Anda di halaman 1dari 5

Pendidikan Kesihatan

Bahagian A : Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan dan pilih satu
jawapan yang betul. [10 markah]

1. Apakah cara yang betul untuk menjaga kebersihan anggota seksual diri sendiri?
A. Memakai pakaian yang kotor
B. Menggunakan sabun semasa mandi
C. Tidak perlu cuci tangan
D. Berkongsi pakaian dengan orang lain

2. Berikut merupakan kesan tingkah laku seksual untuk diri sendiri kecuali...
A. Hamil luar nikah
B. Disayangi oleh keluarga
C. Jangkitan penyakit seksual termasuklah HIV dan AIDS
D. Disisihkan oleh masyarakat

3. Pilih cara-cara untuk mengurus perubahan emosi remaja.


I. Berbincang masalah dengan ibu bapa
II. Sentiasa berfikiran positif
III. Sentiasa bersendirian daripada semua orang
IV. Berjumpa dengan guru kaunseling
A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja
B. I, II dan III D. I, II dan IV

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?


A. Makanan ringan yang perlu diambil secara kerap.
B. Makanan yang hanya mempunyai karbohidrat
C. Makanan yang mengandungi segala nutrien dalam membekalkan tenaga dan membantu
dalam proses tumbesaran
D. Makan yang diproses mengandungi kandungan tenaga yang tinggi berbanding makanan
segar

5. Berikut merupakan kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.


A. Mendapat tenaga yang mencukupi
B. Meningkatkan tumbesaran manusia
C. Meningkatkan risiko obesiti badan manusia
D. Mendapat kehidupan yang sihat

6. Nyatakan kandungan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas


I. Pengepit
II. Plaster
III. Pita pelekat
IV. Buku panduan pertolongan cemas

A. I, II dan IV sahaja C. I dan II sahaja


B. I, II, III dan IV D. I dan IV sahaja

7. Sila susun dengan betul cara menggunakan peralatan peti pertolongan cemas.
I. Menyapu antiseptik
II. Menutup bahagian melecur
III. Mengenal pasti kawasan melecur
IV. Membersih kawasan melecur
V. Perlu perhatian oleh doktor perubatan

A. I, II, III, IV dan V C. IV, III, V, II dan I


B. III, IV, I, II dan V D. V, IV, III, II dan I

8. Apakah penggunaan antiseptik dalam peti pertolongan cemas.


A. Dijadikan penyokong kepada anggota badan yang cedera
B. Menampal luka terbuka untuk menghentikan darah
C. Digunakan untuk mengambil cebisan kaca.
D. Membunuh kuman pada bahagian luka dan membersihkan luka

9. Antara tujuan kita memberikan pertolongan cemas ialah ____________________.


A. menunjukkan kepakaran
B. memanfaatkan masa
C. mengurangkan kesakitan
D. menyembuhkan mangsa

10. Bagaimanakah cara untuk mencegah penyakit bawaan makanan dan penyakit
bawaan air?
A. Tidak membeli makanan yang dijual di gerai-gerai
B. Mengamalkan makan makanan yang mentah
C. Mengurangkan aktiviti di luar rumah
D. Makan makanan dan minum air bersih atau dimasak dengan sempurns

Bahagian B : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. [10 markah]

buah-buahan protein sentuhan kitar paru-paru


obesiti seimbang Aids bersarapan perkhemahan

1. Penyakit .............................. boleh dijangkiti melalui perkongsian jarum.

2. Makan banyak ........................................ akan mengelakkan daripada penyakit buasir.

3. Ayam, telur, ikan dan daging memberikan sumber ................................. kepada tubuh badan

kita.

4. Pengambilan makanan segera yang kerap boleh mengakibatkan .........................

5. Kita mempunyai lima deria iaitu deria bau, rasa, dengar, lihat dan ...............................

6. Fungsi ............................... adalah sebagai organ pernafasan manusia.

7. Mengamalkan pemakanan yang ............................ adalah penting untuk menjaga kesihatan.

8. Kita hendaklah ................................. sebelum kita pergi ke sekolah supaya kita mempunyai

tenaga untuk belajar.

9. Untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, kita perlu .................................... bahan-bahan

buangan seperti botol plastik dan surat khabar.

10. Aktiviti ................................... adalah salah satu aktiviti masa senggang yang boleh

menghilangkan stres dan menenangkan fikiran.


Bahagian C : Padankan bahan dengan kegunaannya yang betul dalam peti
pertolongan cemas. [5 markah]

Anda mungkin juga menyukai