Anda di halaman 1dari 10

JAWAB SEMUA SOALAN DALAM KERTAS JAWAPAN YANG TELAH DIBERIKAN.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan PVC?

A. Perspeks
B. Polivinil Klorida
C. Perspeks Klorida
D. Polivinil Perspeks

2. Perkara tersebut terdapat dalam sesebuah manual kecuali ___________

A. Senarai kit-kit yang dijual


B. Gambar urutan memasang komponen kit model
C. Senarai komponen yang disediakan dalam kit model
D. Gambar alatan tangan dan bahan pengikat yang digunakan

3. Kren yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan


menggunakan sistem ____________________________.

A. Motor, takal dan tali sawat


B. Motor, takal, gegancu dan tali sawat
C. Motor, gegancu dan rantai
D. Motor dan gear
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Gambar di sebelah menunjukkan sistem asas elektromekanikal

A. Motor dan gear


B. Motor, gegancu dan rantai
C. Motor, takal, dan tali sawat
D. Motor dan takal
5. Mengapakah bahan yang hendak dipotong perlu diukur dan ditanda?

A. Memastikan bahan mudah untuk dipotong


B. Memastikan pembaris dan sesiku digunakan
C. Memastikan bahan dipotong mengikut saiz yang betul
D. Memastikan bahan yang tebal dan nipis dapat dipotong serentak

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Berdasarkan sistem pergerakan pada mesin ini, anda boleh mereka cipta sebuah
A. Model helikopter
B. Mesin pengering mop
C. Mesin pengisar ais
D. Pintu pagar automatik

7. Antara produk berikut, yang manakah tidak menggunakan sistem elektromekanikal?


A. Kalkulator
B. Basikal elektrik
C. Mesin pengadun tepung
D. Pengelap tingkap automatic
8. Hani ingin menghasilkan papan tanda elektronik untuk diletakkan pada pintu biliknya.
Pilih 2 bahan bukan logam yang sesuai untuk digunakan oleh Hani bagi menjayakan
projeknya itu?
I. PVC
II. Papan lapis
III. Aluminium
IV. Medium Density Fibre Board (MDF)
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan III

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9. Dalam situasi sebenar, di manakah projek dalam gambar di atas sesuai diletakkan?

I. Padang awam
II. Plaza tol
III. Kawasan perumahan
IV. Tempat letak kenderaan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. D. II, III dan IV
10. Setelah siap memasang motor, Azim mengambil pemegang bateri untuk memasangnya
pada kerangka kereta Matriknya. Apakah bahan yang sesuai digunakan oleh Azim?
I. Gam kanji
II. Pistol pengokot
III. Glu sentuh
IV. Pistol dan rod perekat panas

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

11. Adi dan Amirul bercadang menghasilkan pengelap cermin automatik. Yang manakah
antara berikut merupakan ciri-ciri yang tidak sesuai dengan projek yang akan dibina
oleh mereka?

A. Mudah diselenggarakan
B. Menggunakan tingkap jenis jaring
C. Mempunyai pancuran air dan sabun
D. Menggunakan bahan plastik dan bahan logam

12. Antara berikut, yang manakah tujuan membuat kemasan?

A. Projek akan tahan lama


B. Projek akan kelihatan suram
C. Projek selesa untuk digunakan
D. Dapat menampakkan kecacatan pada projek

13. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya projek yang dibina tidak berfungsi semasa diuji?

A. Periksa litar
B. Periksa kemasan projek
C. Periksa penyambungan dan cantuman bahan
D. Periksa samada wayar yang digunakan adalah wayar yang betul
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah

14. Gambar di atas menunjukkan 3 lakaran yang dibuat oleh seorang murid. Mengapakah
kita perlu membuat lakaran sebelum membina projek?

A. Memudahkan sambungan dan cantuman dibuat


B. Supaya dapat memilih reka bentuk yang terbaik
C. Memudahkan pemilihan bahan untuk membinanya
D. Supaya dapat menjimatkan kos pembinaan projek

15. Antara berikut, sistem elektromekanikal yang manakah menggerakkan sebuah


motosikal?
16. Antara berikut, yang manakah mempunyai aturcara komputer?
A. Dapur gas
B. Kipas elektrik
C. Cerek elektrik
D. Mesin basuh automatik

17. Antara peralatan di bawah, yang manakah tidak mempunyai set arahan komputer?
A. Komputer tablet
B. Telefon pintar
C. Pemain DVD
D. Basikal

18. Sesetengah perkakasan harian mempunyai aturcara komputer. Apakah yang


dimaksudkan oleh aturcara komputer?

A. Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah.


B. Satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu.
C. Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa aturcara komputer.
D. Gambarajah yang menggunakan simbol geometri untuk menunjukkan langkah-
langkah algoritma.

19. Rajah di bawah menunjukkan satu simbol yang digunakan dalam carta alir.

Apakah nama simbol ini dalam carta alir?


A. Terminal
B. Proses
C. Pilihan
D. Penyambung

20. Apakah sistem yang digunakan dalam mesin pengisar ais?

A. Motor dan takal


B. Takal dan tali sawat
C. Motor dan gear
D. Gegancu dan rantai
21. Apakah contoh kenderaan yang menggunakan takal dan tali sawat?

A. Kereta kabel
B. Lori
C. Basikal
D. Kapal selam

22. Motor memperoleh kuasanya daripada tenaga ____________________.

A. Suria
B. Elekrtik
C. Kinetik
D. Keupayaan

23. Sistem Elektromekanikal adalah gabungan elektrik dan ___________________.

A. magnet
B. gear
C. mekanikal
D. elektronik

24. Asas elektromekanikal adalah terdiri daripada:

i. mekanik dan elektik


ii. motor dan gear
iii. motor, takal dan tali sawat
iv. motor, gegancu dan rantai

A. i, ii dan iií
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

25. Sistem pergerakan sebuah motosikal adalah?

A. Takal dan tali sawat


B. Motor, gegancu dan rantai
C. Motor dan gear
D. Motor, takal dan tali sawat

26. Apakah langkah pertama sebelum memulakan kerja penghasilan projek?

A. Mengenal pasti projek yang hendak dibina


B. Membuat lakaran
C. Mengukur dan menanda
D. Memotong benda kerja
27. Antara alatan yang digunakan dalam penghasilan projek Tahun adalah:

i. Pistol pengokot
ii. Pistol perekat panas
i. Pisau pemotong perspeks
ii. Gergajiu kerawang

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

28. Apakah kriteria untuk memilih lakaran yang terbaik?

i. menepati tema
ii. mesra alam
iii. mudah dibina
iv. menjimatkan kos

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

29. Penghasilan projek Tahun 6 menggunakan bahan logam dan __________________

A. plastik
B. bahan bukan logam
C. kayu kayan
D. bahan buangan

30. Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan projek Tahun 6 ialah:

iii. cermin
iv. polivinil klorida (PVC)
v. perspek
vi. zink

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

31. Gerudi tangan digunakan untuk

A menebuk lubang
B memotong wayar
C menjalur wayar
D mengesan kebocoran elektrik
32. Antara berikut, bahan manakah bukan bahan projek?

A Kayu
B Perspeks
C Pahat
D Aluminium

33. Menjadikan permukaan kayu lebih


menarik, cantik dan berkilat.
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
A kerosin
B kertas las
C turpentine
D syelek

34.Alatan yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengukur panjang kayu?

A Sesiku L
B Pita pengukur
C Tali
D Jangka lukis

35. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri polivinil klorida (PVC)

iii. plastik yang ringan


ii. keras
iv. rapuh
v. kukuh

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

36. Polivinil klorida adalah tahan terhadap cuaca yang berubah-ubah, penebat yang baik,
legap dan ___________________.

A. boleh laras
B. boleh potong
C. boleh lentur
D. boleh lebur

37. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan legap?

A. Bahan yang tidak boleh lentur


B. Bahan yang boleh mengkonduksi elektrik
C. Bahan yang tidak ditembusi cahaya
D. Bahan yang boleh ditembusi cahaya
38. Perspeks ialah salah satu bahan dalam penghasilan projek Tahun 6. Apakah ciri-ciri
perspeks?

i. ringan
ii. keras
iii. tahan lama
iv. sukar dilentur

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

39. Aturcara komputer dalam _____________ membolehkan capaian internet dan


melakukan pelbagai fungsi interaktif.

A. Televisyen pintar
B. Pendingin hawa
C. Jam penggera digital
D. Ketuhar gelombang mikro

40. Antara berikut yang manakah bukan fungsi mesin fotostat?

A. Menghantar emel
B. Mengimbas dokumen
C. Membuat salinan dokumen
D. Mencetak dokumen mengikut arahan yang diberikan

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………………….. …………………………………………………
( MUHAMAD FARHAN BIN MOHD (PN. NORZUBAIDAH BINTI AHMAD)
TAUFIK GPK TADBIR DAN KURIKULUM
SETIAUSAHA RBT SK KING GEORGE V
SK KING GEORGE V

Anda mungkin juga menyukai