Anda di halaman 1dari 6

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (online)

[REKABENTUK DAN TEKNOLOGI]


1 ½ jam
TINGKATAN 2

BAHAGIAN A

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan di dalam kertas kajang atau kertas kosong bersaiz A4.
Sila sediakan kertas jawapan anda sendiri.

1. Apakah maksud masalah bukan inventif?


A Masalah yang tiada jalan penyelesaiannya
B Masalah yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat
C Masalah yang mempunyai kesan sampingan setelah usaha penambahbaikan
D Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan setelah penambahbaikan dibuat

2. Antara berikut yang manakah merupakan masalah inventif?


A Puan Chan memakai gigi palsu untuk memudahkan dia mengigit makanan
B Azrul telah menukar tapak kasut bola yang rosak kepada tapak kasut biasa dan membolehkan
dia memakainya ketika bersiar-siar
C Setelah menukar pintu tandas kepada pintu aluminium, pintu tidak lagi mudah rosak apabila
terkena air
D Encik Johan telah menukarkan spring keretanya untuk nampak lebih bergaya tetapi ini
mengakibatkan penyerap hentak (absorber) keretanya mudah rosak

3. Rajah 1 menunjukkan inventif pada model fungsi.

Apakah maksud simbol tersebut?


A Produk C Komponen
B Subsistem D Supersistem

4. Rajah 2 menunjukkan sejenis garisan interaksi.

Apakah maksud garisan interaksi itu?


A Berguna
B Bermasalah
C Berguna tetapi berlebihan
D Berguna tetapi tidak mencukupi

5. Maklumat berikut adalah percanggahan fizikal.


Besar - Kecil
Apakah unit parameter yang sesuai?
A Saiz C Beban
B Suhu D Ketinggian
1
6. Berikut adalah keterangan berkaitan cadangan pronsip inventif.
Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek.
Apakah cadangan prinsip inventif tersebut?
A Penyarangan C Pengekstrakan
B Pembahagian D Kualiti setempat

7. Antara berikut yang manakah merupakan cadangan prinsip inventif bagi pemisahan masa?
A Pengantara C Pembahagian
B Tidak simetri D pengembangan terma

8. Antara berikut yang manakah benar mengenai teknologi pembuatan kaedah konvensional?
I Ada piawaian dari segi kualiti
II Kos rendah untuk pengeluaran berskala kecil
III Bentuk tidak seragam jika pengeluaran banyak
IV Menggunakan alatan tangan yang moden dan canggih
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9. Antara berikut yang manakah merupakan contoh bahan tuangan panas?


I Plastik III Tembaga
II Timah IV Plaster of Paris
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

10. Susun mengikut urutan yang betul langkah membuat model secara tuangan
I Sediakan acuan
II Biarkan campuran mengeras
III Sediakan campuran epoxy resin dan epoxy hardener
IV Tuangkan campuran kedua-dua epoxy ke dalam acuan
A I, III, IV, II C III, IV, I, II
B II, III, I, IV D IV, III, II, I

11. Antara berikut yang manakah digunakan untuk menyembur cat ke permukaan logam?
A Elektronik C Elektroplating
B Elektrostatik D Elektromagnet

12. Maklumat berikut menunjukkan kriteria untuk menilai model 3D.


Model yang dihasilkan merupakan penghasilan baharu, diubah suai, unik, mudah dan bernilai
Apakah kriteria penilaian tersebut?
A Inovasi C Estetika
B Praktikal D Ergonomik

13. Antara berikut yang manakah merupakan komponen mekanikal?


I Suis III Tali sawat
II Pautan IV Aci sesondol
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
2
14. Rajah 3 menunjukkan gerudi tangan.

Apakah komponen yang digunakan pada alat tangan tersebut?


A Gear C Pautan
B Takal D Tali sawat

15. Rajah 4 menunjukkan sejenis komponen mekanikal.

Apakah komponen tersebut?


A Gear C Takal
B Bindu D Galas bebola

16. Peralatan manakah yang menggunakan sistem tuas kelas 1?


I Gunting
II Penyepit ais
III Kereta sorong
IV Playar gabung
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah menguunakan komponen takal dan tali sawat?
I Gerudi tangan
II Mesin basuh
III Mesin gerudi lantai
IV Pemutar skru mudah alih
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

18. Komponen mekanikal manakah yang terdapat pada sebuah basikal?


A Bindu C Aci sesondol
B Gelongsor D Galas bebola

3
19. Antara berikut yang manakah adalah tujuan membuat kemasan?
I Melindungi kecacatan
II Memudahkan proses pemasaran
III Memastikan produk lebih tahan lama
IV Menambah daya tarikan kepada pengguna
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

20. Antara berikut yang manakah merupakan elemen sistem elektrik?


I Beban
II Sumber
III Medium
IV Rintangan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

21. Rajah 5 menunjukkan contoh elemen sistem elektrik.

Apakah elemen sistem elektrik yang diwakili oleh rajah itu?


A Beban C Medium
B Sumber D Kawalan

22. Antara berikut yang manakah benar mengenai arus terus (AT)?
I Arus mengalir sehala sahaja
II Dinamo basikal boleh menghasilkan arus ini
III Voltan boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer
IV Contoh peralatan elektrik yang menggunakan arus ini ialah kipas dinding
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

23. Pernyataan manakah yang benar mengenai litar pintas?


A Wayar positif dan negatif saling bersentuhan
B Terminal positif dan negatif disambung terbalik
C Terminal hidup tidak disambung pada terminal neutral
D Wayar positif dan negatif bersentuhan tanpa melalui beban

24. Antara berikut yang manakah benar mengenai sistem akuaponik?


I Sistem mengekalkan kualiti air
II Sistem mengurangkan kadar ammonia di dalam air
III Hanya memerlukan kehadiran ikan dan bakteria
IV Memerlukan tanah sebagai medium tanaman
A I dan II C II dan III

4
B I dan IV D III dan IV

25. Apakah fungsi bakteria dalam sistem akuaponik?


A Menjadi makanan ikan
B Menghasilkan ammonia
C Menapis air agar menjadi bersih
D Menghuraikan ammonia menjadi nitrat dan nitrit

26. Antara berikut yang manakah benar mengenai sistem Ebb & Flow?
I Tidak memerlukan alat pengatur masa
II Akar tanaman sentiasa ,emdapat air, oksigen dan nutrisi
III Memerlukan pam air untuk mengepam air ke dalam bekas tanaman
IV Memerlukan loceng sifon untuk mengeluarkan air dari bekas tanaman
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

27. Apakah tujuan takungan cetek dicondongkan dalam sistem NFT?


A Supaya aliran air mudah masuk
B Supaya aliran air mudah mengalir turun
C Air boleh bertakung untuk membasahi akar tanaman
D Untuk mengapungkan pasu kecil bagi menempatkan tanaman

28. Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan menggunakan salah satu reka bentuk sistem
akuaponik.
 Menjimatkan kos kerana tidak memerlukan pam air.
 Akar tumbuhan dapat menyerap nutrien secara langsung
Apakah reka bentuk sistem akuaponik tersebut?
A Sistem Raft C Sistem takungan
B Sistem NFT D Sistem Ebb & Flow

29. Antara berikut yang manakah benar mengenai media tanaman?


I Dijadikan tempat pembiakan ikan
II Berfungsi untuk menyangga tanaman
III Batu kerikil digunakan dalam sistem Ebb & Flow
IV Rock wool atau kain flanel digunakan dalam sistem NFT
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

30. Apakah kepentingan melakukan penilaian terhadap model yang dihasilkan dalam reka bentuk
akuaponik?
I Memastikan pemilihan bahan adalah tepat
II Untuk menambahkan kos pengeluaran
III Sebagai memenuhi syarat pihak berkuasa
IV Memastikan penggunaan alat dan teknik yang betul
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5
BAHAGIAN B

Arahan: Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan di dalam kertas kajang atau kertas kosong
bersaiz A4. Sila sediakan kertas jawapan anda sendiri.

1. Rajah di bawah menunjukkan sebuah model 3D.

Berdasarkan rajah tersebut,

a) Nyatakan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan model 3D.

(2 markah)
b) Namakan alatan yang digunakan untuk menghasilkan model itu?

(2 markah)
c) Namakan dua jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan model itu.
(4 markah)

d) Nyatakan satu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan model 3D.

(2 markah)
e) Nyatakan 5 langkah-langkah pemasangan pen 3D.
(5 markah)

Anda mungkin juga menyukai