Anda di halaman 1dari 7

BAB 5.

1 REKA BENTUK FERTIGASI


TAJUK HURAIAN
Definisi sistem fertigasi:

 Sistem Fertigasi adalah satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.
 Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu ‘fertilization dan irrigation’ yang mana
proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman.
 Penanaman secara fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk
larutan nutrien diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah dan biasanya
benih/pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg.
TUJUAN SISTEM FERTIGASI
 Pemberian baja yang lebih berkesan
 Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan kulat
 Memudahkan kawalan serangga perosak dan penyakit

KAEDAH SISTEM FERTIGASI


Terdapat dua kaedah penaman secara fertigasi yang
digunakan iaitu
 Struktur Pelindung Hujan (SPH)
kebaikan menggunakan SPH:
1) mengelak tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV cahaya matahari
2) mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit yang disebabkan kulat
3) mengurangkan penggunaan racun perosak
5.1  Penanaman Fertigasi Terbuka
Reka Bentuk - boleh diletakkan di tempat yang terbuka tanpa bumbung
Sistem Fertigasi - semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja yang mengakibatkan
media tanaman menjadi cair, maka penanam perlu menggunakan racun kulat dan racun
serangga untuk melindungi tanaman daripada serangan penyakit

Struktur Pelindung Hujan (SPH) Penanaman Fertigasi Terbuka

KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI


 Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
 Mengatasi masalah penyakit bawaan tanah
 Meningkatkan hasil pengeluaran
 Mengatasi masalah rumpai
 Kuantiti hasil lebih baik dan bermutu
 Penggunaan baja lebih cekap dan jimat
 Mengurangkan penggunaan racun
 Modal pusingan yang rendah
 Nutrien dikawal mengikut pertumbuhan pokok
 Kos operasi yang rendah

1
A. Komponen utama sistem fertigasi

Sumber Medium Alur Keluar

Sumber : Tempat simpanan bekalan nutrien


Medium : Laluan penyampaian nutrien
Alur keluar : Tempat keluar nutrien ke tanaman

B. Komponen Sistem Fertigasi Komersial

Tangki Nutrien
Menyimpan dan menampung larutan nutrien untuk dialirkan
kepada tanaman

5.2. Pam Air (Water Pump)


Komponen Utama Mengawal pengaliran nutrien dari tangki ke paip poli.
Fertigasi Dalam
Penyediaan
Reka Bentuk
Set penitis
Penitis (Dripper)
Dipasang di hujung tiub mikro untuk menitiskan larutan
nutrien.
Nipper
Dipasang pada tiub poli (tertier)dan menjadi penghubung ke
tiub mikro
Tiub Mikro (Micro Tube)
Disambung pada nipper dan sebagai penyambung paip
terteir ke penitis

Penapis
Berfungsi untuk menapis benda asing daripada masuk ke
dalam sistem pengairan.

2
Alat Pengatur Masa Digital
Mengawal bekalan elektrik ke pam air mengikut masa yang
dirancang dan ditetapkan.

Tiub Poli (Polypipe) -Tertier


Lazimnya tiub poli bergaris pusat 16mm-20mm yang akan
Menyalirkan nutrien ke tiub mikro.

Bahan Penyambungan

Tee
Sebagai penyambung kepada paip poli (tertier) pada
bahagian yang berkedudukan ‘T’.

Elbow
Sebagai penyambung kepada paip poli (tertier) pada
bahagian sudut yang berkedudukan ‘L’

Injap(Valve)
Mengawal aliran nutrien dalam penyambungan paip sistem
fertigasi

C. Keperluan Asas
 Tangki larutan baja

 Larutan Stok Baja

 Media Tanaman
Contoh:
coco peat, sekam padi dan peat moss

 Biji Benih

3
 Alat Pengukur
- Ph meter : utk mengukur keasidan dan kealkalian air
- EC meter : utk mengukur kepekatan larutan baja

Langkah pemasangan sistem fertigasi


1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi
2. Pemotongan paip poli
3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier
4. Penyediaan set penitis
5. Penyambungan paip tertier pada set penitis
6. Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
7. Pamasangan injap penahan pada paip utama
8. Melengkapkan pemasangan paip tertier
9. Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli
10. Memasukkan pam air ke dalam tangka nutrient
11. Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer)
12. Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki
TERDAPAT TEKNIK PENYUSUNAN REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI
1. Teknik penyusunan jejari

2D

5.1.3
Menghasilkan
lakaran reka
bentuk baharu 3D
sistem
2. Teknik penyusunan gegelang
fertigasi.

2D

3D

4
5.1.4
Menganalisis
elemen reka
bentuk dalam
sistem fertigasi.

5.1.5 Lima kriteria seperti yang berikut lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi:
Menilai lakaran
reka bentuk A Kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk
baharu sistem Lakaran yang dihasilkan harus mempunyai inovasi. Ini dapat dilakukan dengan
fertigasi. menambah baik fungsi komponen utama yang diguna supaya menjadi lebih cekap dan
mesra pengguna.

B Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika, dan penampilan


Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi haruslah menunjukkan kelainan daripada
sistem fertigasi yang ada pada masa ini. Nilai tambah boleh diberi pada lakaran dengan
penggantian komponen kepada bahan-bahan mesra alam. Susun semula bagi
menunjukkan imej, konsep simbolik, menawan, emosi serta penampilan yang
menyerlah atau kontras.

C Kecenderungan fungsi dan praktikal


Kedudukan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi yang berfungsi dapat memenuhi
keperluan pengguna yang tinggal di pelbagai jenis tempat kediaman seperti di rumah
pangsa, rumah teres atau di rumah kampong

5
D Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
Lakaran yang berkualiti akan dapat menarik minat pengguna untuk mencuba inovasi
atau teknologi yang dicadangkan malah dapat menentukan sama ada reka bentuk itu
boleh diterima di pasaran semasa atau sebaliknya.

E Ergonomik
Lakaran reka bentuk yang terhasil perlu mempunyal ciri ergonomik, laitu tahan lasak
dan tidak mudah roboh. Di samping itu, dapat memberi laluan pengedaran udara dan
matahari yang mencukupi serta mempunyai ciri-ciri keselamatan

5.1.6  Pembinaan mock-up atau model dalam reka bentuk sistem fertigasi yang baharu
Membina mock-up
bertujuan untuk menunjukkan penvisualan keseluruhan secara 3D.
atau model
struktur reka  Saiz mock-up untuk produk yang besar seperti sistem fertigasi lazimnya kecil. Tetapi
bentuk baharu saiz model adalah sama dengan ukuran sebenar sekiranya model berfungsi sepenuhnya
sistem fertigasi. digunakan.
 Fokus mock-up dan model bertujuan untuk memberi gambaran keseluruhan kepada
pengguna atau pelanggan tentang reka bentuk sistem fertigasi terutamanya dari segi
susun atur, kemudahan, keringkasan, kedudukan tangki, sumber air, punca tenaga
elektrik yang diperlukan serta komponen lain.
 Mock-up juga menunjukkan cara pemasangan, kesesuaian komponen, dan penempatan
laluan paip.
 Mock-up dan model ini hendaklah mengikut lakaran yang telah dipersetujui.

Dua ujian penilaian objek dilakukan pada model sistem fertigasi yang telah dihasilkan iaitu
Ujian Titisan Model Separa Berfungsi dan Ujian Sambungan Mock-Up.

Ujian titisan model separa berfungsi


 Ujian titisan model separa berfungsi hanya untuk melihat keupayaan air mengalir dan
menitis ke dalam bekas tanaman.
 Parameter masa dan kuantiti air di dalam bekas takungan ditentukan terlebih dahulu.

Ujian sambungan mock-up


 Ujian penyambungan dibuat pada setiap sambungan.
 Ujian ini adalah untuk menentukan kekuatan cantuman semasa menghasilkan mock-up.
Parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu.
 Parameter yang boleh digunakan ialah nilai beban yang dikenakan pada sambungan
mock-up dan daya tolakan.
 Bagi mock-up sistem fertigasi ini, cukup hanya menggunakan daya tolakan jari sahaja
untuk menguji kekuatan sambungan.

6
Pengurusan tanaman
Pengurusan tanaman ialah pengendalian proses dari awal
hingga akhir penanaman.
Ini meliputi kerja-kerja seperti penyediaan media,
penyemaian, pengubahan, pengawalan perosak, pengawasan
sistem pengairan, dan kebersihan ladang.
Pengurusan tanaman yang boleh dipraktikkan adalah seperti
yang berikut:

Pengurusan tanaman

a. Pengurusan prasemaian dan penanaman


b. Pengurusan semaian
c. Pengurusan tanaman
d. Pengurusan penjagaan

Anda mungkin juga menyukai