Anda di halaman 1dari 9

SOALAN OBJEKTIF ( 40 MARKAH )

Pilih jawapan yang paling sesuai. Hitamkan jawapan yang betul di dalam kertas jawapan
yang diberikan.
1. Antara berikut, artikel jahitan manakah digunakan di dapur?
A. Beg serbaguna
B. Tuala gantung
C. Sarung kusyen
D. Penutup televisyen

2. Pilih pasangan yang betul tentang artikel jahitan dengan kegunaannya.

ARTIKEL JAHITAN KEGUNAAN


A Sarung kusyen Bantal kecil di atas sofa
B Poket gantung Menyimpan periuk dan kuali
C Apron Melindungi pakaian daripada kotor
atau basah.
D Pemegang periuk Untuk mengelakkan tangan daripada
terkena pisau tajam.

3. Rajah 1 menunjukkan mata jahitan tangan.

A B
Rajah 1
Apakah nama jahitan tangan A dan B?

JAHITAN A JAHITAN B
A Sembat Insang pari
B Jelujur halus Silang pangkah
C Sembat Jahitan kia
D Jelujur halus sembat

4. Apakah kegunaan alatan jahitan dalam rajah 2?

Rajah 2
A. Memotong pola artikel jahitan B. Memindahkan tanda pola ke fabrik
C. Membuat pola tanda pada fabrik D. Menetapkan kedudukan dua atau
lebih fabrik.

1
5. Antara alatan berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur dan menanda
pola?

A. B.

C. D.

6. Antara berikut, alatan yang manakah digunakan untuk melukis pola?


I. Pensel
II. Roda surih
III. Pita pengukur
IV. Pembaris lurus
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Apakah jenis jahitan yang boleh menggantikan jahitan mesin?


I. Jahitan kia
II. Jahitan insang pari
III. Jahitan jelujur halus
IV. Jahitan jelujur kasar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2
8. Rajah 3 menunjukkan proses menghasilkan artikel jahitan.

Rajah 3
Apakah alatan jahitan yang digunakan untuk memindahkan garisan pemadan pada
pola ke fabrik?
I. Roda surih
II. Jarum peniti
III. Kapur tukang jahit
IV. Kertas karbon tukang jahit
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Mengapakah jarak antara 5cm hingga 7cm mesti ditinggalkan Ketika menjahit fabrik
mengikut garisan pemadan?
A. Untuk meratakan fabrik
B. Untuk menterbalikkan fabrik
C. Untuk memudahkan fabrik dibasuh
D. Untuk dihias dengan renda dan butang

10. Jadual berikut menunjukkan anggaran kuantiti dan kos untuk menghasilkan 6 keping
penggantung surat.

BAHAN KUANTITI KOS


Fabrik bercorak 2.5 meter RM 7.80
(37cm x 26cm)
Fabrik tanpa corak 1.5 meter RM 6.60
(19cm x 17cm)
Renda 2 meter RM 2.60
Benang Jahit Satu buku RM 1.20
Berapakah kos bahan untuk menghasilkan sekeping penggantung surat?

A. RM 2.40
B. RM 2.80
C. RM 3.05
D. RM 18.20

3
Soalan 11 hingga 18 mempunyai jawapan A dan B sahaja. Pilih jawapan yang sesuai.
11. Jahitan _________________ adalah jahitan sementara untuk mencantumkan dua
keping fabrik yang hendak dijahit.
A. jelujur halus
B. jelujur kasar

12. Jahitan tangan perlu dimulakan dan dimatikan dengan ______________________.


A. jahitan sembat
B. jahitan kia

13. ________________________ digunakan untuk mengambil ukuran badan.


A. Pita ukur
B. Pembaris tukang jahit

14. ________________________ digunakan untuk menggunting pola jahitan.


A. Gunting kertas
B. Gunting fabrik

15. ________________________ digunakan untuk memindahkan tanda pola dan


garisan pemadan fabrik.
A. Kertas karbon tukang jahit
B. Kapur tukang jahit

16. Fabrik hendaklah dipotong mengikut ___________________.


A. Garisan pemadan
B. Garisan gunting

17. ______________________ dijahit pada bahagian tepi artikel sebagai hiasan.


A. Velkro
B. Renda

18. Tanda garisan pemadan dari pola mestilah dipindahkan ke bahagian


___________________ fabrik dengan menggunakan roda surih.
A. Sebelah dalam (S.D)
B. Sebelah luar (S.L)

Soalan 19 hingga 32 mempunyai pilihan jawapan A,B,C,dan D. Pilih jawapan yang tepat.

19. Apakah maksud tenaga boleh baharu?


A. Tenaga yang menggunakan bahan api fosil.
B. Tenaga yang diperoleh daripada pelupusan sampah.
C. Tenaga yang dijanakan daripada sumber semula jadi.
D. Tenaga yang dihasilkan daripada bahan api sedia ada.

4
20. Apakah sumber semula jadi yang menggerakkan struktur binaan dalam rajah 4?

Rajah 4

A. Air
B. Angin
C. Matahari
D. Reputan tumbuhan

21. Apakah sumber semula jadi untuk menghasilkan tenaga solar?


A. Ombak
B. Biojisim
C. Matahari
D. Geoterma

22. Apakah kegunaan tenaga angin?


A. Memusingkan kincir air.
B. Memanaskan panel solar.
C. Menggerakkan kincir angin.
D. Memutarkan turbin di stesyen jana kuasa

23. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu?
I. Emas
II. Biojisim
III. Petroleum
IV. Arang batu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5
24. Apakah bahan yang digunakan untuk mencantumkan bahan A dengan bahan B
dalam rajah 5?

Rajah 5

A. Skru
B. Paku
C. Glu kayu
D. Pita perekat

25. Rajah 6 menunjukkan bahan yang digunakan dalam projek kipas solar.

Rajah 6
Apakah fungsi komponen tersebut?
A. Menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik
B. Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba
C. Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik
D. Menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik

6
26. Rajah 7 menunjukkan kereta mini solar.

Rajah 7

Apakah bahan utama yang digunakan untuk menggerakkan kereta mini tersebut?

I. Roda
II. Motor
III. Panel solar
IV. Pemutar skru
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Antara komponen berikut, yang manakah berfungsi untuk memutuskan dan
menyambungkan litar?
A. Suis
B. Wayar
C. Motor
D. Tenaga elektrik

28. Antara berikut, proses yang manakah yang terlibat dalam menghasilkan reka bentuk
produk?
I. Mengukur dan menanda
II. Memasang komponen elektrik
III. Membuat penambahbaikan pada lakaran
IV. Menyediakan bahan dan alatan yang digunakan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7
29. Apakah sumber semula jadi bagi menjanakan tenaga geoterma?
A. Cahaya matahari
B. Pergerakan gelombang laut
C. Wap panas daripada perut bumi
D. Pereputan tumbuhan dan najis haiwan

30. Mengapakah penggunaan tenaga boleh baharu penting dalam kehidupan kita?
I. Memberikan udara yang bersih
II. Mengurangkan kesan rumah hijau
III. Membekalkan tenaga elektrik percuma
IV. Membebaskan bahan pencemar ke udara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

31. Apakah kesan penggunaan tenaga tidak boleh baharu terhadap alam sekitar?
I. Kesan rumah hijau
II. Pencemaran udara
III. Memberikan udara yang bersih
IV. Mengurangkan peluang pekerjaan
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Mengapakah anda perlu membuat beberapa lakaran idea ketika merancang
penghasilan sesuatu produk?
A. Untuk mendapatkan markah tinggi
B. Untuk menjimatkan penggunaan bahan
C. Untuk mendapatkan lakaran yang terbaik
D. Untuk mengurangkan kerja memasang bahan

Soalan 33 hingga 40 mempunyai pilihan jawapan A dan B sahaja. Pilih jawapan yang tepat.

33. ____________________ merupakan tenaga tidak boleh baharu.


A. Petroleum
B. Biojisim

34. Panel solar digunakan untuk menukarkan tenaga daripada __________________


kepada tenaga elektrik.
A. angin
B. matahari

35. Tenaga ________________ digunakan untuk menghasilkan wap untuk


menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga elektrik.
A. geoterma
B. biojisim

8
36. Sumber semula jadi boleh digunakan untuk menjanakan ______________________.
A. tenaga boleh baharu
B. tenaga tidak boleh baharu

37. _____________________ merupakan sumber semula jadi yang penting bagi


menjanakan tenaga hidro.
A. Ombak
B. Air

38. Tenaga biojisim terhasil daripada ___________________ untuk menghasilkan bahan


api.
A. haba daripada perut bumi
B. reputan benda hidup
39. ________________________ berfungsi untuk menghubungkan komponen elektronik
bagi mengalirkan arus elektrik.
A. Wayar
B. Suis

40. Penebat wayar boleh ditanggalkan dengan menggunakan ___________________.


A. pisau boleh laras
B. pelucut wayar

-------------------------------------------- KERTAS SOALAN TAMAT ----------------------------------------

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

NUR FARAH LIAYANA NUR FARAH ANIS BINTI ROSMAWATI BINTI


RAZALI FUZI MATSOM
Ketua Panitia RBT, Guru Panitia RBT, Guru Besar,
SK kampung Tunku. SK Kampung Tunku. SK Kampung Tunku.

Anda mungkin juga menyukai