Anda di halaman 1dari 13

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C dan D.

Pilih jawapan
yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Manakah antara yang berikut menyebabkan berlaku gangguan ketika di dalam bengkel?
A. Menyimpan alatan di tempat yang dikhaskan.
B. Membawa masuk beg ke dalam bengkel.
C. Membuka dan menutup tingkap.
D. Menutup suis lampu sebelum keluar dari bengkel.

2. Penyataan manakah antara yang berikut dapat mengelakkan pakaian terkena kotoran
ketika melakukan aktiviti di dalam bengkel?
A. Memakai apron.
B. Melipat lengan baju.
C. Memakai pakaian seragam sekolah.
D. Memakai kasut yang tertutup.

3. Antara berikut, yang manakah perkakasan elektromekanikal?


A. Telefon
B. Bag sekolah
C. Mesin basuh
D. Alat pemadam api

4. Yang manakah antara peraturan berikut perlu diamalkan bgi mengelakkan kemalangan
di bengkel akibat ruang kerja menjadi sempit?
A. DILARANG MEMBAWA BEG KE DALAM BENGKEL
B. JANGAN PAKAI KASUT BERTUTUP SEPANJANG MASA BERADA DIBENGKEL
C. JANGAN BERMAIN DAN BERGURAU SEMASA BERADA DI BENGKEL
D. SILA BUKA PINTU DAN TINGKAP SEBAIK SAHAJA MEMASUKI BENGKEL

2
5. Apakah yang terjadi sekiranya gambar di atas dibiarkan?
A. Alatan dibengkel mudah rosak.
B. Murid boleh terluka dan melecur.
C. Murid boleh tergelincir dan cedera.
D. Udara dan cahaya dibengkel tidak mencukupi.

6. Apakah nama komponen elektrik di bawah?

A. Motor
B. Sensor
C. Plug 2 pin
D. Plug 3 pin

7. Apakah komponen yang berkaitan dengan maklumat di bawah?

Semasa bergerak, alat ini dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik
A. Gear
B. Motor
C. Sensor
D. Tali sawat

8. Apakah nama alatan pada gambar di bawah?

A. Pelucut wayar

3
B. Alas pemotong
C. Pembaris keluli
D. Gerudi mudah alih

9. Terdapat banyak soket elektrik di bengkel. Apakah bahaya yang mungkin terjadi
sekiranya murid melakukan sesuatu seperti gambar di bawah?

A. Bengkel akan terbakar.


B. Murid terkena renjatan elektrik.
C. Murid akan terbakar dan melecur.
D. Bekalan elektrik di bengkel akan terputus.

10. Bilakah simbol ini menjadi rujukan dan panduan penting?


A. Semasa berlakunya kebakaran
B. Semasa perhimpunan rasmi sekolah
C. Semasa melakukan kerja berkumpulan di bengkel
D. Semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bengkel

11. Apakah langkah pertama dalam proses penghasilan produk elektromekanikal?


A. Melakarkan idea
B. Membina produk

4
C. Menguji fungsi
D. Membuat penambahbaikan produk

12.

Mengapakah alatan tangan perlu disimpan seperti di atas?


A. Supaya alatan tidak rosak.
B. Supaya alatan dapat dijual semula.
C. Supaya tidak berlaku kemalangan.
D. Supaya alatan mudah dicari apabila ingin digunakan semula.

13. Apakah langkah terakhir semasa membina produk elektromekanikal?


A. Menguji fungsi produk
B. Memasang komponen
C. Mencantum produk
D. Membuat kemasan
14. Antara yang berikut yang manakah ialah komponen mekanikal?
I Gear
II Takal
III Gegancu dan rantai
IV Motor arus ulang alik
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

15. Yang manakah antara berikut alatan tangan yang perlu diselenggara dengan
menggunakan minyak pelincir?

5
A

16. Manakah antara reka bentuk di bawah memudahkan urusan manusia pada zaman
sekarang?

6
A

17. Manakah antara berikut merupakan reka bentuk bukan kuasa manusia?
A. Reka bentuk kereta
B. Reka bentuk grafik
C. Reka bentuk makanan
D. Reka bentuk pokok bunga

18. Apakah punca bagi situasi di bawah semasa menguji fungsi produk elekromekanikal?

Kereta kawalan jauh tidak boleh bergerak dan tiada bunyi putaran motor

A. Kedudukan bateri dipasang terbalik


B. Butang maju dan undur dipasang di alat kawalan jauh
C. Papan isyarat penerima tidak dipasangkan dengan tepat
D. Suis tekan tutup dipasang mengikut arah pusingan jam

19. Apakah tujuan reka bentuk produk seperti gambar di bawah?

7
A. Untuk mencantikkan pemandangan sungai
B. Untuk manusia melintas sungai dengan cepat
C. Untuk melumpuhkan perkhidmatan perahu dan feri
D. Untuk menunjukkan kecanggihan teknologi pembinaan

20. Bagaimanakah cara menyimpan alatan tangan yang betul?


I. Di panel alatan.
II. Di dalam almari.
III. Di atas meja kerja.
IV. Di dalam kotak alatan.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

21. RBT bermaksud


A. Reka Bentuk dan Teknologi
B. Reka Bentuk Terkini
C. Rakan Bantu Terbaik
D. Rajin Baik Tekun

22. Apakah langkah terakhir semasa membina robot?


A. Menyambungkan semua perkakasan
B. Menyediakan alatan dan bahan
C. Memindahkan atur cara
D. Membina badan robot

23. Antara berikut yang manakah maklumat dalam pembentangan produk?


I. Nama produk
II. Fungsi produk

8
III. Kelebihan produk
IV. Kelemahan produk
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24. Apakah logam yang boleh digunakan sebagai konduktor elektrik untuk diinovasikan
sebagai sensor?
I. Paku
II. Sudu besi
III. Kayu
IV. Klip kertas

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

25. Berikut merupakan industri yang menggunakan robot KECUALI.


A. Industri automatif
B. Industri makanan
C. Industri elektronik
D. Lukisan inai

26. Apakah sistem yang boleh digunakan untuk pergerakan robot?


I. Hidraulik
II. Pneumatik

9
III. Elektronik
IV. Akuaponik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman hidroponik?


A. Tanaman khas untuk sayur sayuran
B. Tanaman yang tidak menggunakan air
C. Tanaman yang menggunakan medium air tanpa tanah
D. Tanaman yang menggunakan medium tanah tanpa air

28. Berikut adalah medium yang digunakan untuk penyemaian anak benih KECUALI
A. Span
B. Tanah
C. Raga tanaman
D. Bekas hidroponik

Soalan 29 dan 30 berdasarkan gambar yang diberi.

29. Di manakah alat ini biasa diletakkan ?


A. Di dalam almari berkunci
B. Di bawah meja
C. Di dalam stor
D. Di gantung di dinding

30. Namakan alat di atas.


A. Alat penggalak api
B. Alat pemadam api
C. Mancis api
D. Penyembur api
31. Gambar di bawah menunjukkan sistem asas elektromekanikal.

10
A. Motor dan gear
B. Motor, takal dan tali sawat
C. Motor, gegancu dan rantai
D. Motor dan takal

32. Gambar di bawah menunjukkan sejenis alat yang diperbuat menggunakan robot.
Apakah bidang teknologi pembuatan yang terlibat?

A. Industri automotif
B. Industri makanan
C. Industri pertanian
D. Industri elektronik

33. Apakah reka bentuk yang boleh dihasilkan berpandukan jenis garisan di bawah?

11
A. Kereta
B. Botol air
C. Makanan
D. Ubat nyamuk

34. Gambar di bawah menunjukkan sejenis jahitan. Apakah jahitan tersebut?

A. Jahitan Kia
B. Jahitan Jelujur Halus
C. Jahitan Insang Pari
D. Jahitan Silang Pangkah

35. Berikut merupakan jenis-jenis alatan jahitan KECUALI


A. Jarum peniti
B. Benang
C. Gunting kain
D. Pita pelekat

36. Apakah tujuan menilai dan membuat analisis terhadap setiap lakaran idea yang telah
dibuat?

12
A. Memudahkan penghasilan reka bentuk produk
B. Memberikan hasil reka bentuk produk yang diterima oleh guru RBT
C. Memaparkan markah yang lebih terhadap produk yang dihasilkan
D. Mengesan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada lakaran produk

37. Maksud pertanian bandar ?


A. Aktiviti bercucuk tanam di sekitar rumah yang mempunyai ruangan terhad
B. Aktiviti bercucuk tanam di dalam kebun
C. Aktiviti bercucuk tanam yang hanya menggunakan air
D. Aktiviti bercucuk tanam menggunakan kaedah takungan

38. Berikut merupakan jenis sistem takungan?


I. Hidraulik
II. Hidroponik Kultur Air
III. Bekas Pengairan Kendiri
IV. Akuaponik
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 39 dan 40 berdasarkan rajah yang diberi.

Menyediakan Memasang dan


Memotong
alatan dan x bahan projek
mencantum bahan Y
bahan projek

39. Apakah proses X?


A. Mengukur dan menanda
B. Membuat penyelenggaraan
C. Menyusun alatan dan bahan
D. Memulakan Langkah membina projek

40. Alatan berikut mungkin digunakan semasa langkah kerja X KECUALI


A. Pensel

13
B. Gergaji
C. Pembaris
D. Pita ukur

KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

_____________________ ______________________ ______________________


(NUR FARAH ANIS MOHD FUZI) (NUR FARAH LIAYANA (ROSMAWATI MAT SOM)
Guru RBT Tahun 6 RAZALI) Guru Besar
SK Kampung Tunku, Ketua Panitia RBT SK Kampung Tunku,
Petaling Jaya. SK Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Petaling Jaya.

14

Anda mungkin juga menyukai