Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PDP 6 ADIL (SELASA, 22/9/20)

Bagi sesi PdP kali ini, tiga orang murid tidak hadir. Oleh itu, jumlah murid di dalam
kelas ialah 40 orang. Alhamdulillah, semua murid berjaya mencapai objektif pengajaran dan
kriteria kejayaan.

Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan
yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana
sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah
murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat
melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat
mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.

Walaupun aktiviti berkumpulan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan sedia ada
(SOP Covid-19), namun murid-murid tetap melibatkan diri dalam perbincangan yang
dilakukan oleh guru. Mereka juga seronok kerana dapat berkongsi jawapan yang diperoleh
dengan rakan-rakan yang lain. Lembaran kerja yang diedarkan juga membantu
mengukuhkan ingatan murid terhadap pembelajaran hari itu.

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pengajaran makro saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada ketikanya saya
menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman makro teaching saya, di
dapati saya menyebut beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan jenaka. Walau
bagaimanapun, saya mengajar sebutan dan ayat betul agar mereka memahami bagaimana
membentuk struktur ayat yang betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru
sendiri menyebut salah, anak murid kita akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah
dipengaruhi oleh bahasa pasar atau rojak. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan
lebih berhati-hati dalam pengajaran.

Kelemahan lain ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih
diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walaubagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun
begitu, guru perlu memastikan murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan
masa. Guru perlu fleksibel tentang masa.
Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang
mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih
berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Saya perlu
memahami maksud kosakata dalam petikan dan penggunaan ayat pasif dan aktif. Bacaan
adalah penting kerana murid yang baru mula belajar jenis-jenis ayat dengan mendalam.
Mereka perlu bersedia dengan penggunaan ayat sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan UPSR. Pengetahuan mendalam guru tentang jenis-jenis ayat amat penting.
Semasa memperkenalkan kosakata yang baru, jika guru salah memberi maksud, murid
akan terus keliru. Merujuki kamus juga perlu dilakukan. Sebagai seorang guru, pengetahuan
mendalam tentang ayat dan maksud perkataan perlu dititik beratkan agar murid lebih faham.
Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysia tidak akan tercemar
atas kesilapan guru itu.

Bagi masalah yang kedua ialah masa. Masa PdP yang ditetapkan adalah supaya kita
tidak terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa
adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Guru perlu fikirkan apa jenis
BBM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan
muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas langkah set induksi,
tetapi saya telah terlebih guna. Ini menyebabkan langkah pengajaran perlu dikurangkan.
Oleh itu saya gabungkan 20 minit untuk penerangan dan latihan supaya murid lebih faham
isi pembelajaran. Pada akhir pengajaran, saya telah gunakan 5 minit untuk meneliti kerja
murid seterusnya membuat teguran terutama kepada murid lemah yang dikenalpasti. Walau
bagaimanapun saya telah terlebih masa hampir 2 minit daripada keseluruhan masa PdP.

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara
fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif
pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang PdP supaya murid
dapat menguasai kemahiran. Guru yang mengetahui kelemahan dan kekuatan murid.
Pandangan dan teguran rakan-rakan dan murid boleh membantu memperbaiki kelemahan
pengajaran guru.

Anda mungkin juga menyukai