Anda di halaman 1dari 9

BAB 5 : APLIKASI TEKNOLOGI

5.1 : Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Definisi Sistem Fertigasi


1. Sistem fertigasi adalah suatu sistem penanaman tanpa
menggunakan tanah (soilless culture production system).
Sistem ini merupakan satu daripada cabang hidroponik.
2. Baja dalam sistem ini diberi melalui sistem pengairan ke zon
akar secara automatik mengikut keperluan tumbesaran
tanaman. Media tanaman seperti coco peat dan sekam padi
digunakan bagi menggantikan fungsi tanah.
3. Tujuan sistem fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman
daripada dijangkiti penyakit akar serta mencegah jangkitan
patogen dari tanah, memudahkan kawalan serangga dan
perosak tanaman, serta pemberian baja yang lebih berkesan
kepada tanaman.
4. Hidroponik diperkenalkan bagi meningkatkan hasil tanaman
selain tidak memerlukan kawasan yang luas untuk
penanaman.
5. Sistem hidroponik terdiri daripada teknik-teknik yang
berikut:
6. kelebihan sistem fertigasi adalah:
(a) Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal.
(b) Menjamin kebersihan.
(c) Meningkatkan hasil per unit kawasan.
(d) Mengurangkan masalah rumpai.
(e) Kualiti hasil yang lebih baik.
(f) Penggunaan baja yang optimum.
(g) Mengurangkan penggunaan racun serangga.
7. Penanaman fertigasi di Malaysia menggunakan dua kaedah
penanaman iaitu penanaman Strukur Perlindungan Hujan
(SPH) dan penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan
atau terbuka.

Komponen Utama Sistem Fertigasi


1. Komponen utama sistem fertigasi adalah seperti yang
berikut:
(a) Tangki nutrien - menakung larutan baja.
(b) Pam air - mengepam larutan baja dan air dari tangki
nutrien ke sistem pengairan.
(c) Set penitis - alat dipasang pada hujung tiub mikro.
(d) Penapis - menapis benda asing daripada masuk ke dalam
sistem pengairan.
(e) Alat pengatus masa (timer) - memastikan penyaluran
larutan baja dilakukan mengikut masa, kekerapan, dan
kuantiti yang betul.
(f) Paip ladang - terdiri daripada paip utama, paip
sekunder,dan paip tertier.
2. Sistem fertigasi memerlukan sumber air yang banyak.
3. Sumber air harus bersih, jernih dan tidak berbau.
4. Bekalan elektrik juga diperlukan bagi menggerakkan fungsi
pam dan kegunaan yang lain.
5. Keperluan asas dalam sistem fertigasi adalah tong larutan
baja, larutan stok baja, media tanaman, biji jenih, dan alat
pengukur.
6. Cara menyediakan stok baja adalah:
(a) 1 liter stok baja A dilarutkan dengan 100 liter air dalam
tangki A.
(b) 2 liter stok baja dilarutkan dengan 100 liter air dalam
tangki B.
(c) Campurkan pati baja A dan pati baja dn pati baja B dalam
tangki C yang berisi air mengikut sukatan yang betul.
(d) Kacau dengan sebatang kayu.
7. Antara jenis tanaman yang boleh ditanam dengan sistem
fertigasi adalah cili, tomato, lada, benggala, melon, terung,
timun jepun, kacang panjang, kacang buncis, kacang botol,
petola, kobis, kailan, sawi, labu, peria dan bendi.
8. Sistem pengairan juga amat penting dalam sistem fertigasi.
Fungsi sistem fertigasi, pengairan yang digunakan adalah
secara titisan.
9. Tiga bahagian sistem pengairan fertigasi adalah seperti
berikut:
jhSfo
pr(ti)LybudlPM
tangkisem
Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
1. Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi boleh dihasilkan
berasarkan teknik penyusunan jejari dan gegelang.
2. Lakaran boleh dibuat dalam bentuk 3D atau 2D.

Analisis Elemen Reka Bentuk dalam Sistem Fertigasi


1. Elemen reka bentuk adalah unsur-unsur yang ada untuk
menghasilkan idea awal rekaan secara lakaran.
2. Elemen reka bentuk sistem fertigasi adalah:
3. Garisan menunjukkan lakaran laluan paip saliran, injap
kawalan, dan komponen yang digunakan.
4. Rupa menggambarkan lakaran dalam bentuk 2D.
5. Bentuk menunjukkan keseluruhan sistem pada pandangan
mata sebenar.
6. Tekstur menunjukkan kesan rasa dan ekspresi terhadap
sesuatu objek yang dilakar.
7. Saiz menunjukkan perbezaan, jarak atau perbandingan
komponen yang digunakan.
8. Warna menunjukkan kesan tona pada objek yang dilakar.
9. Ruang menunjukkan pemisah antara satu komponen dengan
komponen yang lain.

Penilaian Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi


1. Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi dibuat
berdasarkan kriteria yang berikut:
(a) Kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka
bentuk dengan menggunakan kaedah baharu dan
berfungsi.
(b) Unsur simbolik, emosi, berketerampilan, dan estetika
supaya dapat mempengerahui pengguna atau membawa
mesej tertentu yang memberi nilai tambah kepada
produk.
(c) Lakaran yang dapat memenuhi fungsi dan praktikal
Ergonomik iaitu mengimbangi penggunaan antara
pengguna dan persekitaran dengan produk secara fizikal
atau psikologi.
(d) Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran yang dapat
menerangkan kebolehan pembuatan, rupa bentuk,
penggunaan bahan, teknologi, dan kebolehpasaran.
2. Borang senarai semak harus disediakan untuk membuat
penilaian terhadap lakaran reka bentuk yang telah
dihasilkan.

Membina Mock-up atau Model Struktur Reka Bentuk Baharu


Sistem Fertigasi
1. Mock-up dibina untuk memberikan gambaran keseluruhan
reka bentuk sistem fertigasi dari segi susun atur,
kemudahan, keringkasan, kedudukan tangki, sumber air,
punca tenaga elektrik, dan komponen yang lain.
2. Mock-up menunjukkan cara pemasangan, kesesuain
komponen, dan kedudukan laluan paip.
3. Mock-up dihasilkan untuk mendapatka gambaran
keseimbangan bentuk struktur, saiz, kesesuaian bahan,
keselamatan, penggunaan, dan cara pembuatan sesuatu
produk.
4. Antara bahan yang dapat digunakan untuk menghasikn
mock-up adalah kadbod, foam, mounting board, gabus,
polisterina, dan kayu jelutung.
5. Model adalah objek yang dihasilkan sebagai contoh.
6. Model direka mengikut rupa sebenar tetapi tidak berfungsi
seperti obje asal dan dapat menunjukkan reka bentuk secara
tiga dimensi.
7. Saiz model dapat dibuat dalam ukuran sebenar bukan skala
kecil, dan ukuran skala besar.
8. Selepas model dihasilkan, sesi perbincangan dan kritikan
perlu diadakan untuk memperbaiki model itu.

Anda mungkin juga menyukai