Anda di halaman 1dari 4

Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan iaitu A,B, C dan D.

pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan

1. Antara berikut manakah revolusi industri yang menggabungkan reka bentuk mekatronik
bersama dengan Internet benda,data raya dan pengkomputeran awam?
A. Revolusi Industri 1.0
B. Revolusi Industri 2.0
C. Revolusi Industri 3.0
D. Revolusi Industri 4.0

2. Istilah Mekatronik Terhasil Dari Gabungan "Meka" Dan"Tronik". "Meka" Merujuk kepada perkataan
_______ manakala "Tronik" Merujuk Kepada Perkataan ________

A. Mekanik & Elektrik


B. Mekanikal & Elektrik
C. Mekanikal & Elektronik
D. Mekanikal & Robotik

3. Berikut adalah penyataan tentang reka bentuk dalam Aplikasi Teknologi.

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal,
elektronik serta kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

Apakah reka bentuk itu?


A. Reka bentuk elektronik
B. Reka bentuk elektrik
C. Reka bentuk mekanikal
D. Reka bentuk mekatronik

4. Antara berikut, yang manakah kesan integrasi elemen mekatronik dalam suatu produk
mekatronik?
A Produk berfungsi secara manual.
B Produk berfungsi secara automatik atau separa automatik.
C Produk tidak berfungsi
D Produk menjadi rosak

5. Antara berikut, yang manakah produk mekatronik?


A. Kipas meja
B. Televisyen
C. Mesin basuh automatik
D. Telefon bimbit

6. Berikut adalah penyataan tentang suatu elemen mekatronik.

Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau arus ulang- alik
(AU) sebagai sumber bekalan kuasa.

Apakah elemen mekatronik itu?


A Sistem elektrik
B Sistem mekanikal
C Sistem elektronik
D Sistem kawalan dan pengaturcaraan
7. Berikut adalah penyataan tentang suatu ujian.

Ujian ini dijalankan di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan
dan kelengkapan tertentu bagi menilai kefungsian produk yang dibangunkan.

Antara berikut, yang manakah ujian tersebut?


A Ujian parameter
B Ujian makmal
C Ujian ketahanan
D Ujian reka bentuk

8. Rajah 2 menunjukkan lakaran bagi suatu produk.

Rajah 2

Antara berikut, yang manakah jenis lakaran yang ditunjukkan?


A Lakaran perkembangan idea
B Lakaran 3D
C Lakaran ceraian
D Lakaran penerangan

9. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang jadual kerja?


A. Penyusunan maklumat kerja dalam bentuk jadual.
B. Perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual.
C. Senarai bahan dan alatan dalam bentuk jadual
D. Pembahagian kerja setiap ahli pasukan mengikut pangkat

10. Berikut adalah penyataan tentang fungsi peralatan yang digunakan dalam proses menghasilkan
produk.

Membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan bahan kayu.

Apakah peralatan itu?

A. Kertas las
B. Gergaji jig
C. Mesin pelelas
D. Mesin gerudi
11. Berikut adalah penyataan tentang prinsip dalam reka bentuk.

Aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk.

Apakah prinsip reka bentuk itu?


A Keringkasan
B Kepelbagaian
C Pergerakan
D Harmoni

12. Antara berikut yang manakah TIADA dalam kajian keperluan pelanggan ?
A. maklumat pelanggan
B. latar belakang pengusaha
C. latar belakang produk
D. penambahbaikan

13. Apakah langkah seterusnya selepas mengenal pasti masalah inventif ?


A. menentukan jenis percanggahan fizikal
B. memilih prinsip inventif yang sesuai
C. membuat analisis berantai punca - kesan
D. membina model fungsi dengan garisan interaksi

14. Antara berikut, yang manakah tujuan melakukan projek brief pada peringkat awal projek?
A Mendapatkan idea awal reka bentuk produk.
B Menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran.
C Melakar idea reka bentuk produk yang dikehendaki
D Menyaring idea reka bentuk produk dalam bentuk jadual.

15. Yang manakah SALAH mengenai penghasilan produk?


A. Produk dapat dihasilkan dalam bentuk mock-up,model atau prototaip
B. Mock-up tidak berfungsi sepenuhnya
C. Model hanya dihasilkan bersaiz penuh tetapi tidak menunjukkan fungsi sebenar produk
D. Prototaip produk dapat diuji dalam situasi sebenar

16. Rajah 3 menunjukkan alat yang digunakan dalam proses penghasilan produk.

Rajah 3
Antara berikut, yang manakah alat tersebut?
A. Playar kacip
B. Playar gabung
C. Penjalur wayar
D. Sepana boleh laras
17. Aktviti yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna adalah
A. permintaan
B. pemasaran
C. pertukaran
D. penawaran

18. Yang berikut adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran kecuali
A. memenuhi keperluan dan kehendak
B. saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
C. menyimpan produk di tempat yang bersesuaian
D. mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

19. "Pengguna membeli dan menggunakan sesuatu produk untuk memudahkan urusan harian
mereka "

Penyataan di atas merujuk kepada ...


A. fungsi produk
B. reka bentuk produk
C. nilai produk
D. trend terkini

20. Pengguna yang membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah dikenali
sebagai

A. Pengguna awal
B. Penguna organisasi
C. Pengguna akhir
D. Pengguna tegar

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai