Anda di halaman 1dari 9

PSS RBT 2021

BAHAGIAN A (20 Markah)

ARAHAN SOALAN 1 HINGGA 20 :


Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang betul.

1. Peraturan keselamatan amat penting untuk kita patuhi. Antara berikut yang
manakah merupakan peraturan keselamatan bengkel?

A. Ikat rambut yang panjang.

B. Gunakan alatan dengan berhati-hati.

C. Masuk ke dalam bengkel dengan kebenaran guru.

D. Simpan bahan berbahaya di tempat yang selamat.

2. Gambar di atas merupakan salah satu simbol dan tanda keselamatan. Apakah
simbol keselamatan tersebut?
A. alat pemadam api

B. tidak dibenarkan merokok

C. sentiasa mengutamakan keselamatan

D. bahan mudah terbakar

3. Manakah antara yang berikut langkah yang betul bagi merawat luka melecur?

i. Sapukan krim atau losen yang sesuai.


ii. Berjumpa dengan pegawai perubatan yang sesuai.
iii. Siram kawasan yang melecur dengan aliran air.

A. i,ii dan iii.

B. ii,iii dan i.

C. iii, i dan ii.

D. iii, ii dan i.
PSS RBT 2021

4. Manakah yang berikut merupakan kesan membawa beg masuk ke dalam


bengkel?

i. menghalang laluan kecemasan.

ii. menghalang laluan kerja.

iii. udara tidak beredar.

iv. berlaku kecurian

A. i dan ii

B. ii dan iii

C. ii dan iv

D. iii dan iv

5. Bilakah kita boleh menggunakan alatan yang terdapat dalam bengkel RBT?

A. Setelah mendapat idea membina produk.

B. Setelah mendapat kebenaran guru.

C. Setelah menyediakan bahan membina produk.

D. Setelah membersihkan tempat kerja.

6. Apakah maksud warna kuning dalam tanda keselamatan?

A. Larangan

B. Wajib dipatuhi

C. Zon selamat atau aman

D. Waspada atau amaran


PSS RBT 2021

7. Apakah elemen yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

A. saiz

B. nilai

C. rupa

D. bentuk

8. Apakah jenis garisan seperti gambar rajah di atas?

A. garisan beralun

B. garisan zig zag

C. garisan halus

D. garisan bergerigi

9. Bagaimanakah cara kita hendak memberitahu kepada rakan tentang kelebihan


produk kita?

A. menilai produk

B. membina produk

C. melakarkan produk

D. membuat pembentangan produk


PSS RBT 2021

10. Apakah maksud reka bentuk?

A. Garisan bercantum dan membentuk permukaan.

B. Produk dihasilkan dengan reka bentuk yang berbeza.

C. Susunan corak dan bentuk sesuatu produk.

D. unsur penting untuk melakar.

11. Berikut merupakan fungsi garisan KECUALI

A. menjimatkan masa.

B. menimbulkan rupa.

C. menimbulkan bayang.

D. menghasilkan situasi pergerakan.

12. Manakah antara berikut merupakan kepentingan reka bentuk?

A. memudahkan kerja urusan seharian

B. mengurangkan kemalangan.

C. meningkatkan ekonomi negara.

D. dapat menghasilkan lakaran yang baik.

13. Bidang reka bentuk menyediakan laluan kerjaya dalam pelbagai bidang.
Nyatakan kerjaya dalam bidang reka bentuk.

A. Usahawan

B. Juru elektrik

C. Arkitek

D. Atlet sukan
PSS RBT 2021

14. Mengapakah lakaran perlu dianalisis?

A. mengesan masalah produk

B. melihat kecantikan lakaran

C. memberi kepuasan kepada pengguna

D. mengeluarkan produk baharu

15. Apakah yang perlu dilakukan setelah mendapat idea sesuatu produk?

A. menyediakan bahan

B. melakarkan idea

C. membuat produk

D. menceritakan kepada rakan

16. Apakah maksud teknologi?

A. pengetahuan sains dalam mereka cipta alat

B. pembuatan kerja yang dilakukan setiap hari

C. perkembangan alatan dulu hingga sekarang

D. produk yang menggunakan teknologi

17. Penyataan berikut berkaitan dengan kepentingan teknologi KECUALI

A. menjimatkan masa dan tenaga

B. memudahkan urusan kerja seharian

C. menyukarkan kerja seharian.

D. menjamin kualiti seharian.


PSS RBT 2021

18. Gambar di atas menunjukkan peralatan moden. Apakah nama alat ini?

A. alat penunjuk

B. mesin jahit

C. pen 3d

D. pistol glu panas

19. Antara yang berikut manakah menerangkan tentang teknologi konvensional?

A. produk yang dihasilkan dengan cepat.

B. peralatan yang dibuat menggunakan kawalan komputer.

C. peralatan yang baru dicipta untuk memenuhi kehendak pengguna.

D. peralatan yang telah digunakan setelah sekian lama.

20. Setiap orang kini memiliki telefon bimbit untuk kemudahan untuk berhubung.
Apakah teknologi yang berkaitan dengan penyataan di atas?

A. teknologi pengangkutan

B. teknologi komunikasi

C. teknologi alatan

D. teknologi pertanian
PSS RBT 2021

BAHAGIAN B (20 markah)

a) Isi tempat kosong pada penyataan keselamatan bengkel dengan


jawapan yang betul.

suis elektrik kecederaan tingkap beg bahan


berbahaya
aktiviti melaporkan simbol rambut tempat kerja

1. Murid perlu ___________________ kemalangan kepada guru.

2. Murid perlu letakkan ___________________ di luar bengkel.

3. Murid membersihkan ___________________ di bengkel setelah selesai membuat


aktiviti.

4. Bergurau dan bermain boleh mengakibatkan ______________________.

5. Tutup semua _____________________ sebelum meninggalkan bengkel.

6. Patuhi semua __________________ dan tanda keselamatan di dalam bengkel.

7. Murid membuka semua _________________ dan pintu ketika masuk ke dalam


bengkel.

8. Basuh tangan selepas melakukan ____________________.

9. Murid ikat __________________ yang panjang.

10. Simpan _________________________ dan mudah terbakar di tempat yang


selamat.

(10 markah)
PSS RBT 2021

b) Berikut adalah produk yang direka bentuk untuk kepentingan pengguna.


Terangkan kepentingan reka bentuk produk tersebut.

Membantu kerja dan memudahkan Menjimatkan masa


urusan harian.

Memenuhi keperluan dan kehendak Memberikan pelbagai pilihan


yang berbeza. mengikut citarasa, kemampuan dan
gaya hidup.

(4 markah)
PSS RBT 2021

c) Tuliskan kepentingan teknologi berdasarkan situasi berikut.

Memudahkan komunikasi Memudahkan kerja Menjimatkan masa


Perjalanan yang cepat Memberi peluang kerjaya Memupuk nilai kreatif dan
inovatif

1. Orang ramai kini boleh menaiki kereta api laju untuk perjalanan jarak jauh.
Kepentingan:______________________________________________

2. Kini tukang kayu lebih menggunakan gergaji elektrik berbanding gergaji


tangan.
Kepentingan:______________________________________________

3. Kecanggihan telefon bimbit membuatkan setiap orang dapat berhubung


walau di mana sahaja.
Kepentingan: ______________________________________________

4. Pelbagai pekerjaan yang melibatkan perkembangan teknologi seperti pereka


bentuk, pereka grafik, juru animasi dan sebagainya.
Kepentingan: ______________________________________________

5. Sesuatu produk berteknologi tinggi sememangnya untuk menyenangkan


urusan atau aktivti manusia.
Kepentingan: ______________________________________________

6. Sesebuah produk mestilah direka dengan idea yang baru agar fungsinya
dapat ditambah baik.
Kepentingan: ______________________________________________

(6 markah)
PENTAKSIRAN TAMAT

SEMAKAN PERTAMA SEMAKAN KEDUA

-------------------------- --------------------------

SYED AMARUDIN SYAH BIN SYED BAHARUDIN MOHD HAFIZ BIN MARJUNI

KETUA PANITIA RBT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Anda mungkin juga menyukai