Anda di halaman 1dari 6

Nama :____________________________ Tingkatan:_______________ SMK DAMANSARA JAYA Ujian Bulanan 1 2012 Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 1 1 Jam

Arahan : Jawab semua soalan. 1. Potensi intelek tidak berkaitan dengan kebolehan A menari B membaca C mengarang D menghitung 2. Potensi diri seseorang individu merujuk kepada perkara berikut, kecuali A bakat B kekuatan C kebolehan D keinginan Perkembangan bakat dan kemahiran manipulatif. 3. Pernyataan di atas jelas menggambarkan potensi diri dari aspek A rohani B intelek C jasmani D emosi 4. Perkembangan potensi diri seseorang boleh dipupuk melalui _________ dan __________ yang berterusan. A latihan;pendidikan B kemahiran;kegigihan C pengeluaran; kerja keras D perjuangan; pengorbanan 5. Identiti diri membawa maksud A gambaran keseluruhan tentang seseorang individu. B asal usul dan keturunan seseorang individu. C keadaan fizikal dan mental seseorang individu. D bakat seseorang yang berkembang setelah digilap. 6. Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan usaha menggilap bakat serta kebolehan seseorang? A Faktor nasib baik B Komitmen yang padu C Usaha yang berterusan D Semangat juang yang tinggi 7. Individu yang mampu menghasilkan kerja-kerja kreatif menggambarkan seseorang yang mempunyai potensi diri dari aspek A emosi B rohani C intelek D jasmani 8. Perlakuan yang manakah menggambarkan potensi diri seseorang dari aspek emosi? A Menyertai pertandingan catur peringkat sekolah B Menemani emak ke pasar untuk membeli sayur C Mandi menggunakan sabun untuk menjaga kebersihan diri D Menikmati udara yang nyaman di tepi pantai bersama keluarga

- Mahir menggunakan komputer 1

- Memiliki daya imaginasi yang tinggi - Memiliki kreativiti 9. Potensi diri di atas sesuai dengan kerjaya sebagai A guru B arkitek C akauntan 10.Potensi diri dari aspek jasmani merujuk kepada A sikap menyedari kewujudan Pencipta. B perkembangan tubuh badan yang sihat C perasaan seperti tenang dan kasih sayang. D daya fikir dengan kemahiran-kemahiran tertentu.

D pakar bedah

11.Apakah sumbangan Dato Mokhtar Dahari kepada Negara? A Berkebolehan dan berdisiplin terhadap tugasnya B Pencapaian cemerlang semasa menjadi ketua pasukan bola sepak Negara C Berkebolehan melakukan tendangan kencang sehingga digelar Super Mokh D Membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia sebanyak sepuluh kali 12.Mengapakah potensi diri penting kepada setiap individu? A Membolehkan seseorang mencapai kejayaan dalam kehidupan B Memudahkan seseorang untuk bersaing dengan orang lain C Mengekalkan prestasi individu pada tahap terbaik D Mengesahkan kedudukan individu dalam masyarakat Fazli mengenal pasti mata pelajaran yang perlu dikuasai untuk menjadi doktor. 13.Nyatakan bentuk tindakan yang dilakukan oleh Fazli. A Menyenaraikan potensi diri yang dimiliki B Mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri C Menghubungkan potensi diri dengan cita-cita D Memperoleh kecemerlangan akademik untuk berjaya 14.Rakan sebaya yang harus dijauhi oleh pelajar ialah A rakan yang jarang bergaul. B rakan yang kerap menelefon untuk bertanya khabar C rakan yang mencabar kita melakukan perkara negatif. D rakan yang sedia membantu ketika kita dalam kesusahan. 15.Antara berikut, yang manakah bukan masalah yang boleh dikongsi dengan rakan sebaya? A Masalah untuk memahami ajaran guru B Masalah perselisihan faham anda dengan rakan sekelas C Masalah ketika mengulang kaji subjek Sains D Masalah kepincangan dalam keluarga jiran anda

16.Apakah sikap rakan yang tidak baik? A Membantu kita dalam pelajaran B Menegur kita untuk kebaikan 2

C Mengubah sikap negatif kita kepada positif D Mencabar kita melakukan perkata negatif 17.Rani menghadapi konflik dengan ibunya. Siapakah orang yang sesuai membantu menyelesaikan konflik tersebut? A Adik Rani B Jiran Rani C Anak jiran Rani D Rakan baik Rani 18.Apakah kebaikan orang yang bijak memilih rakan sebaya? A menambah jumlah kenalan dan rakan sebaya B Memperoleh rakan sebaya daripada kalangan C Mampu memanipulasi rakan sebaya untuk kepentingan diri sendiri D Memperoleh rakan sebaya yang dapat membimbing ke arah kebaikan 19.Perbuatan negatif hendaklah dijauhi kerana boleh A menjejaskan sumber ekonomi keluarga. B menjejaskan keyakinan diri sendiri. C mencemarkan nama baik ahli keluarga. D menyebabkan kita dihukum oleh pihak sekolah. 20.Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan memilih rakan dengan bijak? A Mendapat rakan yang memberikan layanan yang sewajarnya kepada kita B Memperoleh rakan yang sentiasa mendorong kita dalam pelajaran C Memperoleh rakan yang menghulurkan bantuan kepada kita dengan ikhlas D Mendapat rakan yang sering mencabar kita melakukan perkara-perkara yang negatif 21.Walaupun diajak berkali-kali oleh rakannya untuk ponteng kelas tuisyen, namun Shana tetap tidak mengendahkan ajakan tersebut. Shana merupakan seorang yang bersikap A wajar B jujur C asertif D kuat semangat Boleh membuat pertimbangan yang wajar. 22.Ciri-ciri di atas menerangkan individu yang A berfikir setelah melakukan sebarang tindakan. B mampu menghadapi cabaran negatif rakan sebaya. C berupaya membuat analisis dengan tepat dan teliti. D berupaya mengenal pasti kelebihan dan kelemahan orang lain. 23.Teknik awan bermaksud teknik berfikir tentang A situasi yang sukar ditangani. B situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan. C situasi yang memerlukan kita membuat pilihan yang lebih baik. D situasi yang mampu menyelesaikan sesuatu konflik. 24.Rakan Foo Keong telah mengajak Foo Keong ponteng sekolah dan pergi ke pusat permainan video. Apakah tindakan yang sepatutnya Foo Keong lakukan? A Bersetuju sekiranya rakan yang mengeluarkan belanja 3

B Menerima pelawaan tersebut dengan hati yang gembira C Menolak pelawaan rakan dan menasihatinya agar mengubah sikap D Memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa rakan 25.Bagaimanakah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik yang timbul dengan rakan sebaya? A Bersemuka dengan rakan tersebut B Meminta bantuan daripada pihak sekolah C Menunggu sehingga perkara tersebut reda D Menjauhkan diri daripada rakan tersebut 26.Pada pendapat anda, mengapakah konflik boleh berlaku? A Berpunca daripada perbincangan kumpulan B Berpunca daripada pertentangan pendapat C Berpunca daripada minat yang sama D Berpunca daripada sikap sambil lewa Soalan 27 dan 28 berdasarkan pernyataan di bawah. Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini. Para pelajar kini tidak takut untuk melanggar peraturan sekolah dan membuli pelajar yang lain. 27.Pada pendapat anda, apakah tindakan yang berkesan untuk membendung masalah di atas? A Merotan pelajar-pelajar yang terlibat B Memberi kaunseling dan nasihat kepada pelajar-pelajar yang terlibat C Menegur ibu bapa mereka kerana tidak pandai mendidik anak D Mengenakan hukuman penjara terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah 28.Bagaimanakah cara menghindari perlakuan buli? A Menubuhkan pasukan polis bantuan B Melaporkan perbuatan buli kepada pihak sekolah C Meminta pengawal keselamatan mengawasi setiap pelajar D Membayar wang perlindungan kepada pembuli 29.Setiap anggota keluarga perlu mengamalkan sikap berikut, kecuali A saling bersaing. B perlakuan beradab. C amalan gaya hidup yang sihat. D peka terhadap perasaan anggota keluarga. 30.Nyatakan kesan sekiranya nilai kasih sayang tidak diamalkan dalam sesebuah keluarga? A Anggota keluarga akan sering bertelagah B Memupuk persefahaman antara anggota keluarga C Anggota keluarga kurang minat untuk berinteraksi D Mengeratkan ikatan persaudaraan antara anggota keluarga

31.Bagaimanakah cara terbaik untuk memupuk perhubungan yang mesra dengan ahli keluarga? A Membiarkan ahli keluarga melaksanakan tugas masing-masing B Sering meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga C Mengambil cuti untuk bertanya khabar D Kerap mengadakan percutian ke luar negara bersama-sama 32.Mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang? A Untuk menjamin kesihatan B Untuk meningkatkan kadar metabolism C Untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit D untuk mengelakkan kekurangan nutrien 33.Apakah tindakan yang sesuai diambil sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga ditimpa masalah? A Mengelak daripada berjumpa dengannya B Membantu menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama C Membiarkan dia menyelesaikan masalah tersebut seorang diri D Membawa dia berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan 34.Mengapakah hari ibu dan hari bapa wajar disambut? A Untuk meraikan semua ibu bapa di seluruh dunia B Untuk memeriahkan acara sambutan di seluruh negara C Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa D Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak 35.Semua berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali A beradab sopan terhadap anggota keluarga. B menjaga nama baik dan maruah diri. C menjaga budi bahasa dalam pertuturan seharian. D berasa cemburu dengan kejayaan ahli keluarga yang lain. 36.Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan menyayangi keluarga? A Mengambil kesempatan terhadap kepintaran adik B Menghulurkan bantuan dengan ikhlas apabila diperlukan C Memberikan layanan istimewa kepada adik yang disayangi D Mengutamakan abang dan kakak tanpa menghiraukan perasaan adik-adik 37.Yogesh berjaya menamatkan pelajarannya hasil usaha ibu bapanya yang bertungkus-lumus mencari rezeki. Yogesh seharusnya A membawa ibu bapanya pergi melancong. B menjaga ibu bapanya dengan baik dan bertanggungjawab. C mencari pembantu rumah untuk menjaga ibu bapanya. D menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua-tua.

38.Antara berikut, kumpulan makanan yang manakah perlu diambil paling sedikit? A Keju, ikan, dan susu B Roti, nasi, dan ubi keledek C Sayur kobis dan buah pisang D Coklat, mentega dan minuman berkarbonat Melissa menunjuk ajar adiknya cara-cara untuk menghasilkan kad ucapan yang menarik. 39.Tindakan Melissa menunjukkan perlakuan A keluarga bahagia B saling membantu C saling menyayangi D hubungan yang mesra dan akrab 40.Secara tidak sengaja, Alan telah merosakkan jam tangan milik abangnya. Apakah tindakan yang sewajarnya Alan lakukan? A Menyalahkan adiknya atas perkara tersebut B Memaklumkan kepada abangnya dan meminta maaf C Menggantikan jam tangan tersebut dengan yang baru tanpa pengetahuan abangnya D Meminta agar ibu bapanya melindungi dirinya daripada dimarahi oleh abang Sila tulis jawapan anda di sini. Nama:____________________________ Kelas:______________

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10
Disediakan oleh, ______________ ( Pn Tan C S ) Penyelaras kertas

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Disemak oleh,

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
Disahkan oleh, _________________ ( Pn. Shahlawati bt. Ali ) GKM Kemanusiaan

________________ ( Pn. Farahnaz Aminy) Ketua Panitia Sivik & Kewarganegaraan

Anda mungkin juga menyukai