Anda di halaman 1dari 4

TINGKATAN 3 BAB 2.

1 PENGHASILAN PRODUK

ASPEK HURAIAN

 Membangunkan produk baharu adalah untuk memenuhi keperluan dan


Tujuan Penghasilan kehendak manusia
produk  Dirancang dengan teliti dan sistematik dari awal hingga penghasilan produk.
 Produk dalam bentuk barangan atau perkhidmatan

Langkah penghasilan
produk

Pereka bentuk perlu bermula dengan melakukan kajian keperluan pelanggan,


seterusnya diikuti dengan menyediakan projek brief.

A. Kajian keperluan pelanggan


Kajian keperluan pelanggan perlu dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk
2.1.1 produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Kajian
Produk yang hendak keperluan pelanggan yang baik dapat membantu pereka bentuk meyakinkan
dihasilkan pelanggan untuk menggunakan produk yang akan dihasilkan. Terdapat beberapa
berdasarkan: kriteria dalam kajian keperluan pelanggan, iaitu:
(i) Kajian keperluan 1. Maklumat pelanggan
pelanggan 2. Latar belakang produk
(ii) Projek brief 3. Penambahbaikan

B. Projek brief
Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan
pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk. Pereka bentuk berperanan
menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran
atau contengan.

A. Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi

2.1.2
Mengenal pasti asas
teknologi yang sesuai
dengan kehendak reka
bentuk produk.

1
B. Teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk

2.1.3
Merancang Konsep, A. Konsep penghasilan idea
Elemen dan Prinsip B. Elemen dan prinsip reka bentuk
Reka Bentuk yang C. Lakaran perkembangan idea
Dipersetujui dalam D.
Bentuk Lakaran

 Lakaran produk yang hendak dibuat adalah lakaran idea terbaik yang mengandungi
semua maklumat penting sesuatu reka bentuk produk.
 Lakaran dihasilkan dengan gaya persembahan yang menarik dan mampu
meyakinkan pelanggan terhadap produk.
 Lakaran idea terbaik yang dipilih akan ditambah baik dari segi persembahan dengan
 menggunakan kaedah lakaran perspektif dan rendering.

A. Lakaran 3D
Lakaran 3D yang dilengkapi dengan maklumat produk dinamakan lakaran 3D
bermaklumat. Semua maklumat yang diperlukan untuk pelanggan memahami
suatu reka bentuk produk perlu dinyatakan dengan jelas pada lakaran.
2.1.4
Menghasilkan Lakaran B. Lakaran ceraian
Produk yang Hendak Lakaran ceraian ialah lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap
Dibuat komponen (bahagian) pada suatu reka bentuk produk.

C. Lukisan kerja
Lukisan kerja ialah lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk
komponen suatu produk yang akan dihasilkan. Lukisan ini dihasilkan sebelum suatu
model atau produk dihasilkan. Lukisan kerja merangkumi lukisan isometrik, oblik,
skematik, perspektif, ceraian, unjuran ortografik dan lain-lain.

D. Lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk
Lakaran reka bentuk produk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk perlu
dianalisis dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk bagi memastikan lakaran tidak
tersasar daripada kehendak dan keperluan pelanggan.

Jadual kerja ialah suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk
2.1.5 jadual. Perancangan dibuat berdasarkan senarai aktiviti dan tempoh masa yang
Menyediakan Jadual diperuntukkan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang disenaraikan.
Kerja

2
2.1.6 Perancangan projek perlu dilakukan dengan sistematik agar proses penghasilan
Membuat Senarai produk tidak membazirkan masa, bahan dan kos. Kesesuaian bahan dan peralatan
Bahan, Peralatan dan perlu dipertimbangkan ketika merancang penghasilan produk.
Bajet Produk

Murid boleh memilih sama ada menghasilkan produk berfungsi atau produk berfungsi
sebahagian

Kaedah pembangunan produk


1. Mengeluarkan produk yang baharu, hasil idea baharu.
2. Menginovasikan produk sedia ada. (menambahbaik / mengubahsuai)
2.1.7
Menghasilkan Produk Langkah-langkah penghasilan Produk
Berfungsi atau 1. Kajian keperluan pengguna / pelanggan
Berfungsi Sebahagian 2. Penyelesaian masalah inventif
3. Projek brief
4. Penjanaan idea
5. Lakaran idea
6. Penghasilan model
7. Pengubahsuaian / penambahbaikan
8. Pendokumentasian

Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses terakhir untuk
mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Tahap keberkesanan
produk diukur berdasarkan tiga faktor, iaitu:
1. Mematuhi projek brief
2. Memenuhi kehendak pelanggan
3. Ketepatan rupa bentuk

Ujian makmal
2.1.8 Ujian makmal ialah pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau
Membuat Pengujian bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian
dan Penilaian dengan jenis produk.
Kefungsian serta Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal
Kesesuaian Produk oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel. Antara contoh ujian makmal ialah ujian
kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban.

Ujian parameter
Ujian parameter ialah pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam
situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian,
keupayaan serta kebolehgunaan produk. Contohnya, Penggilap Kasut Magik
digunakan untuk menggilap kasut kulit dan kasut PVC guru-guru lelaki di sebuah
sekolah menengah tertentu yang telah dipilih.
Penambahbaikan bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi
kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya. Beberapa perkara
utama yang perlu diambil kira semasa membuat penambahbaikan produk:
2.1.9 1. Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian.
Membuat Cadangan 2. Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan
Penambahbaikan efisien.
Produk Berdasarkan 3. Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang
Laporan Keputusan digunakan.
Ujian 4. Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya.
5. Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna.
6. Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk.

3
Pendokumentasian ialah satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka
bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke
peringkat mock-up atau model produk dihasilkan. Laporan bertulis ini penting sebagai
rujukan pada masa akan datang dan merupakan dokumen yang diperlukan dalam
2.1.10 Menyediakan proses pendaftaran paten sesuatu produk.
Dokumentasi
Kepentingan dokumentasi
1. Sebagai bukti rekaan
2. Memfailkan permohonan paten
3. Sebagai rujukan dan penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai