Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI AL AMIN

No. G-13, Jalan Kasturi 1A, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.
No Tel: 03 – 6021 2701
Email: smiialaminbb@gmail.com

LAPORAN PROGRAM: PROGRAM IHYA’ AIDILADHA


1.0 BUTIRAN AKTIVITI

a) Nama Aktiviti : Program Ihya’ Aidiladha Peringkat Sekolah

b) Penganjur : Unit Tarbiyah SMI Integrasi Al Amin

c) Dengan Kerjasama : Program Pelancaran Nilam & Watikah MPP

d) Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu)

e) Tempat : Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

f) Sasaran : Pelajar SMI Integrasi Al Amin

g) Jumlah Perbelanjaan : RM 200 : Perbelanjaan Cenderahati Peserta

h) Gambar Program :-

i) Tentatif Program : RUJUK FAIL UNIT TARBIYAH

j) Jawatankuasa : RUJUK FAIL UNIT TARBIYAH

K) Kertas Kerja : RUJUK FAIL UNIT TARBIYAH


2.0 KESIMPULAN

2.1 Kelebihan dan kebaikan aktiviti

1) Dapat meningkatkan ketaqwaan warga SMIIAA kepada Allah.

2) Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu melalui
forum dan kuiz.

3 ) Menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

2.2 Permasalahan Yang Timbul

1) ‘Flow’ program sedikit terganggu kerana berlaku masalah teknikal dari aspek gimik.

2) Pelajar mula letih dan bosan dalam sesetengah aktiviti.

3) Pematuhan SOP kurang dilaksanakan dengan baik.

2.3 Cadangan Penambahbaikan

1) Rancang susunan aktiviti dengan lebih teliti sebelum program dilaksanakan

2) Menyediakan video yang ringkas dan menarik supaya pelajar lebih fokus dan kekal bersemangat.

3) Meminta bantuan pengawas atau badan beruniform lain untuk mengawal pergerakan dan SOP
pelajar

3.0 PENUTUP
Program ini adalah julung kali diadakan di SMIIAA. Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan
program ini adalah Forum Aidiladha oleh pelajar tingkatan 5, Tayangan Video berkenaan Aidiladha, Kuiz
Terbuka berdasarkan video yang telah ditayangkan. Terdapat juga acara yang telah dipertandingkan
sebelum program berlangsung iaitu Cipta Lirik Nasyid (slot tarbiyah lelaki) dan Video Isu Semasa (slot
tarbiyah perempuan). Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
memerlukan sokongan dari perlbagai pihak untuk menjayakannya. Secara keseluruhannya aktiviti ini dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga pihak SMIIAA dapat meneruskan lagi usaha program ini
pada masa yang akan datang untuk meneruskan momentum semangat pelajar dari tahun ke tahun.

Disediakan Oleh

…………………………………………….
NURHANISAH BINTI MOHD RAZALI
GURU TARBIYAH SMIIAA 2020

Disemak Oleh

…………………………………………….
NURUL SHAZWANIE BINTI OMAR
PENGETUA SMIIAA 2020

Anda mungkin juga menyukai