Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran        : Bahasa Melayu

Tahun            : 4 Viva

Bil. Murid : 39 orang   

Tarikh : 18 Jun 2019

Hari : Selasa

Masa                : 11.20 pagi – 12.20 pagi

Tema                : Kenali Warisan Bangsa

Tajuk                : Seni Bela Diri Menjamin Kesihatan Diri

Kemahiran Fokus : Tatabahasa

Standard Kandungan:

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam


pelbagai situasi dengan betul.

Standard Pembelajaran:

5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran –an, -kan, -i imbuhan apitan
pada kata kerja, kata nama, dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan
betul dalam pelbagai situasi

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Murid dapat mengenal pasti 8 daripada 12 perkataan imbuhan apitan kata


adjektif.
2. Murid dapat menghasilkan 7 daripada 12 ayat daripada contoh perkataan
imbuhan apitan kata adjektif.

Sistem Bahasa:

 Morfologi- tatabahasa : imbuhan apitan kata adjektif


Pengisian Kurikulum/ EMK:

 Nilai murni : Keberanian


 Kemahiran Bernilai Tambah: Kreativiti

Amalan Pedagogi Masa Kini:

 PAK 21

Kemahiran Insaniah:

 Kemahiran komunikasi
 Kerja berpasukan

Penggabungjalinan: Kemahiran Menulis, Kemahiran Bertutur

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

 KP: Interpersonal, verlbal linguistik


 KB: Mengenal pasti maklumat
 Kaedah/ teknik pengajaran: Teknik sumbang saran dan latih tubi

Bahan Bantu Belajar (BBB): Pembesar suara, bahan bercetak

Pengetahuan sedia ada:

 Murid telah mempelajari jenis-jenis ayat.


 Murid telah mempelajari imbuhan apitan.

Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan


Set induksi Contoh seni 1. Murid terlebih dahulu Kecerdasan
(5 minit) bela diri di ditanya berkaitan seni pelbagai:
Malayisa: bela diri yang mereka Interpersonal
-Silat ketahui. Teknik:
-Silambam 2. Guru menunjukkan Sumbang saran,
-Kung fu demonstrasi pergerakan demosntrasi
-Wushu silat kepada murid dan
-Karate murid diminta meneka BBB:
seni bela diri tersebut. Pergerakan
3. Seorang murid guru
dipanggil untuk
membuat demonstarasi Nilai murni:
pergerakan seni bela Keberanian,
diri (jika ada). estatika
4. Murid diminta Kemahiran:
memyenaraikan jenis- Mendengar dan
jenis seni bela diri yang bertutur
diketahui.
Langkah 1 - Membaca 1. Seorang murid Bahan Bantu
(10 minit) dan dipanggil bagi Belajar (BBB):
mengenal membantu guru Bahan teks
pasti mengedarkan petikan
maklumat yang bertajuk Kemahiran
dalam “Bergunakah Aku”. Berfikir:
petikan teks. Mengenal pasti
maklumat

Kemahiran:
2. Setiap kumpulan Membaca
diberi satu perenggan
dan mereka Kecerdasan
dikehendaki Pelbagai :
membaca perenggan Verbal Linguistik
tersebut secara
mekanis.
3. Murid dikehendaki
membaca dengan
serentak serta
bergilir-gilir mengikut
kumpulan yang telah
ditetapkan.
Langkah 2  Mengenal 1. Daripada petikan, Kemahiran
(15 minit) pasti setiap kumpulan Menulis
perkataan dikehendaki
imbuhan mengenal pasti Kecerdasan
apitan kata perkataan yang terdiri Pelbagai:
adjektif dan daripada imbuhan Verbal linguistik
kelaskan akhiran dan awalan
dalam bentuk kata adjektif yang Nilai murni:
peta dakap. terkandung dalam Kerjasama
petikan tersebut.
2. Setiap kumpulan Kaedah:
dikehendaki Latih tubi
mengelaskan
imbuhan kata adjektif
tersebut kepada
imbuhan apitan dan
imbuhan apitan dalam
bentuk ‘I-Think’ peta
dakap.

3. Guru memantau
gerak kerja setiap
kumpulan disamping
membimbing murid
mengenal pasti jenis
imbuhan tersebut.
Langkah 3/ 25 Lembaran 1. Berdasarkan
minit Kerja perkataan yang telah Kemahiran:
dikenal pasti, setiap Menulis
murid dikehendaki
menghasilkan satu KB:
ayat penyata bagi Mengaplikasi
setiap perkata
tersebut. Teknik:
2. Murid-murid Latih tubi
dikehendaki
menyiapkan lembaran
kerja tersebut secara
berkumpulan.
3. Guru memantau
aktiviti tersebut dan
membimbing mereka.
Penutup  Rumusan isi Murid merumuskan isi
(5 minit) pelajaran pelajaran pada hari ini Kemahiran
dengan menjelaskan Berfikir:
nilai/pengetahuan yang Merumus
diperoleh daripada aktiviti
yang dijalankan.
Refleksi guru:
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ditangguhkan kerana murid terlibat dengan taklimat
pergigian bersama murid tahap dua yang lain.

Kekuatan:

Kelemahan:

Ulasan pensyarah pembimbing


Faedah-faedah Mempelajari Seni Pertahanan Diri

Marcapada ini, dunia kita yang kian mengalami perubahan dari pelbagai segi telah
menyingkirkan sesetengah amalan atau budaya masyarakat dahulu. Keadaan yang
menyedihkan ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada masyarakat, malahan tidak
dikesan oleh mereka. Dalam perkara ini, seni pertahanan diri telah semakin dilupakan oleh
masyarakat terutamanya generasi muda. Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa “ibarat
melukut di tepian gantang”. Pada hakikatnya, hal ini tidak sepatutnya berlaku. Perkara ini
disebabkan oleh seni pertahanan diri boleh mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita.
Jenis-jenis seni pertahanan diri termasuklah silat gayung, Wushu, silambam dan
sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan mempelajari
seni pertahanan diri?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dengan mempelajari seni


pertahanan diri, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya mengelakkan diri
kita daripada penyakit.Perkara ini berlaku apabila melakukan pergerakan tertentu ketika
berlatih, kita akan mendapat kebaikan yang sama seperti bersenam. Mengikut kajian
saintifik, dipercayai bahawa apabila badan kita mengeluarkan peluh, toksik-toksik dari badan
turut akan dikeluarkan mengikut air peluh. Sekiranya toksik-toksik dari badan telah
dikeluarkan, maka kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti
seharian. Tambahan pula, badan kita akan menjadi lebih cergas disebabkan oleh otot-otot
badan kita yang semakin kuat melalui latihan seni pertahanan diri. Secara tidak langsung,
otak kita juga akan menjadi cerdas kerana “badan cergas, otak cerdas”.

Seterusnya, kita mampu mempertahankan diri apabila keselamatan diri kita tergugat
khususnya kepada golongan wanita. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah yang
menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang izhar dan menimbulkan
kebimbangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat. Oleh yang demikian, kita wajar
melakukan sesuatu demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah yang
seterusnya kerana pepatah ada mengatakan “malang itu tidak berbau”. Dengan mempelajari
seni pertahanan diri, kita dapat menggunakan teknik yang dipelajari semasa kecemasan
untuk menyerang penjenayah. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghulurkan bantuan
kepada orang lain dengan ilmu seni pertahanan diri yang dipelajari.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berdisiplin akan dilahirkan jika masyarakat
sanggup mempelajari seni pertahanan diri. Hal ini terjadi kerana kita akan diterapkan nilai-
nilai murni apabila mempelajari seni tersebut. Sebagai tamsilan, nilai menepati masa, nilai
baik hati, nilai bekerjasama dan lain-lain. Dengan kata lain, kita akan menjadi lebih gagah
dan berkeyakinan diri untuk melakukan perkara yang betul seperti menegakkan keadilan
apabila diri kita dilengkapi ilmu seni tersebut. Lagipun, kita boleh mendisiplinkan diri dengan
mempelajari seni ini. Perkara ini berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih yang
ditentukan setiap kali. Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan peraturan ini,
tetapi lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri kita secara
tidak langsung, bak kata pepatah, “alah bisa, tegal biasa”.

Pada masa yang sama, kita turut berpeluang mengharumkan nama sekolah dengan
menyertai pertandingan seni pertahanan diri yang dianjurkan. Tambahan pula, peluang-
peluang tersebut telah memberi ruang kepada para pelajar untuk memajukan diri dan
mencipta nama dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis seni
pertahanan diri yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Antara jenis seni pertahanan diri yang
popular termasuklah Taekwando, Karate, silat, Tang Soo Doo dan sebagainya. Justeru,
pelajar boleh bebas melibatkan diri dalam jenis seni pertahanan diri yang diminati untuk
mengasah potensi diri yang tersembunyi dan menunjukkan bakat yang ada.

Sementara itu, seni pertahanan diri merupakan salah satu wadah yang baik untuk kita
bersosial. Dengan kata lain, kita boleh menambah kenalan yang baru dengan mempelajari
seni pertahanan diri. Ghalibnya, kita mudah mendapat kenalan baru yang terdiri daripada
ahli-ahli lain yang mengikut latihan seni pertahanan diri bersama kita. Kita juga boleh saling
berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan seni pertahanan diri
bersama kawan kerana perbuatan ini akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua
pihak. Sekiranya kita mempunyai kawan, kita tidak akan mudah berasa kesunyian. Oleh itu,
kita tidak sepatutnya bersikap seperti kera sumbang kerana sikap tersebut tidak
memanfaatkan kita untuk mendapat kenalan baru.

Intihannya, kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni


pertahanan diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi
sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya.Hal ini turut disebabkan
oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan patut
dikekalkan oleh masyarakat. Dengan itu, kita perlulah bertanggungjawab memastikan adat
lama tersebut “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Pelbagai pihak harus memberi
kerjasama dalam usaha ini terutamanya pihak kerajaan, media massa, masyarakat dan lain-
lain. Sekiranya pelbagai pihak dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti keindahan
seni pertahanan diri dapat dipelihara kerana “bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat”.
Lembaran Kerja

Daripada contoh perkataan di bawah, setiap murid dikehendaki menghasilkan ayat penyata
bagi setiap perkataan berikut.

1. Menyedihkan
2. Menyihatkan
3. Kebaikan
4. Bertenaga
5. Kebelakangan
6. Kebimbingan
7. Berdisiplin
8. Kecemasan
9. Mendisiplinkan
10. Mengharumkan
11. Kesunyian
12. Pembangunan
Refleksi
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ditangguhkan kerana murid terlibat
dengan taklimat pergigian bersama murid tTahap Dua yang lain.

Anda mungkin juga menyukai