

Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan


organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu,
bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil.

Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon
tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan
tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan

lain.

Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama
anda dan lokasi kutipan. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh,
hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian gunakan
untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Jika anda tidak mempunyai peralatan
yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut.

19

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Ciri-ciri Lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Jenis tanaman
tahap naungan
Kelembapan/Kekeringan Tanah
pH Tanah
Kemampatan Tanah
Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

Jadual 1

Kembali ke makmal, campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang
sama. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Biarkan selama 2
hari, kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan sampel
dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur
yang sama. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan
kehadiran makrofauna antara dua lokasi.
Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Daripada beg-beg sampel , periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon
dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna
yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Kenalpasti semua organisma
dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki

20

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

cacing; kumpulan B 8 kaki laba-laba, hama dan lain-lain). Kira jumlah individu dalam
setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya.
a. Makrofauna Terbesar
Order atau Kumpulan
Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1
isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2
isipadu tanah = ____

Jadual 2
Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri, dan kenal pasti
dalam kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan.
b. Makrofauna terkecil

Order atau Kumpulan


Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1
isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2
isipadu tanah = ____

Jadual 3

21

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter
tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter
tanah dan litupan daun.
Makrofauna

lokasi 1

lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan

15

bil. individu seliter tanah/litupan


bil. individu seliter tanah/litupan

Laporan Anda Menerangkan peranan biota tanah


Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali
tersebut, dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan)
berdasarkan soalan-soalan berikut. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi
menunjukkan keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya
hendaklah tepat dan betul.

1.

Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?


Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.
Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk
menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut?

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota


(contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan
(pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga

22

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya


berakhir (puncak rantai makanan).
Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada
puncak rantai makanan mati?
Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

4.

Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna dan mikrofauna?


Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut?

5.

jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah.


Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat.

6.

Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang


berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota
tanah?

23

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

ILMU PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK )1


Pengumpulan Data Ekosistem Tanah
Arahan:
1. Dalam kumpulan 4 orang , pilih dua lokasi di kawasan institut anda untuk membuat
kajian lapangan ekosistem tanah.
2. Buat pemerhatian terhadap beberapa ciri-ciri yang terdapat di lokasi-lokasi tersebut.
3. Lengkapkan jadual-jadual berikut:

Ciri-ciri Lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Jenis tanaman
tahap naungan
Kelembapan/Kekeringan Tanah
pH Tanah
Kemampatan Tanah
Tekstur Tanah (pasir, liat dll)
Jadual 1

a. Makrofauna Terbesar
Order atau Kumpulan
Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1
isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2
isipadu tanah = ____

24

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Jadual 2
b. Makrofauna terkecil

Order atau Kumpulan


Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1

Bilangan @ lokasi 2

isipadu tanah = ____

isipadu tanah = ____

Jadual 3
Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter
tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter
tanah dan litupan daun.
Makrofauna

lokasi 1

lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan

15

bil. individu seliter tanah/litupan


bil. individu seliter tanah/litupan

25

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

4. Bincangkan dan hantarkan laporan kajian kepada pensyarah anda untuk di beri markah.

TAKSIRAN:
3. Menilai pelaporan.

RUJUKAN;
1. http://soils.usda.gov/sqy/concepts/soil_biology/Create soil food web
2. Coyne M.S. 1999. Soil Microbiology. Delmar Publishers. Ch. 4 The macrofauna.
3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/
Chapter 1 The soil food web (Jaringan makanan Tanah)
Chapter 2 The food web and soil health (Jaringan makanan dan Kesihatan
Tanah)

26

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

27

Anda mungkin juga menyukai