Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A

Arahan am : Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang paling tepat.

1. Apakah yang dimaksudkan artikel jahitan ?


A. Reka bentuk yang dihasilkan daripada besi yang ditempa dengan menggunakan
tukul.
B. Reka bentuk yang dihasilkan daripada plastik dengan menggunakan teknologi
moden.
C. Reka bentuk yang dihasilkan daripada kain dengan menggunakan alatan
pertukangan kayu.
D. Reka bentuk yang dihasilkan daripada fabrik dengan menggunakan jahitan tangan
atau jahitan mesin.

2. Antara berikut, artikel jahitan manakah digunakan di dapur ?


A. Beg serbaguna C. Sarung kusyen
B. Tuala gantung D. Penutup televisyen

3. Yang berikut adalah mata jahitan tangan kecuali …


A. Jahitan kia C. Jahitan sembat
B. Jahitan kasar D. Jahitan insang pari

4. Apakah kegunaan alatan jahitan dalam Rajah 1 ?

Rajah 1
A. Memotong pola artikel jahitan
B. Membuat tanda pola pada fabrik
C. Memindahkan tanda pola ke fabrik
D. Menetapkan kedudukan dua atau lebih fabrik

5.
Jahitan ini digunakan untuk memulakan dan mematikan sesuatu jahitan.
Selain itu, jahitan ini bertujuan untuk menjahit bahagian kelim yang
meretas. Jahitan ini kukuh dan1boleh menggantikan jahitan mesin.
Pernyataan di atas merujuk kepada mata jahitan…
A. Jahitan kia C. Jahitan jelujur halus
B. Jahitan insang pari D. Jahitan sembat

6. Rajah 2 menunjukkan mata jahitan tangan.

Jahitan A Jahitan B

Rajah 2

Apakah nama jahitan tangan A dan B ?

Jahitan A Jahitan B
A Sembat Insang pari
B Jelujur halus Silang pangkah
C Insang pari Sembat
D Insang pari Kia

7. Manakah antara berikut merupakan jahitan yang dijahit sementara bagi menetapkan
kedudukan dua helai atau lebih kepingan fabrik ?

2
8. Antara berikut, yang manakah fungsi alatan jahitan dalam Rajah 3 ?

Rajah 3
I Memotong lubang butang
II Menyemat pola pada fabrik
III Menjahit fabrik secara manual
IV Meretas dan menanggalkan mata jahitan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

9. Mengapakah kita perlu menjana idea kreatif sebelum membuat artikel jahitan ?
A. Untuk menyelesaikan masalah dengan satu idea terbaik.
B. Untuk melihat kecantikan lakaran.
C. Untuk membuat anggaran harga.
D. Untuk mengeluarkan produk baharu.

10. Apakah jenis jahitan yang boleh menggantikan jahitan mesin ?


I Jahitan kia
II Jahitan insang pari
III Jahitan jelujur kasar
IV Jahitan jelujur halus

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

3
11. Rajah 4 menunjukkan sarung tablet yang hamper siap dihasilkan.

Rajah 4
I Zip III Velkro
II Renda IV Butang

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

12. Manakah antara berikut merupakan alatan jahitan yang digunakan untuk memotong
kertas bagi membentuk pola ?

13. Mengapakah kita perlu membuat anggaran kos sebelum menghasilkan artikel jahitan
yang dikehendaki ?
A. Supaya kita mengetahui jumlah wang akan digunakan untuk menghasilkan artikel
jahitan tersebut.
B. Supaya kita mengetahui nilai atau harga artikel jahitan.
C. Supaya memudahkan urusan pembelian bahan mentah.
D. Supaya kita oleh menukar bentuk artikel yang lain sekiranya kos terlalu tinggi.

4
14. Hadif telah melakar reka bentuk seperti gambar Rajah 5. Manakah antara berikut
menunjukkan situasi yang menyebabkan Hadif ingin menghasilkan artikel jahitan
seperti lakaran di bawah ?

Rajah 5
A. Alat tulis terlalu mahal.
B. Alat tulis terlalu panjang.
C. Bekas alat tulis terlalu banyak.
D. Tiada tempat meletak alat tulis.

15. Bagaimanakah cara untuk menjimatkan kos ketika menghasilkan artikel jahitan ?
A. Menggunakan bahan kitar semula.
B. Membeli semua bahan yang hendak digunakan.
C. Meminta bahan jahitan dari kedai.
D. Tidak perlu menggunakan bahan jahitan.

16. Apakah maksud tenaga boleh baharu ?


A. Tenaga yang boleh dijana daripada sumber semula jadi.
B. Tenaga yang boleh dijana daripada sumber fosil.
C. Tenaga yang boleh dijana daripada sumber perlombongan.
D. Tenaga yang boleh dijana daripada sumber matahari.

17. Apakah sumber semula jadi untuk menghasilkan tenaga solar ?


A. Ombak C. Matahari
B. Biojisim D. Geoterma

18. Antara berikut yang manakah sumber biojisim ?


A. Angin C. Najis haiwan
B. Angin D. Gunung berapi
19. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang tidak boleh baharu ?
I Emas III Petroleum
II Biojisim IV Arang batu

5
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

20. Apakah kegunaan kincir angin ?


A. Memusingkan kincir air
B. Memanaskan panel solar
C. Menggerakkan kincir angin
D. Memutarkan turbin di stesen jana kuasa

21. Di manakah kawasan yang sesuai untuk membina kincir angin ?


A. Di kawasan yang mempunyai aliran air yang deras.
B. Di kawasan yang mempunyai tiupan angin yang kuat.
C. Di kawasan yang mempunyai sinaran matahari yang terik.
D. Di kawasan lapang yang tiada halangan.

22. Apakah sumber semula jadi bagi menjanakan tenaga geoterma ?


A. Cahaya matahari
B. Pergerakan gelombang laut
C. Wap panas daripada perut bumi
D. Pereputan tumbuhan dan najis haiwan

23. Mengapakah penggunaan tenaga boleh baharu penting dalam kehidupan kita ?
I Memberikan udara yang bersih.
II Mengurangkan kesan rumah hijau
III Menggalakkan penggunaan tenaga tidak boleh baharu
IV Membebaskan bahan pencemar ke udara
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

24. Apakah kesan penggunaan tenaga tidak boleh baharu terhadap alam sekitar?
I Kesan rumah hijau
II Pencemaran udara
III Memberikan udara yang bersih
IV Mengurangkan peluang pekerjaan

6
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

25. Rajah 6 menunjukkan bahan yang digunakan dalam projek kipas solar.

Rajah 6

Apakah fungsi komponen tersebut ?

A. Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga solar.


B. Menyerap cahaya matahari menjadi gelap.
C. Mengalirkan tenaga elektrik.
D. Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik.

26. Manakah antara berikut yang kedudukan panel solarnya akan mendapat cahaya
matahari secara optimum ?

27. Safwah ingin menghidupkan kipas menggunakan cahaya matahari. Apakah


komponen lain yang diperlukan selain motor, kipas dan wayar ?
A. Panel solar C. Kincir angin
B. Pam udara D. Bongkah penyambung

28. Firas mempunyai kolam ikan dan air terjun mini di bahagian sudut rumahnya.
Bagaimanakah dia boleh mengaplikasikan tenaga boleh baharu dalam situasi tersebut
untuk menghidupkan cahaya daripada LED dan motor ?

7
A. Membina kincir angin
B. Membina panel solar baharu
C. Membina kincir air
D. Membina jana kuasa hidroelektrik

29. Berikut merupakan langkah-langkah membina produk berasaskan sumber boleh


baharu.

Apakah X ?
A. Memotong C. Membentangkan produk
B. Menguji produk D. Memasang dan mencantum

30. Apakah maklumat yang tidak perlu dinyatakan semasa membuat pembentangan
produk ?
A. Bahan yang digunakan
B. Biodata setiap ahli kumpulan
C. Sumber boleh baharu yang digunakan
D. Masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya

8
Bahagian B
Arahan am : Jawab semua soalan.

1. Padankan jenis jahitan dengan kegunaannya.

9
10
2. Berdasarkan senarai harga yang diberikan, lengkapkan jadual di bawah.

Harga/unit Jumlah
Bil. Bahan Kuantiti
(RM) (RM)
1. Motor a) 1 unit b)
2. Bilah kipas lembut c) 1 unit 1.50
3. Panel solar d) 1 unit e)
4. Suis 1.00 1 unit f)
5. Glu sentuh 3.50/tin - 0.20
6. Bod lekap g) /keping - 1.50
7. Bod impra 4.00/keping - 2.00
8. Bongkah penyambung 1.20/12 slot 3 slot 0.30
9. Kayu aiskrim 1.80/peket 6 batang 0.20
Jumlah h)

I) Bagi menjimatkan kos, apakah tiga bahan yang boleh digunakan semula tanpa perlu dibeli
?
i) .............................................................
ii) .............................................................
iii) .............................................................

11
3. Garis jawapan yang betul.
a. ( Pembaris / Pita pengukur ) digunakan untuk mengambil ukuran badan.
b. ( Kertas karbon tukang jahit / Kapur tukang jahit ) digunakan untuk memindahkan tanda
pola dan garisan pemadan ke fabrik.
c. ( Velkro / Renda ) dijahit pada bahagian tepi artikel sebagai hiasan.
d. Tenaga ( geoterma / biojisim ) digunakan untuk menghasilkan wap untuk menggerakkan
turbin bagi menjanakan tenaga elektrik.
e. ( Ombak / Air ) merupakan sumber semula jadi yang penting bagi menjanakan tenaga
hidro.

4. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

a. Peretas jahitan boleh digunakan untuk memotong lubang butang.

Sebelum melukis pola, fabrik hendaklah dipotong terlebih dahulu untuk


b.
mempercepatkan proses jahitan.

Selain jarum jahit tangan, jarum peniti boleh digunakan untuk menjahit
c.
artikel.

Panel solar digunakan untuk menyerap cahaya matahari bagi menghasilkan


d.
tenaga elektrik dan haba.

Motor boleh menukarkan tenaga daripada tenaga cahaya matahari kepada


e.
tenaga elektrik.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………… ………………………..
(HAIRUL ANUAR BIN HARUN)
Ketua Panitia RBT
SK Morni Pok

12

Anda mungkin juga menyukai