Anda di halaman 1dari 16

JAWAB SEMUA SOALAN

1 Berikut adalah tujuan organisasi bengkel KECUALI


A Memastikan keselamatan alatan dan bahan
B Memastikan murid bersikap bertanggungjawab
C Memastikan keselamatan guru terjamin
D Memastikan bengkel sentiasa bersih dan kemas

2. Siapakah yang berkuasa untuk melantik fomen di bengkel?


A Guru
B Ibu bapa
C Guru Besar
D Murid-murid

3. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan peraturan SELEPAS menggunakan bengkel


A Laporkan kemalangan di bengkel kepada guru
B Laporkan kerosakan alatan kepada guru
C Masuk ke dalam bengkel dengan kebenaran guru
D Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel

4. Manakah antara berikut cara yang sesuai untuk mengelakkan pakaian terkena kotoran
apabila membuat aktiviti di bengkel?
A Memakai apron
B Membuka pakaian
C Menghindarkan daripada membuat aktiviti
D Membuang semua kotoran

5. Pintu dan tingkap perlu dibuka semasa didalam bengkel supaya _________________
A murid selesa C mudah bernafas
B tidak dimarahi fomen D pengaliran udara

1
6. Kerja-kerja memotong kayu akan menyebabkan persekitaran menjadi berhabuk dan
berbahaya kepada sistem pernafasan manusia. Bagaimanakah cara keselamatan diri
perlu dipraktikkan?
A Memakai apron
B Memakai topeng muka
C Memakai sarung tangan
D Memakai penutup hidung dan mulut

7. Bengkel RBT perlu _________ supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur sepanjang masa.
A dicat C dibasuh
B disenggara D disepah

8. Apakah tempat penyimpanan alatan tangan seperti ditunjukkan rajah dibawah?

A Panel alatan C Kotak alatan


B Laci alatan D Almari alatan

9. Setelah alatan tangan siap diselenggara, alatan tangan tersebut perlu disimpan di dalam
_______________ .
I bilik darjah
II laci meja
III panel alatan
IV kotak alatan

2
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

10.

Objek di atas ialah _________.


A alat penyaman udara C alat penyelam
B alat pemadam kebakaran D peti pertolongan cemas

11. Bahan-bahan yang _________ dan mudah terbakar hendaklah disimpan ditempat yang
selamat.
A selamat C elektrik
B berbahaya D bersepah

12. Bagaimanakah sistem amaran memberitahu kebakaran sedang berlaku di sekolah?


A Bunyi bising di sekitar kawasan sekolah
B Bunyi pengumuman amaran daripada guru
C Bunyi loceng yang panjang dan berterusan
D Bunyi siren amaran bomba telah tiba di sekolah

13.

Fungsi utama kit pertolongan cemas ialah


A Menyimpan perkasasan bengkel
B Menyimpan ubat
C Menyimpan makanan kering
D Menyimpan surat

3
14. Apakah takrifan yang betul bagi manual kit model?
A Dokumen yang disediakan selepas memasang kit model.
B Dokumen yang diperlukan untuk membeli kit model yang berkualiti.
C Dokumen yang digunakan untuk menilai murid memasang kit model.
D Dokumen yang dijadikan panduan untuk memasang kit model secara teratur.

15. Manual boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Antara berikut manakah bentuk-bentuk
manual?
I. kad
II. buku
III. helaian kertas
IV. Pita rakaman suara
A I, II dan III C I, II dan IV
B II, III dan IV D I, III dan IV

16. _____________ digunakan untuk mencengkam bahan atau komponen kecil.


A Playar muncung tirus
B Pemutar skru mata rata
C Pemutar skru mata Philip
D Sepana hujung terbuka

17. Dalam kotak kit model kapal layar terdapat sejenis alatan tangan seperti berikut.

Apakah kegunaan alatan tangan tersebut?


A Memutarkan skru alur
B Memutarkan skru philip
C Memutarkan bol dan nat
D Mencengkam benda atau objek yang kecil

4
Soalan 18 dan 19 berdasarkan rajah di bawah.

18. Apakah alatan tangan yang ditunjukkan pada rajah di atas?


A Pelucut wayar C Pemotong wayar

B Pemotong sisi D Playar muncung tirus

19. Apakah aktiviti yang sedang dilakukan seperti rajah di atas?


A Memotong wayar
B Meluruskan wayar
C Mengukur panjang wayar
D Melucutkan penebat wayar

20. Apakah nama komponen kit model dibawah?

A Gear C Gandar
B Motor D Kerangka

21. Dari manakah kit model berfungsi mendapatkan bekalan tenaga elektrik?
A Suis C Bateri
B Gear D Gandar

5
22. Komponen ini bertindak untuk menukarkan tenaga elektrik ke tenaga elektrik.
Seterusnya akan memusingkan gear yang terdapat padanya. Komponen ini juga ibarat
enjin pada sebuah kereta.
Penyataan ini sesuai bagi komponen _______________ .
A Suis C motor
B gear D gandar

23. Semasa menguji kit model, butang suis hendaklah ditolak ke tanda _______________
A on C open
B off D closed

24. Apakah tujuan membuka kit model dan menyimpannya semula di dalam kotak?
A supaya boleh dijual
B supaya mudah dibawa pulang
C supaya komponen yang rosak digantikan
D supaya memudahkan murid kelas lain menggunakannya

Soalan 25 dan 26 berdasarkan rajah di bawah.

25. Apakah nama alatan di atas?


A penebuk sisi C gerudi mudah alih
B Gerudi tangan D gerudi rencong manual

6
26. Manakah antara berikut, boleh dilakukan oleh alat seperti di atas?
A Menanda
B Menebuk
C Mengukur
D Memotong

27. Alat di bawah ini boleh digunakan untuk memotong papan kecuali
A Gergaji Letrik C Gergaji
B Pisau D Gergaji putting

28. Kit model kereta yang telah siap dipasang perlu _________________ untuk
mengetahui sama ada ianya berfungsi dengan sempurna atau sebaliknya.
A diuji C dibuka
B dihias D dipasang

29. Berikut adalah cara mendapatkan maklumat KECUALI


A Soal selidik
B Pemerhatian
C Perbincangan kumpulan
D Permainan game di internet

30. Dua komponen dan bahan yang memainkan peranan penting semasa menguji projek ialah
A Suis dan bateri
B Suis dan mentol
C Bateri dan wayar
D Wayar dan mentol

31. Reka bentuk bermaksud ________________ pada sesuatu objek.


A seni ukiran C rupa dan warna
B rekaan khas D corak dan bentuk

7
32. Apakah rujukan utama untuk membina dan menghasilkan projek reka cipta?
A Buku Teks C buku manual
B Buku Kerja D buku penilaian

33. Projek eksperimental ialah projek yang bersifat __________ terhadap reka bentuk projek
sebenar.
A kekal B elok
C sempurna D percubaan

34. Perhatikan gambar di bawah.

Bagaimanakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah pejalan kaki


seperti ditunjukkan dalam gambar di atas?
A Membina jejantas
B Membina jambatan
C Membina jalan yang lebih besar
D Mengurangkan bilangan kenderaan

35. Bahan berikut boleh digunakan untuk membina projek eksperimental model jambatan
kecuali ____________________ .
A lidi C kertas kotak
B aluminium D penyedut minuman

8
36. Apakah fungsi rumah api?
A Menara berlampu sebagai tempat istirehat
B Menara berlampu yang memancarkan cahaya untuk panduan kapal pada waktu
malam
C Menara berlampu sebagai bangunan pengintip pelaut
D Menara berlampu sebagai bangunan hiasan tepi laut

37. Mentol pada projek Menara Rumah Api dapat mengeluarkan cahaya setelah mendapat
tenaga _____________________ daripada bateri
A Haba
B Bunyi
C Kinetik
D Elektrik

38. Setiap komponen elektrik berikut dapat diwakili oleh simbol kecuali _____________ .
A C

B D

39. Kekutuban bateri dapat ditentukan dengan melihat tanda ______________


pada badan bateri.
A dan C dan +
B + dan - D dan

9
Soalan 40 dan 41 berdasarkan rajah di bawah.

40. Apakah nama bahan yang ditunjukkan rajah di atas?


A Wayar C Pemegang Mentol
B Pemegang bateri D Bongkah penyambung

41. Apakah kegunaan bahan yang ditunjukkan pada rajah di atas?


A Menetapkan kedudukan bateri
B Menyambung setiap komponen
C Menentapkan kedudukan mentol
D Membenarkan pengaliran arus elektrik

Soalan 42 berdasarkan rajah di bawah.

y
z

42. Lukisan litar yang ditunjukkan pada rajah di atas merujuk kepada litar_________ .
A lengkap C Skematik
B elektrik D bergambar

10
43.
x

Apakah bahan untuk membuat bahagian x?


A Kayu C Plastik
B Kaca D Getah

44. Berikut adalah alat yang digunakan ketika memasang litar elektrik kecuali

A Pemutar skru C Tukul


B Pemotong sisi D Penjalur wayar

45.

Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid. Pilih
pernyataan yang sesuai berkaitan dengan aktiviti tersebut.

A Memotong kepingan logam dengan gunting logam


B Mengukur dan menanda permukaan kayu
C Membentuk kepingan logam dengan kertas las
D Melicinkan permukaan kayu dengan kertas las

11
46. Yang berikut adalah bahan kitar semula yang tidak digunakan lagi.

Antara berikut, yang manakah projek yang sesuai menggunakan bahan di atas?

I Membuat rak meja


II Membuat sudu
III Membuat pasu bunga
IV Membuat bekas pensel
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

47. Lakaran sesuatu projek itu adalah penting untuk menjamin aspek
A Keselamatan dan kos
B Kecantikkan
C Kemegahan
D Kekerapan pengunaan

48. Projek Eksperimental yang telah siap dibina perlu _______________ untuk mengetahui
sama ada reka bentuk projek eksperimental tersebut berjaya atau gagal.
A diuji C diukur
B dihias D ditambah baik.

49. Apakah ciri-ciri penting yang perlu diperolehi semasa proses mengumpulkan
maklumat?
A ciri-ciri reka bentuk C Alatan tangan
B Bahan-bahan D Kos

12
50.

Bahan-bahan berikut boleh digunakan untuk membina projek eksperimental seperti


rajah diatas, kecuali _______________ .
A kertas kotak
B batang penyapu
C penyedut minuman
D Kertas surat khabar

51. Semasa menguji model jambatan yang dibina, Qaisara mendapati model tersebut tidak
mampu menahan beban yang diuji menyebabkan ianya runtuh. Apakah tindakkan yang
patut diambil Qaisara?
A Memarahi rakan sekumpulannya
B Membina model jejantas yang baru.
C Membuat baik pulih dan penambahaikan
D Kelemahan-kelemahan yang terdapat pada projek eksperimental.

52. Fakhrul telah selesai menjalankan projek eksperimentalnya. Dia kemudiannya


menyimpan semua lakaran dan catatan yang dibuatnya ke dalam fail.
A Pengemasan
B penyimpanan
C penambahbaikan
D pendokumentasian

13
53. Semua artikel jahitan dihasilkan daripada ____________________ melalui proses
jahitan.
A Kaca C Kayu
B kain D plastik

54. Manakah antara artikel jahitan berikut boleh digunakan sebagai barangan hiasan.
A C

B D

55. Pilih kegunaan yang betul bagi artikel jahitan di bawah


A Sarung kusyen- digunakan sebagai bantal kecil.
B Apron digunakan untuk mengelakkan pakaian kotor atau basah.
C Beg pensil digunakan sebagai tempat penyimpanan alatan tangan.
D Pemegang periuk digunakan untuk mengelakkan tangan dari luka.

56. Bahan ini digunakan untuk memindahkan tanda ke fabrik dengan menggunakan roda
surih.
A Kain
B Benang
C Kertas karbon
D Kapur tukang jahit

14
57. Mata jahitan ___________________ digunakan untuk memulakan dan menamatkan
sesuatu jahitan yang lain.
A kia C jelujur halus
B kekal D jelujur kasar

Soalan 58 dan 59 berdasarkan rajah di bawah.

58. Apakah nama alatan menjahit yang ditunjukkan rajah di atas?


A Paku panel C Jarum tangan
B Jarum peniti D Penentas jahitan

59. Nyatakan fungsi alatan menjahit yang ditunjukkan rajah 3 di atas?


A Menjahit fabrik
B Menyemat pola pada fabrik
C Menanggalkan mata jahitan
D Memindahkan pola pada fabrik

60. Fabrik juga dikenali sebagai ________________ .


A kain C kaca
B kayu D plastik

15
Disediakan oleh, Disemak oleh,

---------------------------- ----------------------------------
(NOOR HAYATI BINTI MUSTAFFA) (NOR AZLIN BINTI ZULKIFLI)
Guru RBT Tahun 4, Ketua Panitia RBT,
SKPU 2 SKPU 2

Disahkan oleh,

-----------------------------------------------
(MOHD SHARUL NIZAM B MOHD YUSOP)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SKPU 2

16

Anda mungkin juga menyukai