Anda di halaman 1dari 8

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

BAHAGIAN A (50 MARKAH)


(OBJEKTIF)

ARAHAN SOALAN 1 HINGGA 25:


Baca soalan dengan teliti dan bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah Sistem Asas Elektromekanikal yang digunakan dalam projek palang keselamatan?
A motor, gegancu dan rantai C motor, takal dan tali sawat
B motor dan gear D motor, takal, gegancu dan tali sawat

2. Bahan PVC banyak digunakan kerana keras dan tahan terhadap cuaca yang
berbeza-beza. Antara berikut, yang manakah tidak menggunakan bahan PVC?
A Pintu tandas C Hos paip
B Karpet D Batang paip

3. Antara bahan berikut, yang manakah bukan bahan pengikat dan pencantum ?
A glu C paku
B skru D kertas las

4. Penggunaan tali sawat adalah untuk ______________


A memindahkan dan menukar kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah
B memindahkan tenaga satu aci ke satu aci yang bersudut
C menghubungkan gegancu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu
D menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari takal pemacu ke takal
dipacu

5. Pilih pasangan manakah yang benar tentang penggunaan alatan tangan di bawah?
A Rod perekat panas Dawai kokot
B Pistol perekat panas Rod perekat panas
C Dawai pengokot Rod kokot
D Pistol pengokot Dawai perekat panas

6. Apakah alatan tangan dibawah ?


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

A Pahat tepi serong C Gergaji kerawang


B Pistol perekap panas D Pistol pengokot

7. Setelah mengenal pasti projek yang hendak dibina, kita perlu membina lakaran projek
yang hendak dibina. Berikut adalah sebab mengapa kita perlu membuat lakaran
kecuali
A menganggarkan bilangan rakan untuk membina projek.
B memudahkan menyediakan alatan yang hendak digunakan
C memudahkan kita menyediakan bahan yang hendak digunakan
D memudahkan proses untuk mengukur, menanda dan memotong bahan projek.

8.

X
Nyatakan bahagian yang bertanda X
A Gear C Tali sawat
B Takal D Gegancu

9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya projek yang dibina tidak berfungsi semasa
diuji?
A Periksa litar
B Periksa kemasan projek
C Periksa penyambungan dan cantuman bahan
D Periksa sama ada jenis cat yang digunakan adalah betul

10. Pilih alatan dan cara penyelenggaraan yang betul.


Alatan Cara penyelenggaraan
A Pistol perekat panas Lap dengan kain lembap
B Gandin getah Sapukan dengan minyak
C Gergaji lengkung halus Siramkan dengan air paip
D Pahat Gosokkan dengan kertas

11. Antara berikut, yang manakah bukan bahan digunakan untuk menghasilkan projek ?
A Polivanil klorida (PVC) C Pengarit
B Perspeks D Zink

12. Terdapat 3 sistem pergerakan asas elektromekanikal kecuali_________


A Motor dan gear C Motor, gegancu dan rantai
B Motor, gear dan rantai D Motor, takal dan tali sawat
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

13. Apakah yang akan terjadi sekiranya proses mengukur dan menanda tidak dilakukan
dengan betul?
A Projek akan lebih cantik
B Produk mudah dicantum
C Kerugian bahan
D Saiz produk tepat seperti yang dikehendaki

14. Namakan kaedah penanaman tanpa tanah.


A Hidrogen C Nutriponik
B Akuaponik D Hidroponik

15. Apakah bahan yang perlu disemai untuk mendapatkan anak benih?
A Span C Biji benih
B Air D Bekas
16. Sistem tanaman hidroponik lebih mudah berbanding sistem tanaman konvensional.
Antara berikut, yang manakah kelebihan sistem tanaman hidroponik?
A Memerlukan kawasan yang luas
B Penanaman tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak
C Kos yang diperlukan lebih besar berbanding dengan sistem konvensional
D Menggunakan banyak air untuk tumbesaran pokok

17. Tanaman hidroponik boleh dilakukan dengan beberapa teknik kecuali


A Teknik hidroponik takung
B Teknik hidroponik nutrient dalam
C Teknik hidroponik jimat nutrien
D Teknik hidroponik nutrien cetak

18. Apakah bahan yang boleh kita gunakan untuk menggantikan reja benang sebagai
medium untuk menyemai atau menanam biji benih?
A Daun kering C Kertas surat khabar lama
B Tali mop D Plastik botol minuman

19. Bagaimana tanaman yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik ini mendapat zat
makanan yang lengkap?
A Air sungai C Larutan nutrien
B Baja organik D Tanah kebun

20. Mengapakah kita digalakkan menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik untuk
menghasilkan bekas takung tanaman secara hiroponik?
A Mudah untuk menanam
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

B Menjimatkan kos
C Menjadikan pokok tanaman lebih subur
D Akar pokok cepat tumbuh

21. Hasil tanaman yang telah matang hendaklah dituai dengan cara yang betul. Antara
berikut, yang manakah cara yang betul untuk menuai hasil tanaman yang telah
matang?
Tanaman Cara menuai
A Sawi Memetik
B Tomato Mencabut
C Cili Memetik
D Strawberi Mencabut

22. Hasil tanaman yang dituai boleh digred mengikut _______________________


A warna, rasa dan saiz
B berat, warna dan rasa
C rasa, umur dan saiz
D rupa bentuk, warna, saiz dan berat

23. Hasil tanaman yang telah dibungkus, perlu disimpan di dalam peti sejuk. Mengapa
hasil tanaman perlu disimpan di dalam peti sejuk?
A Menambahkan berat sayur sebelum dipasarkan
B Mengekalkan suhu sayur sebelum dipasarkan
C Mengekalkan warna sayur sebelum dipasarkan
D Mengekalkan kesegaran sayur sebelum dipasarkan

24. Hasil tanaman yang dituai perlu direkodkan untuk _____________________


A mengetahui jumlah keseluruhan hasil tanaman
B memudahkan proses penyimpanan
C memudahkan untuk pengiraan keuntungan
D memudahkan hasil dipasarkan kepada pengguna

25. Antara berikut yang manakah tidak digunakan untuk sistem tanaman hidroponik?
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

A C

B D
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

BAHAGIAN B (30 MARKAH)


(SUBJEKTIF)

1. Lengkapkan peta alir penanaman secara hidroponik di bawah menggunakan jawapan


yang diberikan. (10 markah)

Mengubah anak benih ke dalam raga Menyatakan alatan dan bahan menyemai
tanaman biji benih
Menyemai biji benih Mengenal hidroponik

Melakukan aktiviti penjagaan tanaman Menuai

Merekod pendapatan Menyediakan alatan penanaman

Mengira kos bahan Membancuh larutan nutrien


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

2. Senaraikan lima alatan hidroponik di dalam peta bulatan di bawah. (10 markah)

Guru Buku teks

1
_________________
2
_________________ _________________

_________________

3
_________________ Alatan dan bahan
tanaman 4
_________________
Hidroponik _________________

_________________

5
_________________

_________________

Internet Buku latihan


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6 SULIT

3. Nyatakan komponen-komponen dalam sistem asas elektromekanikal. (10 markah)

Motor

Komponen dalam Sistem


Asas Elektromekanikal

KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

……………………………………… ………………………………………….
(SAIZU NORHASLINA BT ABDUL RATAN) (NURZAIHAN BT SHARIF)
GURU RBT TAHUN 6 GPK PENTADBIRAN

Anda mungkin juga menyukai