Anda di halaman 1dari 36

Bab

1 Aplikasi Teknologi

Rutin kehidupan manusia sebenarnya


telah lama dipengaruhi oleh teknologi.
Oleh itu, pelbagai produk yang bermanfaat
kepada manusia telah dihasilkan dengan
mengaplikasikan teknologi.
Anda telah diperkenalkan dengan reka
bentuk mekanikal, reka bentuk elektrik
dan reka bentuk elektronik semasa di
Tingkatan 2. Dalam bab ini pula,
anda akan diperkenalkan dengan
reka bentuk mekatronik.
Produk mekatronik boleh berfungsi
secara automatik atau separa automatik.
Produk akan mula melakukan kerja
apabila suis ditekan atau penderia tertentu
diaktifkan. Produk akan berhenti dengan
sendiri setelah tugasan disempurnakan.
Perhatikan di sekeliling anda dan kenal
pasti produk mekatronik yang digunakan
setiap hari. Bagaimanakah produk
mekatronik tersebut mampu membantu
anda dalam kehidupan harian?

Akses
Pantas

Robotik dan
Mekatronik
goo.gl/xGJPRf
Standard Kandungan

1.1 Reka Bentuk Mekatronik

Aplikasi
mekatronik
dalam kehidupan
harian

1
1.1 Reka Bentuk Mekatronik

Standard Pembelajaran
Murid boleh:
• Menyatakan maksud reka bentuk mekatronik
• Mengenal pasti elemen mekatronik
• Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada
• Menghasilkan gambar rajah blok (block diagram) produk mekatronik sedia ada
• Menghasilkan lakaran bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai berdasarkan gambar rajah
blok yang terlibat
• Membuat penambahbaikan kepada produk berdasarkan lakaran yang telah dibuat
• Membuat penilaian kefungsian produk yang telah diubah suai

Teknologi telah terbukti banyak membantu memudahkan


kehidupan manusia. Oleh itu, semakin maju sesebuah Kata Kunci
masyarakat, semakin banyak rutin kehidupan seperti cara
bekerja, berehat, belajar, berhibur dan sebagainya dipengaruhi • mekatronik
• elemen
oleh teknologi.
• integrasi
Semasa di Tingkatan 2, anda telah mempelajari tentang • komponen
aplikasi teknologi seperti reka bentuk mekanikal, reka bentuk • pengaturcaraan
elektrik dan reka bentuk elektronik. Dalam bab ini pula, • gambar rajah blok
pengetahuan anda tentang semua aplikasi tersebut akan • produk berfungsi
digabungkan dengan sistem kawalan dan pengaturcaraan bagi
menghasilkan reka bentuk produk mekatronik. Gambar foto 1.1 menunjukkan beberapa
contoh reka bentuk produk mekatronik yang sering anda temui dalam kehidupan harian.

Mesin fotokopi Lif Palang automatik

Gambar foto 1.1 Beberapa contoh reka bentuk produk mekatronik


yang sering ditemui dalam kehidupan harian

2
Reka Bentuk Mekatronik

1.1.1 Menyatakan Maksud Reka Bentuk Mekatronik

Konsep mekatronik telah diperkenalkan oleh Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan
sebuah syarikat di Jepun pada tahun 1969. Beliau mendefinisikan mekatronik sebagai
aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem
mekanikal suatu produk.

BAB 1
Akses

Pantas
Apakah itu
Mekatronik?
goo.gl/ocnwYC
Lengan robotik yang ditunjukkan
dalam Gambar foto 1.2 merupakan
contoh reka bentuk produk mekatronik.
Tahukah anda maksud reka bentuk mekatronik?
Reka bentuk mekatronik bermaksud reka
bentuk produk atau sistem yang menggabungkan
disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik,
kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai
tujuan yang dikehendaki.
Integrasi semua elemen mekatronik
membolehkan produk mekatronik
berfungsi secara automatik atau separa
automatik. Pengguna hanya perlu
menekan suis kawalan pada produk
untuk memulakan tugasan yang telah
ditetapkan. Produk akan menjalankan
tugasan dan berhenti dengan sendiri
apabila tugasan telah disempurnakan.
Perhatikan di sekeliling anda. Dapatkah
anda mengenal pasti produk mekatronik
yang biasa anda gunakan dalam
kehidupan harian? Gambar foto 1.2 Lengan robotik

Info Bestari
Istilah mekatronik terhasil daripada gabungan dua
perkataan, iaitu ʻmekaʼ daripada perkataan mekanikal
dan ʻtronikʼ daripada perkataan elektronik.
(Sumber: Alciatore, D.G & Histand, M.B, Introduction to
Mechatronics and Measurement System, New York:
McGraw-Hill, 2012, hlm.2)
3
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Info Bestari
Sejarah perkembangan revolusi industri
BAB 1

Revolusi Industri 1.0 Revolusi Industri 2.0


bermula dengan penggunaan bermula dengan penemuan
reka bentuk mekanikal bagi tenaga elektrik yang
menggantikan tenaga manusia membolehkan produk
untuk menghasilkan suatu produk. dihasilkan dalam kuantiti
lebih besar dan cepat.

Revolusi Industri 4.0 merupakan kemajuan sistem industri


yang berkembang dengan lebih hebat menerusi konsep
cyberphysical. Konsep cyberphysical ialah mengawal dan mengurus
operasi industri dengan mengguna pakai sistem mekatronik,
Internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan
buatan (artificial intelligence). Rajah 1.1 menunjukkan sembilan
teras yang terdapat dalam Revolusi Industri 4.0. Akses
Malaysia telah mengenal pasti bahawa Revolusi Industri 4.0
Pantas

merupakan peluang yang terbaik dalam mempertingkatkan lagi


hasil pendapatan negara dari segi pengeluaran, menaik taraf
modal insan dan pendapatan pekerja dalam kemahiran teknologi Industri 4.0 dan
tahap tinggi. Secara tidak langsung Revolusi Industri 4.0 Implikasi kepada SME
memberikan impak yang besar kepada produktiviti industri goo.gl/CuqQTC
di Malaysia.
Kita perlu mengambil peluang untuk mempelajari dan
menguasai ilmu serta kemahiran yang melibatkan Revolusi
Industri 4.0. Hal ini demikian kerana, Revolusi Industri 4.0
merupakan aspek penting dalam perubahan industri masa kini.

4
Reka Bentuk Mekatronik

Pandu sendiri

BAB 1
Revolusi Industri 3.0 Revolusi Industri 4.0
bermula dengan penggunaan melibatkan penggabungan reka
meluas reka bentuk elektronik bentuk mekatronik bersama Internet
dan seterusnya penggabungan benda, data raya dan pengkomputeran
reka bentuk bagi menghasilkan awan bagi membentuk sistem
reka bentuk mekatronik. pengeluaran pintar.

(Sumber: Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). (2018). Draft
National Industry 4.0 Policy Framework. Cyberjaya: MIGHT Publications.)

Robot berautonomi
Autonomous robots

Keselamatan siber Persepaduan sistem


Cybersecurity System integration

Data raya Internet benda


Big data
Revolusi Internet of things
Industri
4.0
Realiti terimbuh
Simulasi
Augmented
Simulation
Reality (AR)

Pengkomputeran awan Pembuatan bahan tambah


Cloud computing Additive manufacturing
Rajah 1.1 Sembilan teras dalam Revolusi Industri 4.0

5
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Aktiviti Mengenali produk mekatronik PAK-21


Gallery
Walk

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.


2. Ketua kumpulan memilih nama produk mekatronik daripada senarai yang telah disediakan
oleh guru.
3. Salin Jadual 1.1 di bawah dan secara berkumpulan, tandakan (3) atau (7) berdasarkan
produk mekatronik kumpulan anda. Tampalkan Jadual 1.1 yang telah lengkap di sudut
BAB 1

kumpulan masing-masing.
4. Gunakan kaedah Gallery Walk dalam aktiviti ini. Setiap ahli kumpulan bergerak ke sudut
kumpulan yang lain untuk melihat kriteria produk dan jawab soalan yang disediakan
(lihat-bincang-catat).
5. Kemukakan soalan semasa sesi Gallery Walk ini kepada kumpulan yang berkaitan.
6. Setelah selesai, ahli kumpulan berkumpul semula untuk melengkapkan jadual tersebut.
Jadual 1.1 Senarai produk dan kriteria

Mesin basuh automatik

Pintu pagar automatik


Kipas siling automatik
Periuk nasi elektrik

Kalkulator saintifik
Produk

Palang automatik
Lengan robotik
riteria

(a) Adakah produk menggunakan tenaga elektrik? 3

(b) Adakah produk mempunyai panel kawalan sendiri? 3

(c) Adakah produk mempunyai bahagian yang boleh bergerak? 7

(d) A dakah produk mempunyai penderia? 3

(e) Adakah produk berfungsi secara automatik? 3

Praktis Formatif

1. Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk mekatronik?


2. Senaraikan tiga produk mekatronik yang dapat anda kenal pasti di sekeliling anda.
3. Nyatakan teras dalam Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan sistem mekatronik.

6
Reka Bentuk Mekatronik

1.1.2 Mengenal Pasti Elemen Mekatronik


Mekatronik merupakan bidang ilmu yang menggabungkan semua elemen asas
kejuruteraan, iaitu:
• Sistem elektrik
• Sistem mekanikal
• Sistem elektronik

BAB 1
• Sistem kawalan dan pengaturcaraan

Kawalan dan
pengaturcaraan

Elektrik MEKATRONIK Elektronik

Mekanikal

5V DC
Rajah 1.2 Mekatronik merupakan gabungan elemen asas kejuruteraan
7806
9V DC – +

Elemen asas ini digabung dengan kawalan bagi membolehkan


1
2
3
40
39
38 + 5V or 1 = produk mekatronik
LED 2 0V or ø =
yang direka bentuk berfungsi dengan sempurna,
+ 5Vcekap, produktif
(1+ø)
dan
+ 5V berkesan (1-1)
sama ada
4 37
5 36
s1 6 35 LED 1
7
8
9
34
33
32 or 1 sum
LED 7 or 1 difference

secara automatik atau separa automatik.


s2 r1
10 31

0V + 5V
11 30
12 29
LED 4 LED 3
or 1
13 28
s3 r2
or ø
14 27
15 26 r11
16 25
s4 r3 17
18
24
23
19 22

A Sistem elektrik
s5 r4
20 21
s9
s6
LED 6 LED 5 0V or ø = 0V or ø
r5 r9 carry over borrow
s7 r6
Penambahan Penolakan
Sistem elektrik merujuk kepada sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus
r10
s8 r7 r1, r2, r3, r4, r5, r6, r7, r8, r9 = 3.3KΩ
r11 = 1KΩ
r8 r10 = 10KΩ variable

terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai sumber bekalan kuasa. Sistem elektrik dalam
reka bentuk mekatronik berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan
peranti mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan. Sistem ini mengambil kira aspek
keselamatan, kedudukan peranti dalam litar dan sambungan litar.

7
BAB 1 BAB 1 Aplikasi Teknologi

Panel solar Pengawal pengecas solar

Kipas siling automatik Bateri


Gambar foto 1.3 Contoh elemen sistem elektrik

B Sistem mekanikal
Sistem mekanikal merupakan gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi
sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada bentuk
yang lain. Sistem mekanikal ini membolehkan produk berfungsi, sama ada secara
bergerak atau berputar. Contohnya, gear dan tali sawat digunakan bagi membolehkan
pemain DVD dibuka atau ditutup.

Tali sawat
Takal

Gear rak dan pinan

Gambar foto 1.4 Contoh keratan rentas sistem mekanikal pada pemain DVD optik

8
Reka Bentuk Mekatronik

C Sistem elektronik
Sistem elektronik merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik
dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem. Contoh komponen
elektronik ialah perintang, diod, papan litar, suis, penderia, transistor, kapasitor,
litar bersepadu dan lain-lain.

BAB 1
Kapasitor
Perintang
Lampu LED
Gambar foto 1.5 Contoh sistem elektronik

D Sistem kawalan dan pengaturcaraan


Sistem kawalan
Sistem kawalan merupakan satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk
mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk
mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna. Gambar foto 1.6 menunjukkan
beberapa contoh sistem yang menggunakan sistem pengawal mikro.

Gambar foto 1.6 Contoh sistem yang menggunakan sistem pengawal mikro
9
BAB 1 Aplikasi Teknologi

P
engaturcaraan Info Bestari
Pengaturcaraan komputer ialah proses untuk
membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan Sintaks ialah peraturan
bahasa pengaturcaraan seperti Java, Python, Visual yang menguasai struktur
Basic dan C++. Bahasa-bahasa pengaturcaraan ini sesuatu bahasa dan
menggunakan kod berbentuk teks. Terdapat juga bahasa ungkapannya.
pengaturcaraan yang tidak memerlukan penulisan kod Semantik ialah proses
BAB 1

berbentuk teks tetapi menggunakan blok arahan yang yang dilalui oleh
sedia ada. Contoh bahasa pengaturcaraan ini ialah komputer semasa
komputer melaksanakan
Scratch, mBlock, JavaScript Block dan Ardublock.
atur cara mengikut
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai set bahasa pengaturcaraan
peraturan sintaks (syntax) dan semantik (semantic) yang tertentu.
tersendiri. Peraturan sintaks dan semantik menetapkan
cara menulis arahan untuk mikropengawal yang
mengawal operasi alat elektronik.

C++ JavaScript Block


Rajah 1.3 Contoh bahasa pengaturcaraan

Praktis Formatif

1. Senaraikan elemen asas kejuruteraan yang terdapat dalam mekatronik.


2. Apakah perbezaan antara pengaturcaraan dengan sistem kawalan?

10
Reka Bentuk Mekatronik

1.1.3 Menerangkan Fungsi Elemen Mekatronik pada Produk Sedia Ada

BAB 1
n
na
an

Ka
apd
Ha

ti
en
rh
Be

urd
Un
i
Kir

Kereta kawalan jauh Pintu gelangsar automatik

RBT dan Anda

Dron
Dron atau dikenali
sebagai pesawat
tanpa pemandu (UAV)
menjadi popular
dalam kalangan
masyarakat kini,
terutamanya dalam
bidang fotografi
dan perfileman.
Dron direka bentuk
menggunakan semua
Mesin basuh automatik
elemen mekatronik
Gambar foto 1.7 Contoh produk mekatronik yang membolehkan
dron dikawal melalui
Gambar foto 1.7 menunjukkan contoh produk mekatronik alat kawalan jauh
yang sering kita temui dalam kehidupan harian. Setiap atau komputer.
elemen yang digabungkan dalam produk mekatronik
tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri bagi memastikan Akses
produk dapat berfungsi dengan berkesan mengikut arahan
Pantas

yang telah diaturcarakan.

Sejarah Pesawat
tanpa Pemandu
goo.gl/45Y6FU

11
BAB 1 Aplikasi Teknologi

A Kereta kawalan jauh


Kereta kawalan jauh merupakan salah satu
contoh produk mekatronik mudah. Fungsi elemen
mekatronik pada kereta kawalan jauh diterangkan
secara terperinci dalam Rajah 1.4.
BAB 1

Sistem mekanikal
• Gear berfungsi untuk mengurangkan
atau meningkatkan halaju dan
menambah daya kilas
(torque) motor.

Sistem elektronik
• Sistem elektronik menerima dan
menukarkan isyarat input dari
alat kawalan jauh kepada isyarat
elektrik bagi memacu motor AT.

Gear

Pemacu motor Modul geganti

12
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem kawalan dan

BAB 1
pengaturcaraan
• Terdiri daripada
Hadapan mikropengawal dan sistem
Kiri
kawalan yang diatur cara.
• Berfungsi untuk mengawal
Berhenti Kanan

Undur halaju dan arah putaran


motor AT.

Mikropengawal

Sistem elektrik
• Bateri sebagai sumber
tenaga elektrik.

Papan litar elektronik mikropengawal

Motor AT

Bateri alkali Bateri kadmium-nikel

Rajah 1.4 Fungsi elemen mekatronik pada kereta kawalan jauh

13
BAB 1 Aplikasi Teknologi

B Pintu gelangsar automatik


Pintu gelangsar automatik yang sering anda temui di pasar raya juga merupakan produk
mekatronik. Fungsi elemen mekatronik pada pintu gelangsar automatik diterangkan
secara terperinci dalam Rajah 1.5.
Sistem mekanikal
• Komponen mekanikal terdiri daripada takal dan tali sawat.
BAB 1

• Berfungsi untuk membuka dan menutup pintu.


• Gear pada motor membantu memudahkan pergerakan.

Takal

Tali sawat

Komponen mekanikal

Sistem elektronik
• Komponen elektronik disatukan di dalam litar pemacu motor.
• Penderia gerakan mengesan sebarang pergerakan dan memberikan
isyarat kepada sistem kawalan.

Litar pemacu motor Penderia gerakan

14
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem elektrik
• Terdiri daripada motor AT dan pengubah (transformer).
• Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem.

BAB 1
Motor AT Pengubah

Info Bestari
Pengubah berfungsi
untuk menaikkan atau
menurunkan voltan
bekalan arus ulang-alik.

Sistem kawalan dan pengaturcaraan


• Terdiri daripada sistem kawalan yang telah
diatur cara.
• Berfungsi untuk memproses isyarat input dari
penderia gerakan dan menghantar isyarat
output kepada pemacu motor AT untuk
membuka dan menutup pintu.

Sistem kawalan

Rajah 1.5 Fungsi elemen mekatronik pada pintu gelangsar automatik

15
BAB 1 Aplikasi Teknologi

C Mesin basuh automatik


Fungsi elemen mekatronik pada mesin basuh automatik diterangkan secara terperinci
dalam Rajah 1.6.

Sistem mekanikal
BAB 1

• Antara komponen mekanikal ialah takal, tali


sawat, gear, dram dan galas bebola. Gabungan
komponen ini menghasilkan putaran pada dram
ketika mencuci pakaian.

Dram
Takal

Tali sawat

Komponen mekanikal

Sistem elektronik
• Butang pada panel kawalan digunakan oleh
pengguna untuk memberikan arahan seperti
ON/OFF, START, PAUSE dan lain-lain lagi.
• Antara komponen elektronik ialah kapasitor
dan diod pada papan litar tercetak.
Papan litar tercetak

Panel kawalan Diod Kapasitor


16
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem elektrik
• Membekalkan tenaga
elektrik kepada sistem
kawalan motor dan
motor AU.
• Antara komponen
elektrik ialah pengubah

BAB 1
dan motor AU.

Motor AU Pengubah

Sistem kawalan dan


pengaturcaraan
• Mikropengawal diatur cara untuk
menghasilkan tindakan kawalan
terhadap sistem elektrik, sistem
elektronik dan sistem mekanikal
dalam mesin basuh automatik.
• Fungsi kawalan bergantung
kepada pengaturcaraan yang
direka dan tindakan kawalan yang
dimasukkan pada panel kawalan Papan mikropengawal
mesin basuh automatik.

Rajah 1.6 Fungsi elemen mekatronik pada mesin basuh automatik

Aktiviti Menerangkan fungsi elemen mekatronik PAK-21


Think-Pair-
EM K
Kreativiti dan
Share Inovasi
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan besar.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk
mekatronik yang ditunjukkan oleh guru melalui tayangan video.
3. Seterusnya, guru memecahkan kumpulan besar kepada beberapa kumpulan kecil.
4. Ahli kumpulan kecil berbincang dan melengkapkan tugasan berdasarkan maklumat sedia
ada dan melalui carian di Internet.
5. Wakil kumpulan kecil membentangkan maklumat yang diperoleh kepada kumpulan besar.
6. Guru membuat penilaian hasil tugasan setiap kumpulan kecil.

Praktis Formatif

1. Nyatakan fungsi elemen mekatronik pada produk kipas siling automatik.


2. Apakah kebaikan mengetahui fungsi elemen pada produk mekatronik?

17
BAB 1 Aplikasi Teknologi

1.1.4 Menghasilkan Gambar Rajah Blok (Block Diagram) Produk


Mekatronik Sedia Ada
Fungsi elemen pada produk mekatronik juga dapat diterangkan melalui gambar rajah
blok (block diagram). Gambar rajah blok ditakrifkan sebagai suatu lukisan yang mewakili
litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok. Tanda anak panah digunakan untuk
menunjukkan urutan blok dan dilabelkan mengikut fungsi, nama elemen atau litar yang
BAB 1

terlibat. Rajah 1.7 menunjukkan contoh gambar rajah blok bagi produk mekatronik.

Input Proses Output

PENGATURCARAAN

PERANTI MASUKAN PENGAWAL PERANTI KELUARAN

Rajah 1.7 Contoh gambar rajah blok bagi produk mekatronik

Bahagian input ialah bahagian yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat
daripada peranti masukan kepada bahagian pengawal untuk diproses. Isyarat tersebut
akan diproses mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Seterusnya, bahagian
output akan menjalankan tindakan selanjutnya melalui peranti keluaran setelah
menerima isyarat daripada bahagian pengawal. Walau bagaimanapun, setiap produk
mekatronik mempunyai gambar rajah blok yang berbeza mengikut fungsi dan komponen
yang terdapat pada produk berkenaan.

18
Reka Bentuk Mekatronik

A Kereta kawalan jauh


• Panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter)
menghantar isyarat input kepada mikropengawal (receiver) pada kereta kawalan jauh
melalui sambungan Bluetooth.
• Pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti yang diarahkan
oleh mikropengawal.

BAB 1
Kanan
an

ti
Hadap

Berhen

Undur
Kiri

Gambar foto 1.8 Kereta kawalan jauh

Input Proses Output

Pemacu
motor
Panel kawalan Roda
Mikropengawal
tanpa wayar berputar
Motor AT

Rajah 1.8 Gambar rajah blok kereta kawalan jauh

19
BAB 1 Aplikasi Teknologi

B Pintu gelangsar automatik


• Penderia gerakan pada pintu gelangsar
automatik akan mengesan sebarang
pergerakan di hadapannya.
• Isyarat input akan dihantar kepada
sistem kawalan yang terdiri
BAB 1

daripada mikropengawal.
• Isyarat kawalan diterima daripada
mikropengawal akan menggerakkan
motor AT yang digabungkan bersama
mekanisme takal dan tali sawat untuk
mengerakkan pintu.
• Pintu akan sentiasa dalam keadaan
tertutup jika tiada sebarang pergerakan
dikesan oleh penderia gerakan.

Gambar foto 1.9 Pintu gelangsar automatik

Input Proses Output

Pergerakan
objek atau benda
hidup (manusia)

Motor AT

Penderia Takal dan Pergerakan


gerakan Mikropengawal tali sawat membuka dan
menutup pintu

Pemacu motor

Rajah 1.9 Gambar rajah blok pintu gelangsar automatik

20
Reka Bentuk Mekatronik

C Mesin basuh automatik


• Isyarat input daripada mod pilihan pada panel
kawalan akan dihantar kepada sistem kawalan
yang terdiri daripada mikropengawal.
• Penderia juga akan memberikan isyarat input
apabila air di dalam dram telah penuh.

BAB 1
• Isyarat kawalan yang diterima akan
menggerakkan motor AU yang digabungkan
bersama mekanisme takal dan tali sawat setelah
menerima isyarat input. Gambar foto 1.10 Mesin basuh
automatik

Input Proses Output

Motor AU

Mod pilihan
Takal dan Dram
Mikropengawal berpusing
tali sawat
Penderia

Pemacu motor

Rajah 1.10 Gambar rajah blok mesin basuh automatik

Aktiviti Mengenal pasti elemen mekatronik dan melukis gambar rajah blok

Palang automatik merupakan contoh produk mekatronik yang sering kita temui dalam
kehidupan harian.
1. Kenal pasti dan namakan elemen mekatronik yang terdapat pada sistem kawalan
palang automatik.
2. Lukis gambar rajah blok bagi sistem kawalan palang automatik.

Praktis Formatif

1. Nyatakan takrifan bagi gambar rajah blok.


2. Lukis gambar rajah blok yang menerangkan sistem mekatronik pada kipas
siling automatik.

21
BAB 1 Aplikasi Teknologi

1.1.5 Menghasilkan Lakaran Bahagian Reka Bentuk Produk yang akan


Diubah Suai Berdasarkan Gambar Rajah Blok yang Terlibat
Kereta kawalan jauh merupakan produk mekatronik mudah yang sering ditemui
di pasaran. Fungsi utamanya adalah lebih tertumpu kepada pergerakan kereta melalui
kawalan jauh.
BAB 1

Kereta kawalan jauh


merupakan salah satu
produk mekatronik.
Pada pendapat kamu,
apakah masalah yang
kamu hadapi ketika
mengendalikan kereta
kawalan jauh?

Tidak mempunyai
kawalan kelajuan.

Rina

Tidak mempunyai
lampu.

Kereta mudah
rosak apabila
berlanggar dengan
dinding.

Rajah 1.11 Perbincangan untuk mengenal pasti pengubahsuaian terhadap produk

Cabar Minda
Berdasarkan situasi pada Rajah 1.11, kaedah penyelesaian
inventif boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang 1. Apakah kepentingan
dihadapi. Penjanaan idea boleh diperoleh menerusi proses melakukan
sumbang saran, perbincangan atau kritikan. pengubahsuaian pada
sesuatu produk?
2. Apakah definisi bagi
proses sumbang
saran dalam konteks
penjanaan idea reka
bentuk produk?
22
Reka Bentuk Mekatronik

Analisis fungsi dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang terdapat pada kereta
kawalan jauh. Model fungsi pada Rajah 1.12 menunjukkan gambaran keseluruhan
hubung kait antara komponen dan fungsi bagi kereta kawalan jauh.

Bingkai
kereta
memegang Spring memegang
kereta memegang memegang

BAB 1
memegang memegang memegang memegang memberikan isyarat

Lantai Pemegang Badan Papan litar elektronik Panel


Roda
roda kereta mikropengawal kawalan

memegang
memegang
tanpa wayar

mengawal
Motor
Gear
mengawal AT mengawal
memegang

Rajah 1.12 Model fungsi bagi kereta kawalan jauh


Berdasarkan model fungsi, masalah dikenal pasti berpunca daripada kereta kawalan
jauh yang tidak mempunyai fungsi tambahan untuk mengelakkan kereta tersebut
berlanggar dengan halangan. Kereta kawalan jauh juga tidak mempunyai lampu untuk
pencahayaan ketika berada di kawasan yang gelap. Analisis berantai punca-kesan telah
dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah.

Kereta kawalan jauh rosak apabila berlanggar dengan halangan


Mengapa?

Kereta kawalan jauh mudah rosak kerana Kereta kawalan jauh sukar dikawal apabila
kekuatan badan kereta yang rendah berada di kawasan yang gelap

Mengapa? Mengapa?

Gerak balas pengendali adalah perlahan Penglihatan pengendali terhad dan kurang
untuk memberhentikan kereta kawalan jauh jelas apabila kereta kawalan jauh berada
yang bergerak laju sebelum perlanggaran di kawasan yang gelap

Mengapa? Mengapa?

Tiada gerak balas secukupnya untuk Kurang pencahayaan pada laluan kereta
memberhentikan kereta kawalan jauh yang kawalan jauh untuk pengendali mencegah
bergerak laju untuk mengelakkan perlanggaran daripada berlanggar dengan halangan

Batasan (limitation) pada kereta kawalan jauh ialah pencahayaan di kawasan


gelap dan gerak balas yang perlahan untuk memberhentikan kereta kawalan
jauh bagi mengelakkan perlanggaran dengan halangan.

Rajah 1.13 Analisis berantai punca-kesan


23
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan masa digunakan kerana


masalah pencahayaan hanya berlaku pada waktu tertentu (ketika berada di kawasan
gelap) dan masalah gerak balas untuk memberhentikan kereta kawalan jauh bagi
mengelakkan perlanggaran berlaku pada waktu tertentu (ketika ada halangan yang
menghalang laluan kereta kawalan jauh).
Salah satu konsep prinsip inventif yang dipilih untuk menyelesaikan masalah ini ialah
tindakan awal (prelimenary action). Konsep ini membolehkan sistem kereta kawalan
BAB 1

jauh mengesan tahap pencahayaan (menggunakan perintang peka cahaya sebagai input)
untuk menghidupkan lampu dengan kawalan dari mikropengawal. Konsep yang sama
juga boleh digunakan untuk mengesan jarak selamat (menggunakan penderia inframerah
sebagai input) antara kereta kawalan jauh dengan halangan untuk memberhentikan
kereta dengan kawalan dari mikropengawal.
Jadual 1.2 Cadangan penyelesaian masalah inventif melalui kaedah pemisahan masa

Cadangan Penerangan Cadangan pengubahsuaian


prinsip inventif konsep kereta kawalan jauh
Tindakan awal Melakukan Menambah fungsi tindakan awal untuk mengesan tahap
(prelimenary tindakan pencahayaan dan memberikan isyarat kepada mikropengawal
action) awal untuk untuk menghidupkan lampu LED. Komponen yang sesuai ialah
mengawal perintang peka cahaya.
risiko. Menambah fungsi tindakan awal untuk mengesan jarak
selamat antara kereta dengan halangan dan memberikan
isyarat kepada mikropengawal untuk memberhentikan kereta
bagi mengelakkan perlanggaran. Komponen yang sesuai
ialah penderia inframerah. Sistem pembaz digunakan sebagai
tambahan untuk memberitahu pengendali kereta kawalan jauh
tentang kehadiran halangan pada laluan kereta kawalan jauh.

Setelah analisis fungsi dan cadangan penyelesaian masalah inventif dilakukan,


gambar rajah blok bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai perlu dihasilkan
bagi memfokuskan pada bahagian yang akan dilakukan pengubahsuaian sahaja.

Input Proses Output

Panel kawalan Pemacu motor


tanpa wayar Roda berputar
Motor AT

Penderia
Mikropengawal
inframerah Pembaz

Perintang peka
cahaya (LDR) Lampu LED

Rajah 1.14 Gambar rajah blok bahagian kereta kawalan jauh yang akan diubah suai
24
Reka Bentuk Mekatronik

Seterusnya, lakaran perkembangan idea pada bahagian reka bentuk produk yang
akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok akan dibuat. Lakaran perkembangan
idea yang dihasilkan perlu mengambil kira elemen dan prinsip reka bentuk produk.
Rajah 1.15 menunjukkan beberapa lakaran perkembangan idea bagi pengubahsuaian
yang akan dilakukan ke atas kereta kawalan jauh.

BAB 1
Lakaran idea 1

Penderia
Cadangan pengubahsuaian inframerah
ialah menambah penderia Halang
inframerah pada bahagian an
HADAPAN kereta Kiri
Hadap
an

kawalan jauh.
Berhe
nti
Kanan
Undur

Lakaran idea 2
Pembaz

Cadangan pengubahsuaian
ialah menambah penderia
Halang
inframerah pada bahagian Penderia an
HADAPAN dan pembaz pada inframerah Hadap
an

bahagian ATAS bumbung


Kiri
Berhe
nti
Kanan

kereta kawalan jauh.


Undur

Lakaran idea 3
Pembaz
LDR
Cadangan pengubahsuaian Lampu LED
ialah menambah penderia
inframerah, LDR dan Penderia Halang
an
lampu LED pada bahagian inframerah
HADAPAN kereta kawalan Kiri
Hadap
an

jauh. Manakala, pembaz pada


Berhe
nti
Kanan
Undur

bahagian ATAS bumbung


kereta kawalan jauh.

Rajah 1.15 Beberapa lakaran perkembangan idea bagi kereta kawalan jauh yang akan diubah suai
25
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Perbincangan dan penentuan idea terbaik boleh dilakukan bagi memilih idea reka
bentuk yang terbaik. Berdasarkan pada ketiga-tiga lakaran perkembangan idea, lakaran
idea 3 dipilih kerana memenuhi kriteria pemilihan lakaran dan mampu dibangunkan
oleh pereka bentuk. Lakaran perkembangan idea yang dipilih ini dipersembahkan dalam
bentuk lakaran 3D bermaklumat.
BAB 1

Pembaz
LDR

Lampu
LED

Penderia
inframerah

Info Bestari
Kriteria pemilihan
lakaran bagi reka bentuk
produk:
1. Menarik perhatian
Prinsip pengguna
- Keseimbangan 2. Warna seimbang dan
- Harmoni sesuai
- Kesatuan 3. Bentuk mudah
Halang
dihasilkan
Elemen Bahan an 4. Mempunyai nilai
- Garisan • Pembaz Kiri
Hadap
an estetika
5. Maklumat lakaran
Berhe
nti
- Rupa • LDR Undur
Kanan

- Bentuk • Lampu LED lengkap


- Warna • Penderia inframerah

Rajah 1.16 Lakaran 3D bermaklumat bagi kereta kawalan jauh

26
Reka Bentuk Mekatronik

1.1.6 Membuat Penambahbaikan kepada Produk Berdasarkan Lakaran


yang telah Dibuat
Lakaran perkembangan idea yang telah dihasilkan dan dipilih perlu dianalisis
keberkesanannya. Merujuk pada lakaran perkembangan idea yang dipilih, justifikasi
terhadap idea, bahan dan teknologi yang dipilih perlu dilakukan bagi menentukan sama
ada menghasilkan produk berfungsi sebahagian atau produk berfungsi sepenuhnya.

BAB 1
Penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dicadangkan pada lakaran perkembangan
idea akan dibangunkan melalui proses pembangunan produk. Pelbagai bahan dan alatan
yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan kualiti dan reka bentuk yang ditambah
baik berada pada tahap yang terbaik.
Jadual 1.3 Cadangan penambahbaikan pada kereta kawalan jauh

Bahagian kereta Cadangan


Justifikasi Tindakan
kawalan jauh penambahbaikan
Hadapan kereta LDR • LDR mengesan • Memasang komponen
tahap pencahayaan baharu, iaitu LDR dan lampu
yang ditetapkan LED.
dan menghantar • Membangunkan
isyarat input pengaturcaraan supaya
kepada LDR dapat mengesan
mikropengawal. tahap pencahayaan
Lampu LED • Mikropengawal dan mikropengawal
memberikan menghidupkan lampu LED.
arahan kepada
lampu LED supaya
menyala apabila
tahap pencahayaan
berada di luar julat
yang ditetapkan.
Penderia • Penderia • Memasang komponen
inframerah inframerah baharu, iaitu penderia
mengesan halangan inframerah dan pembaz.
pada jarak yang • Membangunkan
ditetapkan dan pengaturcaraan supaya
menghantar isyarat penderia inframerah
input kepada dapat mengesan halangan
mikropengawal. dan mikropengawal
Atas bumbung Pembaz • Mikropengawal memberhentikan motor AT
kereta memberikan arahan serta menghidupkan pembaz
kepada pembaz secara serentak.
supaya berbunyi
apabila jarak di
antara kereta
dengan halangan
berada dalam julat
yang ditetapkan.

27
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Langkah-langkah proses penambahbaikan pada kereta kawalan jauh berdasarkan


lakaran perkembangan idea yang telah dihasilkan diterangkan seperti yang berikut.

1
BAB 1

Membuat lakaran
Lakaran reka bentuk yang
dihasilkan mesti mengambil kira
elemen dan prinsip reka bentuk
supaya sentiasa memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna.

2
Pembaz Memilih bahan
Litar kawalan Bahan yang digunakan
LDR pada reka bentuk produk
ialah penderia inframerah,
Lampu LED pembaz, LDR, lampu LED
dan wayar.

Penderia
inframerah Akses
Pantas

Wayar

Pengaturcaraan Kereta
Kawalan Jauh
goo.gl/TAwgrg

3
Membuat pengaturcaraan
Membangunkan
pengaturcaraan dan memuat
naik kepada papan litar
elektronik mikropengawal
bagi menjalankan fungsi
yang dikehendaki.

28
Reka Bentuk Mekatronik

4
Membina dan memasang
Membina dan memasang
komponen penderia inframerah,
pembaz, LDR dan lampu LED bagi
melengkapkan reka bentuk yang
dicadangkan. Faktor keselamatan

BAB 1
perlu diutamakan semasa
proses pemasangan.

Membuat kemasan

5
Kemasan berfungsi untuk
menambah daya tarikan
terhadap reka bentuk produk
yang dihasilkan, melindungi
komponen elektrik daripada
terdedah kepada sentuhan dan
mengurangkan risiko kecederaan
kepada pengguna produk.

6 Produk akhir
Produk akhir,
iaitu kereta
kawalan jauh. Kiri

Und
Berh
Had

enti
Ti
halanada
gan
apa
n

Kan
an
ur

Praktis Formatif

1. Nyatakan langkah-langkah yang diperlukan bagi menghasilkan penambahbaikan pada reka


bentuk produk?
2. Cadangkan satu lakaran penambahbaikan pada kipas siling automatik bagi menambah baik
fungsi produk.

29
BAB 1 Aplikasi Teknologi

1.1.7 Membuat Penilaian Kefungsian Produk yang Telah Diubah Suai


Penilaian kefungsian merupakan perkara yang penting ketika membuat pertimbangan
terhadap hasil penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap produk. Ujian parameter
digunakan bagi menilai kefungsian produk mengikut objektif yang telah ditetapkan.
Ujian ini dijalankan dalam situasi sebenar untuk menilai keberkesanan penambahbaikan
pada reka bentuk kereta kawalan jauh terhadap kefungsiannya.
BAB 1

Halangan

Hadapan

Berhenti Kanan
Kiri

Undur

Info Bestari
Terdapat pelbagai jenis
papan litar elektronik
mikropengawal
di pasaran yang
boleh digunakan
untuk membuat
penambahbaikan pada
produk mekatronik
sedia ada.
Gambar foto 1.11 Contoh pengujian untuk menilai kefungsian kereta kawalan jauh
Gambar foto 1.11 menunjukkan contoh pengujian
yang dilakukan terhadap kereta kawalan jauh yang
telah ditambah baik kefungsiannya tanpa mengubah Nilai Murni
fungsi asal kereta tersebut. Ujian parameter dilakukan
bagi menilai kemampuan kereta kawalan jauh untuk Kita perlu jujur dan tepat
berhenti dan mengeluarkan bunyi secara automatik dalam merekod keputusan
apabila terdapat halangan di hadapan kereta kawalan ketika menjalankan ujian
jauh. Selain itu, ujian ini juga dilakukan untuk menguji kefungsian produk.
kemampuan lampu LED menyala apabila kereta kawalan
jauh melalui kawasan yang gelap. Keputusan pengujian
telah direkodkan dalam bentuk laporan.
30
Reka Bentuk Mekatronik

Jadual 1.4 Keputusan pengujian terhadap kefungsian kereta kawalan jauh

Jenis ujian Penambahbaikan Ujian parameter Keputusan


Ujian LDR dan lampu • Kereta kawalan jauh digerakkan 3 Lampu LED berfungsi
kefungsian LED ke kawasan yang gelap bagi apabila kereta
menguji kefungsian lampu LED. kawalan jauh melalui
kawasan yang gelap.

BAB 1
Penderia • Kereta kawalan jauh digerakkan 3 Kereta kawalan
inframerah dan ke kawasan yang mempunyai jauh akan berhenti
pembaz halangan bagi menguji secara automatik
kefungsian penderia inframerah. dan mengeluarkan
• Pengujian juga dilakukan untuk isyarat bunyi apabila
menguji kefungsian pembaz terdapat halangan
apabila penderia inframerah di hadapan kereta
mengesan halangan di hadapan kawalan jauh.
kereta kawalan jauh.
• Ujian dilaksanakan sebanyak
3 kali.

Penilaian kefungsian reka bentuk kereta kawalan jauh yang telah Akses
diubah suai juga mengambil kira aspek pembangunan reka bentuk

Pantas
yang lain seperti keupayaan produk, nilai estetika dan keselamatan
reka bentuk. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian
kefungsian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan
supaya kereta kawalan jauh yang dihasilkan memenuhi objektif yang SIRIM QAS
International Sdn Bhd
telah ditetapkan. Jadual 1.5 menunjukkan senarai semak pengujian Testing Service
bagi menilai hasil pengujian yang telah dilakukan terhadap reka Department
bentuk kereta kawalan jauh. goo.gl/d7QwCx

Jadual 1.5 Senarai semak pengujian bagi kereta kawalan jauh yang telah diubah suai

Skor
No. Perkara Catatan
Ya Tidak
1. Adakah reka bentuk produk dapat menyelesaikan 3
masalah yang dihadapi?
2. Adakah reka bentuk produk mempunyai kualiti 3
yang baik?
3. Adakah reka bentuk produk selamat digunakan? 3
4. Adakah reka bentuk produk mempunyai 3
bahagian yang tajam?
5. Adakah bahagian elektronik pada produk boleh 3
membahayakan pengguna?
6. Adakah reka bentuk produk boleh dihasilkan 3
dengan kos yang efektif?

31
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Berdasarkan pada keputusan pengujian yang diperoleh, didapati


kereta kawalan jauh mampu menjalankan fungsi yang dikehendaki,
iaitu berhenti dan mengeluarkan bunyi secara automatik apabila
terdapat halangan di hadapan kereta kawalan jauh. Selain itu, lampu Akses
LED pada kereta kawalan jauh juga berfungsi, iaitu menyala apabila

Pantas
melalui kawasan yang gelap.
Walau bagaimanapun, beberapa cadangan penambahbaikan boleh
BAB 1

dilakukan pada kereta kawalan jauh bagi meningkatkan lagi kualiti


Anugerah Inovasi
dan keupayaannya. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dan Pengkomersialan
dicadangkan, iaitu: Produk
• Meningkatkan kemampuan kawalan supaya kereta kawalan jauh goo.gl/dj4YAu
dapat dikawal dengan menggunakan pergerakan isyarat tangan.
• Kelajuan kereta kawalan jauh boleh dikawal.
• Meletakkan komponen, contohnya span di bahagian hadapan kereta kawalan jauh yang
berfungsi sebagai penyerap hentakan.

Aktiviti Membina dan membentangkan lakaran reka bentuk produk


mekatronik yang telah ditambah baik
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan memilih produk mekatronik mudah.
3. Setelah memilih jenis produk mekatronik, setiap kumpulan dikehendaki:
(a) Meleraikan dan mengasingkan komponen produk mekatronik
(b) Menuliskan fungsi setiap komponen mekatronik
(c) Melukis gambar rajah blok bagi produk mekatronik
(d) Mencadangkan penambahbaikan dan melukis lakaran cadangan penambahbaikan
yang akan dibuat
(e) Menilai kefungsian penambahbaikan yang akan dilakukan pada produk
4. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama dua minggu untuk menyiapkan lakaran reka
bentuk produk mekatronik yang telah ditambah baik.
5. Bentangkan lakaran reka bentuk produk mekatronik kumpulan anda di hadapan kelas dan
serahkan lakaran tersebut kepada guru.

Praktis Formatif

1. Nyatakan tujuan penilaian kefungsian terhadap reka bentuk produk yang dilakukan.
2. Senaraikan jenis ujian penilaian kefungsian yang sering digunakan dalam industri bagi
menentukan kualiti reka bentuk produk yang telah dihasilkan.

32
Reka Bentuk Mekatronik

R UMU S A N
KUIZ
Aplikasi Teknologi

Interaktif
Reka Bentuk Mekatronik

BAB 1
goo.gl/tDzgj1

Reka bentuk produk atau sistem


yang menggabungkan disiplin ilmu
Menyatakan maksud reka bentuk elektrik, mekanikal, elektronik,
mekatronik kawalan dan pengaturcaraan untuk
mencapai tujuan yang dikehendaki

Sistem elektrik

Mengenal pasti elemen Sistem mekanikal


mekatronik
Sistem elektronik

Sistem kawalan dan pengaturcaraan


Menerangkan fungsi elemen
mekatronik pada produk Kereta kawalan jauh
sedia ada
Pintu gelangsar automatik
Menghasilkan gambar rajah
blok (block diagram) produk Mesin basuh automatik
mekatronik sedia ada
Model fungsi

Menghasilkan lakaran bahagian Analisis berantai punca-kesan


reka bentuk produk yang akan
diubah suai berdasarkan gambar Percanggahan fizikal dan prinsip
rajah blok yang terlibat inventif

Lakaran perkembangan idea

Lakaran 3D bermaklumat

Membuat penambahbaikan Cadangan penambahbaikan


kepada produk berdasarkan
lakaran yang telah dibuat Proses penambahbaikan

Membuat penilaian kefungsian


Pengujian-Ujian parameter
produk yang telah diubah suai

33
BAB 1 Aplikasi Teknologi

Semak
Latihan Pengukuhan

JAWAPAN
Bahagian A
Jawab semua soalan.
goo.gl/teJh2D

1. Reka bentuk mekatronik bermaksud reka bentuk produk atau sistem yang
menggabungkan disiplin ilmu , ,
, dan
untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

2. juga merupakan kaedah yang digunakan untuk


menerangkan fungsi elemen di dalam reka bentuk mekatronik.

3.
Antara kriteria pemilihan lakaran idea penambahbaikan reka bentuk
mekatronik ialah dapat , ,
, dan .

4. Penilaian kefungsian reka bentuk dapat dilakukan melalui kaedah pengujian jenis
.
5. Padankan komponen mekatronik yang berikut dengan pernyataan yang betul.

Komponen Pernyataan

Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk


mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan
Sistem elektrik
bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi
secara automatik dengan sempurna.

Gabungan beberapa komponen mekanikal yang


Sistem mekanikal
berfungsi sebagai penghantar.

Susunan dan sambungan fizikal komponen


Sistem elektronik elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan
operasi sesuatu sistem.

Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada


Sistem kawalan dan
arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai
pengaturcaraan
sumber bekalan kuasa.

34
Reka Bentuk Mekatronik

Bahagian B
Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan palang automatik yang merupakan suatu produk mekatronik.


Lakarkan gambar rajah blok bagi menerangkan fungsi elemen mekatronik bagi palang
automatik.

Rajah 1

2. Rajah 2 menunjukkan suatu produk mekatronik.

Rajah 2

(a) Nyatakan komponen dan bahagian mekatronik yang terdapat pada produk mekatronik
yang ditunjukkan.

(b) Terangkan fungsi elemen mekatronik pada rajah di atas.

(c) Hasilkan gambar rajah blok bagi produk mekatronik yang ditunjukkan di atas.

(d) Cadangkan penambahbaikan pada produk mekatronik berdasarkan gambar rajah blok
yang anda telah hasilkan di (c).

35

Anda mungkin juga menyukai