Anda di halaman 1dari 4

1.

Maksud inovasi

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap
baru oleh seseorang. Inovasi adalah pengubahsuaian kepada sesuatu produk supaya
produk menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka
cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang
melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitikberatkan penilaian nilai praktikal
berbanding inovatif. Secara am nya, Inovasi merupakan proses menghasilkan dan
menggunakan kreatif dalam menambah baik sesuatu produk. Inovasi boleh berbentuk dari
produk, perkhidmatan, proses dan teknologi. 

2. Kepentingan inovasi

1)      Membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa (cekap
dan produktif)

-Penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan
beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan.

-Inovasi perisian (hardware dan software) mencepatkan penyebaran ilmu, maklumat dalam
talian seperti e-zakat, e-hasil dan sebagainya.

-Boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja.

2)      Menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi

-Mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat


mendahului, contoh pasaran untuk “kek lapis” boleh merentasi sempadan geografi; dibuat di
Malaysia tetapi dijual ke seluruh dunia.

 -Mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana pengusaha atau kerajaan
sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa contoh inovasi
dalam pembungkusan produk keluaran Malaysia (SM, IMP, FDA), SIRIM.

3)      Memastikan wujudnya kesinambungan antara sistem persekolahan/pendidikan.

-Sekolah akademik, Vokasional, Teknik dan kolej komuniti latih 60 peratus tenaga mahir
negara menjelang 2020.

-Bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum reka cipta dan
pertandingan reka cipta kebangsaan.

- Eksploitasi sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat Siber Jaya Malaysia.


4)      Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan
inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan
perubahan. Oleh itu, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model
perniagaan mereka, akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang
kekal dengan model perniagaan tradisional, yang hanya mementingkan jualan semata-mata.

5)      Boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu
kerja. Kepentingan inovasi dalam kehidupan kita sangatlah penting, kerana dengan adanya
inovasi kita boleh melakukan segala tugasan pada bila-bila masa dan tidak kira dimana jua
kita berada. Inovasi sebegini sangat memudahkan dan membantu kita melakukan tugas
tanpa terikat dgan masa dan tempat. Contohnya sebagai pelajar, kita boleh melakukan
segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah boleh dilakukan di luar kampus samada di
rumah, perpustakaan, kedai makan atau sebagainya kerana zaman sekarang sangat
dipermudahkan dengan adanya inovasi-inovasi terkini.

7)      Pelan strategi dalam transformasi kerajaan (GTP). Rangka kerja jangka pendek dan
panjang kerajaan. Karajaan sentiasa memberi peniktirafan, dorongan, insentif dan motivasi
kepada rakyat melaui slogan “rakyat didahulukan dan pencapaian diutama”

8)      Peranan ibu bapa. Dorongan dan minat anak-anak diterjemah melalui ikut serta dasar-
dasar kerajaan. Panduan dan bimbingan agar anak-anak berjaya dan menjadikan inovasi
sebagai kerjaya yang gemilang pada masa hadapan.

3. Kepentingan inovasi dalam pendidikan


1. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi
penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan
pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.
2. Inovasi juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi
dengan cepat daripada Internet.
3. Apabila guru menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer
dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat
pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau
berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajari.
4. Penggunaan ICT juga boleh mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir
terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Guru boleh
membuktikannya melalui tayangan video atau bahan-bahan yang boleh didapati
daripada Internet.
5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan
kehidupan seharian.
6. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio
akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria
ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
7. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT juga mampu memberi kelainan dan
kepelbagaian kepada kaedah mengajar kerana sebelum ini, guru hanya
menggunakan kaedah syarahan atau kuliah didalam kelas.
8. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad
dan memerlukan guru kreatif di dalam pengajaran dan melalui kaedah ICT mampu
memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.
9. Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau
alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah
mereka mengalaminya.

4. Faktor-faktor mempengaruhi inovasi

1. Pengurusan
2. Komunikasi terbuka
3. Teknologi
4. Penyelesaian masalah
5. Budaya
6. Strategi
7. Kepimpinan dan
8. Pemikiran Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan Pembelajaran Kreatif Dan Inovatif

5. Unsur utama BBM digital dalam pdp

Unsur bbm

1. Keaslian

2. Kebolehgunaan

3. Kreativiti

4. Isi kandungan
5. Bantu dalam pdp

Anda mungkin juga menyukai