Anda di halaman 1dari 11

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019

REKA BENTUK & TEKNOLOGI


TAHUN 4

SATU JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas Objektif yang disediakan.
4. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.
5. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat hinggan
habis. Kemudian hitamkan jawapan yang baru

NAMA : ____________________________________________________

KELAS : ____________________________________________________

SEKOLAH : ____________________________________________________
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ __________________ ____________________


(Cik. Priscilla Paul)
BAHAGIAN A (30 Markah)
ARAHAN SOALAN 1 HINGGA 30 :
Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang betul.

1. RBT bermaksud
A. Reka Bentuk dan Teknologi
B. Reka Bentuk Terkini
C. Rakan Bantu Terbaik
D. Rajin Baik Tekun

2. Berikut adalah antara senarai tugasan bengkel KECUALI


A. Membersihkan lantai
B. Menggunakan alatan tangan tanpa kebenaran
C. Menyimpan alatan dan bahan
D. Menghidupkan dan mematikan semua suis elektrik

3. Alatan tangan dibawah digunakan untuk

A. Mengetuk kepala murid lain


B. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat
C. Menggerakkan gear pada kit model
D. Mencengkam bahan atau komponen kecil

4. Kita hendaklah memakai __________________ supaya baju sekolah tidak kotor.


A. Suratkhabar
B. Apron
C. Tali leher
D. Gergaji
5. Murid perlu ______________ kepada guru dengan segera jika berlaku kemalangan.
A. Melaporkan
B. Menyiasat
C. Membiarkan
D. Berbohong

6. Mengapakah tingkap dan pintu perlu dibuka semasa berada di dalam bengkel ?
A. Supaya keselamatan murid lebih terjamin.
B. Supaya dapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi.
C. Supaya murid-murid dapat melihat kerja yang dilakukan.
D. Supaya keadaan bengkel lebih kemas.

7. Apakah tugas seorang fomen di dalam bengkel ?


A. Memastikan murid-murid tidak masuk ke dalam bengkel.
B. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh guru.
C. Mengajar rakan-rakan yang tidak tahu mengendalikan projek.
D. Membantu penolong fomen menyiapkan kerja.

8. Bahagian kit model kereta yang manakah memudahkan pergerakan kit model ?
A. Roda
B. Gandar
C. Suis
D. Kerangka

Soalan 9 dan 10 berdasarkan gambar yang diberi.

9. Di manakah alat ini biasa diletakkan ?


A. Di dalam almari berkunci
B. Di bawah meja
C. Di dalam stor
D. Di gantung di dinding

10. Namakan alat di atas


A. Alat penggalak api
B. Alat pemadam api
C. Mancis api
D. Penyembur api
11. Tujuan peraturan keselamatan di dalam bengkel ditetapkan adalah untuk
A. Mencantikkan bengkel
B. Menyenangkan kerja murid
C. Menghukum murid yang tidak mematuhi arahan
D. Mengelakkan berlakunya kemalangan

12. Namakan alatan tangan di bawah.

A. Pemutar skru mata rata dan sepana hujung terbuka


B. Pemutar skru mata rata dan pemutar skru Philips
C. Playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka
D. Gergaji puting dan sepana hujung terbuka

13. Manual bermaksud _________________________________


A. Dokumen bertulis yang mengandungi maklumat berkaitan tugas dan cara
melaksanakan tugas tersebut dengan teratur
B. Dokumen bergambar dalam teks
C. Komponen yang terdapat dalam gergaji rencong
D. Susun atur bilik bengkel

14. Skru diketatkan _______________________


A. Mengikut arah jam
B. Mengikut lawan jam
C. Mengikut matahari terbit
D. Mengikut matahari terbenam
15. Skru dilonggarkan __________________
A. Mengikut arah jam
B. Mengikut lawan jam
C. Mengikut matahari terbit
D. Mengikut matahari terbenam

16. Bahan kitar semula ialah __________________________________________


A. Bahan atau bekas terpakai yang boleh digunakan semula sama ada untuk tujuan
yang sama atau tujuan yang lain
B. Bahan mentah yang sangat mahal di pasar
C. Bekas yang baharu dibeli di pasaraya yang terdekat
D. Bahan yang boleh didapati seperti sumber hutan

17. Apakah aspek-aspek keselamatan di bengkel ?


i. Keselamatan guru
ii. Keselamatan bengkel
iii. Keselamatan diri
iv. Keselamatan am
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

18. Antara yang berikut yang manakah komponen kit model ?


i. Gunting dan pisau
ii. Pita pelekat
iii. Gandar
iv. Motor
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
19. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai kerangka
i. Mengukuhkan kit model
ii. Memudahkan pergerakan kit model
iii. Menggerakkan gear pada kit model
iv. Menempatkan motor, gear, gandar dan suis
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

20. Apakah proses yang perlu dilakukan sebelum menyimpan komponen kit dalam
bekas penyimpanan ?
A. Tidak peduli jika ada komponen yang hilang
B. Uji sehingga bateri lemah
C. Memastikan komponen yang mencukupi
D. Buka bahagian yang mudah sahaja

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21. Apakah tempat penyimpanan alatan tangan seperti ditunjukkan gambar di atas?

A. Laci alatan C. Kotak alatan


B. Panel alatan D. Almari alatan

22. Sesuatu artikel jahitan dihasilkan daripada _____________ melalui proses jahitan.

A. kaca C. kayu
B. kain D. plastik
23. Manakah antara artikel jahitan berikut boleh digunakan sebagai barangan hiasan?

A. C.

B. D.

24. Pilih kegunaan yang betul bagi artikel jahitan di bawah.

A. Sarung kusyen – digunakan sebagai bantal kecil


B. Apron – digunakan untuk mengelakkan pakaian kotor atau basah
C. Beg pensel – digunakan sebagai tempat menyimpan alatan tangan
D. Pemegang periuk – digunakan untuk mengelakkan tangan daripada luka

25. Pilih alatan dan bahan jahitan yang paling asas.

I Benang III Gunting fabrik


II Pita ukur IV Jarum tangan

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I dan IV

26. Mentol pada projek Menara Rumah Api dapat mengeluarkan cahaya setelah
mendapat tenaga _____________________ daripada bateri
A Haba
B Bunyi
C Kinetic
D Elektrik
27.

Apakah bahan untuk membuat bahagian x?


A kayu
B kaca
C plastik
D getah

28. Siapakah yang berkuasa untuk melantik fomen di bengkel?


A Guru C Guru Besar
B Ibu bapa D Murid-murid

29. Kerja-kerja memotong kayu akan menyebabkan persekitaran menjadi berhabuk


dan berbahaya kepada sistem pernafasan manusia. Bagaimanakah cara
keselamatan diri perlu dipraktikkan?
A Memakai apron
B Memakai topeng muka
C Memakai sarung tangan
D Memakai penutup hidung dan mulut

30. Pintu dan tingkap perlu dibuka semasa didalam bengkel supaya
_________________
A murid selesa C mudah bernafas
B tidak dimarahi fomen D pengaliran udara
BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF (20 Markah)

Tuliskan nama komponen dan bahan dengan betul bagi setiap gambar di bawah.

31 32

33 34

35
36
31. A. Motor C. Roda
B. Bateri D. Suis

32. A. Sius tekan C. Pemegang bateri


B. Gandar D. Gear

33. A. Sesiku L C. Bongkah penyambung


B. Kerangka D. Gunting

34. A. Pemegang bateri C. Bateri


B. Suis D. Mentol

35. A. Roda C. Gerimit


B. Mentol D. Skru

36. A. Pemegang mentol C. Nat


B. Rim D. Gear

Susun dan lengkapkan struktur organisasi bengkel di bawah.

37)

38)

39)

40)

37. A. Guru C. Formen


B. Adik D. Tukang kebun

38. A. Guru besar C. Formen


B. Guru seni D. Murid

39. A. Murid C. Formen


B. Penolong Formen D. Kumpulan

40. A. Guru C. Kumpulan


B. Guru penolong kanan D. Setiusah
Pilih BETUL ATAU SALAH berdasarkan pernyataan diberi.
41. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

A. Betul B. Salah

42. Boleh bawa beg masuk ke dalam bengkel.

A. Salah B. Betul

43. Tutup tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

A. Salah B. Betul

44. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat.

A. Betul B. Salah

45. Jangan laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.

A. Betul B. Salah

46. Boleh bermain atau bergurau di dalam bengkel.

A. Salah B. Betul

47. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.

A. Salah B. Betul

48. Bahan-bahan dan alatan haruslah digunakan dengan berhemah dan cermat.

A. Betul B. Salah

49. Semua alatan tidak perlu disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur.

A. Salah B. Betul

50.Sebarang kerosakan atau kehilangan alatan mesti dilaporkan kepada guru.

A. Betul B. Salah

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai